TOTAL PAGEVIEWS

20 September 2017

75 | Diploma dan Kerja atau Sambung Degree??


Assalamualaikum.

Kalau ada lah pembaca setia yang ikut perkembangan blog Nadia ni sejak zaman kolej (memandangkan dah padam segala kisah zaman sekolah menengah) perasan, dulu asyik berkisar tentang "Kawan". Sekarang berkisar tentang "Hidup" dan "Matlamat". Sebab perjalanan hidup kita terus berjalan dan akan berubah. Kan?

Kerja atau belajar? Sampai Diploma atau sambung Degree?

Honestly, Nadia tak tahu sangat flow pendidikan ni. Kalau setakat Matrik dan Form 6 tu Nadia tahu lah. Nadia taknak sentuh apa yang Nadia kurang arif untuk elakkan kecelaruan pada diri sendiri dan pembaca. Tapi bagi Nadia sebelum nak ambil Form 6, tanya diri, "Lepas aku habis Form 6 ni, aku minat atau tidak nak belajar lagi?" . Kalau dah tahu dan pasti tak minat, kenapa teruskan. Betul?Buang masa. Tegas dalam tentukan matlamat hidup !

Kenapa kena tahu minat atau tidak? Kita dah maklum yang Form 6 antara darjah pembelajaran yang susah dan kau bijak pun belum tentu kau mampu bawa. Ini apa yang kawan kawan Nadia bagitahu. Bagi Nadia, orang yang ambil Form 6 ni beruntung sebab macam satu batu loncatan yang dia terus boleh dapat langkah ke 'Degree'.

Tolong maklum yang kita sedang ada dalam era yang mementingkan 'STATUS' !

Macam mana dengan orang Diploma? Diploma tu sendiri dah ada nama walaupun ada orang suka sebut "Diploma je pun". Bila kata ada Degree, dia jadi macam gah sikit. Ini perkara biasa.

Soalannya
Belajar sampai Diploma atau sambung lagi belajar ke Degree?

Jawapannya, tanya diri.

Apa matlamat awak. Kenapa awk nak belajar. Apa yang awak nak dalam hidup. Apa yang penting bagi awak. Apa yang awak nak kejar.

SOAL DIRI !

Tapi kalau nak sambung degree untuk dapat gaji yang tinggi, rasanya kena betulkan semula niat tu (bukan niat untuk patahkan semangat). Selalu kan kita baca cerita orang tapi kita jadi was was dan terlebih percaya diri. Tapi banyak hakikat hidup yang kita tak sedar memang apa yang dah diceritakan oleh orang orang berpengalaman tu HAMPIR semua betul. 

Degree demand gaji.

Kelulusan Degree awak terlalu bagus. 

Degree with zero experince.

Jawatan ni untuk SPM.

Banyak faktor yang kena pertimbangkan dan last sekali diploma and degree holder ni akan kata "Tak ada kerja". Bukan kerja tak ada, tapi dalam tak sedar, kalian dah berada dalam kelompok tadi.

Memilih.

Gaji kecik.

Rasa tak setaraf kelayakan dengan jawatan.

Kerja yang tak mencabar.

Rasa diri bagus dan tak nak bertatih.

Belajar is belajar. Kerja is kerja. Pernah jumpa baby yang lepas keluar berdarah tu terus duduk? Apa baby tu buat? Menangis. Betul? So then, we also likes a baby. 

Sebelum kita diiktiraf, kita bertatih untuk timba segala ilmu dari pusat pengajian. Lepas kita dah diiktiraf, kita pilih untuk bertatih lagi tapi dalam keadaan yang lebih baik (degree). Jadi macam mana kita boleh fikir dengan dah bertatih ke keadaan yang lebih baik (degree) tu boleh menjadikan kita terus bagus? Mestilah kena banyak sakit dan seksa sebab bila bekerja kita ada dalam satu lagi situasi baru. 

Kalau kita selam, kita memang tak berhenti dari terus belajar.

Jadi, kalau tanya Nadia, nak sambung atau nak kerja dulu? Nadia akan jawab, tanya diri. Apa awak nak?

Nama?

Kuasa?

Pengaruh?

Pengetahuan?

Kepuasan?

Turutkan niat seseorang?

Ya. Turutkan niat seseorang. Siapa? Ibu bapa. Tak dinafikan bila kita dilahirkan dalam keluarga yang berpendidikan, suka atau tak suka, kita memang kena turut kemahuan ibu ayah untuk terus belajar ke menara gading. Tapi satu suka Nadia soal (soal diri sendiri), sampai bila nak belajar ke menara gading tapi satu masa bila kerja terus merungut gaji kecil dan rasa tak berbaloi dan setaraf. Satu lagi Nadia nak tanya, siapa yang nak ambil awak bekerja dengan kosong pengalaman tapi high demand?? Letakkan diri awak dekat tempat majikan tersebut. Awak rasa berbaloi ke?


Nadia pernah pergi sekali je JOBFAIR. Serius tak dinafikan kebanyakan nak ada 'degree' dan pengalaman min 3 tahun. Bila sampai job fair, Nadia boleh nampak ramai orang hebat yang 'jual' pengalaman diorang dan sumpah rasa sangat kerdil. Tapi tak dinafikan, ada juga majikan yang pentingkan status pendidikan. Tapi Nadia percaya "Experience comes first". Tak semua orang bernasib baik jadi jangan dibeza bezakan nasib sesama sendiri. 

Percayalah juga, apa yang belajar dalam kelas, cuma ciput je berbanding apa yang kita buat di tempat kerja. Beza. Banyak beza. 

Give up? Hahahaha. Honestly Nadia sendiri ada rasa dan perasaan nak berhenti. Tapi Nadia soal diri Nadia "Apa jaminan yang aku ada bila aku berhenti kat sini dan masalah juga akan berhenti dekat tempat baru?" NO ! Problem in workplace is unavoidable ! Selalu positif dan kuatkan jati diri. Mental tu memang kena asah sangat sangat.

Orang tanya, "Kenapa lepas praktikal, masuk sini lagi (GBWHJB)?" So jawapan Nadia, "Kalau management sini tak bagus, tak mungkin saya kan terima untuk kerja kat sini." Persekitaran membentuk emosi. 

Silakan berpindah randah tapi the next next next and next employers you akan tanya, kenapa gap setiap company tu sikit sikit. Then ask yourself. Pekerjaan tu yang bermasalah atau diri aku yang bermasalah? Then you will know the answer. 

Last !

Percaya rezeki. 

SPM. Diploma. Degree. Master.

Selagi mana terus memilih dan nakkan yang terbaik selagi tu kita tak dapat pun apa yang kita nak pun sebenarnya. Tolong percaya rezeki. Kalau sekarang ni awak tengah sambung degree. Go on. Ni cuma secubit rasa yang Nadia rasa nak kongsi untuk awak soal diri, "Kenapa sebenarnya aku sambung belajar".

Hasil ditentukan oleh niat. Ikhlas, maka Allah akan tolong. Niat untuk jadi dan nampak hebat, In sha Allah, teruskan berdoa. Semoga tercapai hendaknya.

Choose wisely your path. 




....
Punca macam mana boleh tercetus idea nak update topik ni :

PLEASE READ THIS  !


4 comments:

Anonymous said...

ye betul tu, bukan nak merendahkan atau menghalang orang lain untuk sambung belajar tapi hakikatnya zaman dah berubah. Experience comes first, better kerja dulu then baru sambung belajar part time ke. kalau sambung degree sebab jeles tengok kawan2 lain sambung, dah salah dah tu. kalau nak sambung sebab memang nak tambah ilmu, itu takpe.

Anonymous said...

Dalam kes saya, mmg cita-cita saya nak sambung belajar tinggi, at least dpt sampai degree pon xape. Niat tu mmg saya dah tanam dari kecik lagi. Tapi sebabkan tangunggjwb plus keadaan ekonomi keluarga saya yang xstabil, saya trpaksa hold dlu niat saya dan mula mncari kerja. Tipu la klu saya kata tak sedih, lagi2 bila tgok kwn2 lain dpt sambung belajar tapi insyaAllah saya percaya Tuhan dah aturkn rezki lain yg lebih baik untuk saya. Lambat xbermakna saya gagal kn..terima kasih nadia, saya rasa lega baca blog awak :)

Melissa said...

Hai Nadia, i just wanna say thank you sebab buat post ni. I am so confused right now sama ada nak terus kerja atau sambung belajar. Sambung degree has been my only dream but i have other issues yg tk boleh nak elak. I percaya setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing no matter what education background kita ada. And for the moment i really need money to survive but hey working also mean we're learning right? Setiap hari is a learning process and i hope i make the right decision. Maybe in the future, when the time comes, i get another chance and opportunity to further my studies. Thanks a lot Nadia 😊

Anonymous said...

Hai nadia im comming from 2024,,thankyou for you words sedikit sebanyak dapat jugak mengubah pandangan saya,,yep betul yg nadia bagitau apa-apa pon bergantung pada niat masing2. Semua orang ada perjalanan masing2 dan kita perlu percaya pada rezeki tuhan insyaAllah