TOTAL PAGEVIEWS

01 June 2021

94 | Pengalaman baby songsang - ECV

 Assalamualaikum..

Pada minggu ke 35 hamil, dapat tahu yang kandungan Nadia songsang bila check dekat Klinik Kesihatan. Ceritanya, setiap kali check up, dia memang berubah. Sekejap kepala dekat bawah, sekejap kepala dekat atas. Aktif ! Tapi kalini lama pula kepala baby dekat atas. 

Masa minggu ke 36, doktor bagi peluang untuk baby pusing secara sendiri atas usaha si ibu, Nadia lah maksudnya. Jadi, ada la beberapa tips yang Nadia cuba antaranya masa solat, sujud lama (sampai semput haa sebab perut dah besar), menonggeng, bercakap dengan baby pujuk untuk turun kepala ke bawah (suami pun main peranan juga memujuk waktu ni) dan baca doa baby songsang. 


Jadi masa minggu ke-37 hamil (30 Mei 2021, Ahad), Nadia kena jumpa doktor di Klinik Kesihatan Kulai untuk scan sebab nak tahu kedudukan baby. Kalau masih tak turun, doktor akan kasi surat rujuk pakar di Hospital Sultanah Aminah untuk prosedur pusingkan baby. 

Iya, Nadia tak berjaya buatkan baby pusing sendiri 😭

Hospital Kulai @ 30 Mei 2021, Ahad @ 12.30 tengah hari

"Bawa surat ni pergi ke Bilik Saringan di HSA. Terus prepare barang awak dan baby. Kalau berjaya pusing, awak boleh bersalin normal. Kalau tak berjaya, kena bersalin czer (C-section). Tapi kalau berlaku komplikasi masa buat pusingan contohnya pecah air ketuban atau terbelit tali pusat, akan kena emergency czer waktu tu juga" 

"Awak balik dulu, makan. Tapi hari ni juga kena pergi HSA ya. Jangan lewat ke sana". 


Dalam bilik doktor tu juga rasa nak keluar dah air mata tapi tahan sebab oh no man, kenapa nak nangis?! 

Tapi Nadia, tetap Nadia guyzzzz. 

Sambil berjalan ke kereta mencari kereta suami, nampak kelibat kereta terus menangis sambil berjalan. hahahahaha

Masuk kereta tak pandang suami dulu, selalu kalau balik check up Nadia akan happy happy. Tapi ni tutup pintu kereta, diam. Aznier terus tegur, "Sayang nangis ke?" Em ye wife you nangis 😴 

Balik rumah @ 30 Mei 2021, Ahad @ 1.00 tengah hari


Dalam beg huawei tu barang-2 Nadia, tengah tu beg makanan dan kanan tu beg baby. Apa isi kandungan dalam beg, Nadia akan buat dalam posting lain ya..

So lepas makan dan kemas barang, lebih kurang 3.30 petang Nadia bergerak ke HSA, dihantar suami. 

Nadia boleh kata, Aznier uruskan Nadia daripada jam 10 pagi sampai lewat petang. Masa dia banyak habis dalam kereta je. Confirm badan dia letih sangat hari ni. 

...

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru @ 30 Mei 2021, Ahad @ 4.30 petang

Nadia terus ke Bilik Saringan di bangunan Wad Bersalin Tingkat 1. Sampai sana, Nadia bagi buku pink pada nurse dan tunggu nama dipanggil. Lepas tu, nurse check degupan jantung baby, alhamdulillah normal. Lama juga procedure ni. Ada dalam 20 minit - 30 minit. Lepas tu terus dipanggil doktor, doktor terangkan tentang risiko buat pusingan ni yang dipanggil External Cephalic Version (ECV)

"Awak setuju ke untuk dipusingkan?"
"Ya saya"
"Kalau macam tu, awak masuk wad harini dan puasa bermula jam 2 pagi. Pagi esok doktor akan pusingkan. Boleh panggil suami untuk buat pendaftaran dan bawa pakaian awak"


Suami boleh buat pendaftaran sampai atas, tapi lepastu kena balik. Jadi ni la Nadia bila dah tukar uniform.. 

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru @ 31 Mei 2021, Isnin @ 4.15 pagi

"Puan, bangun dan nanti ke depan. Kita check jantung baby" 

Masa ni Nadia memang tengah puasa. Jadi tengah mamai tu bangun lah basuh muka, terus ke katil yang dimaksudkan. Nadia kena masuk air satu botol sambil doktor check degupan jantung baby. 

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru @ 31 Mei 2021, Isnin @ 8.00 pagi

"Puan, setakat ni ada mengeras atau contraction? Keluar darah atau air?"

"Kejap lagi akan ada doktor dan doktor pakar datang, lepas tu kita akan pergi untuk pusingkan baby" 

"Puan setuju untuk buat pusingan ni? Kalau setuju, sign disini ya (ada borang yang perlu Nadia sign sebelum buat prosedur ni)"

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru @ 31 Mei 2021, Isnin @ 10.00 pagi

Hahahahahaha. Ya Allah kerja Nadia memang tidur je. So masa ni tengah tidur, doktor pelatih datang, dan.. 

"Puan, bangun. Jom dah boleh turun bawah untuk buat pusingan"

Nadia dengan mamai. Tak call suami, ma dan mak mertua pun untuk inform nak g buat ECV dah masa tu sebab macam tiba tiba je (cehhh siapa suruh tidur!)

Pada masa ni, ada 2 pesakit yang akan buat ECV termasuk Nadia. Nadia yang pertama. 

Doktor perempuan India yang buat prosedur ECV ni. Macam biasa sebelum dia buat, dia akan terangkan lagi risiko ECV ni pada kandungan dan diri Nadia. Cuak jangan cakap lah. 



Doktor masukkan ubat apatah, tapi kesan ubat tu, jantung Nadia akan laju dan untuk kurangkan rasa sakit masa buat pusingan tu. Pehhh dia punya jantung laju memang laju ya teman teman. Rasa sesak nak bernafas. 

Akhirnya disaksikan lebih kurang 7 orang nurse campur doktor, dengan sekali pusingan, kepala baby terus dekat bawah 


Tips masa procedure ni, ikut cakap doktor bila doktor kata tarik nafas. Sebenarnya macam mana teknik pernafasan nak meneran baby, macam tu la teknik pernafasan yang Nadia buat masa tu. Masa first dia tekan tu, Nadia dah terus pejam mata, air mata dah keluar. Lepas tu tiba tiba jadi sesak nafas sebab Nadia tahan nafas bercampur dengan sakit. 

Dengar doktor kata, okay tarik nafas,......

Terus hilang panik dan buat teknik pernafasan yang Nadia selalu praktis untuk nak meneran. 

Lebih kurang 4 kali doktor buat pit stop, kepala baby terus kat bawah. Syukur sangat.. 

Masa tu semua yang ada kagum. Sebab kebanyakkanya tak berjaya. Syukur juga sebab pesakit sorang lagi tu pun berjaya juga dipusingkan, 

"Bagus baby you. Ikut je kita pusingkan. Ibu dia pula nangis"
"Sakit doktor :') "

Prosedur habis lebih kurang jam 11 pagi. Lepas dah berjaya, doktor check jantung baby sekal lagi. Kalau heartbeat baby okay, normal, dan keadaan Nadia pun okay, petang dah boleh keluar wad. 

Alhamdulillah baby sangat behave ya.. 

Setakat ni jantung dia sentiasa okay. Syukur alhamdulillah. 

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru @ 31 Mei 2021, Isnin @ 2.00 tengah hari

Nadia dah boleh keluar. Yeayyyy

Jadi, suami ambil Nadia dekat Wad Timur 3 untuk jemput Nadia balik. 

...

Doakan baby tetap berada pada posisi kepala dekat bawah. Kemungkinan untuk kepala baby naik atas semula tu memang ada. Apa apa pun, Nadia percaya, kita merancang, Allah juga merancang. Tapi rancangan Allah adalah yang terbaik. 

Alhamdulillah pengalaman yang sangat berharga bagi Nadia. Ramai juga yang ingat Nadia dah bersalin. Belum lagi. Nadia cuma standby je bawa semua lengkap sebab doktor risau kalau kena emergency czer andai kata tak berjaya nak pusingkan.. 

Terima kasih atas semua doa orang orang yang sayangkan Nadia. Terima kasih pada suami juga sebab 2 hari ni memang dia sangat busy ye dengan Nadia. Kesian sangat. 

Konon datang nak hantar barang dan makanan, ehhh rupanya wife dah boleh keluar wad 😁

#JuniorNadiaAznier