TOTAL PAGEVIEWS

31 March 2022

99 | Keadaan sebelum dan selepas Ovarian Cyst

 Assalamualaikum, 

Nadia terpanggil untuk kongsi tentang keadaan lepas buat pembedahan Ovarian Cyst tahun 2019 pada umur 23 tahun. 

Diagnosis : Ovarian Cyst 4.8cm, Menorrhagia

Operation : Laparoscopic cystectomy & Release of adhesion 

Cost : RM13,330.80

Nadia datang uzur yang pertama masa umur 13 tahun. Dari zaman sekolah, Nadia ada senggugut tapi masih boleh layan. Tapi bukan setiap bulan. Kalau contoh bulan ni Nadia ada period pain, next month tak ada. Haa so Nadia dah boleh bajet bulan ni akan ada period pain atau tak. Kalau dalam setahun tu, ada lah 3 4 kali je akan betul-2 sakit sampai menangis. Okay itu ringkasan senggugut / period pain. 

Nadia memang akan datang uzur setiap bulan. Tak pernah tak datang. Tapi yang penatnya bila dia datang, lebih dari 7 hari kadang sampai 15 hari. Itu belum kira kadang sampai sebulan period tapi harini ada, 2 3 hari bersih, pastu ada balik. Sampaikan nak solat tu jadi ragu-2 ini period atau istihadhah. 

Dalam Islam, kalau darah yang keluar melebihi 15 hari, hari ke 16 dah boleh solat dan beribadat macam biasa. Darah selepas hari ke 15 dikira darah Istihadhah (darah penyakit). AL-KAFI #685 : DARAH ISTIHADAH MENGIKUT TAMYIZ ATAU ADAT?

Kalau dekat Kulai, Nadia selalu akan pergi Klinik Jamiah Taman Bersatu Kulai sebab situ doktor perempuan. Selalu ma akan ajak g klinik kalau dah beberapa bulan asyik period panjang je. Doktor selalu akan bagi ubat berhentikan darah je. Nadia pernah lah Google nama pil tu, tu pil perancang wehhh hahahaha untuk betulkan hormon. Awal haa makan pil perancang. Lepas makan, memang period jadi teratur 2 3 bulan kedepan, lepas tu akan balik semula panjang tempoh keluar darah haid. Doktor tak pernah buat scan sebab Nadia tak ada sakit-2, cuma period panjang je so doktor bagi ubat je. Doktor pun pernah juga tengok darah dari pad yang Nadia pakai, dia tak rasa ada keperluan nak scan, so dia bagi ubat je jugak. Dia ada la suruh baring dan tepuk-2 perut Nadia, tapi dia kata okay. Tak ada ketulan atau keras. 

Untuk pengetahuan juga, kalau awak masih dara dan belum berkahwin, doktor tak akan usik awak melalui bawah ya. Semua procedure dibuat selain dari vagina awak. Ma memang dari dulu selalu pesan kalau doktor nak tengok bawah, jangan bagi. Tak boleh sebab kita belum kahwin. Doktor Jamiah sendiri pun cakap benda ni. 

Macam mana nak solat kalau darah asyik keluar? 

Nadia ingat lagi masa kerja Aeon umur 19 tahun, dari toilet tukar pantyliner cepat-2 masuk surau ambil wuduk, elok siap sarung telekung tetiba rasa ada keluar something. Rasa nak nangis wehhhh. Buka semula telekung, g toilet dan bersihkan. Niat yang aku nak solat ya Allah, biarlah sempat angkat takbir. 

Lepas tu barulah okay. Penat tau. Sebab awak kena cepat-2 solat dan wuduk yang lepas walaupun tak batal, tak boleh dibawa ke solat seterusnya kalau awak ada darah istihadhah. Kita pun kena pastikan sebelum takbir tu, tak boleh keluar apa apa. Kalau tengah solat, terasa ada sesuatu keluar, tak apa. Teruskan solat macam biasa sebab orang darah istihadhah ni dianggap dalam darurat. 

Kita semua ada cyst sebenarnya cuma antara aktif dengan tak aktif je. Mungkin ada pemakanan Nadia yang dah 'mengaktifkan' cyst tu sampai membesar. Nadia paling suka makan Tau Fu Fa, dan soya katanya antara makanan yang boleh aktifkan cyst dan semua ayam ayam yang dicucuk macam KFC dan fast food lain. 


Nadia bukan penggemar cheese, bukan pemakan sangat sampai adik perempuan pun pelik macam mana boleh ada cyst. So Nadia tak sure dapat dari mana tapi memang dulu hampir setiap hari Khamis akan makan Tau Fu Fa ni beli dekat pasar malam. 

Kronologi sakit, baca dekat 87 | Ovarian Cyst Awal 20-an ya. 

Selepas pembedahan, Nadia ada makan ikan haruan tapi dalam sekeping je. Lepas baca yang pembedahan dalam badan tak elok makan ikan haruan, Nadia terus tak makan. Pati haruan apatah lagi, memang tak makan. Ikan haruan memang bagus untuk luka, tapi dia juga akan melekatkan setiap organ-2 sekitar luka tu. Pendapat individu nak makan atau tidak. Tapi pembedahan tahun 2019 dan Nadia bersalin ceaser tahun 2021, tak ada komplikasi masa dalam bilik pembedahan ya. Selepas bersalin ceaser pun Nadia tak makan ikan haruan. Ikan haruan bagus kalau luka tu dekat luar, bukan dekat dalam. 

Lepas pembedahan, alhamdulillah period memang teratur dan dah tak ada sakit lagi. Tau fu fa dan segala soya Nadia terus tak usik sebab dah pernah ada sejarah cyst. Masa mengandungkan Azriel, scan awal kandungan doktor ada cakap dia nampak cyst tapi kecil sangat dan Nadia tak perlu risau. Alhamdulillah next scan memang tak ada apa apa. Azriel pun lahir sihat dan selamat. 

Apa yang Nadia boleh pesan, kalau awak ada masalah uzur atau senggugut, jangan bertangguh jumpa doktor. Kita tak tahu apa yang sembunyi dekat dalam badan. 

Soal zuriat ni rezeki Allah. Ada yang uzurnya teratur tapi rezekinya lewat. Ada yang pernah ada sejarah sakit rahim tapi rezekinya awal. 

1) Sebelum kahwin, kalau rasa tak kena dengan rahim, jangan bertangguh dapatkan nasihat dari pakar. 
2) Selepas kahwin, lebih dari 5 tahun berkahwin, kalau belum ada zuriat, suami isteri sama sama la jumpa pakar untuk minta nasihat. Jangan bertangguh juga. 

Ikhlas Nadia kata, bohonglah Nadia tak risau bila ada suara suara yang cakap kalau ada sejarah cyst biasa susah pregnant sampaikan sebenarnya Nadia pernah terlintas nak buat ujian kesuburan Nadia dan Aznier sebelum kahwin 😷

Tapi syukur alhamdulillah lebih kurang 2 bulan lepas kahwin, Nadia mengandungkan Azriel Reza 💗

Jangan lengahkan sakit. Itu je Nadia mampu pesan pada semua 💓 Ada zuriat atau tidak, bukan urusan kita, tapi Dia. Kita, ikhtiar je. 


12 July 2021

98 | Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Bhg 1)

 Assalamualaikum, 

11 Jun 2021 - Jumaat - Hospital Kulai

Jam 4.30 pagi Nadia rasa nak buang air kecil dan lepas dah buang hajat, baring lah semula. Tengah baring mengiring tiba tiba rasa macam ada keluar sesuatu dari vagina. Err

Terus bangun dari katil dan eh coklat?? Makin bergerak dan berjalan makin banyak keluar. 

Buka lampu dan..

"Biy bangun. Saya keluar tanda beranak ni. Keluar coklat"

"Hahhh? Awak betul-2 ke main-2 ni? (sambil mamai mamai tengok jam)"

"Laa saya betul-2 lah. Dah la nak mandi dulu kejap"

..

9 kali Nadia try call ma dari pukul 4.50 pagi tapi tak berangkat. Nadia masa ni dah duduk berdua dengan suami. Jadi Nadia call ma sebab nak bagitahu nak pergi Hospital Kulai + mana lah tahu kot kot ma dah masak. Hahahahaha. 

Sampai 5.22 pagi Nadia try call ma, last-2 call Tasha, suruh kejut ma. Ma kata kena pergi hospital dah tu. So Nadia pergi rumah ma sekejap sebab nak buka semua barang perhiasan emas untuk ma simpankan dulu dan makan 😂

Ma dah siap masak mihun goreng. So makan lah dulu. 

..



Sampai je Hospital Kulai terus nurse panggil untuk check bukaan. Jam 6 pagi bukaan baru 2cm ya. Rupanya Nadia bukan setakat turun tanda je tapi dah leaking juga. Jadi walaupun 2cm, disebabkan leaking, Nadia tak boleh balik. Terus kena masuk wad. 

Dari rumah memang dah packing barang Nadia dan baby. Masa kat rumah rasa sakit tu manja manja je macam senggugut, jadi pergerakkan Nadia masih agak laju. 

Suami dibenarkan masuk sampai pintu depan Bilik Saringan Hospital Kulai je. 

So sepanjang Nadia kat dalam adalah dalam 30 minit, suami dekat luar. 


Masa ni nurse tengah siapkan dokumen masuk wad. Jadi Nadia memang kena dah pakai baju pink ni dan boleh jumpa suami untuk ambil barang-2 dan sebelum masuk wad :')

Lebih kurang jam 7.30 pagi suami dah boleh balik rumah dan Nadia pun dah kena masuk wad. 




Nadia guna apps Contraction Timer untuk rekod contraction. Masa ni makin lama makin rasa sakit. 

Sebab Nadia dah turun tanda, doktor Hospital Kulai beri Nadia masa sampai 10.30 malam je untuk atleast bukaan jalan 4cm dan boleh bersalin normal dekat Hospital Kulai je. Kalau tidak, Nadia kena transfer ke Hospital Sultanah Aminah (HSA). Dalam masa sama, kalau pad yang Nadia pakai bertukar warna kuning atau hijau kena terus bagitahu nurse, risau baby dah makan najis sendiri. 

Jam 1 tengah hari Nadia bagitahu nurse makin sakit tapi nurse kata tunggu sikit lagi kalau sakit sangat baru check jalan lagi. 

Jam 3 petang check bukaan, baru 3cm 😢 Nurse tolong 'korek' untuk bukakan jalan sebab nurse pun kesian. Yela dari jam 6 pagi baru 3cm. 

Lepas jam 3 petang tu Nadia dah start gigil dan contraction pun makin mula kuat rasa. Bagitahu ma, menggigil, ma cakap normal. So, bersabar dan berdoa je mampu. 

Jam 8 malam, seluk lagi, masih 3cm 😭 Ya Allah masa ni rasa macam down dah sebab Nadia ada masa lebih kurang 2 jam je lagi sebelum betul-betul kena transfer ke HSA. Nurse pun dari petang just pesan baring mengiring je untuk mudah buka jalan. Tak ada pula dia kata pergi jalan jalan sebab maybe sekarang musim Covid dengan katil pun dekat dekat. Nak berjalan apa nya kan...... 

Jam 9 malam, nurse pun dengan muka penuh harapan mengharapkan supaya Nadia atleast 4cm untuk boleh bersalin normal tapi sayangnya 9 malam pun masih 3cm. 

Jadi konklusinya nurse dengan muka pun kecewa bagitahu yang Nadia memang kena hantar ke HSA sebab dah 18 jam pecah ketuban tapi bukaan baru 3cm :') 

Nurse suruh call suami untuk datang Hospital Kulai ambil barang barang Nadia dan settle kan pendaftaran nanti masa dekat HSA. Nadia akan dibawa oleh ambulans. Suami kena drive sendiri. 

Lebih kurang jam 11.30 malam sampai HSA dengan ambulans. 

Sampai HSA, Nadia terus dibawa ke Bilik Saringan untuk check CTG baby. Lepas tu jumpa suami sekejap kat kaunter depan sebelum ditolak masuk Labour Room 😡 Bercampur campur perasaan masa ni.. 

Contraction macam dekat Hospital Kulai, masih boleh dilayan lagi. Ingatkan bila masuk Labour Room, terus beranak. Tidak ! Saya ditinggalkan kat situ terkontang kanting dengan dipakaikan alat check jantung baby tu untuk check progress jantung baby dan contraction saya. Masha Allah........ 

Segelas air masak untuk minum. Tak boleh makan.

Nadia cuma diberi air masak dan dah tak dibenarkan makan sebab risau kalau kena emergency czer. 

Merasa juga dipakaikan tiub kencing sebab memang tak dibenarkan turun dari katil. So nak buang yang kecil yang besar kena buat atas katil je. Nurse tak bagi turun. Siap janji nak jaga diri untuk pergi toilet pun nurse tak bagi juga. Hahahahahaha eeeeeee geram ! 

12 Jun 2021 - Sabtu - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA)

Nadia siap tahan mata sampai 5 pagi ya terlelap terlelap sampai lah Nadia ringan mulut tanya nurse "Saya boleh tidur ke?". "Ehh boleh, tidurlah. Tidur je dulu" So dalam hati ni macam, ehhh bila nak beranak ni???? Hahahahaahha. 

Yela lepas Nadia dibawa masuk Labour Room memang nurse tak cakap apa apa, tinggalkan macam tu je. Mana la kita tahu. Rupanya boleh tidur. Lebih kurang jam 6 pagi ada nurse masuk dan tanya kalau Nadia nak ubat tahan sakit (cucuk dekat punggung). 

"Awak tetap akan rasa sakit contraction, tapi kurang sikit kalau awak cucuk. Kalau dah sakit baru awak nak cucuk, tak berkesan"

"Em okay la. Saya nak ubat tahan sakit" 

Seingat Nadia start jam 7 pagi Nadia dah mula gelisah atas katil sebab sakit contraction tu makin kuat. Tapi dalam masa sama sangat mengantuk dan lapar. Minta nak makan dengan nurse, tak bagi 😭😭 Jadi Nadia tidur dengan muka berkerut kerut tahan sakit dan lapar. 

Jam 8 pagi nurse masuk untuk seluk pula untuk check bukaan, masa ni bukaan 5cm. Agak bersyukur sebab sekurangnya ada peningkatan.. 

Jam 10 pagi Nadia dengar telefon bunyi tapi memang tak larat sangat nak angkat. Nadia memang tak update suami atau family apa apa sejak malam tu. Jadi jam 10 pagi rupanya suami yang call. Masa ni contraction dah makin kuat sangat sampai Nadia genggam-2 cadar katil. Tenaga pun makin kurang sebab yela tak makan apa apa, last 10 malam tadi. 12 jam tak makan. Air yang nurse bagi pun tak sampai separuh Nadia minum. 

Jam 11.30 pagi macam tu tiba-2 labour room ramai yang masuk, nurse, doktor, doktor pakar semua ada. Rupanya memang nak 'bersalinkan' Nadia. So seluk, 8cm 😭😭😭 Patutlah sakit sangat Ya Allah. 8cm dah.. Team dah suruh teran tapi Nadia dah tak ada tenaga. Masa seluk, doktor dah rasa rambut baby tapi Nadia tak boleh teran.

"Ya Allah, kalau macam ni lah sakitnya bersalin normal dengan tenaga yang tak ada ni, lebih baik aku emergency czer Ya Allah". 

Doktor terakhir seluk Nadia dannnnnn "prepare OT Room. Emergency czer".

Terussssssssssssss bilik tu jadi kelam kabut. Mana nak sign borang, mana nak ganti baju operation. Kena pula pakai mask, mask tercicir. hahahaahha. Masa ni la doktor cakap "Call suami awak sekarang, awak kena czer, jantung baby dah lemah". Nadia dah blur blur. 

Masa ni la baru suami dapat update, doktor yang bercakap dengan suami untuk maklumkan keadaan dan risiko pembedahan. 

12.56 tengah hari dengarlah suara kecil Azriel Reza Bin Muhammad Aznier dalam ruangan tu :') 

Fresh from oven gituh hehe

Doktor bawa baby dekat Nadia untuk cam jantina dan rapatkan muka baby dengan pipi Nadia (skin to skin). Masa tu rasa Ya Allah hilang segala sakit tadi :")

3 petang, Nadia dibawa ke wad biasa dan suami diminta datang hospital untuk ambil uri. 

Ws pun asal boleh je sebab memang tak larat sangat. 

Lebih kurang 8.30 malam barulah baby dibawa pada Nadia. Baby perlu dipantau dulu sebab tu baby dapat lambat. Tapi Nadia bersyukur juga sebab boleh berehat dulu. 

..

Bhg 2, Nadia akan sambung dengan apa Nadia buat lepas beranak Czer dan kos beranak di kerajaan. 

Percayalah, Nadia memang nak beranak normal, kalau tak, takkan nadia nak buat ECV - Prosedur pusingkan baby songsang . Baik dari awal Nadia biar je baby songsang. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. 

30 jam menahan sakit lahirkan Azriel Reza. Terima kasih Allah, atas pinjaman kecil ini. Semoga Nadia dan suami menjadi pemegang amanah yang baik dalam membesarkan Azriel. Amin.. 

Azriel Reza - Nisbah Harapan.