TOTAL PAGEVIEWS

24 June 2016

27 | Nilai Bersyukur

Assalamualaikum dan Selamat Malam.. 

Hm.. Apa yang nak dikata hari ni dan malam ni ialah "Kita mudah rasa selesa bila dah selesa"
Apa tu? Pehal macam belit-2 ?!


Ringkaskan..

Nadia kerja jaga kiosk sekarang (23062016) dan HARUS kejar sale atau target. Bila tak dapat sale, Ya Allah serba salah dia tak terkira. Setakat ni Alhamdulillah Nadia jaga, tak pernah lagi dapat 'telur ayam' . Paling sikit pernah dapat pun RM45.00 dalam tempoh 10 pagi - 10 malam kerja. Sadis kan? 

Dan hari ni (23062016) Nadia tak tahu apa yang murah sangat rezeki hari Khamis ni dapat sale RM742.00 . Paling banyak setakat ni jaga. Happy bos. Happy la Nadia. Kerja untuk business orang kan. So, bila kita jaga tak ada sale macam, "pebenda siak aku kerja tak ada sale, tapi gaji jalan. Arghhhhh"

So Nadia kerja macam lek lek je hari ni sebab dah rasa 'selesa' dengan keuntungan hari ni sebab pukul 4 petang dah berjaya dapat RM600+ . Kalau tak, biasa dah tak senang duduk sebab tak ada orang beli atau sale tak tinggi. Apa yang tiba-2 terlintas tadi, bila kita rasa kita dah berjaya sikit, terus rasa selesa. Terus hilang usaha. Capai dan lepas je target terus lupa diri. Terus cepat-2 istighfar.

Contoh lain lagi, bila carrymark tinggi je, kita dah taknak studi. Terus rasa selamat dan taknak usaha. Amalkan konsep pasrah hanya sebab dah berada pada zon selesa. Dah tahu carrymark cantik. Dah tahu tak gagal dan In sha Allah pointer akan cantik. 

Satu lagi, terus lupa nak bersyukur. Benda paling susah lah yang Nadia rasa bukan Nadia je tapi ramai orang, bila dia dah berjaya atau capai apa yang dia hajati dan ucap "Syukur Ya Allah, Alhamdullilah" hatta dalam hati sekalipun. Ya mungkin kita akan sebut. Tapi lepas kita dah TERINGAT je. Tu pun lepas dah berminit-2 , berjam-2. 

Sejak kerja ni lah Nadia belajar ucap "Syukur Alhamdulillah Ya Allah, ada pun sale" :"D , tak terkata syukurnya kalau ada sale, at least dapat buat Kak Farah happy. Tak ada lah rasa macam makan gaji buta. Dah la Kak Farah tu sangat bertimbang rasa dan gaji pun okey.. So cara nak balas budi, dapatkan sale untuk dia.. 

Ok sampai sini je. 

Konklusi, ajar bibir dan hati untuk selalu ucap 'Alhamdulillah' sebanyak mana bibir dan hati tu banyak meminta sebelum kita capai apa yang kita nak. Bila dah dapat, terus lupa Pencipta si Pemberi Rezeki. Sebab kita akan rasa menyesal bila Allah tarik balik apa yang kita ada cuma sbb kita leka sangat dengan 'kesenangan' yang kita dah ada. 

Mungkin benda ni nampak cliche, tapi kalau boleh jangan pernah tinggal untuk berdoa setiap sujud terakhir setiap solat 5 waktu. 


notajari // maaf kalau ada guriskan perasaan sesiapa. Selamat malam.. 

No comments: