TOTAL PAGEVIEWS

24 July 2017

70 | Kerja Pertama dan Cara Urus Kewangan (Fresh graduate)

Assalamualaikum..

Sejujurnya post kali ni agak panjang dan kalau ada perkara baik yang boleh diikut, silalah ikut dan mana yang dirasakan tak sesuai bolehlah tinggalkan jejak komen dekat ruangan komen. Hahaha

Bila kita belum kerja dan tak ada pendapatan, semua benda berlegar legar dalam kepala. Nak buat itu, nak buat ini. Nak simpan banyak tu, nak kasi kat mak ayah banyak ni. Semua nilai tu dah ada dalam kepala. Tapi, tahu tak, bila duit tu dah selamat masuk dalam akaun bank, semua benda tu terus terbang lari. Masa tu kita akan rasa perancangan kita yang awal tu macam tak sesuai dengan sumber pendapatan yang kita dapat. 

Nadia taknak bincang dan bercerita berapa banyak gaji Nadia, tapi Nadia rasa nak kongsi macam mana cara Nadia handle duit tu sampai cukup hujung bulan dan tak minta walau seringgit pun dengan ma abah. Serius. Nak mulakan benda besar, kena jaga yang kecil dan asas dulu. 

Prinsip Nadia kalau dah kerja nanti (sekarang ni lah), banyak atau sikit mana pun gaji, atur elok-2 dan jangan minta dah duit dengan ma abah. Mesti ada cara untuk rasa cukup. Kadang bukan tak cukup, tapi kita yang boros tak sedar diri. 

Pertama. 

Berapa pun gaji korang, kalau nak buat apa apa, jangan campurkan gaji pokok dengan elaun atau apa apa. Sebab semua benda tu akan berubah. Nilai yang tak akan berubah cuma gaji pokok sahaja. Jadi, besar mana pun gaji, jangan tengok bila dah jumlahkan, tapi tengok gaji pokok tu SAHAJA, jadi, itu lah pendapatan tetap untuk komitment wajib bulanan. 


Kedua. 

JANGAN BERHUTANG. Bila dapat gaji nanti, tolong lansamkan segala mak nenek hutang yang korang ada. Tak apa sakit untuk bulan pertama, nanti bulan kedua, kepala dh lapang. Korang suka ke duduk dalam BERHUTANG?

Disebabkan Nadia ada perniagaan online kecil kecilan, dah tentu ada duit modal dari perniagaan tu kan? Nadia ada sampul khusus untuk duit modal + untung, jadi apa yang Nadia buat, duit modal tu kalau Nadia dah usik, Nadia akan WAJIB bayar bila dah gaji sebab Nadia anggap yang tu bukan hak Nadia, jadi Nadia kena pulangkan semula (walaupun perniagaan tu Nadia uruskan seorang). Duit untung pulak, Nadia akan masukkan dalam tabung Nadia dan cukup bulan, Nadia akan masukkan dalam Tabung Haji campur sekali dengan simpanan bulanan Nadia. 

Percayalah, walau sikit mana pun untung perniagaan korang, itu sangat membantu bila korang terdesak atau nak tambah sikit simpanan dalam bank. 

Ketiga. 

Komited terhadap komitmen korang. Maksudnya, korang mesti tahu apa antara perbelanjaan wajib korang kan? Jadi, asingkan segala benda tu siap siap. Benda ni bagi mengelakkan korang lupa daratan bila berbelanja. Lebih elok bila selesaikan semua komitmen dulu, barulah fikir soal nak berbelanja sakan. 

Nadia ada cara Nadia sendiri untuk bahagian ni. Komitmen wajib bulanan Nadia RM660.00. Apa yang ada dalam RM660.00 tu (termasuk duit untuk ma abah) ?

RM320 - Minyak kereta (RM80x4minggu)
RM50   - Tol (Sebulan)

Selebihnya, rahsia~ hahaha. So tambah tambah akan jadi RM660. Setiap bulan Nadia akan asingkan siap siap benda ni. Untuk duit minyak kereta, itu cuma anggaran. Anggarkan berapa max yang korang rasa mungkin kenderaan korang tu takkan cecah. Jadi, korang takkan pening kepala nak korek duit untuk sampai ke hujung bulan. Mana nak simpan duit ni? Nadia sediakan satu sampul raya dan duit minyak Nadia akan letak dalam sampul tu dan letak je dlm beg duit. Korang takkan usik sebab duit tu bersampul. Tapi kalau jenis boros, buatlah apa pun, tetap akan buka juga sampul tu kan 😂

Keempat.

Simpanan. Berapa pun gaji korang, jangan culas bab menyimpan. Korang tak nampak benda ni penting sekarang. Tapi esok lusa kalau korang nak beli rumah, beli kereta, nak kahwin, korang akan rasa menyesalnya tak menyimpan dari awal. Nadia mula menyimpan masa akhir akhir tempoh sebelum MARA nak berhenti kasi elaun. hahaha. Masa tu simpan RM100.00 dulu. Tempat simpan, Nadia pilih Tabung Haji. Sekarang ni dah kerja, simpanan masih kekal dekat TAbung Haji, cuma amaun je yang berbeza. Walaupun RM50 sebulan, silalah menyimpan di bank. 

Kelima. 

Akaun kecemasan. 

Dulu Nadia tak nampak bagusnya benda ni. Tapi abah sendiri dah buktikan yang bagus bila ada akaun kecemasan. Sebab Nadia dah terbiasa dengan keluar masuk duit dekat CIMB termasuk hal gaji ni, jadi untuk urusan akaun kecemasan, Nadia buka Bank Islam. Macam mana nak simpan?

Bila gaji dah masuk, tolak komitmen wajib, tolak simpanan wajib @ sunat tu, masa ni la korang check berapa baki dalam tangan yang bersih? Kalau rasa mampu, letak lah banyak. Kalau rasa nyawa nyawa ikan, RM50 pun okay. Abah Nadia ajar, jangan letakkan had berapa kita nak kena letak setiap bulan, letak je berapa berapa yang mampu. 

Apa guna akaun kecemasan ni? In case korang tetiba nak melancong, tetiba ada sales, tetiba sakit, tetiba kereta rosak, ni lah gunanya akaun tadi tu. Akaun kecemasan ni biarlah ada 3 - 6 bulan gaji korang dalam tu. 

Akaun kecemasan ni biarlah ada dalam kad. Simpanan tu yang korang masukkan dalam buku. Tolong disiplinkan diri, sekali dah masukkan duit dalam buku, jangan ada niat nak korek. Kalau rasa nak korek sangat, korek duit dalam akaun kecemasan. Kalau duit dalam akaun kecemasan habis, dalam akaun yang gaji masuk pun habis, hah duduk diam diam ! 😆

Terakhir. 

Berapa nak kasi dekat mak ayah ea? Walaupun RM50, jangan peduli mulut orang. Sebab kita yang tahu apa komitmen kita. Ya tahu awak nak mak ayah awak rasa duit awak, tapi tak semestinya dengan bagi duit pada diorang semata mata. Mungkin awak kasi RM50 pada mak ayah setiap bulan. Tapi awak boleh juga bawa keluar family, belanja diorang makan sebulan dalam 2 ke 3 kali. Itu pun dah memadai. Kalau yang jenis mak ayah taknak ambil duit bila kita hulur ni, belanja je diorang makan. Takpun selit je dalam beg duit diorang. Kadang diorang segan nak ambil duit anak. 


..


Bila dah kerja, korang kena ada matlamat yang jelas. Simpanan tu kena ada berapa dalam masa berapa tahun? Apa tujuan korang buat simpanan? 

Bila korang dah ada 'figure', secara tak langsung korang akan rasa semangat nak menyimpan. Nadia bersyukur sebab Nadia ada semangat tu masa orientasi haritu ada main satu game ni. 

"Apa akan jadi 5 tahun dari sekarang"

Antara impian Nadia ialah kena ada RM***** dalam akaun. Disebabkan game tu lah Nadia terus buat kira kira, berapa minimum Nadia kena simpan untuk kejar target tu. Biar sakit sekarang. Jangan mewah masa sekarang tapi seksa untuk masa akan datang. Masa bujang la masa yang sesuai untuk ikat perut. 

Tak tahu nak urus kewangan? Ya Allah, dalam Twitter, google, bersepah orang berjaya yang pandai urus kewangan. Dari situ lah Nadia jadi celik kewangan dan nak jadi berjaya macam diorang.

Kita tak pernah tua untuk terus belajar sesuatu yang baru

Apa yang Nadia kongsi ni semua benda asas yang Nadia rasa semua orang boleh buat asalkan komited dan disiplin. Buktikan walaupun zaman sekarang orang berlumba nak jadi yang paling up to date, kita pun tak lupa nak update hidup dari masa ke semasa. Tak salah nak 'reward' diri. Tapi tak perlu lah setiap bulan nak berbelanja besar. 

Jangan berbelanja macam esok akan mati 😇

21 July 2017

69 | Ada Apa Dengan Carut?

Assalamualaikum.

Lama tinggalkan kawan sekolah dan tanam benih dengan kenalan baru ditempat baru masa belajar. Bila balik, dan kumpul, macam macam la tanggapan mula keluar. Dalam banyak banyak tanggapan tu, cuma satu je nak 'dijelaskan'.

"Dulu macam lelaki dhoe. Suka pukul orang Nadia ni. Sekarang je dah lembut sikit. Macam perempuan"

Nightmare siapa yang kenal Nadia masa sekolah sebab ya kasar dan macam macam lagi yang tak sedap didengar. Walaupun sampailah permulaan masuk belajar IPT.

Ni la namanya 'learn from mistakes'. Hari hari buat silap tak apa. Tapi tak belajar dari kesilapan, itulah silap yang terbesar sebenarnya. Dulu kuat marah. Mulut kalau dah marah, dah gaduh, memang dahsyat. 

Makin tua, makin menginjak dewasa ni, makin kurang. Hatta masa tengah menaip dalam blog ni pun bahasa masih lantang dan laser. Nak marah orang? Makin malas. Kalau orang cakap apa apa, senyap je. Tapi jangan salah tafsir senyap ni. Sekali dia buka, berhari hari jatuh benci nanti. Ok ? Siapa pernah kena, memang sesal mendua lah. 

Point kat sini, semarah mana pun kita, apa yang korang dapat dari mencarut ea selain daripada menjatuhkan maruah sendiri? Nadia bab carut ni memang pantang. Sikit sikit okay lagi. Tapi kalau dah macam jadi 'zikir', rasa jgk la nak clorox mulut tu. 

Carutan tu dapat hilangkan rasa marah ke macam mana hilangnya martabat diri pada mata orang lain? Benda ni sangat general baik lelaki atau perempuan. SAMA.

Banyak lagi cara untuk lontarkan rasa marah kita dengan bahasa. Tak perlu caci maki pun orang tahu kita marah. Tak boleh tahan lidah, diam. Tak boleh diam, uzlah. Mudah.

Kritis dan praktis. 

15 July 2017

68 | Realiti dewasa

Assalamualaikum. 

21 tahun (2017) bernafas atas muka bumi ni dan macam macam perubahan yang kawan kawan dah buat sekarang. Ada yang dah kahwin. Ada yang baru nak masuk belajar, yang dah habis belajar, yang dah dapat kerja tetap, yang masih cari tujuan hidup dan tak kurang yang masih tanam anggur tak berbuah. 

Ibu bapa kita pun dah berbeza, ini kan lagi takdir hidup kita. Cukuplah setiap dari kita bersyukur dengan apa saja yang ada dalam hidup sendiri. Dalam kita tak sedar, sebenarnya ada manusia lain yang nak ada dalam kehidupan kita. Awak rasa hidup awak tak seronok, sebenarnya, ada orang yang nak jadi macam awak. 

Musim raya ni, kita akan jumpa dengan orang-2 yang dah lama kita tak jumpa. Jadi antara soalan yang kerap ditanya pada Nadia "Buat apa sekarang?".

Benda ni Nadia rasa nak kongsi sikit. 

Soalan yang ditanya ialah 'Buat apa dan kerja mana'. Jadi jawapan simple yang Nadia kasi cuma 'Kerja kat hotel'. Dah. Reaksi muka tu sama bila kita jawab 'Kerja kat kilang'. Orang bandar ni bila cakap 'kilang' terus cop position operator. Apa diorang tak tahu dalam kilang tu ada manager dan yang seangkatan dengannya? Miskin dan hina ke orang kerja kilang? Papa kedana juga ke orang yang kerja bahagian operator kilang ni? #SoalanSerius

Kalau tanya Nadia, kecil hati ke bila orang memperendahkan industri perhotelan? Jawapannya, TIDAK. Satu benda yang mereka tak tahu, kerja dalam bidang F&B, akan ada makan percuma untuk staf. Sama macam Nadia kerja Pizza Hut dulu, bab makan mesti boleh jimat sangat sebab makan free. Benda yang paling besar boleh dipotong ialah, kos makan masa kerja. Hari Isnin dalam purse ada RM5, duit tu akan kekal RM5 sampai hari Jumaat dan cuma akan bertambah kalau keluar hari Sabtu dan Ahad. Faham? 

Kunci nak jadi orang yang selalu rasa cukup ni, mudah je. BERSYUKUR. Syukur dengan apa yang kau ada, apa yang kau dah capai dan apa yang kau dah ada. Jangan pernah merungut. Kunci dia positif dan syukur. Cubalah. Sikit mana pun akan rasa cukup. CUBA ! 

Sama juga dengan hubungan sesama manusia. Orang single akan nampak orang bercinta tu seronok dan indah je. Tapi pernah mereka nilai betapa cantik Allah atur hidup mereka bila ada keluarga dan kawan kawan yang menyokong mereka dari belakang? Kita suka cari apa yang kita tak ada dan bandingkan dengan orang lain apa yang mereka ada. Sebab tu boleh terjadinya dengki. 

Kita nak apa yang orang ada sampai tak nampak apa yang kita dah ada. 

Dulu masa belajar, persaingan tu memang kuat. Kalau tak berlaku dekat Nadia, mesti dalam kawan-2 tu ada. Nak jadi yang terhebat dalam kalangan yang hebat. Aku nak jadi paling pandai. Paling lawa. Paling up-to-date. Paling kaya. Paling mewah. Paling sempurna lah !

Habis zaman belajar, benda tu dah tak ada 😎 Rezeki kita semua datang dalam keadaan berbeza. Tak ada istilah siapa dah berjaya siapa yang belum sebab apa yang kita nak tu mungkin lambat sikit je Allah kasi. Sabar ! 

Tak ada benda atas dunia ni yang mustahil bagi orang yang rajin usaha. Duit pun tak datang terbang pada kita, jadi macam mana kita mengharapkan benda yang indah indah kalau kita tak pernah susah? 

Dalam ujian yang Allah kasi ada satu hikamh yang Allah simpan pada masa akan datang. Jangan berhenti jadi rajin dan jangan berhenti berusaha. Hari hari buat silap, tak apa. Tapi tolong belajar dari setiap kesilapan tu. Cari hikmah dan kebaikan.

Selamat maju jaya dalam menempuh alam dewasa 96's.