TOTAL PAGEVIEWS

15 July 2017

68 | Realiti dewasa

Assalamualaikum. 

21 tahun (2017) bernafas atas muka bumi ni dan macam macam perubahan yang kawan kawan dah buat sekarang. Ada yang dah kahwin. Ada yang baru nak masuk belajar, yang dah habis belajar, yang dah dapat kerja tetap, yang masih cari tujuan hidup dan tak kurang yang masih tanam anggur tak berbuah. 

Ibu bapa kita pun dah berbeza, ini kan lagi takdir hidup kita. Cukuplah setiap dari kita bersyukur dengan apa saja yang ada dalam hidup sendiri. Dalam kita tak sedar, sebenarnya ada manusia lain yang nak ada dalam kehidupan kita. Awak rasa hidup awak tak seronok, sebenarnya, ada orang yang nak jadi macam awak. 

Musim raya ni, kita akan jumpa dengan orang-2 yang dah lama kita tak jumpa. Jadi antara soalan yang kerap ditanya pada Nadia "Buat apa sekarang?".

Benda ni Nadia rasa nak kongsi sikit. 

Soalan yang ditanya ialah 'Buat apa dan kerja mana'. Jadi jawapan simple yang Nadia kasi cuma 'Kerja kat hotel'. Dah. Reaksi muka tu sama bila kita jawab 'Kerja kat kilang'. Orang bandar ni bila cakap 'kilang' terus cop position operator. Apa diorang tak tahu dalam kilang tu ada manager dan yang seangkatan dengannya? Miskin dan hina ke orang kerja kilang? Papa kedana juga ke orang yang kerja bahagian operator kilang ni? #SoalanSerius

Kalau tanya Nadia, kecil hati ke bila orang memperendahkan industri perhotelan? Jawapannya, TIDAK. Satu benda yang mereka tak tahu, kerja dalam bidang F&B, akan ada makan percuma untuk staf. Sama macam Nadia kerja Pizza Hut dulu, bab makan mesti boleh jimat sangat sebab makan free. Benda yang paling besar boleh dipotong ialah, kos makan masa kerja. Hari Isnin dalam purse ada RM5, duit tu akan kekal RM5 sampai hari Jumaat dan cuma akan bertambah kalau keluar hari Sabtu dan Ahad. Faham? 

Kunci nak jadi orang yang selalu rasa cukup ni, mudah je. BERSYUKUR. Syukur dengan apa yang kau ada, apa yang kau dah capai dan apa yang kau dah ada. Jangan pernah merungut. Kunci dia positif dan syukur. Cubalah. Sikit mana pun akan rasa cukup. CUBA ! 

Sama juga dengan hubungan sesama manusia. Orang single akan nampak orang bercinta tu seronok dan indah je. Tapi pernah mereka nilai betapa cantik Allah atur hidup mereka bila ada keluarga dan kawan kawan yang menyokong mereka dari belakang? Kita suka cari apa yang kita tak ada dan bandingkan dengan orang lain apa yang mereka ada. Sebab tu boleh terjadinya dengki. 

Kita nak apa yang orang ada sampai tak nampak apa yang kita dah ada. 

Dulu masa belajar, persaingan tu memang kuat. Kalau tak berlaku dekat Nadia, mesti dalam kawan-2 tu ada. Nak jadi yang terhebat dalam kalangan yang hebat. Aku nak jadi paling pandai. Paling lawa. Paling up-to-date. Paling kaya. Paling mewah. Paling sempurna lah !

Habis zaman belajar, benda tu dah tak ada 😎 Rezeki kita semua datang dalam keadaan berbeza. Tak ada istilah siapa dah berjaya siapa yang belum sebab apa yang kita nak tu mungkin lambat sikit je Allah kasi. Sabar ! 

Tak ada benda atas dunia ni yang mustahil bagi orang yang rajin usaha. Duit pun tak datang terbang pada kita, jadi macam mana kita mengharapkan benda yang indah indah kalau kita tak pernah susah? 

Dalam ujian yang Allah kasi ada satu hikamh yang Allah simpan pada masa akan datang. Jangan berhenti jadi rajin dan jangan berhenti berusaha. Hari hari buat silap, tak apa. Tapi tolong belajar dari setiap kesilapan tu. Cari hikmah dan kebaikan.

Selamat maju jaya dalam menempuh alam dewasa 96's.

No comments: