TOTAL PAGEVIEWS

24 June 2016

27 | Nilai Bersyukur

Assalamualaikum dan Selamat Malam.. 

Hm.. Apa yang nak dikata hari ni dan malam ni ialah "Kita mudah rasa selesa bila dah selesa"
Apa tu? Pehal macam belit-2 ?!


Ringkaskan..

Nadia kerja jaga kiosk sekarang (23062016) dan HARUS kejar sale atau target. Bila tak dapat sale, Ya Allah serba salah dia tak terkira. Setakat ni Alhamdulillah Nadia jaga, tak pernah lagi dapat 'telur ayam' . Paling sikit pernah dapat pun RM45.00 dalam tempoh 10 pagi - 10 malam kerja. Sadis kan? 

Dan hari ni (23062016) Nadia tak tahu apa yang murah sangat rezeki hari Khamis ni dapat sale RM742.00 . Paling banyak setakat ni jaga. Happy bos. Happy la Nadia. Kerja untuk business orang kan. So, bila kita jaga tak ada sale macam, "pebenda siak aku kerja tak ada sale, tapi gaji jalan. Arghhhhh"

So Nadia kerja macam lek lek je hari ni sebab dah rasa 'selesa' dengan keuntungan hari ni sebab pukul 4 petang dah berjaya dapat RM600+ . Kalau tak, biasa dah tak senang duduk sebab tak ada orang beli atau sale tak tinggi. Apa yang tiba-2 terlintas tadi, bila kita rasa kita dah berjaya sikit, terus rasa selesa. Terus hilang usaha. Capai dan lepas je target terus lupa diri. Terus cepat-2 istighfar.

Contoh lain lagi, bila carrymark tinggi je, kita dah taknak studi. Terus rasa selamat dan taknak usaha. Amalkan konsep pasrah hanya sebab dah berada pada zon selesa. Dah tahu carrymark cantik. Dah tahu tak gagal dan In sha Allah pointer akan cantik. 

Satu lagi, terus lupa nak bersyukur. Benda paling susah lah yang Nadia rasa bukan Nadia je tapi ramai orang, bila dia dah berjaya atau capai apa yang dia hajati dan ucap "Syukur Ya Allah, Alhamdullilah" hatta dalam hati sekalipun. Ya mungkin kita akan sebut. Tapi lepas kita dah TERINGAT je. Tu pun lepas dah berminit-2 , berjam-2. 

Sejak kerja ni lah Nadia belajar ucap "Syukur Alhamdulillah Ya Allah, ada pun sale" :"D , tak terkata syukurnya kalau ada sale, at least dapat buat Kak Farah happy. Tak ada lah rasa macam makan gaji buta. Dah la Kak Farah tu sangat bertimbang rasa dan gaji pun okey.. So cara nak balas budi, dapatkan sale untuk dia.. 

Ok sampai sini je. 

Konklusi, ajar bibir dan hati untuk selalu ucap 'Alhamdulillah' sebanyak mana bibir dan hati tu banyak meminta sebelum kita capai apa yang kita nak. Bila dah dapat, terus lupa Pencipta si Pemberi Rezeki. Sebab kita akan rasa menyesal bila Allah tarik balik apa yang kita ada cuma sbb kita leka sangat dengan 'kesenangan' yang kita dah ada. 

Mungkin benda ni nampak cliche, tapi kalau boleh jangan pernah tinggal untuk berdoa setiap sujud terakhir setiap solat 5 waktu. 


notajari // maaf kalau ada guriskan perasaan sesiapa. Selamat malam.. 

03 June 2016

26 | Dunia Aqil (Kanak-kanak)

*Aqil naik bilik atas dan lukis dekat dinding bilik*
*Nadia naik tangga pelan-2, sergah dia. Muka dia cuak*

"Aqil nak padam dah ni lah long"
"Haa, dah padam. kenapa tak buka kipas, kan panas ni"

"Aqil nak conteng ke? Nak kertas?"
"Aqi nak lukis tapi Aqi tak ada kertas."

Nadia pun bagi dia kertas sekali bonus dengan pen pen dan highlighter dan pesan "Aqil jangan conteng dinding tau. Lukis dekat kertas ni je. Kalau nak kertas lain, minta dgn along" . Aqil angguk.

....

Aqil turun bawah lepas dah lama dia duduk dalam bilik atas sorang-2 sambil bwk kertas dia. 

"Along, tak jadi lah."
"Eee cantik lah Aqil. Aqil jangan buang tau. Along nak simpan. Jangan lah sedih. Cantik la Aqil lukis"
"Aqi nak buat rumah tapi tak jadi."
"Laaa ni rumah lah ni. Dah cantik dah ni. Pandai Aqil lukis"

Tiba-2 yang tadi muka sedih tiba-2 jadi teruja. 

"Haa Aqil nak lukis cantik-2 la. Nanti Aqi bagi along ea. Tapi Along jangan naik tau. Nanti Aqil dah siap, Aqi panggil along."

Tak lama lepas Aqil naik, Aqil panggil. 

"Along, dah siap"

....

Hahahahah ni tak boleh bla. 

Tengah naik tangga, Si Aqil memang dah kat atas tangga. Aqil kata "Along, tutup mata, jangan tengok. Cepat" .. "Laaa macam mana along nak tutup mata, jatuh la nnti nak naik ni" .. "Ok ok bkk mata" 

Dan terkeluarlah lukisan rumah "kuning" dia. hahaha. 

..


Apa yang Nadia cuba nak sampaikan kat sini, apa yang budak-budak buat, kita kena support. Sebab dia budak. Dia dalam tempoh mengenal diri dia. Contoh macam tadi, Aqil rasa lukisan Aqil sangat buruk. Tapi bagi Nadia lukisan dia cantik. So Nadia puji depan dia. Puji supaya dia rasa yakin dengan hasil tangan dia sendiri. 

Nadia pernah baca, orang yang kurang keyakinan diri ni puncanya sebab dia tak dapat sokongan dari orang yang rapat dengan dia masa dia kecik. So apa tugas kita as abang kakak yang dah ada pengalaman yang dah banyak membaca ni, praktikkan dekat adik-2. Adik-2 yang masih kecik. 

Nadia pernah baca jgk dekat telegram #KakHassanah tak silap bilamana dia naik LRT xsilap, ada satu budak lelaki ni sangat nakal dan banyak mata yang memandang. Dia pun tanya someone tak silap, kenapa tak tegur budak lelaki yang nakal tu, dan orang tu kata "kanak-2 ni dia ada dunia dia sendiri untuk bermain. Dia lihat apa yang ada disekeliling dia ialah mainan. Biarkan dia nikmati zaman permainan dia sebelum dia menginjak remaja nanti" . 

Apa yang dia suka buat, tu lah yang mungkin akan jadi minat dia. Kalau macam Aqil, bila dia buat homework, dia lebih focus pada gambar untuk dia warnakan dan bukan pada tulisan atau huruf. Pantang ada gambar, dia nak colour wlwpun arahan tu tak suruh warnakan pun. 

Lagipun abah pandai sketch, dan lukisan abah bagi aku cantik. So rasanya mungkin Aqil ni minat seni. Sokey sorite, kita biarkan je dia dgn apa yang dia minat. 

Berkeras dengan budak-2 cuma akan buat dia tambah degil. Mungkin Nadia tak ada anak tapi yaa KADANG Nadia praktikkan kelembutan dalam menegur dan menyokong apa yang diorang buat. Wlwpun mungkin diorang nakal sebab dimanja tapi diorang hormat bila dimarah. Gunakan kuasa veto bila perlu. Bukannya sepanjang masa. Cara marah-2 selalu akan datangkan impak negatif bila budak tu dah besar. Bila dia dah pandai fikir dan nilai. Tak percaya, try. 

Dia minat seni, sokong dan puji bila dia menang. Dia minat sukan, bagi kata-2 semangat dan sokong selagi tak terganggu pelajaran. Apa-2 minat budak, hargai mereka. Sebab kita tak tahu mungkin hobi dan minat tu yang akan jadi tiket untuk dia berjaya nanti. 

Buka mata, hati dan minda. Nilai dengan mata hati. Banyakkan baca dan cari pengalaman dari diri sendiri atau orang lain. Cakap senang. Rasa dulu, baru rasa manisnya bila berlembut ni. 

Dari pembacaan yang banyak tu sendiri sebenarnya dah banyak buka mata Nadia untuk tengok banyak benda dari sudut pandang positif. Try. People can change. 


Rumah cantik Aqi

"Aqil tulis nama Aqil kat sini. Along tulis kat bwh ni ea" - Aqil :"D

Tetiba rasa sayang lukisan ni, so Nadia tampal dkt bilik Nadia ;)