TOTAL PAGEVIEWS

05 June 2015

04

Assalamualaikum..
Sebelum pape, haa baik mengaku sekarang siapa y rajin benor berjalan dalam blog ni. Nampak macam tak ada mana yang baca blog ni. Tapi viewer blog naik sokmo. Siapa yang jadi silent reader ni? Ce tunjuk mata sikit.. Ai, nak jadi penambah stalker Nadia ke apa *senyum sinis* .

Okey. Meh sambung ke topik yang tetiba je muncul dalam kepalotak ni. Mukadimah pepanjang pun bosan.

Hamba baru berkesempatan nak jumpa kawan-2 kat Saleng ni sebab ada yang dah nak naik sem, so apa salahnya luangkan masa. So kat sini tetiba terfikir banyak benda. Paling banyak bercerita, Anis. Beza tau life kat sini dengan kawan kolej. Sebab, okey firstly Sorry if i dah kecikkan hati mana-mana pihak. This is toooooooooo random.! Kalau u tak macam tu, no need to terasa kot. Orite? Kalau jiwa tak sado tak usah la baca.

Okey tadi I dah taip tapi I delete. Okey I taknak cakap mende negatif dalam blog ni. Apa yang hamba perasan, kekawan dekat Saleng ni (yang terdekat) , makin lama nak jauh dari laman sosial. Anis contohnya, ada Facebook, Blog, Twittter, Instagram, Myspace & Wechat. Last-2 yang tinggal cuma Whatsaap SAHAJA.! Tu pun kalau orang bkk whatsapp dia, kau boleh imagine dengan gambar tak ada, bluetick tak ada, last seen tak ada. Pehhh memula aku dok ingat minah ni tak main whatsapp dh lah. Insta dia ni daripada ada gambar, jadi tak ada. Pahtu penuh quote, pahtu dia tukar nama dari "AniezAniza" jadi nama apa tah, Pahtu tak pakai terus. Gilaaaa cane kau hidup siak.?!!!

Mende alah ni logik. Kalau habis semua gamba diupload, habis semua orang tengok, so apa yang tinggal untuk bakal suami atau diri sendiri? **Pesan untuk diri sendiri


Anis cakap cane aku tak ingat aa tapi abang angkat dia post kat moment and dia terbaca yang "Perempuan yang baik takkan zahirkan diri dia dalam laman sosial (upload gambar)" Dia sentap pahtu dia berubah slow-2. Anis ni dulu free hair. Tak seksi tapi just free hair ONLY. Now dia yang lagi banyak berubah dari yang lain. See. Manusia kalau nak berubah, berubah lebih elok dari yang dah elok. Tak lah bertudung labuh tapi sedap la mata memandang **Anis mohon baca. Aku mengata kau ni**

Pahtu kan, jenis bebudak kat Saleng ni (yang rapat) , kalau couple, tak BERIA nak upload gamba pasangan dalam laman sosial baik kawan lelaki hamba atau perempuan. Membohong tak ada. Ada tapi tak beria. Paham tak?? Sekarang ni hamba dah terikut dengan diorang. Lain pulak life kat kolej, kerja nak upload gamba dengan pasangan je (tak terkecuali diri sendiri) . Tapi sekarag dah kurang. Lagipun Amirul pun bukan rajin nak upload gamba (See, nampak tak kontra perangai?)

Nazerah bertahun couple, tak beria nak zahirkan Lukman dia pun. Minah ni memang hidup dia dengan Whatsapp & Twitter. Blog dia private, Wechat tak pakai dah rasanya, Insta Facebook dia xpernah ada. Fatin pun lebih kurang dia jgk perangai tapi lagi pendiam. Kau bercerita dekat Fatin, angguk tak, geleng pun tak. HAHAHAHAHAHA. Agak-2 elok ke tak?? Si Aai(Shahzira) biasa je. Budak pandai ni lain sikit.  Tak ada nak kepoh-2 macam bdk bawah. Tapi masih becok, jangan risau ~

Bosan sebenarnya. Tak ada motif. So cuma nak kata nak berubah slow-2 memandangkan lagi berapa hari nak 19 tahun ni, sebab tu kalau nak jadi baik, kalangkan diri dalam kalangan orang-2 yang lebih baik dari kita. Nadia ni ada pakwe ke tak ada ke tetap melekat dengan phone. Orang pun tak pelik dah bila melpak ramai-2 tapi still I main phone. Dah terbiasa. Maap.! Hamba ni agak keyboard warrior in sosial media jgk laa. Tapi, tak curang. Amirul, Jangan risau.! AHAHA aippp. K bye..

No comments: