TOTAL PAGEVIEWS

14 March 2020

90 | Tips Pengalaman Sesi Temuduga Kerja

Assalamualaikum.. 

Nadia tak ada tips untuk dipanggil interview sebab benda ni berbeza beza bagi setiap individu. Boleh jadi kita tak dipanggil sebab alamat rumah yang jauh dari tempat kerja, pengalaman kerja yang tak mencukupi, JD yang kurang memberangsangkan, jantina, industri pekerjaan dan sebagainya. Sebab Nadia sendiri pun ada cara menilai tersendiri sebelum panggil seseorang tu datang interview.

Kita mulakan dengan pengalaman kerja Nadia dalam mencari kerja dulu.

Nadia target 12/2019 Nadia dah resign dari GBWH, so Nadia mencari kerja seawal bulan 5/2019. Pernah lebih kurang 5 kali dipanggil interview, 2 kali dapat. Satu Nadia tolak dan satu Nadia terima, kita namakan company RAA. Nadia dapat company RAA tu pun dalam bulan 11/2019 macam tu dan mula bekerja pada bulan 1/2020. 

Nampak macam senang kan? Sumpah tak senang. Jobstreet. Indeed. Jobstore. MauKerja. LinkedIn. Facebook. Twitter. Google. Jobfair. Semua tu Nadia cari. Kecewa dia bukan kepalang bila 'rejected'

Permohonan kerja melalui Gmail

Tak cukup Gmail, Yahoo pula

Pastikan alamat email dalam resume sama dengan alamat email yang korang guna. Kalau ada beberapa email berbeza, kena hati hati sebelum nak hantar. 

Lebih kurang sebulan lebih lepas Nadia masuk company RAA, Nadia berhenti disebabkan masalah pengurusan dan leader. Pada tarikh posting ni, genap sebulan Nadia tanam anggur tak berbuah. Masa ni lagi jangan cakap. Emosi dan mental berterabur terus. In sha Allah, minggu depan Nadia akan masuk kerja baru di company OH selepas dah berminggu minggu nangis dan mood yang tak tentu hala 😌 

Nadia nak kongsi apa antara pengalaman dan mungkin tips yang korang boleh buat dan tolong elakkan buat. Tips ni adalah persediaan untuk hadapi sesi temuduga.

1) Datang awal 30 minit sekurang kurangnya. Ni untuk mengelakkan korang ambil masa andai kata tersesat atau jalan jammed. Tolonglah rancang perjalanan anda sebelum bergerak ke tempat temuduga. Ini juga untuk berikan korang ruang bersedia dan bertenang sebelum melangkah masuk ke tempat temuduga. Datang awal ni bagus sebab kita boleh isi borang awal. Tahu jela borang tu mak aihh banyak nak isi. 

Masa nak pergi interview dekat company OH tu, Nadia dah sampai 30 minit awal. Bayangkan, dah parking kereta tapi disebabkan office dia tersorok, Nadia ambil masa hampir 1 jam pusing separuh bangunan 😭😭 Masuk office dengan lambatnya, berpeluh peluh dan tercungap-2. Tu lah pertama kali lambat sampai interview disebabkan sesat bangunan ! 

Tapi alhamdulillah, interview ni yang berjaya 😂

2) Pakaian. Yang perempuan, tudung dan baju kalau boleh plain. Warna lembut dan professional. Contohnya, biru. Boleh google warna-2 karporat. Kalau berbaju kurung, elakkan yang terlalu banyak warna dan corak. Kasut, biarlah bertutup sepenuhnya dan elok berwarna hitam.  Bagi yang tak bertudung, elakkan dari warnakan rambut semasa interview. Kemaskanlah rambut anda dan jangan berbau. 

Para lelaki. Baju kalau kemeja, biarlah ber'tie'. Pemilihan warna kena betul. Kalau tidak, baju biarlah berkolar. Elakkan seluar jeans kalau boleh. Rambut kemas. Kalau berjambang dan bermisai, trim la kasi nampak kemas juga, lebih elok kalau buang.

Nadia memang sangat pandang bab pemakaian waktu interview ni sebab dekat sini kita boleh tahu orang ni pandai urus diri tak pandai urus diri. 

3) Bawa salinan resume dalam 3 salinan sekurangnya (berwarna) dan 1 set salinan sijil (hitam & stapler). 2 benda ni, satukan dan klip dengan klip kertas. Sebab ada setengah orang, diorang taknak ambil salinan sijil. Jadi just ceraikan je, kalau tak nanti nak kena buka stapler pula. Susun salinan sijil ikut susunan dalam fail korang. Untuk salinan IC, asingkan. Salinan IC letak je dalam fail korang bahagian belakang sekali. Bila dia minta, baru kasi.

Nadia pernah kena puji disebabkan susunan dalam fail dan salinan yang Nadia kasi pada dia. Tapi kerja tu Nadia tak dapat disebabkan tak cukup pengalaman. 

4) TELL ME ABOUT YOURSELF. 
Apa yang perlu diperkenalkan adalah nama, umur, tempat tinggal, graduan mana, pengalaman kerja, perkenalkan sikit tentang JD korang dekat syarikat sebelum ni dan apa apa yang berkaitan. Terus je sekali jalan. Lepas tu just get ready je untuk jawab soalan yang dia utarakan. 

5) Jaga bahasa badan dan intonasi suara. Pastikan korang selesa dengan cara korang bergerak dan duduk. Kalau dia belum duduk, korang jangan duduk. Suara jangan macam dalam kelambu. Hahahahahah. Ni memang Nadia sangat. So setiap kali interview, Nadia akan improve dari segi penyampaian suara. Terang, tenang dan jelas. Jangan laju macam kereta api (cakap dengan cermin)

Kalau dia sama jantina, boleh salam. Kalau berlainan atau korang rasa taknak sentuh dia, just tunduk sikit tanda hormat dan bagi la ucapan 'Hi / Assalamualaikum' Jangan lupa senyum juga.. 

6) Jangan gatal mulut tanya pasal gaji masa first time dipanggil interview kecuali kalau dia tanya. Nadia memang turn off betul orang tanya gaji berapa sebelum isi borang ni. Awak isi dulu dan interview dulu. Baru awak tahu. Eeeiiiii

7) Expected Salary. Dia akan tanya berapa expected salary, kalau dia diam dan berfikir masa korang bagitahu expected salary, boleh juga tanya dia 'Expected saya masih tinggi ke?' Kalau dia jawab ya, ketahui la, korang yang akan tolak kerja tu. Bukan diorang yang tolak korang. 

Nadia berpegang pada gaji boleh sama tapi tak boleh rendah. Maksudnya, kita letak contoh gaji Nadia adalah RM1,200. Syarikat tu boleh ambil Nadia tapi gaji yang ditawarkan adalah RM700. Nadia nego untuk bagi Nadia RM1,000 tapi dia tak dapat. Nadia pilih untuk tolak tawaran tersebut. 

Nadia pernah tolak syarikat yang tawarkan gaji lebih kurang RM1000 yang mana nilainya lebih dari gaji di syarikat lama tapi disebabkan contract renew setiap tahun dan kena kerja Sabtu (lol). Nadia juga pernah tolak syarikat yang offer Nadia gaji rendah dari gaji yang Nadia minta. 

Kita selit sikit. Korang jangan pantang nampak kerja kosong, semua korang sapu. Korang pun kena nilai. Kalau Nadia, syarikat yang kena kerja Sabtu samada alternate atau tak, Nadia taknak. Jadi, awal awal Nadia tak apply. Diorang dah nyatakan requirement, jadi BACALAH~

KECUALI, kalau korang dah terlalu lama sangat mencari, secara automatik, point nombor 7 tu akan terbatal. Redha je dengan gaji dan apa yang syarikat tawarkan. 

Mula mula, kita kena tahu nilai diri kita dalam pasaran. Gaji tinggi sangat pun tak boleh. Rendah, apatah lagi. Kalau nak tahu berapa nak letak nilai diri, buka Jobstreet dan tengok berapa gaji yang syarikat tawarkan dengan pengalaman, industri dan jawatan korang tu. Banyak input boleh dapat. 

8) Pengalam kerja kurang 3 bulan. Jangan letak dalam resume company yang korang kerja kurang dari 3 bulan kecuali kalau korang kaki pusing dalam meyakinkan orang tentang sebab korang berhenti. lol~

9) Soalan untuk penemuduga. Kalau dia tanya, ada apa apa nak tanya? Soalan famous Nadia adalah WH dan WD dekat situ hahahaha. Sebab macam Nadia kata, Nadia taknak kerja Sabtu. Boleh juga tanya, dalam department tu ada berapa orang pekerja atau kalau andai kata korang diterima bekerja, pada siapa korang akan report sepanjang bekerja. 

10) Buat Follow up email atau call untuk tahu status interview, paling lewat seminggu selepas tarikh interview. Tak ada masalah. 

Akhir kalam, cehhhh hahahaha, semoga maju jaya dan ini adalah pengalaman Nadia sendiri. Ada yang Nadia baca dan ada yang Nadia belajar dari sesi interview yang gagal. Ingat, kalau kita gagal interview pertama, pastikan kesilapan interview pertama kita jangan bawa untuk kali kedua dan seterusnya. 

Semoga maju jaya bagi yang bakal bersaing dengan calon lain. Korang kena SELALU positif. Support dari orang sekeliling pun sangat penting. Sentiasa ingat, kalau dipanggil untuk sesi interview pun korang dah kena bersyukur sangat sebab tak semua orang dapat peluang dipanggil interview. 

Assalamualaikum.