TOTAL PAGEVIEWS

27 November 2015

20. Sem-3 (Teman dan Lawan)


Hye?


cc : Telegram TheFaizIbrahimChannel

Dulu, masa sekolah. Lagi aku tak berkenan dengan orang tu, lagi aku nak stalk. Lepas tu, aku bidas balik dekat laman sosial aku. Perangai tu terbawa-2 sampai kolej. Sampai dah habis sem 3 pun. Tapi pertengahan sem 3, aku sedar satu benda, kenapa kita nak kena sakitkan hati sendiri untuk baca dan tahu apa yang orang cakap belakang pasal kita? Yedok? 

Tapi pun aku masih buat. Sampailah aku sedar yang sebenarnya aku dah memperbodohkan diri sendiri untuk benda remeh. Jadi nya, aku pilih untuk, selain daripada 'remove' orang tertentu, aku pilih untuk berhenti ambil tahu. Nak mengata, nak menghina, itu hak kau. 

Ada benda ALLAH pilih untuk kita berhenti ambil tahu. Sekarang ni, aku anggap nama-2 tu semua tak pernah wujud dalam hidup. Pelan-2 buang. Even if, ada orang datang bercerita dan buka cerita, dah tak ada hati nak stalk. Sebab kau tak ubah macam sejenis orang asing yang aku tak pernah kenal. Noktah. 

Cc : Instagram DakwahSentap

Sesungguhnya aku tak redha walau sehalus kuman setiap apa yang jadi. Ya. Tak redha. Kau stalk kan? Kau paham sendiri apa kau dah buat. Sampai mati lidah tak bertulang tu, aku ingat bait katanya depan manusia lain. Sekalipun kau dah dipanggil tuhan. 


Cc : Telegram KakHassanah

Cukup aku pandang dari satu side positif, Allah makbulkan doa aku. Hijab dibuka untuk pandang mana kawan mana lawan. Dari apa yang dah jadi, rupanya banyak lawan dari kawan. Situ nampak dah selama ni aku tak ubah dari satu manfaat yang dimanfaatkan. Jarang gerak hati tersilap. Aku tak terkilan apa yang hilang. Tapi aku bersyukur apa yang masih kekal.


Cc : Telegram TarbiahSentap

Cc : Telegram TarbiahSentap 

Aku pilih untuk biar semua orang nilai diri sendiri termasuk aku. Jujur aku sentap. Sentap tanda masih ada iman. ALLAH kirim hidayah. Cuma rebut atau lepas. Tanya diri..

Cc : Telegram KakHassanah

Konklusi, biar gambar bercerita.

Orang kata aku hebat bercakap. Katanya kalau tak ditegur, selalu rasa yang aku betul. Tapi sayangnya tak ada pun yang menegur. Katanya lagi, sebab aku ego. Pelik. Belum dicuba dah menilai. Satu teguran yang ditegur di khalayak, itu HINAAN bukan TEGURAN. Sekalipun pensyarah maki kau pun, tak payah belakang, depan pensyarah tu pun kau dah mengamuk. Nampak tak beza konsep tegur dan hina tu macam mana ? 

Pensyarah seusia ibu bapa pun kau kurang ajar, inikan aku yang sebaya. Yedok? 

Encik Lazi kata Gen-Y ni generasi yang pandai bercakap. Generasi yang pandai menjawab. Kita cakap lah apa pun, walaupun salah dia, dia tetap akan balas. Jadi kita yang dipihak yang benar ni, diam je. Jangan biar jadi bodoh macam dia. Biarkan dia bodoh sorang-2. 

Kak Sab kata hidup akak ni tak tinggi dipuji, tak mati dek keji. 

Dalam proses cuba untuk jadi macam AmirulAsyraf yang tak ambil tahu pasal orang. Tak peduli apa orang kata. Bila sakit hati, terasa, cuma diam. Kadang aku marah, tapi bila fikir balik, bagus macam tu, mengelakkan adanya musuh. Tapi duhhh jiwa tak sekental awak. 

Fida, yang dihentam macam mana, cuma diam. Dikata apa, cuma senyum. Simpan dalam hati diam-2. Bila aku dah hilang semuanya tiba-2 dia datang muncul sebagai pembakar semangat. Aku ingat tiap apa yang jadi depan mata aku tentang kau. Kau hebat. Kalau lah mulut ni pun boleh sesenyap Fida. Hati boleh sesabar dia walau apa yang dikata.

AinEca orangnya senyap tapi makan dalam. Bukan tak sakit hati. Tapi diam. Diam sebab taknak keruhkan keadaan. Sabar dalam banyak situasi. Mungkin sebab budak pandai. Yelaaa orang pandai ni attitude dia lain sikit. Matang. Malas nak gaduh. Baik hadam sorang-2. 

Mak, orang yang tak pernah sebelahkan sape-2 pun. Bagi dia semua ada salah silap sendiri. Bagi nasihat, datang kuatkan semangat. Huwaaaaa ai teringat everything dalam tempoh beberapa hari tu.

Qeyla ni macam Fida. Senyap. Tapi tiba-2 datang nak ambil tahu. Bagi semangat. macam pemerhati dalam diam pun ada. 

Bila tak redha, tu yang jadi teringat-2. 

Akan sampai satu masa, sampai lah masa kau. Mungkin aku sok baik, hebat bercakap, hebat menulis. Tapi kau lupa, takkan sakit kaki sendiri kalau bukan diri sendiri terpijak paku. Jangan sakit hati. Jangan terasa, kalau tak kena atas hidung sendiri. Manakan orang lain makan cili, orang lain rasa pedas. Nope. 

Selamat malam malaikat dunia kuih lapis. 







11 November 2015

19. Cinta & Kawan

1.37 am tengah buat apa woi? 
Aku ada ni hah tengah melantak maggi sedap hasil penyeludupan almari si adik perempuan.
Disebabkan dia tidur, so kita makan dulu, esok baru bagitahu.
Kebetulan ada sepeket. Memang rejeki angat. Auwm

Tengah-2 tunggu maggi lembut dalam periuk, so tetiba ai teringat sesuatu.
Aku percaya semua orang pernah ada masalah hubungan.
Bila bermasalah, jangan difokus pada masalah, tapi fokus pada PENYELESIANNYA. 

Masa zaman sekolah , Nadia xbanyak masalah dalam berkawan. 
Kalau ada pun, pesen gaduh sebab jantan. Masalahnya taknak pun lelaki tu, 
tapi si perempuan plk meroyan lebih. 
Tapi Nadia banyak masalah bab 'couple' .
Tapi kalau ikotkan, orang hantar p sekolah suruh belajar.
Yang gatal p bercinta buat apa, ye dok? 
Istilah mak mak pulak, "Spender pun mak beli, ada hati nak bercinta. Sekolah tu biar habis dulu"
Baik mengaku mak sape yang cakap cengginih? :D

Terbalik dengan zaman belajar selepas SPM.

Alhamdulillah setakat mula diploma sampai dah sem 3 ni, masih dengan seorang lelaki y sama :"D
Auchh terharu.

Tapi em ai got so so so so so so many problem in friendships. ~

Tujuan update blog kali ni bukan untuk bukak pekung seketul seketul
Tapi cuma nak cakap yang sebenarnya ADA BENDA ALLAH NAK AJAR

Mungkin dulu Nadia ada banyak problem dengan couple sebab ada benda Allah nak ajar.
Nadia ni *ehem nak puji diri jap* lembut hati sebenarnya.
Bukan jenis pandai cakap 'tak' atau menolak sesuatu.
So bila Nadia bnyk ikut telunjuk lelaki, then Allah mula lah tunjuk sikit demi sikit.
Yang sebenarnya tak semua benda patut kata 'ya' lagi-2 dengan couple.
Sepanjang form1 - form5 , Nadia dah belajar bnyk benda pasal lelaki.
Yang sebenarnya tak semua tu indah. Bila kita terlalu berharap, ALLAH akan tarik semuanya.

Hati lebih cintakan si lelaki dari DIA, DIA pun amek semula apa yang DIA dah bagi
Hahhhh masa tu memang terbukti yang kau lebih sayangkan dia dari DIA.
Buktinya kau bersedih terlalu lama sampai kau lupa DIA.

Alhamdulillah dengan Asy, Nadia praktikkan balik apa benda yang boleh buat, apa yang tak boleh.
Ada benda kena ada toleransi ada benda tak perlu.
Tak semua benda kena dengar cakap dia. Kita masih ada hak untuk bebas.
Hidup belajar dari pengalaman.
Sayang manusia ni biar berpada. 

Bila zaman selepas SPM plk

Nadia diduga tentang hubungan dalam berkawan.
Perkara yang paling dianggap tak kan ada masalah besar.
Sebab aku ni suka fikir positif memanjang, so bila orang buat pape pun, "tak ada apa pun tu"
The fact is, kau dah sakit hati sebenarnya. 
Dekat situ lah Nadia kenal mana kawan mana lawan. 
Terutama sekali batu api. 
Idk how they survive. My means is porak perandakan orang lain.
Dan aku mengaku aku berubah disebabkan segelintir manusia dekat kolej. 

Tapi baguslah, mungkin sebenarnya ALLAH nak didik diri jangan lembut hati sangat.
Sebab mungkin alam pekerjaan nanti, lagi banyak pancaroba yang kena telan.
Tapi sayangnya sekarang dah jadi sekeras-keras hati disebabkan manusia.
Setakat panggilan "Ego" tu dah macam mainan. 

Tahu tak aku punya tahap tak amek tahu hal orang sampai orang yang datang and nak amek tahu hal aku.
Bilamana masa form1 dulu, masa tu class sesi petang sbb sekolah tu ada 2 sesi. 
Ada segerombolan manusia yang acah-2 kakak padahal beza setahun je pun, tarik Nadia and member Nadia masuk toilet.
Start dari lepas asar smpai waktu sekolah nak habis dia tahan kitaorang dalam toilet.
Puncanya apa je tau? 
Sebab Nadia sombong and taknak senyum -.- 
ALLAH .!
Tapi diakui sebenarnya Nadia bukan friendly orangnya dan agak sombong.
Tapi tu dulu.........

Rupanya baru aku, ada jenis manusia, orang tak usik hidup dia pun, dia datang usik hidup kita :"D

Masa tu, takut lagi nak bersuara bila dibuat macam hamba.
Sebab kenapa kata macam hamba? 
Sebab hampir je Nadia kena cium kaki dia minta maaf.
Dia berdiri atas sinki and Nadia atas lantai la ofcoz.

But now, salah orang nak dibuat macam tu sebab kita hidup berdasarkan pengalaman.
Yes pengalaman yang mengajar kita.
Walaupun dah ada pengalaman kena lempar duit atas muka masa diploma ni and i be like "betapa kurang ajar nya kau~!" 

So konklusi, hidup memerlukan sedikit kekejaman untuk terus hidup. 
Bye Haters.
:*


07 November 2015

17. Majlis Tunang Fizan

Assalamualaikum Hye 7 November 2015.

Masa sekolah dulu, ada satu member ni, gatal nao nak nikah awal. 
Suka betul dia ni bab nikah kahwin. 
Bila dah 2 tahun tinggal zaman sekolah ni, asyik dok bergurau siapa agaknya dalam kalangan Teknik 1 yang rapat-2 ni akan "jalan" dulu.
Bukan "jalan" mati eh :"D

Nur Hafizan Binti Jaiman. 
Sepatutnya majlis tunangnya berlangsung awal dari tarikh ni, tapi dia kena denggi hari tu. 
So date nya terpaksa ditukar. 

Lepas zohor dalam 1.30 tadi, kitaorang yang perempuan ni, gerak rumah dia dulu.
Fizan ni buat kecil-kecilan je. 
Sebab kawan-2 cuma ada kawan sekelas and jiran cuma beberapa orang.
Selebihnya family dia and si Mior Mohd Afiq tu. 

Fizan & Afiq




Actly, dah beberapa kali nampak si lelaki ni dekat area Kulai.
Tak sangka yang ni sangkut jadi tunangan Fizan. 
Seriously tunang kau nampak sebaya kita. 
Tapi bila dapat tahu dia ni rupanya dah 24 tahun and i be like 'bapak muda muka dia' .
Langsung tak menampakkan ciri-ciri lelaki 24tahun. HAHAH
For sure dah bekerja and seorang TUDM . Wuu




Gadis-2 yang setia daripada awal majlis. 
Tapi semestinya Iqezzahtulafaf as juru mekap and Ayu as peneman paling setia lah yang paling awal dalam rumah tu. 
Dari sebelum zohor dah terpacak dekat rumah Fizan. 

Aku ni dah la first time merasa member terdekat tunang. 
So jadi blur bila tiba-2 makcik Fizan rasanya suruh kawan-2 dia keluar bilik dulu and baru Fizan menyusul paling belakang.
Kawan aje dah satu van, so bila dah berderet berjalan, orang tanya "Mana satu tuan yang bertunang"

Haha

Tu dah satu hal. 
Lepastu semua tak pergi dekat mini pelamin.
Semua pakat tinggal dia sorang. 
Rupanya atleast sorang kena teman dia ek? HAHAHA

Tapi tak ada sorang pun yang teman sebab masing-2 kekok. 
Rasa macam menyebok pulak tiba-2 ada dekat mini pelamin tu nanti :"D
So tinggal la Fizan sorang-2 duduk atas tu and menggigil xd teman. 
Maaf kami kekok. 

Em haah lah muka Ika dengan Abit sama :D

Belakang kiri : Abit / Nida
Depan kiri : Nadia / Amira / Fizan / Ika


Wakil-2 yang dapat lapangkan masa untuk majlis makcik kepoh sorang ni. 
Haaaa k dia ni agak kasar. 
So awal-2 member-2 dah pesan "Jan, kau jangan nak macam-2 atas tu nanti. Sopan sikit"

Alhamdulillah, nampak lah 'perempuan' tu tapi kejap je. 
Lepas tu jadi jantan balik 
Opsss hehe. 

Tunggu majlis kedua bulan 4 tahun depan nanti pulak ea. 
Tahniah Jan .
:*

Bak kata Abit, tunggu semua dah ada anak bila kita umur 30 tahun, baru buat reunion sekali lagi. 
Jadah.!

K geli plk. Bye.! 
HAHAHAHAHAHA


03 November 2015

16. Birthday Syazwani


Assalamualaikum dan hye.. 



HAPPY BIRTHDAY to SYAZWANI SAHIRA..
Awak dah 19 tahun dah sekarang ni, maintain pendek comel, maintain kuat. 
Semoga kekal dengan AA sampai lah bila-2 pun. AA tolong jaga Miss Wani ni. 
Kecik-2 dia ni pun, sedih tak tunjuk pun depan orang, cekal. 
Mengharapkan AA ada depan mata tapi AA jauh pulak :D
Nad harap Wani sentiasa diberi kesihatan yang baik, bahagia disamping family, kawan-2, housemate, classmate dan Amirul Hafiq


btw, 'F' kat belakang stand for 'Firdausi' merangkap rumah kami as Homestay Firdausi hihi


Hahhhhhhhh nampak tak macam mana starting si Syzlin kenakan Wani. Nadia pula jadi batu api makin panas-2 kan Lin. 

Wani dah sedih sebab carrymark dia. Dia taknak bercakap dengan orang.
 Then petang tu dia baru bangun tidur. 
Wani join Nad lepak depan TV and tetiba phone masuk notification group. 

Nad as new housemates, gila terkejutlah diorang ni bergaduh dalam group. 
Tiba-2 Wan kenyit mata, ouhhh prank. So just follow the flow. 






Hahahahahaha kalau aku kat tempat Wani pun aku bengang. 
Diorang punya lakonan memang tiptop. 
Aku rasa mau nak tercabut pintu utama rumah ni dikerjakan diaorang ni. 
Diorang balik je maghrib tu, dah bising. Masam je muka masing-2. 

Dengan Bella nya pergi up moment marah-2 dalam Wechat. 
SERIOUSLY nampak real sangat. 
Wani dah nak menangis or maybe dah menangis dah tapi dia sorok :"D

Lepas isyak, kitaorang bawa Wani keluar and pergi makan. 
Around 9.45 pm (2 Nov 2015) kitaorang sampai depan KVoice depan ECM. 

Syzlin, Nadia, Linda, Bella, Su dah ready dalam bilik tu. 
And guess what, bukak je pintu terus SURPRISE.~! 
Dengan lilin comel acah-2 sweet, belon, Pizza and Kek untuk Wani. 

Bukan Wani je, dengan aku sekali terkejut depan pintu bilik. 
Memang gamat lah sebab diorang nynyi lagu 'Happy Birthday' guna mic.
Terdiam kejap Wani depan pintu and tetiba berlari peluk si Lin HAHAHAHA
Comel je perangai. 
Dia pun konfius nak gelak ke nak nangis. Tapi memang dah nangis pun sebenarnya. 



Next is Linda amek satu slice Pizza and suap sorang-2. Aww
And mula lah sesi memeritkan tekak menyanyi :)



Dari kiri : Bella / Nad / Wan / Syera / Kak Ika / Wani / Lin / Nadia / Su / Linda


Big thanks to kepala yang dah plan semuanya. 
Tak tahu mana siapa kepala. Antara Nadia atau si Lin. 

Gambar menyusul.. 
Tak sangka manis kalah gula housemate baru ni. 
Walaupun masih baru dalam rumah ni, tapi selesa dengan persekitaran dalam rumah ni. 
Wani yang tolong Nad untuk masuk dalam kelompok ni. 
Really appreciate :'D
Syukur Ya Allah. 
Alhamdulillah.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG
3 NOVEMBER 1996-2015 .. 


Lepas dah habis aktiviti :D



Tadaaaaaaa Bella dah tebus balik yang dia up moment marah-2 dengan wish yang sweet. Auch. 


Enjoy your day baby. Muah :*





01 November 2015

15. Attention Seeker

Pernah atau tak berada dalam satu situasi bila mana sebenarnya cerita dah lapuk tapi orang bring up it again just to hurt you? Lagi kelakar bila dia pulak desperate cari engkorang semata-mata nak korang ni sakit hati. Pernah? 

Orang yang tandus kasih sayang je akan berperangai macam ni. Istilah popular "Attention Seeker". Whattahel kau pergi mengemis cari orang yang kau tak suka semata untuk sakitkan hati dia? Kau dah tak ada life sangat ke sampai nak kejar dia and make sure hati dia sakit dipijak-pijak? 

Konsep dia macam ni je. Bila dia dah tak peduli pasal kau, kau tak perlu pun sampai kena susahkan diri cari dia and maki hina carut kutuk dia. Kau nak apa sebenarnya?. Nak dia mati? Sebelum dia mati agaknya kau mati dulu. Silap hari bulan mati dalam keadaan mengaibkan. Tak guna solat tonggeng tonggeng kalau tujuan hidup untuk buat orang sakit hati.

Yang peliknya bila cakap soal mati, tahu pulak gelabah cakap ajal maut ditangan tuhan. Dah tu bala atas dosa lidah tu bukan ditangan tuhan ke? Alah akal. Ceteknya..

Kesian sebenarnya. Dah di block pun masih juga ikhtiar cara lain supaya ayat yang menyakitkan hati tu akan sampai pada dia. Dekat situ dah nampak bertapa sanggup nya kau kejar dosa daripada pahala. Dosa untuk sakitkan hati orang yang sebenarnya tak pernah terlintas nak fikir pasal kau. Doa orang yang teraniaya ni termakbul. Fikir balik sebenarnya siapa yang lagi banyak sakitkan hati siapa. Kesimpulannya aku tak redha walau sebesar zarah pun apa yang kau buat. 

Amirul pesan, nak ingat itu pilihan. Kita boleh nak ingat. Tapi belajar untuk memaafkan orang. 

Tapi masalahnya orang macam ni lagi bagi muka, lagi kena lanyak. Kita hidup ni jangan baik sangat. Kadang-2 kawan sendiri pun cakap belakang, kawan sendiri pun jadi batu api. Trust no one, only yourself. Selalu peka dengan orang sekeliling yang mana yang tersenyum saat kau berjaya, dan peka pada siapa yang masam. Situ nyata kawan atau lawan

Bercakap cuma boleh tambahkan dosa. Menaikkan ego. Aku undur diri dulu. Sejujurnya dengan siapa kita berkawan, itu akan jadi cerminan diri kita yang besar. Pandangan penting mata-mata orang yang lihat kita. Sekalipun perangai kita baik, bila berada dalam golongan pelacur, kita tetap akan dilabel pelacur. Ini bukan bahasa kasar. Ini mentaliti masyarakat melayu. 

Bijaklah dalam menilai dan memilih sahabat. Teguran yang keras kadang-2 sebenarnya membina tapi sebab terleka, kita pilih untuk menolak. 

Asyraf, tak sangka, sebenarnya perkenalan kita selama ni sebenarnya sebagai medan yang Allah pilih supaya saya tak terlalu baik, seolah olah dunia ni suci. Hidup ni memerlukan sedikit kekejaman untuk bertahan.

Solat. Al-Quran. Zikir. Ibu bapa. Buku motivasi
Kalangkan diri dalam kalangan yang baik kalau kita nak berubah ke arah kebaikan. Manusia ada mulut, biar dia bersuara sampai satu masa doa kita termakbul dan dia akan sedar dari tidur dalam keadaan bisu sebab banyak sangat mengata menghina. Dunia ni bulat. Hidayah itu milik Allah. Kita manusia tak ada hak untuk pertikaikan perubahan baik seseorang. 

Assalamualaikum.