TOTAL PAGEVIEWS

15 April 2016

24 // Again Student Life

Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat.

Ada satu subject ni, markah quiz and test Nadia rendah. 
Ada satu quiz tu Nadia dapat 2/14 . Markah test pun tak tinggi. 
Nadia senyum je tiap kali paper tu sampai ke tangan and tenang~

Ada satu kawan Nadia ni tanya,,

 "Em Nad, kau tak takut ke ?"
"Takut? Maksud kau?" *sengeh kambing*
"Em yelah"
"Sebab markah test quiz aku rendah sangat?"
*Dia senyum*

Masa tu dah gelak dalam hati. 
Apa persepsi yang Nadia nak bagitahu ni, sama je macam apa yang Nadia bagitahu dia. 

Nadia amalkan konsep REDHA
Doa. Usaha. Tawakal. Redha. 
Tinggi rendah markah tu, Nadia terima je. 
Sebab Nadia dah usaha. Banyak atau sikit, tetap Nadia dah usaha. 
Dan Nadia tak amalkan sikap "meniru" dalam apa jua test quiz exam. 
Sejak sekolah lagi. 

No point study bagai nak rak tapi tetap meniru dalam kelas. 
Biarlah markah serendah bumi tapi Nadia buat dengan usaha sendiri.
Sebab Nadia akan mudah rasa serba salah esp terhadap ma abah and lect bila markah tinggi melangit tapi Nadia tiru. 
Ni tak tipu. Tu sebab kenapa Nadia tak suka tiru.

Kita tak sepatutnya rasa down pun sebab sepatutnya kita dah kenal nilai diri kita.
Bila kita dapat kenal apa kelemahan kita, kita tak patut malu dengan apa yang kita dapat.
Even dapat 2/14 pun, jujur je la. Jawab dengan elok.
Bukannya usaha tu cincai bacai cuma usaha belum mantap.

Usaha belum mantap.!

Percaya pada rezeki. 
Ni penting. 
Sebab saat kau putus harapan, Allah akan atur jalan untuk kau.
Even markah test quiz Nadia rendah, bila madam bagitahu carrymark. 
I'm okey. Serius okey. 
Sebab tak rendah pun tu. 
Bersyukur lagi walaupun ada yang lagi tinggi.

One more, I HATE competitor. 
Orang yang jadi kan Nadia sebagai persaingan. 
Beb aku ni muka nerd, belajar so-so, kehidupan sederhana. 
So please stop make me as your competitor. 
SERIOUSLY I HATE . 

Dari semua segi baik dari segi kehidupan dan pelajaran.
I've nothing bro sis. 
okey?

Aku tak ada nak jadikan sesape sebagai tempat untuk aku bersaing. 
Tu life kau. Rezeki kau. 
Takut aku akan hilang rasa bersyukur bila terlalu kejar rasa nak jadi PERFECT. 
Semua manusia sama je. 
Dia lebih tu, dia akan kurang benda lain. 
Sama je aku pun. 

So jangan nak letak level insekiyoriti kat aku ni tinggi sangat.

Just stop. I hate. 






07 March 2016

23 // Konsep Berkawan & Bercinta

Assalamualaikum dan selamat malam.

Berkawan ni macam bercinta. Konsep dia sama je. 
Jujur, ikhlas, terima segala kekurangan dan hargai perbezaan

Kenapa dalam bercinta kita boleh terima itu ini kelemahan pasangan, tapi tak dalam berkawan?

Jujur? Ye jujur tu penting tapi tak semua kejujuran kena jujur.
Ada benda kena jujur, ada benda kena simpan. 
Simpan dan pendam pun konsep dia beza.
Simpan sebab nak jaga hubungan, dan pendam akan beralih jadi benci. 

Ikhlas? 
Ni soal hati. Kita je boleh nilai sejauh mana keikhlasan kita dalam berhubungan. 
Orang lain tak berhak untuk nilai.
Tu antara diri kita, dia dan DIA. 

Perbezaan tu melengkapkan. 
Nak tahu siapa dan macam mana pasangan kita, pergilah mengembara.
Masa tu kau akan kenal siapa kawan kawan kau dan pasangan kau. 
Baik dari segi mengembara untuk bersantai atau meredah tengok alam semester. 
Terpulang. 

Perbezaan yang kita rasa 'annoying' , itu sebenarnya modal bila dah jauh.
Bekalan rindu. 
Tak ada apa yang lebih bernilai bila dah jauh selain daripada memori yang dah tercipta.

And lastly..

Keburukan dan kelemahan bukan 100% boleh diterima orang yang kita rapat.
Kawan. Pasangan. Suami. Isteri. Adik beradik. 
Tak semua .~!
Sejujurnya seorang ibu dan ayah je mampu terima buruk keji cela kita. 
Tak ada ibu bapa tak mengaku anak tapi ada adik beradik tak mengaku bersaudara.

Jangan mudah selesa bila orang dah selesa dengan kita.
Dalam dunia ni semua benda masih punya batas.
Jaga selagi masih ada. 

Night..