TOTAL PAGEVIEWS

03 September 2016

Adat & Adab Kawan

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Pernah dengar istilah, cara untuk kenal seseorang bukan dari cara dia beri jawapan tapi cara dia kemukakan soalan? Ok. Tak faham? hahahahahaha pandai pandai korang lah. 

Mungkin dari gaya, cara atau jenis. Fikir sendiri.



Jenis kawan macam mana yang kita berkawan, itu sangat mempengaruhi peribadi kita. Kawan antara orang paling rapat dengan kita. Baik kawan, baiklah kita. Jahat kawan, bergantung pula pada iman kita sama ada ikut atau tidak. Sebab tu kalau korang perasan, mak mak akan bising nak tahu dengan siapa korang berkawan. Atau Nadia je macam tu ? Ma bising bising nilai kawan setiap anak anak dia. Percaya lah, penilaian seorang ibu, tak pernah silap. Kita je selalu silap percaturan. 

Baik kawan, baiklah kita. Jahat kawan, bergantung pula pada iman kita sama ada ikut atau tidak

Nadia bukan jenis suka meniru dan minta jawapan dalam quiz, test / exam. Nadia pernah ada satu kawan ni dulu. Kitaorang rapat. Bila dia dengan Nadia, dia mengaku dia takut & malu nak meniru *padahal dia bukan macam tu* . Even dia meniru depan Nadia pun dia serba salah. Nadia jenis open. Nak buat, buat je. Tak kesah. Masa tu dia dah siap. Nadia masih terpinga-pinga cari jawapan. Dia NAK SANGAT tolong Nadia. Dia try bisik untuk bagi jawapan tapi Nadia geleng taknak. Last, Nadia surrender and hentam je. Dia just senyum. Yaa thankyou sebab respect :) *tapi sekarang Nadia dah tak sepolos dulu*

Second, jenis soalan.

Ada certain soalan, Nadia tanya atas tujuan saja saja. Ada soalan Nadia tanya atas tujuan untuk menilai. Nadia ada tanya beberapa orang soalan ni..

Kalau ada dalam kalangan kawan kita yang mengandung anak luar nikah, apa reaksi kau dan apa kau akan buat?

Guys, jawapan untuk soalan ni cukup untuk buat Nadia nilai korang. Tapi penilaian tu takkan berhenti takat situ je. Nadia akan perhati character korang sebab nak tahu sama ke dengan apa yang korang cakap. Bukan dengan cara 'mengandungkan' kawan lain. Tapi your DAILY ATTITUDE. Yes, attitude tu berubah based on environment and situation. Tapi mesti ada main character yang menunjukkan, itu kamu !

Ada 3 jenis orang y Nadia boleh agak dan based on their answer :

First, ignore. Dia buat tak tahu dan tak bagi sebarang bantuan. Bagi dia, 'kau dah buat silap, pandai kau lah nak tanggung' 

Second, tinggalkan. This type of people, dia akan tinggalkan kawan dia macam tu je. Dah la tinggalkan lepas tu marah tak menentu hala dan palaukan terus. Orang macam ni biasanya dia taknak nama dia terpalit buruk hanya sebab berteman dengan orang yang dah rosak akhlak. Dia lagi jaga air muka sendiri berbanding nak bantu rakan dia. Satu je soalan untuk orang yang macam ni, berapa lama KAU akan mampu jaga maruah sendiri dan buang orang yang berdosa. One day, bila benda y sama timpa kau atau keluarga, kau akan ingat orang yang pernah kau hina dan buang dulu atas dasar jaga air muka. Allah adil. Allah tahu. 

Third, jaga. Orang ni tetap marah sebab dah kandungkan anak luar nikah. Tapi benda dah jadi. Marah takkan selesaikan masalah. Apa orang mcm ni buat, dia akan guna akal untuk fikir apa solusi yang terbaik, nasihatkan apa yang perlu. Tak nak ulas panjang soal cara untuk atasi masalah ni. Sebab tindakan kita akan terjadi bergantung pada situasi pada masa tu. Tapi cukup tahu yang orang macam ni lebih rasional dan fikir secara matang. 

Guys,
Ma selalu pesan masa sekolah dulu, kalau tahu perangai kawan kita tak elok, jangan kawan dengan dia. Nak kawan boleh, tapi cukup setakat kat sekolah, Bukan luar sekolah.

Sampai ke hari ni Nadia aplikasikan benda yang sama. Housemate is housemate. Groupmate is groupmate. Classmate is classmate. Kawan memang ramai. Tapi kawan untuk Nadia lepak, ada satu atau dua orang sahaja. I evaluate people and I choose who is relate with my character. Sebab tu pentingnya kita kenal nilai diri kita. 

Jangan salahkan kawan kalau kita jahat. Tapi salahkan diri sendiri yang tak pandai letak batas antara yang baik dan buruk. Ajar mata cari salah diri bukan cari salah orang. Kawan salah, kita tegur. Kawan taknak terima teguran, doa yang baik baik. Ada orang memang tak makan teguran :')

Lastly, Nadia bukan nak perkecilkan atau membanggakan sesiapa. Tapi ada sebab dan hikmah kenapa hubungan kita setakat had mana. Sebab Nadia tahu nilai diri Nadia dan nilai diri SETIAP kawan-2 Nadia. Kalau Nadia judge parok sangat, yang negatif semua Nadia dah buang. But no, I still keep. Because I want to learn something from your side *senyum sinis* 

I ask amirul :

Awak, psiko tu apa?
Psiko tu gila.

So he try to tell me that I am crazy?
Maybe ! *gelak jahat*

No comments: