TOTAL PAGEVIEWS

12 July 2021

98 | Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Bhg 1)

 Assalamualaikum, 

11 Jun 2021 - Jumaat - Hospital Kulai

Jam 4.30 pagi Nadia rasa nak buang air kecil dan lepas dah buang hajat, baring lah semula. Tengah baring mengiring tiba tiba rasa macam ada keluar sesuatu dari vagina. Err

Terus bangun dari katil dan eh coklat?? Makin bergerak dan berjalan makin banyak keluar. 

Buka lampu dan..

"Biy bangun. Saya keluar tanda beranak ni. Keluar coklat"

"Hahhh? Awak betul-2 ke main-2 ni? (sambil mamai mamai tengok jam)"

"Laa saya betul-2 lah. Dah la nak mandi dulu kejap"

..

9 kali Nadia try call ma dari pukul 4.50 pagi tapi tak berangkat. Nadia masa ni dah duduk berdua dengan suami. Jadi Nadia call ma sebab nak bagitahu nak pergi Hospital Kulai + mana lah tahu kot kot ma dah masak. Hahahahaha. 

Sampai 5.22 pagi Nadia try call ma, last-2 call Tasha, suruh kejut ma. Ma kata kena pergi hospital dah tu. So Nadia pergi rumah ma sekejap sebab nak buka semua barang perhiasan emas untuk ma simpankan dulu dan makan 😂

Ma dah siap masak mihun goreng. So makan lah dulu. 

..



Sampai je Hospital Kulai terus nurse panggil untuk check bukaan. Jam 6 pagi bukaan baru 2cm ya. Rupanya Nadia bukan setakat turun tanda je tapi dah leaking juga. Jadi walaupun 2cm, disebabkan leaking, Nadia tak boleh balik. Terus kena masuk wad. 

Dari rumah memang dah packing barang Nadia dan baby. Masa kat rumah rasa sakit tu manja manja je macam senggugut, jadi pergerakkan Nadia masih agak laju. 

Suami dibenarkan masuk sampai pintu depan Bilik Saringan Hospital Kulai je. 

So sepanjang Nadia kat dalam adalah dalam 30 minit, suami dekat luar. 


Masa ni nurse tengah siapkan dokumen masuk wad. Jadi Nadia memang kena dah pakai baju pink ni dan boleh jumpa suami untuk ambil barang-2 dan sebelum masuk wad :')

Lebih kurang jam 7.30 pagi suami dah boleh balik rumah dan Nadia pun dah kena masuk wad. 




Nadia guna apps Contraction Timer untuk rekod contraction. Masa ni makin lama makin rasa sakit. 

Sebab Nadia dah turun tanda, doktor Hospital Kulai beri Nadia masa sampai 10.30 malam je untuk atleast bukaan jalan 4cm dan boleh bersalin normal dekat Hospital Kulai je. Kalau tidak, Nadia kena transfer ke Hospital Sultanah Aminah (HSA). Dalam masa sama, kalau pad yang Nadia pakai bertukar warna kuning atau hijau kena terus bagitahu nurse, risau baby dah makan najis sendiri. 

Jam 1 tengah hari Nadia bagitahu nurse makin sakit tapi nurse kata tunggu sikit lagi kalau sakit sangat baru check jalan lagi. 

Jam 3 petang check bukaan, baru 3cm 😢 Nurse tolong 'korek' untuk bukakan jalan sebab nurse pun kesian. Yela dari jam 6 pagi baru 3cm. 

Lepas jam 3 petang tu Nadia dah start gigil dan contraction pun makin mula kuat rasa. Bagitahu ma, menggigil, ma cakap normal. So, bersabar dan berdoa je mampu. 

Jam 8 malam, seluk lagi, masih 3cm 😭 Ya Allah masa ni rasa macam down dah sebab Nadia ada masa lebih kurang 2 jam je lagi sebelum betul-betul kena transfer ke HSA. Nurse pun dari petang just pesan baring mengiring je untuk mudah buka jalan. Tak ada pula dia kata pergi jalan jalan sebab maybe sekarang musim Covid dengan katil pun dekat dekat. Nak berjalan apa nya kan...... 

Jam 9 malam, nurse pun dengan muka penuh harapan mengharapkan supaya Nadia atleast 4cm untuk boleh bersalin normal tapi sayangnya 9 malam pun masih 3cm. 

Jadi konklusinya nurse dengan muka pun kecewa bagitahu yang Nadia memang kena hantar ke HSA sebab dah 18 jam pecah ketuban tapi bukaan baru 3cm :') 

Nurse suruh call suami untuk datang Hospital Kulai ambil barang barang Nadia dan settle kan pendaftaran nanti masa dekat HSA. Nadia akan dibawa oleh ambulans. Suami kena drive sendiri. 

Lebih kurang jam 11.30 malam sampai HSA dengan ambulans. 

Sampai HSA, Nadia terus dibawa ke Bilik Saringan untuk check CTG baby. Lepas tu jumpa suami sekejap kat kaunter depan sebelum ditolak masuk Labour Room 😡 Bercampur campur perasaan masa ni.. 

Contraction macam dekat Hospital Kulai, masih boleh dilayan lagi. Ingatkan bila masuk Labour Room, terus beranak. Tidak ! Saya ditinggalkan kat situ terkontang kanting dengan dipakaikan alat check jantung baby tu untuk check progress jantung baby dan contraction saya. Masha Allah........ 

Segelas air masak untuk minum. Tak boleh makan.

Nadia cuma diberi air masak dan dah tak dibenarkan makan sebab risau kalau kena emergency czer. 

Merasa juga dipakaikan tiub kencing sebab memang tak dibenarkan turun dari katil. So nak buang yang kecil yang besar kena buat atas katil je. Nurse tak bagi turun. Siap janji nak jaga diri untuk pergi toilet pun nurse tak bagi juga. Hahahahahaha eeeeeee geram ! 

12 Jun 2021 - Sabtu - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA)

Nadia siap tahan mata sampai 5 pagi ya terlelap terlelap sampai lah Nadia ringan mulut tanya nurse "Saya boleh tidur ke?". "Ehh boleh, tidurlah. Tidur je dulu" So dalam hati ni macam, ehhh bila nak beranak ni???? Hahahahaahha. 

Yela lepas Nadia dibawa masuk Labour Room memang nurse tak cakap apa apa, tinggalkan macam tu je. Mana la kita tahu. Rupanya boleh tidur. Lebih kurang jam 6 pagi ada nurse masuk dan tanya kalau Nadia nak ubat tahan sakit (cucuk dekat punggung). 

"Awak tetap akan rasa sakit contraction, tapi kurang sikit kalau awak cucuk. Kalau dah sakit baru awak nak cucuk, tak berkesan"

"Em okay la. Saya nak ubat tahan sakit" 

Seingat Nadia start jam 7 pagi Nadia dah mula gelisah atas katil sebab sakit contraction tu makin kuat. Tapi dalam masa sama sangat mengantuk dan lapar. Minta nak makan dengan nurse, tak bagi 😭😭 Jadi Nadia tidur dengan muka berkerut kerut tahan sakit dan lapar. 

Jam 8 pagi nurse masuk untuk seluk pula untuk check bukaan, masa ni bukaan 5cm. Agak bersyukur sebab sekurangnya ada peningkatan.. 

Jam 10 pagi Nadia dengar telefon bunyi tapi memang tak larat sangat nak angkat. Nadia memang tak update suami atau family apa apa sejak malam tu. Jadi jam 10 pagi rupanya suami yang call. Masa ni contraction dah makin kuat sangat sampai Nadia genggam-2 cadar katil. Tenaga pun makin kurang sebab yela tak makan apa apa, last 10 malam tadi. 12 jam tak makan. Air yang nurse bagi pun tak sampai separuh Nadia minum. 

Jam 11.30 pagi macam tu tiba-2 labour room ramai yang masuk, nurse, doktor, doktor pakar semua ada. Rupanya memang nak 'bersalinkan' Nadia. So seluk, 8cm 😭😭😭 Patutlah sakit sangat Ya Allah. 8cm dah.. Team dah suruh teran tapi Nadia dah tak ada tenaga. Masa seluk, doktor dah rasa rambut baby tapi Nadia tak boleh teran.

"Ya Allah, kalau macam ni lah sakitnya bersalin normal dengan tenaga yang tak ada ni, lebih baik aku emergency czer Ya Allah". 

Doktor terakhir seluk Nadia dannnnnn "prepare OT Room. Emergency czer".

Terussssssssssssss bilik tu jadi kelam kabut. Mana nak sign borang, mana nak ganti baju operation. Kena pula pakai mask, mask tercicir. hahahaahha. Masa ni la doktor cakap "Call suami awak sekarang, awak kena czer, jantung baby dah lemah". Nadia dah blur blur. 

Masa ni la baru suami dapat update, doktor yang bercakap dengan suami untuk maklumkan keadaan dan risiko pembedahan. 

12.56 tengah hari dengarlah suara kecil Azriel Reza Bin Muhammad Aznier dalam ruangan tu :') 

Fresh from oven gituh hehe

Doktor bawa baby dekat Nadia untuk cam jantina dan rapatkan muka baby dengan pipi Nadia (skin to skin). Masa tu rasa Ya Allah hilang segala sakit tadi :")

3 petang, Nadia dibawa ke wad biasa dan suami diminta datang hospital untuk ambil uri. 

Ws pun asal boleh je sebab memang tak larat sangat. 

Lebih kurang 8.30 malam barulah baby dibawa pada Nadia. Baby perlu dipantau dulu sebab tu baby dapat lambat. Tapi Nadia bersyukur juga sebab boleh berehat dulu. 

..

Bhg 2, Nadia akan sambung dengan apa Nadia buat lepas beranak Czer dan kos beranak di kerajaan. 

Percayalah, Nadia memang nak beranak normal, kalau tak, takkan nadia nak buat ECV - Prosedur pusingkan baby songsang . Baik dari awal Nadia biar je baby songsang. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. 

30 jam menahan sakit lahirkan Azriel Reza. Terima kasih Allah, atas pinjaman kecil ini. Semoga Nadia dan suami menjadi pemegang amanah yang baik dalam membesarkan Azriel. Amin.. 

Azriel Reza - Nisbah Harapan.

97 | Part 3 - Pengalaman Mengandungkan Anak Pertama

 Assalamualaikum

Part 3 ni kita santai aja. 

Nadia tak ada morning sickness dan alhamdulillah tak ada sampai melepet teruk ke apa. Mabuk masih ada, tapi masih larat dan mampu untuk jalani hidup macam biasa.

Sepanjang pregnant, EO Living Young Peppermint sangat membantu. Baik dekat office atau dekat mana mana.

Sepanjang pregnant, Nadia tak ada muntah-2 cuma sekali je muntah itupun disebabkan pagi tu Nadia makan Iron Tablets dengan perut kosong. Mana boleh derrrr. Sebelum makan ubat, kena la makan something dulu. Terus muntah kuning tuu. Yucks !

Masa pregnant, badan agak behave bagi wanita hamil, firasat tu dah rasa macam em macam anak lelaki je ni. Tihtihtih

Ihsan Google

Nadia buka buku pink pada minggu ke 9 kehamilan dekat Klinik Desa (KD) Saleng. Caranya, call dulu klinik sebelum datang, nombor boleh dapatkan dekat Google. 

Sepanjang mengandung, makanan tambahan yang Nadia makan adalah Iron Tablet dan Folic Acid sahaja. Nadia tak ada ambil mana mana makanan tambahan lain selain ubat yang KD bekalkan. 

Nadia selalu sangkut dekat bacaan darah. Jadi tips yang Nadia boleh kongsi untuk naikkan darah, makan daging, jambu batu dan ikan bilis. 

Kebetulan masa mengandung, jatuh pada bulan ramadan, jadi sejujurnya sebulan tu memang Nadia tak puasa. Nadia pernah cuba puasa, tapi jam 4 petang lebih masa tengah masak tetiba nak pitam. Nadia memang sejarah ada migrain. Terus berbuka. Kali kedua cuba, pun tak berjaya. Kesannya, Nadia menggigil lapar sampai ke isya' sebab dari siang tahan lapar. Jadi untuk badan nak terima makanan, makan masa. 

Demi kandungan, Nadia pilih untuk tak puasa. Taknak jadi ibu yang pentingkan diri sedangkan dekat dalam ada satu lagi nyawa kecil. 

Bab mengidam, alhamdulillah tak ada yang pelik cumanya jam 12 malam dimusim PKP tiba-2 minta nasi lemak dengan suami hahahahahaha. I sampai nangis hokeyyyy. Last-2 suami kata, takpelah kita buat burger roti jom. Hokeyyy jalan~ Terus lupa nasi lemak hahaha

Dalam banyak banyak jenis scan, yang paling Nadia nak buat, detail scan. Detail scan ni lebih penting dari scan lain ya. Kat sini kita akan nampak apa yang tak normal pada janin. Contohnya, sumbing, tulang belakang, jari kaki tangan, otak dan banyak lagi. 

Klinik yang Nadia pilih, Klinik An-Najjah Kulai . Harga dan servis dia sangat berbaloi. Harga, Nadia tak ingat tapi rasanya tak sampai pun RM100. Masa scan nak tahu kalau ada apa apa yang tak normal je tapi ehhh tertahu jantina pulak. Hehe. Nadia scan masa 21 minggu ya. Dapat tahu jantina pun sebab baby asyik kangkang je masa tengah scan. 


Daripada segi pemakanan, Nadia makan je semua. Ramen pun makan juga em. Tapi makan Ramen pun masa lagi seminggu dua nak due. Maggi pun makan je dari masa pertengahan kandungan. 

Cuma dah masuk 34 minggu macam tu, Nadia banyakkan minum air kelapa tanpa gula. Fresh. Beli dekat TJ Mart Saleng, balik, ketuk sendiri (ma ketuk). Susu kambing pun sempat minum 2 botol je (1.2Litre). Susu Farm Fresh Kurma memang dari awal pregnant Nadia dah minum. 

Setakat ni, ni je mampu ingat. Hahahaha

Nadia tak buat posting awal sebab Nadia sangat risau kalau kandungan gugur since pernah ada pengalaman turun darah. Setakat mengandung, Nadia rasa Nadia kuat. Kebetulan masa tu siap boleh pindah rumah, kemas rumah lagi. Panjat sink dapur lah sebab nak lekatkan something dekat cermin dapur (Jangan tiru aksi panjat memanjat ni). 

Semoga yang usaha untuk ada anak, akan terus sabar dan yakin. Ada rezeki awak, tak kat dunia, in sha Allah kat 'sana'. 

Amin..

96 | Part 2 - Threatened Miscarriage, First Pregnancy

Assalamualaikum..

Nikah 06-08-2020

Dapat tahu pregnant, 10-10-2020

14-10-2020, turun darah kali pertama (5 minggu). 

21-10-2020, turun darah kali kedua (6 minggu). (Seminggu selepas turun darah yang pertama) 

Turun darah semasa mengandung sangat tidak normal ya. 

Pejabat sementara Nadia dekat tingkat 4. Jadi HARI HARI Nadia kena menapak naik turun tangga sebanyak 5 tingkat termasuk first floor. Pada kali pertama turun darah, tengah hari tu ada meeting. Jadi, tangan kiri pegang beg laptop. Tangan kanan pegang segala macam dokumen, turun tangga 5 tingkat, turun bukit, menapak pergi office, dan sampai sana lencun ! Nadia sorang je masa bawa segala macam barang dengan panas terik dalam keadaan mengandung. 

So lepas habis meeting, Nadia rasa macam ada something keluar. 

So balik je office check, darah. Bagitahu officemate. Dia suruh g klinik balik kerja tu juga. 

Masuk je kereta cakap dengan suami dan masa tu nampak la muka dia risau. Tiba tiba dalam kereta ada malaikat. Dua dua diam sepanjang perjalanan, tak ada perbualan rancak macam biasa. Mungkin dua dua melayan perasaan dan risau. Tak ada arah tujuan sebab yela last minute nak cari tempat scan area Johor Bahru tu mana la kitaorang tahu. Klinik yang officemate suggest pulak, dah tutup. 

Masa tu dah macam pasrah sangat sebab tak tahu nak pergi mana, just balik Kulai je terus. Nanti fikir. 

Tapi, ngam sampai depan Skudai Parade tu, dari lane kanan, terus suruh suami cross paling kiri pergi Taman Universiti (Jangan tiru aksi ni ya, bahaya). Nadia jumpa dekat Google, call untuk pastikan buka atau tak dan ada scan atau tak. Terus ke klinik tu. Alamak tapi dah tak ingat pula nama kliniknya. 

..

"Ni kantung ada. Jangan risau. You masih pregnant tapi masih baru sangat. I bagi ubat kuatkan rahim dan bagi MC, you just banyakkan rehat je"

"Tapi I memang pregnant kan doktor?" (Nadia dapat jelingan maut dari suami 😭😭) Mestilah risau, turun darah kot hm

Nadia dapat MC 15-10-2020 hingga 18-10-2020 (Khamis - Ahad).

So Isnin naik kerja macam biasa. 

Hari Rabu, 21-10-2020 Nadia turun darah kali kedua, pun dekat tempat kerja juga. Sepatutnya hari tu kena tidur dekat tempat kerja tapi maghrib tu, padahal tak ada buat apa apa lasak pun, just jalan dekat floor je.Hampir nak maghrib, Nadia rasa basah dan memang terus check. This time turun darah dan lebih banyak dari yang pertama. Shaking juga masa ni. 

Terus bagitahu semua team dan diorang suruh balik, kesian suami Nadia la sebab dia dah sampai rumah masa tu, patah balik ke Johor Bahru ambil Nadia.

Esoknya baru pergi klinik. 

Ni scan dekat Polikinik Norbi Pasir Gudang. Kali kedua turun darah.

Dalam kes Nadia, antara sebab turun darah adalah Nadia penat dan mungkin lasak sedangkan masa awal kandungan lah sepatutnya kena jaga dan berhati hati. Tak boleh stress juga. 

Doktor bekalkan ubat yang sama, ubat kuatkan rahim, Duphaston dan dapat MC dari 22-10-2020 hingga 25-10-2020 (Khamis - Ahad).

Gambar, sumber google

Syukur Alhamdulillah Nadia berjaya jaga kandungan hingga lahir seorang anak lelaki walaupun anak Nadia pernah juga songsang (Pengalaman Baby Songsang ECV), dengan izin Allah. Terima kasih ya Allah.. 

Walaupun emosi yang berkecamuk teruk sepanjang mengandung. Dugaan dekat tempat kerja yang tak worth pun untuk bertahan actually. 9 bulan Nadia stay tapi pengakhiran yang mengaibkan dan tak dihargai (Tak dapat confirmation, one of the reason, banyak MC sedangkan I bleeding di tempat kerja, ookay dan semasa bekerja).

Wehhh sedih gila muka Nadia masa ni. Memang dah tak tahan sangat. Tengah sarat pula tu

05-05-2021 hari terakhir bekerja dan keluar dari sana dalam keadaan yang mengaibkan.
Akan disimpan kemas dalam memori 😳

Satu hari nanti Nadia akan datang sini dan baca lagi posting ni. 

Anak mama kena tahu, awak pernah rapuh masa dalam kandungan tapi dalam masa sama, awk kuat dan dengar cakap mama. Anak yang baik. Mama selalu pujuk awak kalau mama kena jalan jauh dan bawah terik "Sayang sabar kejap ya, kejap lagi kita rehat". Terima kasih sebab bertahan dalam rahim mama dan hingga awak selamat dilahirkan. 

Terima kasih suami, banyak bertahan dan berkorban sepanjang saya mengandungkan anak pertama kita.

Terima kasih Allah untuk semua pengalaman dan pengajaran. 

95 | Part 1 - Positive First Pregnant

Assalamualaikum.. 

Nadia masih ingat, ada dua benda Nadia minta masa awal nikah dulu. 

Satu, kalau dengan mempunyai zuriat tu akan lebih menjadikan kami bertanggungjawab, maka berilah zuriat awal kepada kami. 

Kedua, semoga kalau betul 'melekat', biarlah baby lahir bulan 6 sebab nak sama bulan kelahiran dengan Nadia. 

Lebih kurang sebulan lepas nikah, Nadia mula makan Folic Acid beli dekat farmasi RM1 sepapan, sebab memang plan nak ada baby awal (kalau ada rezeki, memandangkan Nadia pernah ada Ovarian Cyst pada 2019).

Kalau ikutkan masa tu masih dalam waktu menunggu untuk uzur tapi disebabkan badan rasa tak sedap, Nadia rasa macam 'Aku ada isi ke?'

Tanda tanda syak pregnant masa tu, setiap kali petang lepas habis kerja jam 6 petang, Nadia akan rasa mabuk like pening memusing macam tu. Lepas tu kalau sampai rumah, nak kena baring dulu sebab rasa mual. Masa tu ingat sebab perut kosong. Yelah dah petang kan. 

Syukur alhamdulillah, Nadia tak ada morning sickness. Ada evening sickness je. hahahahah

Sampailah makin kuat rasa nak check guna Pregnancy Kit sebab sampai bau suami sendiri pun jadi 'busuk'. Lagi dekat, lagi rasa loya. Padahal bau suami lah paling suka kayyyyyy. 


Masa tu baru lewat 3 4 hari kot, Nadia pilih Clear Blue sebab dia accurate dan tak perlu tunggu awal pagi. Boleh check anytime. 

Adik Nadia, Azira balik kerja petang, minta tolong dia belikan dekat farmasi dan malam lepas maghrib terus check ! Aznier masa tu kat luar rumah. Nadia cakap dengan Azira, jangan bagitahu sesiapa yang Nadia check sebab risau kalau tak melekat, akan kecewakan suami dan ma. 

POSITIVE !

Berlari den dari bilik atas terus cari ma dengan Ira dulu sebab seriously tak tahu macam mana nak cakap dengan suami, pregnant. Hahahahahahahahaha.

So dari dapur, keluar terus g cari suami. Tengok je dia masa tu, Nadia jadi auto tersengeh-2 pastu 'Er saya pregnant' :')

Muka Aznier sangat speechless dan dia senyum je. Aku pula jadi malu. hahahahahaha. 

Nampak mata dia macam basah. Nadia pun dah macam sebak terharu macam tu. 

Terima kasih Allah.. 

Nikah 06-08-2020

Dapat tahu pregnant, 10-10-2020

14-10-2020, turun darah kali pertama (5 minggu). 

21-10-2020, turun darah kali kedua (6 minggu). (Seminggu selepas turun darah yang pertama) 

Turun darah semasa mengandung sangat tidak normal ya. 

Bersambung .. 
Part 2 - Threatened Miscarriage, First Pregnancy