TOTAL PAGEVIEWS

12 February 2018

80 | Random Talk with Random Issue

Assalamualaikum. 



Masa zaman tak berapa nak cerdik, Nadia selalu rasa kalau makin ramai kawan maksudnya makin bagus la seseorang tu. Maksudnya besar sungguh pengaruh dia dalam satu satu kumpulan. Bila masuk diploma, rupanya yang berkualiti tu lebih penting dari kuantiti. 

Ada juga orang yang beranggapan, kalau kau ada kawan dengan kaki club, maka hinalah kau. Kalau kawan kau semua dari para alim yang bertutup litup dan cerdik pandai, maka mulia lah diri kau.

Average. Ordinary. 

Terpulang dengan siapa kita nak berteman tapi biarlah bijak dalam menilai dan memilih. Akhirnya, yang tinggal satu satunya tempat untuk Nadia bergantung harap sepanjang jauh dengan family, cuma seorang. Dulu ada dalam 2 3 orang, selepas tu cuma sorang sahaja. 

Sebelum ni masa dekat belajar, Nadia dididik dan terdidik untuk bergantung harap pada dia. Jadi SEMUA benda yang berlaku, SEMUA dia akan tahu. Tak ada yang terkecuali sikit pun. Satu masa ditakdirkan kena jauh, hubungan pun dah mula goyah sikit. Masih dalam satu negara yang sama tapi berbeza negeri, tapi zon masa peribadi kami tak sama. Bila Nadia perlukan dia, dia tak ada?..

Jadi makan hati dan mula la kongsi masalah pada orang lain. 
Bila kita ada masalah dengan orang tersebut, lebih baik kalau kita berterus terang dan bercakap sendiri dengan orang tersebut berbanding mencari orang tengah dan meminta solusi. Peratus mereka untuk tolong, sikit sangat sebenarnya. Masalah yang kecil boleh jadi besar cuma sebab campur tangan individu tertentu. Mereka yang dengar, tak nampak sendiri realiti yang jadi depan mata, jadi watak mereka dalam hubungan tu tak lebih sebagai BATU API semata mata.

Sebab tu dalam hubungan kami, kalau awak ada masalah dengan saya, bagitahu. sama. Kalau saya ada masalah dengan awak, saya bagitahu. Kita betulkan sama sama silap kita. Belajar terima kesilapan dan kelemahan masing masing. Rasanya itu yang buatkan hubungan masih mampu bertahan sampai ke hari ni. Sikap keterbukaan dan bertolak ansur. Berdiam diri langsung bukan cara untuk selesaikan masalah. Kita bukan tuhan untuk baca hati orang. 

Bila Nadia bercerita tentang sesuatu, Nadia ambil contoh dari semua aspek. Tolong jangan pernah kecil hati kalau awak selalu ikhlas dan dah jadi yang terbaik sepanjang perkenalan kita.




Ada orang pilih untuk diam dengan gunakan alasan untuk elakkan keadaan jadi makin rumit. Tapi mematungkan diri dan menolak kesilapan sendiri langsung bukan satu tindakan yang bijak. Menzahirkan keburukan orang lain semata menutup keaiban sendiri pun langsung bukan satu tindakan selamat.

Tak salah pertahankan ego. Tapi jangan menegakkan benang yang basah. Andai dia lelaki yang selalu menangkan ego sendiri tak kena cara dan tempat, lebih tinggi lagi ego Nadia akan naik. Senang supaya satu masa kalau dua dua dah capai tahap maksimum, hubungan boleh diputuskan dengan bangganya.

Tapi, terima kasih. Sebab selalu bertindak dengan akal yang waras dan bukan jadi bodoh sombong tak bertempat. 

Kadang kadang kita jadi hamba dalam kerajaan kita sendiri. Bukan sebab rakyat kita bermasalah, tapi kita sebagai raja terlalu lembut dan takut untuk menjatuhkan hukum. Akibatnya, kita ialah raja yang diperhambakan.

Dunia tak pernah berhenti. Jadi putaran tu akan datang semula pada pemberi. Pernah terdengar dulu orang kata, "Zaman sekarang ni jangan risau. Kalau nak dapat balasan atas dunia ni pun dah boleh dapat cash. Orang tu tak perlu balas semula kat kita, tapi orang lain yang akan datang dan buat pada kita".

Untuk Encik A dan ma sendiri, terima kasih sebab selalu jadi pendamping yang sangat jarang back up Nadia. Sekurangnya, Nadia belajar untuk jadi manusia yang mencari kesilapan sendiri sebelum mencari silap orang lain. Sekurangnya lepas ni jadi orang yang lebih sabar?