TOTAL PAGEVIEWS

02 May 2016

25. Nikah Sanding Fizan

Assalamualaikum. 

29 April 2016. Tarikh rasmi Mior Muhammad Afiq & Nur Hafizan diijabkabulkan. Bersuamikan orang Selangor, okey lah tu tak jauh nak gaduh berebut balik raya nanti. Haha

Sebagai mukadimahnya,,

Fizan ni kawan sejak dari sekolah rendah tapi ingat lupa sejak darjah berapa. Kenal pun masa sekolah agama petang atau orang luar Johor panggil "kelas kafa". Rumah pun sebaris je tapi sekarang ni Nadia pindah lorong depan, so jalan kaki pun boleh.

Akad nikah mula lepas Isyak dan tu pertama kali merasa duduk dalam jarak yang dekat antara pengantin lelaki dan perempuan. So semuanya jelas nampak depan mata dan jelas pada pendengaran telinga. Bila member nikah, ingatkan tak ada rasa pape, rupanya rasa sebak nya tu.


Majlis baru nak bermula dan akad nikah dibuat kat rumah Iejan sendiri


Masa dah nak akad, Nadia peghati je muka ayah mak Iejan. Sedihnyaa em em. Fizan ni dua beradik je. Abang dan dia sahaja. So satu satunya anak perempuan dah jadi milik orang lain sekarang ni. Ayah dia je duduk sebelah dia. Mak dia duduk sebelah kawan baik dia. Nadia usik mak dia suruh duduk sebelah tapi mak dia taknak. Haha. Haaa Cik Norly takut nangis ek. Hihi

nampak tak Ayu nangis? hihi

Tu lah Ayu ( biru ) dan kanan Iejan tu ayah dia. Mak dia duduk sebelah kanan Ayu means sebelah Nadia
Masa baca taklik tu, rasa sebak sangat sebab masa tu ayah dia baca something yang mengatakan dia dah lepaskan tanggungjawab menjaga, mendidik, beri kasih sayang etc pada si suami. Masa dengar tu memang rasa sebak dan sedih sebab tu keluar dari mulut seorang ayah yang ego dalam tunjuk kasih sayang tapi jauh ke dasar hati, sayang sangat anak-2 dia.


Baca taklik. em em
Idk apa istilah ni, tapi ada gelang emas tu hah. hahahaha


Tapi Si Ayu rasanya dah lama nangis. Gila kau tak nangis, kawan dari tadika oi. Masa dengar ayah dia kata macam tu, tetiba rasa TAKNAK KAHWIN WOI.! Anak abah ni nak tetap jadi anak abah. TOLONG AH WOI!!!!!

Apa yang paling sedih bagi seorang anak perempuan ialah bila dia dah terlepas dari tanggungjawab bapanya. Kalau aku jadi Iejan, aku dah nangis gamaknya. Tapi minah ni steady je. Siap boleh gelak-2. Dia ingat main kawin kawin gamaknya. Tapi dalam hati, sape tahu kan. *aku kutuk kau ni Jan*

yeayyyyyyyy

alolo. ahaha



Pengalaman yang best masa majlis akad nikah :

1) Nervous tu akan rasa sepanjang hari sebab Pijan tak habis-2 ws group kata nebes dan masa tu selain dari keluarga, sokongan dari kawan pun penting. Kawan-2 yang mana nak nikah tu, pegi la tayang muka awal-2 sebelum majlis bermula untuk hilangkan gemuruh si pengantin. 

2) Rasa seronok nak kahwin tu akan jadi sayu lepas je dah di "sah" kan saksi sebab masa tu kau dah sedar yang kau sebenarnya dah terlepas dari kedua ibu bapa dan seluruh keluarga. Kalau kau tak kuat memang kau menangis kat depan orang ramai. Tapi Fizan aku tak nampak mata dia bergenang. But her husband, YES . 

Habis je akad nikah, si suami diberi peluang untuk masuk bilik untuk buat sujud syukur atau solat. Apa yang menakjubkan, muka Mior nampak sangat nangis lepas keluar dari bilik. Dan tertanya-tanya apa la yang didoa tu. Em em 

3) Kau akan jadi patung cendana yang kena sentiasa senyum dan tak boleh malu depan cameraman even ada makcik makcik yang tengok kau atas pelamin tengah bermadu asmara atas pelamin amek gambar. HAHAHA. *gelak jahat*

4) Kawan paling disayang patut paling ada dalam majlis selain dari keluarga. Itu yang aku nampak dari hubungan Ayu dan Pijan malam tu. Ayu lah paling nampak. Sedih sbb kena lepaskan satu kawan dia yang sewel untuk dijaga oleh satu lelaki yang dah dipanggil suami.. 



Shawl hitam ( Iqe) orang yang suka tacap muka orang termasuk hari Iejan tunang dan malam akad nikah Iejan






yang memeriahkan majlis.. 




30 April 2016 

Pukul 1230 pm budak perempuan dah datang rumah Nadia untuk ber make up dan bersiap (bridesmaid) dan kami ditacap oleh Iqezzahtulafaf (Iqe) *selalu rasa insekiyo kalau nak eja nama dia sbb unik haha* . Sebab aku ni sakai jarang pakai shawl, so aku dipakaikan oleh si Ika dan Iqe dan nasib baik menjadi. Dalam 130 pm macam tu kitaorg dah sampai rumah Iejan. Ada lah si Yai dengan Angah. Orang terawal sampai dan terawal balik. ahahah. Sampai je terus masuk bilik pengantin sebab nak jumpa dia. Lepas dah jumpa Iejan kitaorang makan dulu sebab takut kalau bertembung dengan rombongan lelaki sampai nanti jadi kelam kabut pulak. 



yai & angah 


Next is masa rombongan lelaki pun sampai dan adat orang Johor, kalau nak tengok pengantin perempuan, kena lepas "Tol" dulu. Aku tak tahu betul ke tak istilah ni, so kalau salah mohon la betulkan saya ye. So apa kami as bridesmaid ni buat, kitaorg halang tempat si Iejan ni duduk dan minta "tol" dari pihak lelaki and diketuai oleh si sepupu Iejan untuk bersuara. Dapat lah sorang satu sampul. Pahtu apa lagi, blah ah. Dah dapat duit kan. :D 

Mula lah sesi bergambar. 



Ayu je bridesmaid yang "cacat" sebab dia pengapit :D

ye goyang, tapi nak masukkan jugak. haha

Selain daripada dapat tengok member kahwin, buat sesi jejak kasih dekat member yang dah lama tak jumpa pun ada jugak.. Terbaru, bulan depan 20hb 5 Yuni pulak kahwin, tapi ada paper final masa tu sob sob. So tak dapat datang. em Sorry Yuni. Plus, Siti datang bawak anak lagi. Lupa dia dah kahwin. So kiranya Fizan ni bukanlah budak kelas pertama yang kahwin sebab Siti kahwin dulu siap dah ada cahaya mata perempuan, Afiaa umur 5 bulan.. 


Siti (tudung hijau) dan anak dia, Afiaa . 

Haaaa so ni Lunaa. Kawan sekolah rendah jgk. Dan sangat lama dah tak jumpa dia. Katanya dah 4 tahun. wow!


Untuk outdoor, Kota Iskandar jadi pilihan photographer dan pengantin. Konvoi ke sana dengan 5 buah kereta. Otw tu pun cuaca dah hujan then sampai sana renyai la cuma nasib baik hujan lebat lepas kitaorg dah nak habis sesi bergambar je. haaa. 


Photographer dia ni masuk air so tak ada la kitaorg kaku esp pengantin lah untuk bergambar. So satu lagi pengajaran, kalau nak kahwin karang, cari la photographer yang gila-2 so tak ada la malu je. Senang cerita friendly person. 



masa ni tengah hujan ea. pandai kamera menipu. haha


And for the last, tengok hari Iejan kahwin rasa tak sabar nak kahwin tapi ingatkan masa akad nikah rasa taknak bersuami. KAHKAHKAH. Tak gurau. hehe. So for official picture, boleh selalu update dekat FB photographer ni Aiman Kamaruddin ..


notakening : sebab nadia ni tak kahwin lagi so istilah yang salah dalam entry ni harap dimaafkan. nnti tggu nadia kahwin, nadia update sendiri apa yang nadia rasa dan jadi. ni sebab cuma nampak, so kurang cara penyampaiannya. 

Apa apa pun, SELAMAT PENGANTIN BARU IEJAN. Aku rasa kau ni anak dh 10 pun tetap loya buruk kau takkan buang. Pape pun kau badut terbaik kami dan husband kau Encik Mior Afiq. 

Night..