TOTAL PAGEVIEWS

08 July 2020

91 | Apa kena tahu tentang INSURANS

Assalamualaikum dan Salam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Masa mula mula Nadia bekerja dulu, antara perkara pertama yang Nadia fikir adalah "Aku kena ada perlindungan diri (Insurans)'. Soalan seterusnya adalah, "Tapi, siapa aku nak tanya?"

Nadia pun kerja macam biasa dan ada satu hari ni didatangi melalui DM Instagram dari kawan masa belajar dekat KPTM. Disebabkan kepala memang nak ambil, jadi Nadia boleh katakan Nur (Kawan Nadia) datang tepat pada masanya 💓

Lepas Nadia dah ambil Medical Card + Takaful, baru la Nadia aware yang benda ni adalah benda wajib dalam kehidupan seharian. Risiko akan datang dalam keadaan yang pelbagai dan luar jangkaan. Jujur Nadia cakap, Nadia lebih rasa selamat bila tahu ada perlindungan diri. Setiap bulan untuk bayar tanpa culas, Nadia letak ni je dalam kepala, "Kalau aku boleh bayar Internet sebab keperluan wajib, maksudnya aku boleh bayar Insurans sebab ni jauh lebih wajib". 

Nadia sampai tahap nak tolong je kawan kawan yang belum ada Insurans sebab Nadia taknak nanti bila dah berlaku apa apa, mereka akan menyesal. Tapi siapalah aku dulu sebab aku bukan salah satu wakil Insurans hahahaha. 

Sejujurnya, Nadia takkan kasi nombor kenalan Nadia kepada mana mana wakil insurans sebab Nadia faham perasaan kena paksa dengar benda yang kita tak minat. Kalau Nadia rasa nak sekalipun, Nadia sendiri yang akan recommend pada kawan kawan kepada agen agen yang Nadia percaya. 

Nadia pernah jadi bakal pengguna Insurans, pengguna Insurans dan sekarang sebagai #AIALifePlanner . Niat Nadia untuk volunteer ada dalam ni hanya untuk bantu kenalan atau sesiapa yang nak ada perlindungan diri. 

Kalau ada yang meletakkan kepercayaan pada Nadia untuk 'jaga' mereka dan keluarga mereka, boleh hubungi Nadia. 

Insurans ni dah jadi satu keperluan wajib dalam hidup sebenarnya. Tapi dengan siapa anda ambil, bergantung pada siapa yang awak percaya dan amanah dalam menguruskan anda dan keluarga. Nadia terbuka untuk beri pendedahan sahaja pada kalian, keputusan selepas tu, bergantung pada kalian. Sekurangnya kalian dah tahu serba sedikit. 

Satu nasihat Nadia, dengarlah penerangan dari Agen Insurans yang sah. Bukan dari mereka yang memburukkan Insurans tapi sebenarnya tak ada satu pun untuk diri. Polisi yang anda ada juga, anda kena faham. Kadang kadang, Insurans tak menipu tapi anda yang mungkin tak faham polisi yang diambil. Tapi boleh jadi, Agen anda yang tak jujur. 

Kalau berminat untuk dengar tentang plan dari AIA, Nadia bersedia untuk terangkan.