TOTAL PAGEVIEWS

11 November 2015

19. Cinta & Kawan

1.37 am tengah buat apa woi? 
Aku ada ni hah tengah melantak maggi sedap hasil penyeludupan almari si adik perempuan.
Disebabkan dia tidur, so kita makan dulu, esok baru bagitahu.
Kebetulan ada sepeket. Memang rejeki angat. Auwm

Tengah-2 tunggu maggi lembut dalam periuk, so tetiba ai teringat sesuatu.
Aku percaya semua orang pernah ada masalah hubungan.
Bila bermasalah, jangan difokus pada masalah, tapi fokus pada PENYELESIANNYA. 

Masa zaman sekolah , Nadia xbanyak masalah dalam berkawan. 
Kalau ada pun, pesen gaduh sebab jantan. Masalahnya taknak pun lelaki tu, 
tapi si perempuan plk meroyan lebih. 
Tapi Nadia banyak masalah bab 'couple' .
Tapi kalau ikotkan, orang hantar p sekolah suruh belajar.
Yang gatal p bercinta buat apa, ye dok? 
Istilah mak mak pulak, "Spender pun mak beli, ada hati nak bercinta. Sekolah tu biar habis dulu"
Baik mengaku mak sape yang cakap cengginih? :D

Terbalik dengan zaman belajar selepas SPM.

Alhamdulillah setakat mula diploma sampai dah sem 3 ni, masih dengan seorang lelaki y sama :"D
Auchh terharu.

Tapi em ai got so so so so so so many problem in friendships. ~

Tujuan update blog kali ni bukan untuk bukak pekung seketul seketul
Tapi cuma nak cakap yang sebenarnya ADA BENDA ALLAH NAK AJAR

Mungkin dulu Nadia ada banyak problem dengan couple sebab ada benda Allah nak ajar.
Nadia ni *ehem nak puji diri jap* lembut hati sebenarnya.
Bukan jenis pandai cakap 'tak' atau menolak sesuatu.
So bila Nadia bnyk ikut telunjuk lelaki, then Allah mula lah tunjuk sikit demi sikit.
Yang sebenarnya tak semua benda patut kata 'ya' lagi-2 dengan couple.
Sepanjang form1 - form5 , Nadia dah belajar bnyk benda pasal lelaki.
Yang sebenarnya tak semua tu indah. Bila kita terlalu berharap, ALLAH akan tarik semuanya.

Hati lebih cintakan si lelaki dari DIA, DIA pun amek semula apa yang DIA dah bagi
Hahhhh masa tu memang terbukti yang kau lebih sayangkan dia dari DIA.
Buktinya kau bersedih terlalu lama sampai kau lupa DIA.

Alhamdulillah dengan Asy, Nadia praktikkan balik apa benda yang boleh buat, apa yang tak boleh.
Ada benda kena ada toleransi ada benda tak perlu.
Tak semua benda kena dengar cakap dia. Kita masih ada hak untuk bebas.
Hidup belajar dari pengalaman.
Sayang manusia ni biar berpada. 

Bila zaman selepas SPM plk

Nadia diduga tentang hubungan dalam berkawan.
Perkara yang paling dianggap tak kan ada masalah besar.
Sebab aku ni suka fikir positif memanjang, so bila orang buat pape pun, "tak ada apa pun tu"
The fact is, kau dah sakit hati sebenarnya. 
Dekat situ lah Nadia kenal mana kawan mana lawan. 
Terutama sekali batu api. 
Idk how they survive. My means is porak perandakan orang lain.
Dan aku mengaku aku berubah disebabkan segelintir manusia dekat kolej. 

Tapi baguslah, mungkin sebenarnya ALLAH nak didik diri jangan lembut hati sangat.
Sebab mungkin alam pekerjaan nanti, lagi banyak pancaroba yang kena telan.
Tapi sayangnya sekarang dah jadi sekeras-keras hati disebabkan manusia.
Setakat panggilan "Ego" tu dah macam mainan. 

Tahu tak aku punya tahap tak amek tahu hal orang sampai orang yang datang and nak amek tahu hal aku.
Bilamana masa form1 dulu, masa tu class sesi petang sbb sekolah tu ada 2 sesi. 
Ada segerombolan manusia yang acah-2 kakak padahal beza setahun je pun, tarik Nadia and member Nadia masuk toilet.
Start dari lepas asar smpai waktu sekolah nak habis dia tahan kitaorang dalam toilet.
Puncanya apa je tau? 
Sebab Nadia sombong and taknak senyum -.- 
ALLAH .!
Tapi diakui sebenarnya Nadia bukan friendly orangnya dan agak sombong.
Tapi tu dulu.........

Rupanya baru aku, ada jenis manusia, orang tak usik hidup dia pun, dia datang usik hidup kita :"D

Masa tu, takut lagi nak bersuara bila dibuat macam hamba.
Sebab kenapa kata macam hamba? 
Sebab hampir je Nadia kena cium kaki dia minta maaf.
Dia berdiri atas sinki and Nadia atas lantai la ofcoz.

But now, salah orang nak dibuat macam tu sebab kita hidup berdasarkan pengalaman.
Yes pengalaman yang mengajar kita.
Walaupun dah ada pengalaman kena lempar duit atas muka masa diploma ni and i be like "betapa kurang ajar nya kau~!" 

So konklusi, hidup memerlukan sedikit kekejaman untuk terus hidup. 
Bye Haters.
:*


No comments: