TOTAL PAGEVIEWS

08 December 2016

43 | Keguguran Ma Kali Pertama

Assalamualaikum dan selamat malam

Sebelum ni ada beberapa kenalan Nadia dah tahu yang ma Nadia mengandung lagi. Tapi hari ini, 07 December 2016, rahim ma dah selamat dicuci sebab gugur. So, macam ni kisahnya.. 

Nadia balik dari Kuantan lepas habis kertas terakhir ialah pada 20 November 2016. So lebih kurang dalam 22hb macam tu lah tiba tiba terdetik nak tanya ma, 

"Ma, ma ni mengandung ke tak? Sebab hati along rasa macam tak ada" 
"Tu lahh. Ma pun tak tahu. Tapi bila pegang perut ni rasa kosong je"

Nadia tak tahu kenapa Nadia terdetik nak tanya ma masa tu. Firasat sebagai seorang anak kot. Memang ma ada pening-2. Ma makan asam. Ma tak boleh dekat dengan abah. Tapi Nadia rasa macam ma tak mengandung. Papp hari yang sama juga ma kata,,

"Sebenarnya ma keluar darah ni macam uzur"

Ahh sudahh. Esoknya nurse datang rumah untuk check tekanan darah ma sebab ma dah jadi pemegang 'buku pink' so ma dah memang disahkan kategori ibu mengandung lah kan. So ma bagitahu nurse pasal darah apa semua tu. Nurse pun suruh pergi Klinik Kesihatan Kulai Besar bahagian Ibu dan Anak. Esoknya pergi sana dan check up apa semua, doktor kasi surat suruh rujuk Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru (30 minit dari rumah).


First time pergi HSI

Pertama kali pergi sana, abah drive, Nadia dengan Aqil ikut. Abah amek cuti 2 hari masa tu Rabu dengan Khamis (23 & 24 November). Masa tu sangat lama kat hospital. Memandangkan cuma suami je boleh masuk, jadi Nadia berlegar-2 dekat kafeteria dan laman herba dengan Aqil sebab ada budak kan. Masa Nadia berdua je dengan Aqil dan layan karenah Aqil, banyak kali terlintas, "dah sedia ke aku nak jalankan tanggungjawab jaga adik-2 kalau ma tak ada?". Huwaaaa hm 

Rabu (23 November) , dua kali ma pergi hospital. Pagi tu Nadia dengan Aqil ikut. Dari pukul 11 pagi - 4 petang kat HSI lepas tu balik rumah. Lebih kurang pukul 6 macam tu ma g HSI lagi sekali tapi berdua je dengan abah sebab ma rasa sakit-2 tak silap. Jadi malam tu tak ada orang masak, abah bagi duit suruh Nadia bawak adik adik makan luar. Syahdu gila rasa bwk adik adik makan luar tanpa ma abah masa tu. Hahaha. Ma tak kena warded, cuma doktor masukkan ubat lepastu tunggu kalau kalau seketul daging tu gugur. Ma abah balik lebih kurang 12 malam masa tu. 

Selasa (29 November), ma pergi lagi HSI tapi masa ni Nadia je drive bawa ma dengan mak cik (adik perempuan ma) sebab kebetulan mak cik nak melawat kawan dia yang kemalangan. Kitaorang bertolak dari rumah 11 pagi-6 petang kat hospital. Macam biasa, doktor cuma masukkan ubat je. Tapi kali ni banyak. 4 biji ubat dan masa tu segar lagi dalam kepala, ma berjalan keluar dari bilik saringan dengan muka berkerut sebab darah turun banyak dan berketul. Nadia tengok sendiri macam mana banyak darah dalam bilik air hospital masa tu. Bila gugur, doktor nak seketul daging tu yang gugur. Tapi masalahnya tak tahu apa degil sangat daging tu taknak jatuh-2. Pendarahan yang banyak tu tetap tak ada seketul daging. So ma masuk balik dalam bilik saringan, doktor masukkan ubat dan ma dibenarkan balik rumah tapi kena datang hospital semula hospital. Susah nak nampak ma sakit. Tapi masa ni memang kesian sangat tengok ma. 

Isnin (5 December), ma kena pergi hospital untuk X-ray, check tekanan darah dan jantung sebab Rabu (7 December) ma dah kena cuci rahim. So masa ni, Nadia berdua je dengan ma. Masa ni kejap je proses tapi mau 3 4 jam juga dekat hospital masa tu. Hehe.

Rabu (7 December) , 6.40 pagi ma turun rumah dengan abah. Berdua je. Lebih kurang 11 pagi macam tu Nadia call abah, abah kata ma baru masuk bilik bedah. Dalam sejam siap lah. Sebab line yang abah pakai line singapore, jadi nak call abah sangat susah nak lepas masuk line. Nak call ma? Lagilah tak berangkat. Dalam pukul 4 petang Nadia tak dapat apa apa berita lagi. Jiran rapat ma pula call tanya macam mana keadaan ma, lagilah tak senang duduk. Nadia call abah, line xmasuk. Call ma tak angkat. Tak lama lepas tu baru ma call ma kata ma tengah rehat. Slow je suara. Katanya tengah tunggu abah naik wad sebab abah turun minum kejap dan ma dah boleh balik terus.Alhamdulillah !




Hampir maghrib baru ma abah sampai rumah. Dalam pukul 10 malam tadi ma muntah sangaaaaaat banyak sebab seharian ma tak makan apa sebab nak kena operate jadi ma kena puasa malam sebelumnya tu. Jadi ma makan nasi maghrib tu, tadi ma muntah nasi. Kau berlari aku dari atas turun g gosok belakang. Abah dah tidur. Yela mesti penat sebab seharian kat hospital. Esok nak bangun kerja awal pula. Ma kena berpantang dari segi makan dan aktiviti. Pantang macam pantang orang lepas bersalin tu. 



Sayang, awak dah masuk 3 bulan or dah 3 bulan tau masa awk gugur ni. Kami semua dan ma pun tak tahu macam mana awak boleh 'hilang'. Kami anggap tak ada rezeki je untuk kami lihat awak keluar dan tengok dunia ni. Tak apa sayang, awak tinggal dekat syurga baik baik. Nanti awak jangan lupa sambut ma kita ea. Kesian ma tau sayang. Along dengan abang Amirul semangat dah carikan nama untuk awak. Tapi tak ada rezeki awak nak menghuni nama tersebut. 2x ma buat urine test, positive. Beberapa kali ma scan awak. Tapi lama lama awk 'hilang'. Lepas tu baru kami tahu yang ma dah keguguran awak. 

Ma taklah menangis (zahirnya) sebab ma selalu ulang, "Takpelah tak ada rezeki nak buat macam mana. Sebab ni yang ke-7 tak terasa sangat. Kalau anak sulong ni, mesti meroyan dah" Semua benda ni pula jadi masa ulang tahun kelahiran ma yang ke-46 tahun. Yes. My super mom yang cergas dan lipas kudung everrr. Hahahaha.

Ya semua yang jadi ada hikmah. Bagi Nadia biarlah Muhammad Aqil Nazran tu yang terakhir untuk kami sekeluarga. Satu je impian Nadia sebagai kakak terutama anak sulong ma abah, Nadia nak ma abah sempat tengok kami membesar dengan baik depan mata terutama Aqil. Sekurang kurangnya sampai Aqil dapat tunjukkan anak pertama dia.. In sha Allah. Tak ada yang boleh ganti seorang ibu dan ayah dalam dunia ni. Kasihnya Nadia pada keluarga dan kenalan cuma boleh nampak masa dalam susah atau sakit je. Sepandai pandai Nadia menyusun kata, Nadia bukan jenis orang yang pandai tunjukkan sayang. So nak rasa dibelai dan dihargai, masa susah dan sakit jelah. Selebihnya Nadia jadi orang yang kasar dan garang. 

Selamat malam sayang.. Satu kenangan yang tak dapat dilupa.

Nota kening ; Nadia pakai acc twitter baru https://twitter.com/nadiaismail09 . Yang lama dah deactive.

No comments: