TOTAL PAGEVIEWS

01 July 2016

28 | Hadiah Dari Allah

Hai.

Terasa lain bila kita sayangkan seseorang sebab Allah. Percayalah, perasaan iri dan dengki in sha Allah tak wujud kalau kita ikhlas berteman. Mungkin wujud. Sebab kita cuma manusia. Tapi kita akan automatik jadi bijak kawal perasaan tu.

Orang-2 dalam gambar ni antara orang yang buat seorang Nadia jadi Nadia yang lebih baik dari sebelumnya. Allah kirim mereka melalui doa. Jaga diri semua..




Allah
Andai ini anugerah yang aku terima selepas kehilangan dan masalah yang menimpa
Aku redha dengan apa yang pernah jadi.
Jujur

Sesungguhnya 'hadiah' yang kau bungkuskan ni tiada tara
Terlalu bernilai berbanding apa yang pernah hilang. 

Bukan tidak hargai yang lama
Tapi sudah terlalu letih untuk terus hargai lalu termakan diri

Kejayaan akan muncul selepas kegagalan.
Air mata bakal berlalu dan bahagia akan tiba
Penat aku meratap mana silap dan sopak nya diri

Saban malam tersedu kenangkan nasib
Hilang diri. Hilang punca. Hilang arah.
Belajar entah kemana.
Semangat terus mati.

Bila hampir putus asa
Akhirnya.. 
Aku dapat jawapan atas doa. !
Namun dalam bentuk aib. 
Aib yang dikumpul bersama berlima. 
Yang tak disangka pun ada bersama. 

Aku kira, dia harapan untuk aku percaya.
Terlupa aku mudah melabel seseorang 'baik' hingga terjerut diri sendiri.

Ambil langkah akhir.
Bawa diri. Jauhkan diri. 
Dan
Campakkan diri jauh jauh. 

Teruskan menilai aku. 

Tak terluak walau sikit.
Sebab aku belajar satu benda dari pengalaman. 

Lagi banyak aku jatuh, lagi banyak kejayaan dan bahagia ada depan mata. 
Teruknya aku sebab jujurnya aku.
Dan mulia nya engkau sebab hipokritnya kau.

Berapa banyak daging dah kau makan ?
Anehnya daging yang kau makan, itu lah yang paling kau rapat.
Yang paling kau sayang kononnya.

Mungkin aku diam. 
Tapi aku menilai.

Maaf. 
Aku tak makan daging orang yang aku rapat
dan kemudian
bersifat sempurna.

Satu aku pesan.
Andai hati mula ragu, doa. 
Minta dibuka hijab dan diberi petunjuk
golongan manusia mana yang cuba menjatuhkan. 

In sha Allah 
Jawapan yang akan kau dapat
tidak disangka. 
Dalam 10 mungkin hanya 1 jujur. 
Atau semua menikam halus. 

Assalamualaikum

Bersorak atas kejatuhan orang lain, akan buat kau lagi menempah kegagalan. 



No comments: