TOTAL PAGEVIEWS

22 December 2016

45 | Tips Cari Tempat Internship

Assalamualaikum. 

Malam ni terpanggil rasa nak open pasal Internship/Praktikal. Nadia akan cuba make it short. In sha Allah. Hehe. Mungkin tips, mungkin pengalaman atau mungkin apa apa je yang Nadia rasa berguna untuk kalian yang masih mencari tempat untuk praktikal. 

Lepas dapat surat dari Kolej sebelum final exam, Nadia buka Jobstreet dan mohon 7 tempat kawasan Johor. Tapi SEMUA senyap. Ada satu je yang bagi respond, itu pun sebulan lepas tarikh Nadia mohon DAN itu pun baru shortlisted DAN akhirnya diam begitu sahaja. Hahahaha. Sad life. *nak mohon dari jobstreet dan tak ada nombor phone pun susah sebab kita tak boleh nak follow up*

Salah seorang kawan lelaki Nadia dekat Kulai ni, student politeknik jurusan Civil Engineering, dia dapat tempat praktikal kalau tak silap seminggu sebelum tarikh pelajar politeknik kena mula praktikal. Jadi Nadia pun minta tips dari dia. Btw, dia ni pelajar pandai. Dekan every semester and pernah dapat 4rata dan baru baru ni dia dapat Anugerah Khas Politeknik, tapi kat sini nak kata, sepandai mana pun kita, baik macam mana pun pointer, kalau dah namanya bukan rezeki, tetap bukan rezeki. Sebijak dia pun dapat tempat lambat. Nadia bukan nak lemahkan semangat sesiapa, tapi nak bagitahu bagi student yang pointer average termasuk Nadia, usaha dan keyakinan tu penting walaupun pointer tak gah. Selebihnya tu kerja Allah. 

Tips :

Nadia pernah walk-in dan by call

Walk-in ni agak nampak macam sia sia sebab kita tak tahu macam mana nak follow up dan kalau resume tu kita pass pada orang yang bukan HR, entah sampai entah tidak. Tapi Alhamdulillah, 3 company Nadia walk-in, 2 company bagi email penolakan permohonan dalam tempoh 2 minggu tanpa Nadia follow up (Tabung Haji dan Celestica Electronics Senai) . Tak kesah ditolak sebab sekurangnya kita tahu yang kita memang tak dapat dah boleh teruskan pencarian. Lagipun kawan Nadia, Lukman ada kata ..

"Man aku dah letak resume dekat Celestica tadi tapi aku bagi kat guard je"
"Kau bagi dekat guard?? Orang asing ke rakyat kita?"
"Foreigner tapi pandai cakap melayu, aku kata 'Boleh tak minta tolong bagi kat HR?' , pahtu dia kata ok. So em aku pun blah jela"
"Hahahahahaha kau sure ke dia bagi?" 

Damn.! Nadia terus down. Tapi Alhamdulillah terbukti memang guard tu bagi sebab dapat email dari Celestica. Hehe. 

Next..

Lepas tu Nadia give up memang macam dah putus harapan sebab masa terus berjalan. Nadia tanya lagi Lukman, apa yang kena buat. Dia kata "Kau call je mana mana company. Kata nak cakap dengan HR lepastu bagi tahu nama dan kata kau nak LI" . Nadia ikut cakap dia dan syarikat pertama ialah Syarikat Construction. 

Banyak juga la Nadia try call Company Construction. Google je "Syarikat constuction di (nama kawasan yang kauorang nak)" 

Contohnya :
- Syarikat construction di Nusajaya
- Syarikat construction di JB
- Kilang di Nusajaya
- Hospital swasta di JB
- Hotel di Nusajaya
- Hotel di JB
- Resort di JB




Bila dia keluar macam ni, click more places tu dan kat situ ada nombor dan maklumat yang berguna untuk kauorang. Cara ni memang jimat masa sebab kauorang tak payah banyak kali nak typing dekat search engine tu semata nak cari tempat as long as kauorang ada target jenis dan tempat untuk cari.


Ada 1  hari tu, 30 company call cuma 5 je minta emailkan resume. 

Nadia akan rekod company yang kena follow up untuk elakkan lupa.

Kenapa pangkah ? Sebab ni nak follow up untuk minggu depan, tapi dah dapat tempat so terus pangkah

 UEM Land Berhad. HR dia sangat polite dan dia siap bagi tips bantu Nadia untuk cari syarikat dalam Johor. Tapi ada salah satu Company Construction area JB yang sangat rude kot sebab ..

"Boleh saya cakap dengan HR?"
"Sebentar ye Cik, saya sambungkan"
"Hello (Perempuan)"
"Saya Nadia. Saya em nak tanya .." *belum habiskan ayat terus kene potong*
"Nak cari praktikal ke? Telefon minggu depan ea orang office tak ada" *matikan call ! 

Kalau walk-in kita boleh tengok environment kerja, melalui call, kita boleh tahu manners ! Kaorang rasa kalau macam tu cara salah seorang pekerja dia, agaknya macam mana dia punya environment kerja? So situ dah dapat kesimpulan. 

KPJ Johor Specialist Hospital, KPJ Puteri Specialist Hospital, Grand Blue Wave Hotel, UEM Land dan ada beberapa hotel yang Nadia pun dah tak ingat sebab banyak sangat, Nadia sangat appreciate cara penyambut tetamu dan HR dia bercakap. Sangat beradab.

Jadi kat sini, usaha lah. Walk in atau melalui call itu bergantung pada individu. Oh ye, follow up tu seminggu sekali ea. Atau pun tanya dia .. 

"macam mana saya nak follow up ye? Saya nak call encik lah kan? Berapa lama keputusan saya boleh tahu? Kalau macam tu boleh tak saya call minggu depan untuk tahu tentang keputusan?"

Buat macam ni, sebab kita seolah olah minta keizinan untuk tahu tentang keputusan. Kalau dia kata tunggu lagi 2 minggu, then ikut je. Jangan call selagi belum 2 minggu. Hahaha.

Akhir yang tak akhir mana lah. Tak pernah terlintas walau sikit pun nak apply govm sebab apa yang Nadia tahu, govm tak banyak kerja. Nadia sukakan cabaran. Suka kerja yang setambung (banyak) jadi sebab tu Nadia tak putus asa juga tetap nak swasta dan Alhamdulillah, Nadia dapat swasta walaupun jauh. Grand Blue Wave Hotel yang nun jauh di pelusuk hujung Johor sana rupanya dekat dengan sempadan Singapore, Woodlands. Hahaha. Takpe lah. Masa ni la nak merasa pergi kerja jauh jauh, timba ilmu atas jalan raya yang sesak, bangun awal pagi untuk gerak g kerja. Sekarang bukan masa nak manjakan badan dan diri dah.

Maaf kalau ada terguris hati sesiapa. Semoga berguna tips ni. Kita semua ada cara fikir yang berbeza jadi soal internship dekat company govm, itu pilihan masing-2. Jadi, itu cuma bukan pilihan utama Nadia. Jangan menyerah sebelum bertempur. Rezeki tu ada, kita je kena cari. Tapi ingat satu benda, apa yang jadi tu sebab Allah yang atur. Jangan diletak harapan praktikal pada syarikat, tapi letak pada yang paling besar kuasanya. Percaya pada Allah, akan datang yang terbaik pasti menyusul sesuai dengan kemampuan kita. In sha Allah. Jangan putus doa walaupun hampir menyerah. Goodluck untuk tempat masing-2.

Assalamualaikum. 



16 December 2016

44 | Uzlah (Mengasingkan Diri)

Assalamualaikum dan Selamat Malam. 

Some people suka jadi orang yang senyap. Diam. Tak uar-uar kan apa yang dia sedang buat. Ada orang dia suka share dan sangaaaat talkative. Nadia ialah orang yang kedua. 

Pernah baca, "Dont let people know too much about you". Yes its true. Tapi kita twist sttmnt tu dan dia akan jadi, "Let's share what is good for you and others" Cehhhh ahhahah. Jap term kedua tu tetiba datang spontan k. Wuuu~! Apa yang jangan kasi tahu orang? Impian kau. Sebab peratus keberhasilan apa yang kita rancang kurang memberangsangkan bila kita dah share pada orang plus peratus ditiru sangat tinggi dan sampai ke harini Nadia tak lupa sorang insan yang haihh baru bagitahu, pappp dia pun turut sama. Ok my bad my fault. Apa yang kena share dengan orang? Random talk yang boleh bagi manfaat pada orang lain juga. 

Tahap annoying berkongsi Nadia ni kadang-2 tak ditanya orang pun, tapi Nadia kepochi je nak share. Sebab, sayang. Sebab, peduli. Cuba kalau Nadia buat senyap, ramai akan makan hati. Its true k. 

Kalau kita serabut, stress. Apa nak buat? OK, ya betul. Baca Al-Quran, istighfar banyak banyak, doa banyak banyak. Selain tu, BERUZLAH. Apa maksud uzlah? Uzlah tu maksudnya mengasingkan diri. Asingkan diri dari sekeliling. Muhasabah diri, soal diri. Cari akar paling bawah kenapa kita macam tu macam ni. Cuba untuk jangan salahkan orang. Cari salah sendiri. 

Masa kat Kuantan, cara Nadia beruzlah, baca buku, hadap laptop, berkurung dalam bilik atas katil sendiri dan ya memang jarang sangat bergaul dengan orang dalam rumah sewa. Ada masa kalau perlu, Nadia keluar. Kat Kuantan boleh lah nak keluar sesuka hati, tak ada yang peduli. Balik Johor ni, kalau Nadia serabut atau stress, ya Nadia akan asingkan diri bagi elakkan termarah sesiapa lepastu esoknya, bangun mandi solat subuh lepas tu bersiap pergi joging. Nak keluar malam tak boleh, so boleh manfaatkan siang jela haha.

Ya Allah. Dulu zaman sekolah bukan main "Cara nak elakkan tekanan" dalam karangan BM, point nya, BERSUKAN. Rupanya selain sihatkan tubuh badan, dapat tenangkan fikiran. Serius ! Titik peluh yang keluar seolah olah masalah yang menitik keluar dari setiap liang roma segenap tubuh kita. Tengok manusia, tengok pokok tanah awan langit kadang kadang kapal terbang sebab belakang Airport Senai je, Allah, sangat tenang. Nadia jamin, lepas joging, memang rasa satu perasaan tenang yang macam ahhhh leganya Ya Allah. 

Ya tahu ada hari kita rasa nak menepek kat katil. Berkurung dalam bilik. Aktifkan mode kunci mulut, tapi sampai bila? Hello~ Tak ada orang yang merangkak datang sedarkan kita kalau kita sendiri tak tolong bangunkan diri sendiri. Matlamat hidup bukan untuk selamanya kelabu. Corakkan sikit kehidupan dengan warna warna menarik. Kalau kebahagiaan tu kita letak atas tangan orang lain, nescaya memang kau lah orang paling tak bahagia. 

Siapa saje peduli Nadia ni cakap banyak. Kalau rasa Nadia sangat annoying, please secara terang terangan dan berani, remove Nadia dari setiap socmed (social media) kalian. Cabar? Em boleh lah ~ Nadia tak suka simpan orang hipokrit. Jadi, jangan sok baik. Nadia tak ambil kira kuantiti, tapi kualiti. Buat yang masih setia dengan setiap bebel dan ego Nadia, terima kasih. Bebelan Nadia tu sangat murah pada orang yang Nadia sayang dan mahal bagi orang asing. Ok cepat nilai diri. Hahahaha. Maaf. Selamat malam. 


p/s ; Nak tahu lebih lagi pasal Uzlah, boleh lah google :) 



08 December 2016

43 | Keguguran Ma Kali Pertama

Assalamualaikum dan selamat malam

Sebelum ni ada beberapa kenalan Nadia dah tahu yang ma Nadia mengandung lagi. Tapi hari ini, 07 December 2016, rahim ma dah selamat dicuci sebab gugur. So, macam ni kisahnya.. 

Nadia balik dari Kuantan lepas habis kertas terakhir ialah pada 20 November 2016. So lebih kurang dalam 22hb macam tu lah tiba tiba terdetik nak tanya ma, 

"Ma, ma ni mengandung ke tak? Sebab hati along rasa macam tak ada" 
"Tu lahh. Ma pun tak tahu. Tapi bila pegang perut ni rasa kosong je"

Nadia tak tahu kenapa Nadia terdetik nak tanya ma masa tu. Firasat sebagai seorang anak kot. Memang ma ada pening-2. Ma makan asam. Ma tak boleh dekat dengan abah. Tapi Nadia rasa macam ma tak mengandung. Papp hari yang sama juga ma kata,,

"Sebenarnya ma keluar darah ni macam uzur"

Ahh sudahh. Esoknya nurse datang rumah untuk check tekanan darah ma sebab ma dah jadi pemegang 'buku pink' so ma dah memang disahkan kategori ibu mengandung lah kan. So ma bagitahu nurse pasal darah apa semua tu. Nurse pun suruh pergi Klinik Kesihatan Kulai Besar bahagian Ibu dan Anak. Esoknya pergi sana dan check up apa semua, doktor kasi surat suruh rujuk Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru (30 minit dari rumah).


First time pergi HSI

Pertama kali pergi sana, abah drive, Nadia dengan Aqil ikut. Abah amek cuti 2 hari masa tu Rabu dengan Khamis (23 & 24 November). Masa tu sangat lama kat hospital. Memandangkan cuma suami je boleh masuk, jadi Nadia berlegar-2 dekat kafeteria dan laman herba dengan Aqil sebab ada budak kan. Masa Nadia berdua je dengan Aqil dan layan karenah Aqil, banyak kali terlintas, "dah sedia ke aku nak jalankan tanggungjawab jaga adik-2 kalau ma tak ada?". Huwaaaa hm 

Rabu (23 November) , dua kali ma pergi hospital. Pagi tu Nadia dengan Aqil ikut. Dari pukul 11 pagi - 4 petang kat HSI lepas tu balik rumah. Lebih kurang pukul 6 macam tu ma g HSI lagi sekali tapi berdua je dengan abah sebab ma rasa sakit-2 tak silap. Jadi malam tu tak ada orang masak, abah bagi duit suruh Nadia bawak adik adik makan luar. Syahdu gila rasa bwk adik adik makan luar tanpa ma abah masa tu. Hahaha. Ma tak kena warded, cuma doktor masukkan ubat lepastu tunggu kalau kalau seketul daging tu gugur. Ma abah balik lebih kurang 12 malam masa tu. 

Selasa (29 November), ma pergi lagi HSI tapi masa ni Nadia je drive bawa ma dengan mak cik (adik perempuan ma) sebab kebetulan mak cik nak melawat kawan dia yang kemalangan. Kitaorang bertolak dari rumah 11 pagi-6 petang kat hospital. Macam biasa, doktor cuma masukkan ubat je. Tapi kali ni banyak. 4 biji ubat dan masa tu segar lagi dalam kepala, ma berjalan keluar dari bilik saringan dengan muka berkerut sebab darah turun banyak dan berketul. Nadia tengok sendiri macam mana banyak darah dalam bilik air hospital masa tu. Bila gugur, doktor nak seketul daging tu yang gugur. Tapi masalahnya tak tahu apa degil sangat daging tu taknak jatuh-2. Pendarahan yang banyak tu tetap tak ada seketul daging. So ma masuk balik dalam bilik saringan, doktor masukkan ubat dan ma dibenarkan balik rumah tapi kena datang hospital semula hospital. Susah nak nampak ma sakit. Tapi masa ni memang kesian sangat tengok ma. 

Isnin (5 December), ma kena pergi hospital untuk X-ray, check tekanan darah dan jantung sebab Rabu (7 December) ma dah kena cuci rahim. So masa ni, Nadia berdua je dengan ma. Masa ni kejap je proses tapi mau 3 4 jam juga dekat hospital masa tu. Hehe.

Rabu (7 December) , 6.40 pagi ma turun rumah dengan abah. Berdua je. Lebih kurang 11 pagi macam tu Nadia call abah, abah kata ma baru masuk bilik bedah. Dalam sejam siap lah. Sebab line yang abah pakai line singapore, jadi nak call abah sangat susah nak lepas masuk line. Nak call ma? Lagilah tak berangkat. Dalam pukul 4 petang Nadia tak dapat apa apa berita lagi. Jiran rapat ma pula call tanya macam mana keadaan ma, lagilah tak senang duduk. Nadia call abah, line xmasuk. Call ma tak angkat. Tak lama lepas tu baru ma call ma kata ma tengah rehat. Slow je suara. Katanya tengah tunggu abah naik wad sebab abah turun minum kejap dan ma dah boleh balik terus.Alhamdulillah !




Hampir maghrib baru ma abah sampai rumah. Dalam pukul 10 malam tadi ma muntah sangaaaaaat banyak sebab seharian ma tak makan apa sebab nak kena operate jadi ma kena puasa malam sebelumnya tu. Jadi ma makan nasi maghrib tu, tadi ma muntah nasi. Kau berlari aku dari atas turun g gosok belakang. Abah dah tidur. Yela mesti penat sebab seharian kat hospital. Esok nak bangun kerja awal pula. Ma kena berpantang dari segi makan dan aktiviti. Pantang macam pantang orang lepas bersalin tu. 



Sayang, awak dah masuk 3 bulan or dah 3 bulan tau masa awk gugur ni. Kami semua dan ma pun tak tahu macam mana awak boleh 'hilang'. Kami anggap tak ada rezeki je untuk kami lihat awak keluar dan tengok dunia ni. Tak apa sayang, awak tinggal dekat syurga baik baik. Nanti awak jangan lupa sambut ma kita ea. Kesian ma tau sayang. Along dengan abang Amirul semangat dah carikan nama untuk awak. Tapi tak ada rezeki awak nak menghuni nama tersebut. 2x ma buat urine test, positive. Beberapa kali ma scan awak. Tapi lama lama awk 'hilang'. Lepas tu baru kami tahu yang ma dah keguguran awak. 

Ma taklah menangis (zahirnya) sebab ma selalu ulang, "Takpelah tak ada rezeki nak buat macam mana. Sebab ni yang ke-7 tak terasa sangat. Kalau anak sulong ni, mesti meroyan dah" Semua benda ni pula jadi masa ulang tahun kelahiran ma yang ke-46 tahun. Yes. My super mom yang cergas dan lipas kudung everrr. Hahahaha.

Ya semua yang jadi ada hikmah. Bagi Nadia biarlah Muhammad Aqil Nazran tu yang terakhir untuk kami sekeluarga. Satu je impian Nadia sebagai kakak terutama anak sulong ma abah, Nadia nak ma abah sempat tengok kami membesar dengan baik depan mata terutama Aqil. Sekurang kurangnya sampai Aqil dapat tunjukkan anak pertama dia.. In sha Allah. Tak ada yang boleh ganti seorang ibu dan ayah dalam dunia ni. Kasihnya Nadia pada keluarga dan kenalan cuma boleh nampak masa dalam susah atau sakit je. Sepandai pandai Nadia menyusun kata, Nadia bukan jenis orang yang pandai tunjukkan sayang. So nak rasa dibelai dan dihargai, masa susah dan sakit jelah. Selebihnya Nadia jadi orang yang kasar dan garang. 

Selamat malam sayang.. Satu kenangan yang tak dapat dilupa.

Nota kening ; Nadia pakai acc twitter baru https://twitter.com/nadiaismail09 . Yang lama dah deactive.