TOTAL PAGEVIEWS

01 June 2015

03




Assalamualaikum..
Yeayy baru je update blog. Now muncul lagi. Ada je idea nak membebel. Berterima kasihlah kat Twitter. Twitter yang tolong ketuk otak ni bagi keluarkan sikit pendapat peribadi and so what ever ever lah. Okey, last update about nak mulakan relationship or myb how to ikhlaskan diri untuk bercintun. Now macam mana u or maybe me to handle diri kalau putus tengah hutan bertemankan dedaunan hijau dan kicauan burung y berterbangan tapi tak kelihatan. Ecewahhhh. **bapok mengarut aku ni**

Ada orang, relationship tak sampai 6bulan, dah sangkut terbrek langgar monkey. Ada yang dah bertahun, tapi still eksiden putus tengah jalan raya besar. See. Ni sama ada sebelah pihak atau dua-dua yang taknak go on. First, kau dah tahu kau kecewa, jangan lah terperap. Jangan lah berlagak sado nak simpan sorang. Wei, kau manusia, manusia biasa, macam hamba jgk. So cari la tempat untuk kongsi. Tapi jangan salah orang. Kalau kau rasa tak percaya orang luar, tu haaaa, family ada. 

Orang yang ada masalah ni, kadang dia bukan nak dengar pendapat pun tapi dia cuma nak bahu dan telinga. Dah cukup sangat dah. Kalau kau asingkan diri dari orang, peratus untuk kau buat benda yang macam orang tak beriman sangat tinggi. Jangan la murung terlalu lama. K take ur time, but jangan melampau. Tak ada untungnya tunggu orang yang taknak. Jangan jadi orang DESPERATE. Terutama PEREMPUAN. Jangan buat diri tu macam tak laku sangat dah. Kemon, kau hilang orang yang kau sayang, akan datang nanti orang yang sayang kau pulak. 

Doksah lah sekat hati dari sayang orang lain, bekukan yang lama dalam hati, siapa yang hulur, cuba berkawan. Berkawan k. Hamba tak kata pun bercinta. Nak bercinta tu urusan engkorang lah. Tapi takyah nak bajet setia pada org yang dah buang. Okey maaf terkasar. Tapi ni hakikat hidup. Bila kau tunggu yang lama, dia akan rasa macam "wahhhhhhhhhh dia tunggu aku, aku taknak pun dia padahal, biarlah." See. U malukan diri u sendiri dalam tak sedar. 

Sibukkanlah diri. Dengar bacaan Al-Quran atau zikir bila tengah sendiri, bukannya dok pasang lagu jiwang meruntun jiwa pakai headphone pahtu dok melalak sensorang, yang lagi merosakkan gegendang bila p bukak volume sampai 100%. Ni bukan drama yang kena ada lagu latar bila kau sedih lah :"D Soal barang-2 plk? Kalau yakin nak lupakan dia, banyakkan doa pada Allah, dan buang barang tanpa rasa belas ehsan. Kalau hamba, bakar aje. Kata nak lupakan, so biar tuan sekali dengan kenangan terbakar jadi abu. Nampak kejam? Dahtu ex g tinggal kau xkejam?? Haa pk la semula. 

Proses nak terima kenyataan mmg makan masa. Makan hari, minggu, bulan ada y sampai tahun. Tapi sabar. nak nangis, nangis. Tapi dalam masa sama, usaha nak move on kena ada. Teruskan hidup macam biasa sebelum muncul dia. Jangan paksa hati untuk lupa, biar lupa sendiri. Lagi paksa buang, lagi tu dia melekat. Tu pesan Amirul masa hamba memula dengan dia dulu. Ingat Amirul tu hamba terima dulu dah sayang bagai nak patah rak ke? Tak ada nya. Hati hamba masa tu masih kat ex y dah putus nak dekat setahun sebelum tu lagi, tapi sayang punya pasal, time terasa teringat ex, mengadu kat dia, and dia bagi nasihat. Bagi nasihat k, bukan marah :"D ai respect Amirul bab tu. Sabar betul dia layan hamba punya perangai macam hape ni.

Okey cukup setakat ni syarahan yang tak berapa berguna ni. Bye!