TOTAL PAGEVIEWS

31 December 2017

79 | End of 2017. Kumpul hutang atau buat simpanan?

Assalamualaikum.

Kalau tahun sebelum ni banyak krisis tentang hubungan, Alhamdulillah untuk tahun ni, atasi manusia ni dah jadi satu rutin yang mungkin kadang kadang bukan jadi satu masalah yang besar. Hikmah Allah tu selalu ada cuma cepat atau lambat. Nadia ingat pesan office mate, "Handle masalah dengan akal, bukan emosi"

Jadi tahun 2017, Nadia belajar banyak tentang takdir, rezeki dan cara pengurusan duit. 

Takdir dan rezeki Allah bagi setiap satu dari kita berbeza beza sebab kita semua ada kain rentang yang berbeza. Kalau dulu kita lahir, ibu bapa dan persekitaran yang mencorakkan kain rentang tersebut. Tapi bila kita dah cukup berakal, kita yang pilih mana yang perlu kita bawa sepanjang masa dan mana yang perlu kita tinggalkan. 

Bila satu satu kesalahan dijatuhkan atas Nadia yang disebabkan kesalahan orang lain, selalu terngiang ngiang ayat seseorang, 'Kenapa awak suka gantung diri sendiri ea'. Sentap dan sedih.

Mula mula Nadia tak faham. Tapi lama lama bila Nadia kerja dan pengalaman tu makin menapak dalam diri, baru sedar sesuatu. Betul. Aku memang suka gantung diri sendiri. Bukan sekarang. Tapi sejak dulu. Nadia orang yang selalu "tak apa" dan "tak apa" tu sebenarnya tengah makan diri Nadia sendiri. Orang lain memboloskan diri untuk tutup kesalahan mereka, Nadia pula yang berdiri belakang mereka ni untuk menanggung kesalahan yang mereka buat. Perjudikan diri sendiri atas belas ihsan yang mengarut. 

Suka untuk Nadia nak kongsi sesuatu.


Siapa taknak kumpul harta selagi muda atas titik peluh sendiri? Kat sini Nadia suka untuk kongsi sesuatu sebab Nadia anggap setiap pembaca dalam blog ni sebagai kawan walaupun ramai 'silent reader'.

6 bulan Nadia kerja, terus bawa payslip pergi salah satu bank dan semak status untuk beli rumah. Rumah second hand. Kalau ikutkan, Nadia mampu untuk beli rumah bila tunjuk slip gaji, tapi banyak Nadia baca dalam twitter tentang pembelian rumah. Dalam banyak banyak tips dekat situ, ada sesuatu yang berguna untuk digunapakai oleh kita semua. 

  • Kalau tak mampu menyimpan duit gaji sama banyak dengan nilai kereta atau rumah yang awak bakal bayar, maksudnya awak masih belum mampu untuk miliki aset sendiri. Kalau simpanan pun tak mampu ada, macam mana awak nak bayar hutang bulanan yang memerlukan komitmen yang tinggi? Nak tunggu bankrup dulu ke? Logik kan?

  • Sediakan tabung kecemasan sekurangnya 3 bulan gaji sebagai persediaan sekiranya diberhentikan kerja atau berlaku apa apa yang tidak diingini. Kenapa 3 bulan gaji? Logiknya untuk kita tampung diri sendiri sementara mencari kerja lain. Kalau rasa tak ada jaminan, simpan lah 6 bulan gaji atau 12 bulan gaji. Tapi jangan tamak. Kalau 3 bulan pun tak mampu jangan sembang sembarang sebab gajah pun boleh terbang kalau setakat cakap kosong.

Sejujurnya Nadia dah ada rumah yang nak dibeli tapi lepas balik dari bank baru lah terkenangkan sesuatu. Macam mana kalau satu masa Nadia berhenti kerja atau diberhentikan, siapa nak bayar rumah tersebut? Jadi Nadia terpaksa berhenti fikir soal rumah dan sekarang Nadia buat simpanan dulu.

Nadia buat potongan wajib sebanyak RM*** sebulan melalui potongan gaji ke dalam Tabung Haji. Simpanan ni benda yang korang kena paksa. Nadia bagi contoh ea. 

Dulu target nak simpan memang banyak. Kononnya lah. Tapi bila gaji masuk, semua tu cuma habuk dan haprak haha. 

Gaji bulan pertama, mampu simpan RM100.

Gaji bulan kedua, mampu simpan RM150.

Gaji bulan ketiga, mampu simpan RM100.

Tak konsisten. 

Gaji bulan keempat, baru Nadia tahu pasal potongan TH dan Nadia buat potongan paksa setiap bulan. Berjaya simpan RM***.

Gaji bulan kelima, GAGAL ! Sebab masa ni tahu tentang boleh keluarkan duit TH melalui Maybank2u dan memang GAGAL TERUK. Licin akaun. haha


Gaji bulan keenam terpaksa nekad dan Alhamdulillah berjaya. Yeayyy

Gaji bulan ketujuh, bulan ni, harap mampu kawal nafsu nak membeli yang selalu menggila.

See, berapa bulan dah Nadia membazir?

Apa yang buat Nadia nekad? Kahwin. Ya, kahwin. Nadia tak tahu bila Nadia akan kahwin atau bila keadaan memaksa untuk Nadia gunakan duit, hitungan yang Nadia buat andai kata Nadia berjaya simpan duit dalam TH tu, dalam tempoh X tahun, Nadia dah ada RM** ribu dan sekarang tengah struggle untuk nampak miskin demi masa depan yang cerah. 

Betul Nadia simpan untuk kahwin. Tapi kalau Nadia nak beli rumah atau kereta atau sambung belajar, sekurangnya dah ada simpanan dalam bank dan tak perlu menyusahkan ma abah. 

Kejap, mana calon bakal suami? Saya boleh tolong uruskan kewangan awak dan kita nanti. Jangan risau. Hahahahaha

Jangan ajak Nadia berjalan dan melancong sebab Nadia langsung tak ada peruntukan untuk berjimba. Peduli apa orang nak kata andai mereka rasa Nadia tak nikmati zaman bujang atau mungkin kedekut? Awak tak datang pun hulur duit kalau saya susah masa depan. Jadi sediakan payung sebelum hujan. 

Soal duit baik adik beradik atau kawan apatah lagi orang luar, memang Nadia sangat berkira. Duit ialah medium paling mudah untuk berlaku pecah belah dalam hubungan. Yang baik boleh jadi musuh cuma sebab duit. Kawal kewangan mulai hari ni dan berhenti susahkan orang lain. Percayalah, awak mampu asalkan tanam azam kuat dalam diri. 

Kadang Nadia fikir, 'Masa aku bujang ni, banyak aku simpan. Kalau dah kahwin nanti mampu ke aku simpan banyak ni? Entah entah RM50 sebulan pun tak mampu'. Nadia pernah suarakan pada ma dan ma kata, "Tak boleh. Masa tu banyak benda along nak bayar. Kalau nak simpan, simpan selagi belum kahwin".

Buat bakal jodoh, awak buat bahagian awak dan saya buat bahagian saya. Kalau awak rasa awak boleh manfaatkan saya dengan cara simpanan saya, tunggu nanti kahwin, saya manfaatkan awak pula dengan duit awak. Dont play with me aaa. Haha em.

Terima kasih untuk setiap pengalaman 2017.