TOTAL PAGEVIEWS

12 July 2016

29 | Depression vs Migrain.

Assalamualaikum

Lately ni banyak je kes pasal depression. Nope sebenarnya bukan banyak. Ada satu je. Tapi sebab isu 'bunuh diri' tu dikata oleh Twitfamous so dia jadi meleret lah. Tak perlu kot mention sebab siapa main Twitter, dah dapat tangkap dah. 





Ni baru je terbaca dekat Twitter KhalilPsych #MedtweetMY . Actually aku pernah alami benda ni. Tak tahu yang pattern macam mana but bila pergi check doktor .. Okey macam ni ,,

Nadia memang selalu kena migrain. Selalunya sebab Nadia tak cukup tidur atau Nadia banyak fikir, migrain memang akan datang. Migrain yang bila dia datang serang, Nadia kena berpaut pada something sebab dunia jadi gelap. Kadang-2 sakit tu sampai tahap menangis. Tapi KEJAP je. Lepas dah hilang pitam tu then dia okay. Sebab tu kalau Nadia bagitahu ma, Nadia sakit kepala, ma tak percaya. Sebab dia serang sekejap je. Then I will back to normal. Over and hyper. 

Pengalaman teruk pun masa kat rumah, tengah berjalan nak g dapur tiba-tiba je kepala erk xboleh nak describe sakit dia. Pahtu dunia gelap. Nadia berpaut la pada kerusi meja makan. Nak pergi kat peti ais, Nadia cuba buka mata sikit, nampak peti ais tu macam dekat je tapi rupanya jauh lagi. Punya lah mata teraba raba. Senak dia xboleh nak diterangkan macam mana. 

Masa kat rumah sewa pun tengah berjalan keluar bilik tiba-tiba migrain. Then turn back masuk bilik, sujud. Sebab nak bagi darah tu stabil *stabil lah kot* . Bila angkat kepala, sakit. Picit-2 kasar kepala sebab sakit. Menangis. Tapi kejap je. Tapi yang masa kat rumah sewa tu perit. Cuma xtahu nak describe macam mana sakit tu. Orang yang rajin kena migrain je paham. 

Depression ? 

Ni pengalaman sendiri. 

Ada satu masa tu, hampir setiap hari dan masa Nadia migrain. Mudah sangat sakit kepala. Tapi tak syak apa apa pun sebab dah biasa kena migrain so macam rilek je la. 

Ingat lagi masa tu kelas Madam Wahida subject Marketing. Tengah duduk dalam kelas dia dengar dia mengajar, tiba-tiba je kepala sakit. Tak tahu perasaan tu nak cakap macam mana tapi sakit sumpah sakit. Nadia cakap dengan kawan sebelah kata nak pergi tandas. Sampai tandas, Nadia gelisah. Menangis mmg nangis habis sebab sakit sangat. Sampai berhingus-hingus. Haha. Sakit weh. Nadia tekan kepala. Nyandar kat dinding. Ya Allah mmg sakit lah. Lepas Nadia nangis, automatik okay. Tapi masih rasa sisa sisa sakit. Nadia cakap dengan dia Nadia tak boleh go dah ni. Nak g klinik. So Nadia mnta tolong dia ambilkan bag dalam kelas dan bagitahu mdm yang Nadia tak sihat. So Nadia drive sorang pergi Klinik Paya Besar Kuantan. 

Sampai sana. Doktor tanya, Nadia stress ke? Nadia macam er cakap ada la sikit. Doktor tanya lagi pasal apa. Assignmt ke atau ada masalah lain. Ya masa tu memang ada masalah lain dan bila disoal macam tu, dah boleh agak apa punca Nadia migrain selama ni. Tapi Nadia mengaku sebab asgmnt je sebab malas nak panjang cerita dengan doktor. Doktor bagi Nadia ubat dan mc on that day. So, Nadia tak pergi 2 kelas tengah hari tu lepas kelas marketing. Apa lagi malang, bila Nadia lupa Nadia ada Quiz Economic yang bawa markah yang banyak dan I never repeat the quiz. Sebab lepas Nadia makan ubat, Nadia tertidur terus. Doktor kata Nadia ni hampir depress. So dia nasihatkan Nadia supaya pandai kawal stress tu kalau taknak makin melarat. Even dalam Nadia punya MC pun dia ada mention, dia tulis apa tah. Tak ingat tapi macam nak maklumkan yang Nadia ni stress. IRedhoo je hantar MC tu kat Sir untuk sir sign. haha. 

Apa yang Nadia perasan, Nadia banyak sangat termenung. Nadia suka menyendiri. Nadia tak ada skip kelas. Tapi dalam kelas, Nadia hilang fokus. Nadia lagi banyak berperang dengan diri sendiri. Keep asking why why and why. Nadia ada Mirul, ada ma abah but I choose to stay away myself from others. Tu silap Nadia masa tu. Nadia drive keluar sorang-2 bila stress. Nadia mudah je rasa nak nangis. Dan pernah sampai tahap asal maghrib je Nadia akan menangis dalam bilik sorang-2. Kalau tengah solat, menangis dalam solat. Sampai asyik marahkan diri. Please lah stop air mata ni. Penat dah sapu air mata yang mengalir. Asyik istighfar je. Kalau malam, lepas pukul 10 je Nadia akan menangis tersedu-2. Panggil "Ma ma" sayu je. Tekup mulut sebab taknak orang dengar. Tersedu sedu sampai bengkak mata. Sampai tahap macam tu !! Berhari hari macam tu. And nobody cares about me on that time. 

Nadia pernah lepak tempat parking TC sorang-2 dalam kereta. Pernah terlelap dekat hospital pukul 1-2 pagi sorang sebab taknak balik rumah sewa. Rumah sewa tu terasa macam neraka. Sumpah! Korang boleh judge apa sahaja. Tapi korang tak tahu the real situation.! But I dont mind. Nadia tak ada rasa nak bunuh diri. Tapi Nadia just rasa nak stop everything. Stop belajar. Stop bergaul. Stop buka mulut. Stop tayang muka. Rasa nak lari. Tak ada pun orang sekeliling masa tu. TAK ADA. Ada. Mirul. Tapi Nadia taknak bergantung pada dia. 

Dan akhirnya terbukti Nadia memang teruk namampus bila pointer Sem 3 keluar dan totally drop. Dan masa pointer jatuh menjunam tu, Mirul boleh pulak DEAN LIST. Terus menangis cari ma kat dapur. Ma macam tak tahu nak kata apa. Cuma ma kata "Along ada masalah kan hari tu. Tak apa lah. Sem depan buat molek" . Tapi still Nadia tak boleh terima hakikat Nadia punya pointer jatuh banyak tu dan dalam masa yang sama boyfriend kau boleh DEKAN

Nadia betul-2 nak tebus silap Nadia. Nadia tahu Nadia banyak ikotkan perasaan Sem 3 , so Nadia buat betul-2 sem 4 dan Alhamdulillah banyak naik. Gred Nadia cantik. Suka tengok. Tapi pointer masih agak kecewa. Tapi masih bersyukur. Atleast mampu tebus silap Nadia selama ni. 

Apa yang Nadia belajar dari sem 3, Nadia tak boleh stress. Tak boleh asyik banyak berfikir. Kadang kalau stress walaupun tengah malam, Nadia akan amek kunci kereta then drive je tah memana dalam sejam ke sejam lebih. Pahtu balik lah. Berbekalkan ayat kursi. Niatkan dalam hati nak tenangkan diri dan minta Allah jaga kan diri ni. Tawakal. Biasanya kalau Nadia stress, Nadia dah jarang cari Mirul. Lebih pilih untuk bergerak solo sebab dia bukan suami pun. So, berdikari atas kaki sendiri. 

Depression ni benda yang kita tak nampak. Tapi kita boleh rasa dan orang mungkin boleh nampak. Kita jangan judge orang tu buruk-2 sebab korang tak pernah tahu macam mana orang mental tu struggle bergolak dengan perasaan dia sendiri. SAKIT ! 


01 July 2016

28 | Hadiah Dari Allah

Hai.

Terasa lain bila kita sayangkan seseorang sebab Allah. Percayalah, perasaan iri dan dengki in sha Allah tak wujud kalau kita ikhlas berteman. Mungkin wujud. Sebab kita cuma manusia. Tapi kita akan automatik jadi bijak kawal perasaan tu.

Orang-2 dalam gambar ni antara orang yang buat seorang Nadia jadi Nadia yang lebih baik dari sebelumnya. Allah kirim mereka melalui doa. Jaga diri semua..




Allah
Andai ini anugerah yang aku terima selepas kehilangan dan masalah yang menimpa
Aku redha dengan apa yang pernah jadi.
Jujur

Sesungguhnya 'hadiah' yang kau bungkuskan ni tiada tara
Terlalu bernilai berbanding apa yang pernah hilang. 

Bukan tidak hargai yang lama
Tapi sudah terlalu letih untuk terus hargai lalu termakan diri

Kejayaan akan muncul selepas kegagalan.
Air mata bakal berlalu dan bahagia akan tiba
Penat aku meratap mana silap dan sopak nya diri

Saban malam tersedu kenangkan nasib
Hilang diri. Hilang punca. Hilang arah.
Belajar entah kemana.
Semangat terus mati.

Bila hampir putus asa
Akhirnya.. 
Aku dapat jawapan atas doa. !
Namun dalam bentuk aib. 
Aib yang dikumpul bersama berlima. 
Yang tak disangka pun ada bersama. 

Aku kira, dia harapan untuk aku percaya.
Terlupa aku mudah melabel seseorang 'baik' hingga terjerut diri sendiri.

Ambil langkah akhir.
Bawa diri. Jauhkan diri. 
Dan
Campakkan diri jauh jauh. 

Teruskan menilai aku. 

Tak terluak walau sikit.
Sebab aku belajar satu benda dari pengalaman. 

Lagi banyak aku jatuh, lagi banyak kejayaan dan bahagia ada depan mata. 
Teruknya aku sebab jujurnya aku.
Dan mulia nya engkau sebab hipokritnya kau.

Berapa banyak daging dah kau makan ?
Anehnya daging yang kau makan, itu lah yang paling kau rapat.
Yang paling kau sayang kononnya.

Mungkin aku diam. 
Tapi aku menilai.

Maaf. 
Aku tak makan daging orang yang aku rapat
dan kemudian
bersifat sempurna.

Satu aku pesan.
Andai hati mula ragu, doa. 
Minta dibuka hijab dan diberi petunjuk
golongan manusia mana yang cuba menjatuhkan. 

In sha Allah 
Jawapan yang akan kau dapat
tidak disangka. 
Dalam 10 mungkin hanya 1 jujur. 
Atau semua menikam halus. 

Assalamualaikum

Bersorak atas kejatuhan orang lain, akan buat kau lagi menempah kegagalan.