TOTAL PAGEVIEWS

09 December 2019

88 | Paranoid Pada Anggapan yang Salah

Assalamualaikum,

Dah hampir 6 bulan selepas Nadia buat operation buang Cyst dan sekarang baru rasa nak update blog lagi. Nadia nak berkongsi tentang paranoid dan toksik.

Jawab Nadia, kalau bukan kita yang cemburu dan prihatin dengan pasangan kita, siapa lagi yang kita LAYAK untuk cemburu dan prihatin? Adakah pasangan orang lain? SUAMI orang lain? Tak bukan? Mestilah kita punya..

Menjelaskan sesuatu takkan membetulkan sesuatu keadaan pun selalunya. Nadia adalah pasangan yang takkan 'Spill the tea' semata mata nak nampak betul pada mata orang lain. Bagi Nadia baik buruk kami, biar kami je yang tahu.

Masalah akan timbul bila pandangan orang kita bawa masuk dalam hubungan yang dah aslinya sihat. Jujur Nadia cakap, betapa sentapnya bila dilabel 'Queen Control' sedangkan Nadia lah pasangan paling tak kawal pasangan. Bagi Nadia, 'Awak buat lah apa awak nak buat. Saya kat sini percayakan awak je'. Nak kawal dia, Allah, jauh sekali. Sebab Nadia percaya dengan doa yang selalu Nadia minta, 'Ya Allah, tunjukilah aku apa apa yang aku perlu ketahui. Tenangkanlah hatiku'. Kebanyakan masa, Nadia akan jumpa tanpa perlu cari pun (Jangan ambil enteng doa orang yang teraniaya)

Nadia sampai jadi paranoid nak ambil berat tentang boyfriend sendiri disebabkan bahasa yang keluar dari mulut orang yang mungkin tak bahagia dengan kehidupan sendiri. Nadia bukan jenis bercerita masalah dengan boyfriend pada orang sebab apa apa yang Nadia rasa, Nadia akan terus terang je. Bagi Nadia, orang yang paling layak menjawab setiap persoalan kita adalah orang yang berhutang penjelasan dengan kita. JANGAN SESEKALI minta dari pihak ketiga. Percayalah apa apa pun yang kalian tahu dari mulut Nadia, tu hanya kiasan. Belum sampai ke dasar pun.

Sebab Nadia jenis suka mendengar je selalunya.. 

Sampai Nadia perlu tanya Aznier, "Salah ke kalau saya cemburu? Kenapa orang cakap saya kawal awak?" Dan respond dia, "Yangggg tak. Kenapa kena dengar cakap orang. Awak boleh cemburu. Pernah ke saya marah awak? Ya Allah". I nangis 😭 Sumpah nangis terus dia cakap macam tu sebab rasa macam eeeeeeeeee kenapa aku pula biar orang decide hubungan aku ni??

Dalam hidup ni mudah je. Kita nak apa apa, kuncinya adalah doa. Untuk ma abah, Nadia akan doa untuk minta 'panjangkan umur dalam iman dan ambillah nyawa mereka dalam keadaan yang paling Kau redha'. Supaya satu hari nanti aku tahu yang nyawa ma dan abah sudah berada dalam Redha-Mu Allah.

Dalam hubungan, doa Nadia sentiasa sama, 'Kalau dia adalah jodohku, kuatkan dan panjangkanlah jodoh kami. Gerakkan hati kedua ibu bapa kami. Permudahkan urusan kami. Andai dia bukan yang terbaik untukku dan aku bukan yang terbaik untuknya, jauhkanlah kami dalam keadaan yang baik'.

Nadia beri komitmen dan hormat sepenuhnya dalam hubungan. Andai tak jadi, Nadia tahu Nadia dah cuba yang terbaik. Jodoh tu, bila kita rasa mudah je semuanya urusan kita dengan dia. Nadia jaga batas pergaulan sesama jantina dan hormat HAK orang lain, Nadia mengharapkan perkara yang sama.

Andai ada orang ketiga, orang yang paling layak diserang adalah pasangan Nadia sahaja. Perempuan tu Nadia akan lepaskan. Percayalah, awak (perempuan) akan malu sendiri kalau cuba sakitkan hati saya dengan menggatal sebab saya takkan pertahankan sesuatu yang tak layak untuk dipertahankan ❤

Lelaki dan wanita, hargai diri sendiri dulu sebelum mengharapkan untuk dihargai ❤


04 May 2019

87 | Ovarian Cyst Awal 20-an

Assalamualaikum..

Percayalah, ni akan jadi satu cerita yang sangat panjang tapi tujuan Nadia update cuma sebagai kenangan untuk diri Nadia dan mungkin rujukan pada orang lain kemudian hari. 

Dugaan bagi 2019 bila ada sesuatu berhampiran ovary, cyst..





Nadia mula perasan yang kitaran haid Nadia tak teratur sejak 6 April 2019 sebab Nadia baru bersih seminggu tapi kenapa keluar lagi. Tekstur darah yang keluar adalah warna hitam pekat dan sentiasa keluar tapi tanpa senggugut atau sakit sebab Nadia antara wanita yang beruntung tak merasa sakitnya senggugut guling guling tu. Sakit yang minimum je. 

15 APRIL 2019

Nadia ke Klinik Penawar Taman Rinting sebab Nadia rasa macam haid panjang sangat tapi tak ada rasa sakit apa apa kecuali darah berwarna hitam. Klinik yang Nadia datang ni, klinik panel syarikat. Jadi ada ubat dan prosedur scan yang bukan dibawah tanggungan klinik panel. Jadi, dia keluarkan surat rujukan untuk Nadia rujuk pada KPJ Specialist Pasir Gudang untuk buat scan dan rujuk bahagian Pakar Sakit Puan. Pada waktu ni, Nadia tak diberi apa apa ubat dan cuma surat rujukan doktor tu je yang diberikan. 

17 APRIL 2019

Nadia ambil keputusan untuk ke Klinik Kesihatan Mahmoodiah lepas dah berbincang dengan mak cik dan keluarga. Bila sampai sana, Nadia ada consultation macam biasa la dengan doktor. Disebabkan Nadia tak pernah ada rekod di kerajaan, jadi Nadia kena mula prosedur tu dari awal untuk dia siasat. Masa tu dia ambil darah dan darah merah Nadia okay. Maksudnya tak pucat dan Nadia sihat. Jadi, doktor bekalkan Nadia ubat berhentikan darah haid selama seminggu dan andai kata darah masih belum berhenti, Nadia kena ke klinik semula untuk pemeriksaan lanjut. 

23 APRIL 2019

Sekali lagi Nadia ke Klinik Kesihatan Mahmoodiah sebab ubat berhenti darah dah habis, tapi darah masih juga keluar. Masa ni banyak sangat benda yang Nadia tak puas hati. Sepatutnya Nadia datang pada hari ni untuk buat scan, tapi disebabkan doktor yang rawat Nadia adalah doktor lain, jadi dia cuma sambung ubat yang bagi Nadia tak ada kaitan langsung dengan sakit Nadia. Doktor minta Nadia ambil darah, doktor sendiri kata darah merah Nadia cantik (maksudnya sihat), tapi bila sampai farmasi, Nadia diberi ubat tambah darah yang perlu makan selama SEBULAN dan ubat tahan sakit. 

Saya tak sakit ! Haa masa ni call dan ws mak cu (nurse) sebab tak puas hati sangat. Nadia minta surat untuk rujuk Pakar Sakit Puan pun, doktor cuma kata, "Nanti awak sakit, datang je sini lagi" "Sini tak ada scan, kalau awak nak buat scan, kena pergi klinik Ibu & Anak"  @#$@&^%$##$%^&*&^%$#$%^& !!??

Doktor ada kata nak kasi ubat untuk stabilkan hormon selama 2 minggu ubat tu kena makan. Tapi ubat yang doktor tu bagitahu, Nadia tak dapat pun. Hujung-2 Nadia tak makan pun ubat tambah darah dan ubat tahan sakit. Mak cu pula kata tak apa, nanti pergi ED (Emergency Department), lepas tu minta nak buat scan. 

Masa ni Nadia dan buntu dan agak tertekan. Sebab apa yang Nadia harapkan, lain pula jadi. Macam mana cara nak jumpa Pakar Sakit Puan ni? Sebab setiap kali datang hospital, mesti sambung ubat je. 

25 APRIL 2019

Lebih kurang 9.30 pagi, Nadia tengah duduk buat kerja dekat tempat kerja, tiba tiba cramp sebelah kiri dan Nadia tak boleh nak bangun untuk berdiri. Nadia try untuk gerakkan badan untuk bergerak tapi sakit menekan sebelah kiri. Nadia keliru itu sakit perut atau sakit senggugut. Last sekali Nadia paksa juga bangun, berjalan ke tandas sebab dah nangis masa tu 😢 Ingat pergi tandas, dah boleh hilanglah sakit. Tapi rupanya makin sakit. Merah padam muka menangis tahan sakit. 

Nadia berjalan semula masuk office dan Afifah (trainee Purchasing) yang hantar Nadia ke ED HSA (Emergency Department Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru)

Doktor memang tanya sampai ke lubang cacing la sebab ada juga soalan dia yang Nadia tak boleh nak jawab hahahaha. Doktor juga minta untuk tengok tekstur darah Nadia pada pad. Nadia kena juga buat urine test masa tu. Ujian darah Nadia tak buat sebab Nadia bawa laporan masa jumpa doktor di Klinik Kesihatan Mahmoodiah minggu sebelumnya tu. 

Doktor kata kena buat scan and masa scan, doktor banyak fokus pada kiri. Muka dia berkerut dan ada tanda tak puas hati. Nadia pun beranikan diri untuk tanya. 

"Kenapa Doktor?"

"You ada cyst lah."

"Apa punca cyst ea doktor?"

"Banyak boleh jadi punca"

"You dah kahwin?"

"Belum lagi"

....

Perasaan masa tu KOSONG. Tapi seingat Nadia, benda pertama yang terlintas "Alhamdulillah". Tak pasti Alhamdulillah tu untuk apa. Tapi masa tu memang Nadia bersyukur dah tahu punca walaupun macam tak tahu nak terangkan perasaan masa tu. 

..

Lepas balik dari Hospital kerajaan, memang macam macam bermain dalam kepala. Tak tahu nak jujur atau simpan seorang. Orang pertama yang tahu, Afifah sebab lepas Nadia keluar dari ED, dia tanya "Cik Nadia okay? Macam mana?" berbekalkn senyuman yang selalu ada ni, terus jawab "Saya ada cyst" 

Afifah senyap tak terkata terus keras dekat kerusi. Ya masa tu la baru Nadia nangis. Nangis sebab tengok reaksi dia. Masa ni Nadia kena tunggu surat dari doktor untuk doktor rujuk pada Pakar Sakit Puan. Bila dah dapat surat, temu janji sepatutnya sebulan selepas tarikh Nadia jumpa doktor di ED. Tapi sebab Q panjang, jadi turn Nadia pada bulan 9 nanti. 

....


Kalau nak cerita tentang orang sekeliling memang sedih. Mak cik nangis. Nenek nangis. Kawan nangis. Ma nangis. Abah termenung. Hari yang Nadia dapat tahu ni memang seharian Nadia jadi hati tisu. 

Mak cu kata, boleh je nak tunggu kerajaan bulan 9, tapi jaga makan sebab takut benda tu membesar. Bila mak cu kata macam tu, Nadia lagi takut nak makan apa apa. Serius ! Soya. Daging. Produk tenusu. Ayam. Tu antara yang Nadia takut nak makan. 

Nadia pun sampai bertekak juga dengan ma sebab Nadia taknak jumpa pakar. Nadia taknak usaha apa apa lah senang cerita. Ada juga orang sekeliling yang cadangkan ke sana ke sini dan makan itu atau ini untuk kecutkan cyst. Nadia just ambil sebagai nasihat dan penghargaan je untuk diri. Dia dah tahap tak nak ambil tahu sebenarnya.

28 APRIL 2019 

Nadia ke Kempas Medical Centre. Tapi disebabkan Great Eastern bukan panel dengan KMC, jadi Nadia ke KPJ Specialist Pasir Gudang. Sampai sana, Nadia buat scan dan doktor bagitahu cyst tu 4cm. Disebabkan ma abah ada sama sama dalam bilik doktor tu, so buat strong jela. Tapi muka ma abah dah lain dah. 

Doktor cadangkan untuk Nadia balik dulu untuk doktor settle kan hal insurans supaya nanti tak lah ganggu prosedur dan kena tunggu jawapan dari insurans. Great Eastern ni insurans syarikat sebenarnya, Nadia memang sengaja tak guna insurans sendiri (AIA) tapi apa yang Nadia boleh kata, agen Nadia sangat bertanggungjawab, Yeen. Walaupun Nadia tak pakai AIA untuk cyst ni, tapi hampir sepanjang masa dia ada kalau Nadia ada soalan tentang sakit ni dan perihal insurans. 

29 APRIL 2019

GL Great Eastern approved ! 2.30pm Nadia punya next appointment dengan doktor dan terus warded. Nasib baik la sebelum ke hospital tu Nadia makan, sebab lepas tu Nadia kena puasa sebab petang nak buat CT Scan untuk tengok sama ada Nadia ada kanser atau tidak. Okay bila doktor sebut kanser, Nadia termenung sekejap, tapi masih positif. 

Dalam 6.00 petang hingga 6.30 petang Nadia buat CT Scan, makan malam jam 7 petang dan tadaaaaa Nadia kena puasa. Malam tu doktor datang untuk dia terangkan tentang result CT Scan, Alhamdulillah tak ada sakit lain ! Hanya cyst 4cm belah kiri ni je. Nadia diminta puasa sebab esoknya adalah hari operation.

30 APRIL 2019 



Nadia takkan lupa pengalaman minum air ni tujuan untuk bersihkan usus sebelum operation. Bayangkan, nurse kasi 2 botol air ni jam 6 pagi dan patut habiskan pada jam 7.30 pagi, tapi jam 10 pagi nurse datang, Nadia tak habiskan satu botol dan separuh pun lagi dari air ni. Sumpah rasa dia teruk ! 

Dengan doktor sekali Nadia pujuk taknak habiskan. Tapi doktor nak kalau boleh Nadia habiskan sebotol tapi tetap tak mampu habiskan huhu. Sampai ke sudah Nadia tak habiskan. Hahahaha 

Sebab doktor taknak delay masa operation takut dalam usus masih ada sisa. Doktor nak Nadia cuma buang air besar keluar air kuning je. Yes ! Sampai lembik badan masa tu sebab badan memang dah habis tenaga. 


Dari jam 10 pagi sampai lah ke waktu nurse panggil untuk ke Operation Theater (OT), Nadia memang buka doa Nabi Yunus je dekat YouTube non stop. Mungkin sebab Nadia takut kalau ada sebarang komplikasi masa operation ditambah dengan teruknya rasa nak telan dan habiskan air tu 😢


2.30 petang nurse datang untuk bawa Nadia ke OT, jam 4.30 petang lebih kurang macam tu, Nadia dah selamat masuk semula wad tapi dalam keadaan yang masih lemah. Pembedahan buang cyst ni, dalam keadaan sepenuhnya tak sedarkan diri. Nadia sedar memang benda yang dah siap. Sakit? Tak sakit.. 

Terima kasih untuk Kak Siti sebab akak la saya paksa diri untuk bangun buka mata lepas operation. "Nadia nanti lepas operation, kalau sedar, paksa bangun tau. Jangan tidur".

Walaupun pandangan samar-samar tapi Nadia paksa juga bangun dan buka mata. Tak lama lepas tu doktor bius bagitahu yang Nadia dah boleh dimasukkan semula dalam wad biasa. 

Sampai wad dalam 4.30 petang, Nadia memang sengaja cari jam nak tahu berapa lama kat OT, tapi Nadia masih lemah. Ma abah ada, tapi Nadia masih belum mampu nak respond. Nurse gosok-2 tangan bagitahu tak apa tidur dulu. Nadia terus tidur tak sedar apa. Jam 5.30 petang macam tu, Nadia dah segar dan sedar macam biasa. Alhamdulillah. 

Nadia tak ada muntah atau sakit apa apa selepas operation. Malam tu Doktor Rabin yang rawat Nadia, datang melawat, dia agak terkejut sebab dia nampak Nadia sihat dan segar. 

Pelawat pertama lepas Nadia sedar ialah bakal keluarga. Masa family datang pun, Nadia boleh gelak gelak dan borak macam biasa macam tak sakit. 

...

Penutup..

Sakit ni tak kenal siapa yang dia nak datang singgah. Apa yang Nadia dapat kongsi dari pengalaman Nadia sendiri, belilah Insurans Perlindungan Diri. Kalau ada rasa sakit yang terasa ragu ragu, buat la pemeriksaan kesihatan. Masa kita dalam keadaan tak sihat, sokongan keluarga dan orang sekeliling sangat lah membantu. Tolong jangan simpan sakit tu sorang sorang

Soalan Doktor Rabin pada Nadia, 

"Ada ambil ubat putih?"

"Ubat kurus?"

"Ambil jamu?

Faham? Itu la yang mungkin jadi punca sebenarnya. Macam adik Nadia sendiri, dia bagitahu yang Nadia ni bukan pemakan sangat, tapi kenapa Nadia yang kena? Mudah. Sakit tak kenal siapa. Nadia mungkin antara orang terpilih yang Allah dah aturkan dalam hidup ni. Nadia cuma terima dengan hati terbuka dan berharap semoga cyst ni yang pertama dan terakhir Nadia akan kena. Sebelum tu memang Nadia selalu doa "Ya Allah, berikanlah aku petunjuk atas apa apa yang aku perlu ketahui dan permudahkan segala urusanku", boleh Nadia kata dari hari Nadia dapat tahu Nadia ada cyst sampai la ke hari operation, segala urusan dipermudahkan.. 

 9 Mei 2019 nanti Nadia punya next appointment dan sekarang masih lagi berpantang, semoga semua akan berjalan dengan lancar dan cepat sihat. 

Terima kasih untuk semua orang yang ambil berat dari hari pertama sampai ke hari ni. Nadia doakan semoga semua akan diberikan kesihatan tubuh badan yang baik. Terlalu banyak perhatian yang Nadia dapat dan terima kasih untuk semua terutama untuk ma abah dan keluarga ❤❤❤❤❤


Diagnosis : Ovarian Cyst 4.8cm, Menorrhagia

Operation : Laparoscopic cystectomy & Release of adhesion 

Cost : RM13,330.80


Officemate