TOTAL PAGEVIEWS

31 March 2022

99 | Keadaan sebelum dan selepas Ovarian Cyst

 Assalamualaikum, 

Nadia terpanggil untuk kongsi tentang keadaan lepas buat pembedahan Ovarian Cyst tahun 2019 pada umur 23 tahun. 

Diagnosis : Ovarian Cyst 4.8cm, Menorrhagia

Operation : Laparoscopic cystectomy & Release of adhesion 

Cost : RM13,330.80

Nadia datang uzur yang pertama masa umur 13 tahun. Dari zaman sekolah, Nadia ada senggugut tapi masih boleh layan. Tapi bukan setiap bulan. Kalau contoh bulan ni Nadia ada period pain, next month tak ada. Haa so Nadia dah boleh bajet bulan ni akan ada period pain atau tak. Kalau dalam setahun tu, ada lah 3 4 kali je akan betul-2 sakit sampai menangis. Okay itu ringkasan senggugut / period pain. 

Nadia memang akan datang uzur setiap bulan. Tak pernah tak datang. Tapi yang penatnya bila dia datang, lebih dari 7 hari kadang sampai 15 hari. Itu belum kira kadang sampai sebulan period tapi harini ada, 2 3 hari bersih, pastu ada balik. Sampaikan nak solat tu jadi ragu-2 ini period atau istihadhah. 

Dalam Islam, kalau darah yang keluar melebihi 15 hari, hari ke 16 dah boleh solat dan beribadat macam biasa. Darah selepas hari ke 15 dikira darah Istihadhah (darah penyakit). AL-KAFI #685 : DARAH ISTIHADAH MENGIKUT TAMYIZ ATAU ADAT?

Kalau dekat Kulai, Nadia selalu akan pergi Klinik Jamiah Taman Bersatu Kulai sebab situ doktor perempuan. Selalu ma akan ajak g klinik kalau dah beberapa bulan asyik period panjang je. Doktor selalu akan bagi ubat berhentikan darah je. Nadia pernah lah Google nama pil tu, tu pil perancang wehhh hahahaha untuk betulkan hormon. Awal haa makan pil perancang. Lepas makan, memang period jadi teratur 2 3 bulan kedepan, lepas tu akan balik semula panjang tempoh keluar darah haid. Doktor tak pernah buat scan sebab Nadia tak ada sakit-2, cuma period panjang je so doktor bagi ubat je. Doktor pun pernah juga tengok darah dari pad yang Nadia pakai, dia tak rasa ada keperluan nak scan, so dia bagi ubat je jugak. Dia ada la suruh baring dan tepuk-2 perut Nadia, tapi dia kata okay. Tak ada ketulan atau keras. 

Untuk pengetahuan juga, kalau awak masih dara dan belum berkahwin, doktor tak akan usik awak melalui bawah ya. Semua procedure dibuat selain dari vagina awak. Ma memang dari dulu selalu pesan kalau doktor nak tengok bawah, jangan bagi. Tak boleh sebab kita belum kahwin. Doktor Jamiah sendiri pun cakap benda ni. 

Macam mana nak solat kalau darah asyik keluar? 

Nadia ingat lagi masa kerja Aeon umur 19 tahun, dari toilet tukar pantyliner cepat-2 masuk surau ambil wuduk, elok siap sarung telekung tetiba rasa ada keluar something. Rasa nak nangis wehhhh. Buka semula telekung, g toilet dan bersihkan. Niat yang aku nak solat ya Allah, biarlah sempat angkat takbir. 

Lepas tu barulah okay. Penat tau. Sebab awak kena cepat-2 solat dan wuduk yang lepas walaupun tak batal, tak boleh dibawa ke solat seterusnya kalau awak ada darah istihadhah. Kita pun kena pastikan sebelum takbir tu, tak boleh keluar apa apa. Kalau tengah solat, terasa ada sesuatu keluar, tak apa. Teruskan solat macam biasa sebab orang darah istihadhah ni dianggap dalam darurat. 

Kita semua ada cyst sebenarnya cuma antara aktif dengan tak aktif je. Mungkin ada pemakanan Nadia yang dah 'mengaktifkan' cyst tu sampai membesar. Nadia paling suka makan Tau Fu Fa, dan soya katanya antara makanan yang boleh aktifkan cyst dan semua ayam ayam yang dicucuk macam KFC dan fast food lain. 


Nadia bukan penggemar cheese, bukan pemakan sangat sampai adik perempuan pun pelik macam mana boleh ada cyst. So Nadia tak sure dapat dari mana tapi memang dulu hampir setiap hari Khamis akan makan Tau Fu Fa ni beli dekat pasar malam. 

Kronologi sakit, baca dekat 87 | Ovarian Cyst Awal 20-an ya. 

Selepas pembedahan, Nadia ada makan ikan haruan tapi dalam sekeping je. Lepas baca yang pembedahan dalam badan tak elok makan ikan haruan, Nadia terus tak makan. Pati haruan apatah lagi, memang tak makan. Ikan haruan memang bagus untuk luka, tapi dia juga akan melekatkan setiap organ-2 sekitar luka tu. Pendapat individu nak makan atau tidak. Tapi pembedahan tahun 2019 dan Nadia bersalin ceaser tahun 2021, tak ada komplikasi masa dalam bilik pembedahan ya. Selepas bersalin ceaser pun Nadia tak makan ikan haruan. Ikan haruan bagus kalau luka tu dekat luar, bukan dekat dalam. 

Lepas pembedahan, alhamdulillah period memang teratur dan dah tak ada sakit lagi. Tau fu fa dan segala soya Nadia terus tak usik sebab dah pernah ada sejarah cyst. Masa mengandungkan Azriel, scan awal kandungan doktor ada cakap dia nampak cyst tapi kecil sangat dan Nadia tak perlu risau. Alhamdulillah next scan memang tak ada apa apa. Azriel pun lahir sihat dan selamat. 

Apa yang Nadia boleh pesan, kalau awak ada masalah uzur atau senggugut, jangan bertangguh jumpa doktor. Kita tak tahu apa yang sembunyi dekat dalam badan. 

Soal zuriat ni rezeki Allah. Ada yang uzurnya teratur tapi rezekinya lewat. Ada yang pernah ada sejarah sakit rahim tapi rezekinya awal. 

1) Sebelum kahwin, kalau rasa tak kena dengan rahim, jangan bertangguh dapatkan nasihat dari pakar. 
2) Selepas kahwin, lebih dari 5 tahun berkahwin, kalau belum ada zuriat, suami isteri sama sama la jumpa pakar untuk minta nasihat. Jangan bertangguh juga. 

Ikhlas Nadia kata, bohonglah Nadia tak risau bila ada suara suara yang cakap kalau ada sejarah cyst biasa susah pregnant sampaikan sebenarnya Nadia pernah terlintas nak buat ujian kesuburan Nadia dan Aznier sebelum kahwin 😷

Tapi syukur alhamdulillah lebih kurang 2 bulan lepas kahwin, Nadia mengandungkan Azriel Reza 💗

Jangan lengahkan sakit. Itu je Nadia mampu pesan pada semua 💓 Ada zuriat atau tidak, bukan urusan kita, tapi Dia. Kita, ikhtiar je.