Assalamualaikum,
Nadia terpanggil untuk kongsi tentang keadaan lepas buat pembedahan Ovarian Cyst tahun 2019 pada umur 23 tahun.
Nadia datang uzur yang pertama masa umur 13 tahun. Dari zaman sekolah, Nadia ada senggugut tapi masih boleh layan. Tapi bukan setiap bulan. Kalau contoh bulan ni Nadia ada period pain, next month tak ada. Haa so Nadia dah boleh bajet bulan ni akan ada period pain atau tak. Kalau dalam setahun tu, ada lah 3 4 kali je akan betul-2 sakit sampai menangis. Okay itu ringkasan senggugut / period pain.
Nadia memang akan datang uzur setiap bulan. Tak pernah tak datang. Tapi yang penatnya bila dia datang, lebih dari 7 hari kadang sampai 15 hari. Itu belum kira kadang sampai sebulan period tapi harini ada, 2 3 hari bersih, pastu ada balik. Sampaikan nak solat tu jadi ragu-2 ini period atau istihadhah.
Dalam Islam, kalau darah yang keluar melebihi 15 hari, hari ke 16 dah boleh solat dan beribadat macam biasa. Darah selepas hari ke 15 dikira darah Istihadhah (darah penyakit). AL-KAFI #685 : DARAH ISTIHADAH MENGIKUT TAMYIZ ATAU ADAT?
Kalau dekat Kulai, Nadia selalu akan pergi Klinik Jamiah Taman Bersatu Kulai sebab situ doktor perempuan. Selalu ma akan ajak g klinik kalau dah beberapa bulan asyik period panjang je. Doktor selalu akan bagi ubat berhentikan darah je. Nadia pernah lah Google nama pil tu, tu pil perancang wehhh hahahaha untuk betulkan hormon. Awal haa makan pil perancang. Lepas makan, memang period jadi teratur 2 3 bulan kedepan, lepas tu akan balik semula panjang tempoh keluar darah haid. Doktor tak pernah buat scan sebab Nadia tak ada sakit-2, cuma period panjang je so doktor bagi ubat je. Doktor pun pernah juga tengok darah dari pad yang Nadia pakai, dia tak rasa ada keperluan nak scan, so dia bagi ubat je jugak. Dia ada la suruh baring dan tepuk-2 perut Nadia, tapi dia kata okay. Tak ada ketulan atau keras.
Untuk pengetahuan juga, kalau awak masih dara dan belum berkahwin, doktor tak akan usik awak melalui bawah ya. Semua procedure dibuat selain dari vagina awak. Ma memang dari dulu selalu pesan kalau doktor nak tengok bawah, jangan bagi. Tak boleh sebab kita belum kahwin. Doktor Jamiah sendiri pun cakap benda ni.
Macam mana nak solat kalau darah asyik keluar?
Nadia ingat lagi masa kerja Aeon umur 19 tahun, dari toilet tukar pantyliner cepat-2 masuk surau ambil wuduk, elok siap sarung telekung tetiba rasa ada keluar something. Rasa nak nangis wehhhh. Buka semula telekung, g toilet dan bersihkan. Niat yang aku nak solat ya Allah, biarlah sempat angkat takbir.
Lepas tu barulah okay. Penat tau. Sebab awak kena cepat-2 solat dan wuduk yang lepas walaupun tak batal, tak boleh dibawa ke solat seterusnya kalau awak ada darah istihadhah. Kita pun kena pastikan sebelum takbir tu, tak boleh keluar apa apa. Kalau tengah solat, terasa ada sesuatu keluar, tak apa. Teruskan solat macam biasa sebab orang darah istihadhah ni dianggap dalam darurat.
Kita semua ada cyst sebenarnya cuma antara aktif dengan tak aktif je. Mungkin ada pemakanan Nadia yang dah 'mengaktifkan' cyst tu sampai membesar. Nadia paling suka makan Tau Fu Fa, dan soya katanya antara makanan yang boleh aktifkan cyst dan semua ayam ayam yang dicucuk macam KFC dan fast food lain.
No comments:
Post a Comment