TOTAL PAGEVIEWS

12 July 2021

97 | Part 3 - Pengalaman Mengandungkan Anak Pertama

 Assalamualaikum

Part 3 ni kita santai aja. 

Nadia tak ada morning sickness dan alhamdulillah tak ada sampai melepet teruk ke apa. Mabuk masih ada, tapi masih larat dan mampu untuk jalani hidup macam biasa.

Sepanjang pregnant, EO Living Young Peppermint sangat membantu. Baik dekat office atau dekat mana mana.

Sepanjang pregnant, Nadia tak ada muntah-2 cuma sekali je muntah itupun disebabkan pagi tu Nadia makan Iron Tablets dengan perut kosong. Mana boleh derrrr. Sebelum makan ubat, kena la makan something dulu. Terus muntah kuning tuu. Yucks !

Masa pregnant, badan agak behave bagi wanita hamil, firasat tu dah rasa macam em macam anak lelaki je ni. Tihtihtih

Ihsan Google

Nadia buka buku pink pada minggu ke 9 kehamilan dekat Klinik Desa (KD) Saleng. Caranya, call dulu klinik sebelum datang, nombor boleh dapatkan dekat Google. 

Sepanjang mengandung, makanan tambahan yang Nadia makan adalah Iron Tablet dan Folic Acid sahaja. Nadia tak ada ambil mana mana makanan tambahan lain selain ubat yang KD bekalkan. 

Nadia selalu sangkut dekat bacaan darah. Jadi tips yang Nadia boleh kongsi untuk naikkan darah, makan daging, jambu batu dan ikan bilis. 

Kebetulan masa mengandung, jatuh pada bulan ramadan, jadi sejujurnya sebulan tu memang Nadia tak puasa. Nadia pernah cuba puasa, tapi jam 4 petang lebih masa tengah masak tetiba nak pitam. Nadia memang sejarah ada migrain. Terus berbuka. Kali kedua cuba, pun tak berjaya. Kesannya, Nadia menggigil lapar sampai ke isya' sebab dari siang tahan lapar. Jadi untuk badan nak terima makanan, makan masa. 

Demi kandungan, Nadia pilih untuk tak puasa. Taknak jadi ibu yang pentingkan diri sedangkan dekat dalam ada satu lagi nyawa kecil. 

Bab mengidam, alhamdulillah tak ada yang pelik cumanya jam 12 malam dimusim PKP tiba-2 minta nasi lemak dengan suami hahahahahaha. I sampai nangis hokeyyyy. Last-2 suami kata, takpelah kita buat burger roti jom. Hokeyyy jalan~ Terus lupa nasi lemak hahaha

Dalam banyak banyak jenis scan, yang paling Nadia nak buat, detail scan. Detail scan ni lebih penting dari scan lain ya. Kat sini kita akan nampak apa yang tak normal pada janin. Contohnya, sumbing, tulang belakang, jari kaki tangan, otak dan banyak lagi. 

Klinik yang Nadia pilih, Klinik An-Najjah Kulai . Harga dan servis dia sangat berbaloi. Harga, Nadia tak ingat tapi rasanya tak sampai pun RM100. Masa scan nak tahu kalau ada apa apa yang tak normal je tapi ehhh tertahu jantina pulak. Hehe. Nadia scan masa 21 minggu ya. Dapat tahu jantina pun sebab baby asyik kangkang je masa tengah scan. 


Daripada segi pemakanan, Nadia makan je semua. Ramen pun makan juga em. Tapi makan Ramen pun masa lagi seminggu dua nak due. Maggi pun makan je dari masa pertengahan kandungan. 

Cuma dah masuk 34 minggu macam tu, Nadia banyakkan minum air kelapa tanpa gula. Fresh. Beli dekat TJ Mart Saleng, balik, ketuk sendiri (ma ketuk). Susu kambing pun sempat minum 2 botol je (1.2Litre). Susu Farm Fresh Kurma memang dari awal pregnant Nadia dah minum. 

Setakat ni, ni je mampu ingat. Hahahaha

Nadia tak buat posting awal sebab Nadia sangat risau kalau kandungan gugur since pernah ada pengalaman turun darah. Setakat mengandung, Nadia rasa Nadia kuat. Kebetulan masa tu siap boleh pindah rumah, kemas rumah lagi. Panjat sink dapur lah sebab nak lekatkan something dekat cermin dapur (Jangan tiru aksi panjat memanjat ni). 

Semoga yang usaha untuk ada anak, akan terus sabar dan yakin. Ada rezeki awak, tak kat dunia, in sha Allah kat 'sana'. 

Amin..

96 | Part 2 - Threatened Miscarriage, First Pregnancy

Assalamualaikum..

Nikah 06-08-2020

Dapat tahu pregnant, 10-10-2020

14-10-2020, turun darah kali pertama (5 minggu). 

21-10-2020, turun darah kali kedua (6 minggu). (Seminggu selepas turun darah yang pertama) 

Turun darah semasa mengandung sangat tidak normal ya. 

Pejabat sementara Nadia dekat tingkat 4. Jadi HARI HARI Nadia kena menapak naik turun tangga sebanyak 5 tingkat termasuk first floor. Pada kali pertama turun darah, tengah hari tu ada meeting. Jadi, tangan kiri pegang beg laptop. Tangan kanan pegang segala macam dokumen, turun tangga 5 tingkat, turun bukit, menapak pergi office, dan sampai sana lencun ! Nadia sorang je masa bawa segala macam barang dengan panas terik dalam keadaan mengandung. 

So lepas habis meeting, Nadia rasa macam ada something keluar. 

So balik je office check, darah. Bagitahu officemate. Dia suruh g klinik balik kerja tu juga. 

Masuk je kereta cakap dengan suami dan masa tu nampak la muka dia risau. Tiba tiba dalam kereta ada malaikat. Dua dua diam sepanjang perjalanan, tak ada perbualan rancak macam biasa. Mungkin dua dua melayan perasaan dan risau. Tak ada arah tujuan sebab yela last minute nak cari tempat scan area Johor Bahru tu mana la kitaorang tahu. Klinik yang officemate suggest pulak, dah tutup. 

Masa tu dah macam pasrah sangat sebab tak tahu nak pergi mana, just balik Kulai je terus. Nanti fikir. 

Tapi, ngam sampai depan Skudai Parade tu, dari lane kanan, terus suruh suami cross paling kiri pergi Taman Universiti (Jangan tiru aksi ni ya, bahaya). Nadia jumpa dekat Google, call untuk pastikan buka atau tak dan ada scan atau tak. Terus ke klinik tu. Alamak tapi dah tak ingat pula nama kliniknya. 

..

"Ni kantung ada. Jangan risau. You masih pregnant tapi masih baru sangat. I bagi ubat kuatkan rahim dan bagi MC, you just banyakkan rehat je"

"Tapi I memang pregnant kan doktor?" (Nadia dapat jelingan maut dari suami 😭😭) Mestilah risau, turun darah kot hm

Nadia dapat MC 15-10-2020 hingga 18-10-2020 (Khamis - Ahad).

So Isnin naik kerja macam biasa. 

Hari Rabu, 21-10-2020 Nadia turun darah kali kedua, pun dekat tempat kerja juga. Sepatutnya hari tu kena tidur dekat tempat kerja tapi maghrib tu, padahal tak ada buat apa apa lasak pun, just jalan dekat floor je.Hampir nak maghrib, Nadia rasa basah dan memang terus check. This time turun darah dan lebih banyak dari yang pertama. Shaking juga masa ni. 

Terus bagitahu semua team dan diorang suruh balik, kesian suami Nadia la sebab dia dah sampai rumah masa tu, patah balik ke Johor Bahru ambil Nadia.

Esoknya baru pergi klinik. 

Ni scan dekat Polikinik Norbi Pasir Gudang. Kali kedua turun darah.

Dalam kes Nadia, antara sebab turun darah adalah Nadia penat dan mungkin lasak sedangkan masa awal kandungan lah sepatutnya kena jaga dan berhati hati. Tak boleh stress juga. 

Doktor bekalkan ubat yang sama, ubat kuatkan rahim, Duphaston dan dapat MC dari 22-10-2020 hingga 25-10-2020 (Khamis - Ahad).

Gambar, sumber google

Syukur Alhamdulillah Nadia berjaya jaga kandungan hingga lahir seorang anak lelaki walaupun anak Nadia pernah juga songsang (Pengalaman Baby Songsang ECV), dengan izin Allah. Terima kasih ya Allah.. 

Walaupun emosi yang berkecamuk teruk sepanjang mengandung. Dugaan dekat tempat kerja yang tak worth pun untuk bertahan actually. 9 bulan Nadia stay tapi pengakhiran yang mengaibkan dan tak dihargai (Tak dapat confirmation, one of the reason, banyak MC sedangkan I bleeding di tempat kerja, ookay dan semasa bekerja).

Wehhh sedih gila muka Nadia masa ni. Memang dah tak tahan sangat. Tengah sarat pula tu

05-05-2021 hari terakhir bekerja dan keluar dari sana dalam keadaan yang mengaibkan.
Akan disimpan kemas dalam memori 😳

Satu hari nanti Nadia akan datang sini dan baca lagi posting ni. 

Anak mama kena tahu, awak pernah rapuh masa dalam kandungan tapi dalam masa sama, awk kuat dan dengar cakap mama. Anak yang baik. Mama selalu pujuk awak kalau mama kena jalan jauh dan bawah terik "Sayang sabar kejap ya, kejap lagi kita rehat". Terima kasih sebab bertahan dalam rahim mama dan hingga awak selamat dilahirkan. 

Terima kasih suami, banyak bertahan dan berkorban sepanjang saya mengandungkan anak pertama kita.

Terima kasih Allah untuk semua pengalaman dan pengajaran.