TOTAL PAGEVIEWS

30 July 2018

85| Cabaran dan Manis Satu Kehidupan

Assalamualaikum. 
Ma selalu cakap, "Siapa sangka along sekarang boleh kerja macam tu". Dari kali pertama dengar ayat tu, tak pernah sekali pun Nadia tanya apa yang ma cuba maksudkan. Selalunya Nadia diam dan senyum je. Jadi tadi Nadia gatal mulut tanya, "Maksud ma?"

"Ingat lagi masa along sekolah dulu, nak buat soalan matematik, tak boleh buat sampai menangis. Tutup buku naik atas, terus nangis. Sedih ma tengok." - Ma

Jujur, Nadia dah lupa pasal ni. Betul agaknya kalau kita dah berjaya, apa yang pernah pahit akan jadi kenangan manis je nanti. Siapa yang kenal rapat, mesti tahu macam mana susah nak ajar Nadia matematik. Apa yang menjadi kelemahan, itu lah sumber kekuatan kita sebenarnya, okay positif tak? Hahahahaha. Ya, itu yang selalu Nadia fikir. Allah kurangkan aku bahagian ni, mesti ada sebab. Boleh jadi kalau Allah jadikan aku pandai, aku akan riak. Mudah.~



Nadia bukan kategori budak cerdik pandai, apatah lagi kalau melibatkan pengiraan. Tapi Nadia percaya, kalau ada usaha mesti ada hasil. Dalam usaha tu mesti penuh dengan air mata tapi sebanyak mana semangat yang datang dari luaran, takkan sama dengan semangat yang datang dari dalam diri. Hatta sampai ke SPM pun, Nadia tak minta untuk dapat credit pun dalam Matematik, lulus, cukup Ya Allah. Apa kita doa, itu kita akan dapat. Ya, Allah tak kasi Nadia credit, Allah kasi setakat lulus. Tapi betapa gembiranya masa tu, tuhan saja tahu. 

Bila masuk diploma, Nadia tak ada masalah untuk subjek baca tapi agak risau bila subjek mengira. Kalau dipilih antara gagal atau tiru, Nadia pilih untuk gagal. Naif atau dodol? Hahahahahahaha. Terpulanglah kalian. Masa mula mula masuk diploma, circle tu semua sama, itulah kawan lepak, itu juga la kawan belajar. Masuk Sem 4, Nadia betulkan semula tujuan, circle untuk lepak TAK BOLEH SAMA dengan circle untuk belajar. 




Hidup kita dah diatur dengan liku hidup yang paling cantik. Masa kita rasa kita ada pada titik paling bawah, itu lah permulaan untuk bahagia sebenarnya. Sabar untuk tempuh setiap ujian yang dikirim. Nadia tak pernah minta apa apa pun yang Nadia ada sekarang. Tapi sebab rasa syukur dan selalu rasa cukup dengan apa yang Nadia ada, terasa perjalanan hidup sangat mudah. 

Lebih kurang 8 bulan pertama Nadia kerja dekat jawatan Nadia sekarang, berapa puluh kali Nadia rasa nak berhenti sebab "Kenapa Allah letak aku pada tempat yang aku tak mampu nak bawa. Payroll weh! Calculation! Benda paling aku tak suka". Nampak tenang, belum tentu senang. Banyak berperang dengan perasaan sendiri selama ni. Tapi sampai ke harini, masih kekal dekat tempat sama. 

Rahsia?

Pupuk minat. Minat dengan apa yang kita tak pernah terfikir untuk minat. Berapa ramai orang yang tak bernasib baik macam kita. Kenapa bila baru sikit Allah kasi, kita dah nak melenting? Apa juga jaminan kalau kita keluar tempat sekarang, kita akan lebih tenang kononnya? Tak ada ! Semua datang dari dalam diri. Kalau awak nak hal hal yang baik datang dalam hidup, perkara pertama, fikir dulu tentang kebaikan. Mungkin boleh google tentang "Law of Attraction"

Buat mereka yang masih samar samar dalam mencari haluan hidup, jangan mengalah dan jangan membanding banding. Awak jangan tengok mereka yang ada atas awak sebab mereka pernah susah , cuma awak je yang tak ada dalam kesusahan tu. Tapi, tengoklah mereka yang lagi banyak dugaan dalam hidup, masa tu awak akan lebih bersyukur dengan apa yang awak ada. Jangan dengki. Lagi banyak awak dengki, lagi banyak yang awak tak puas dengan apa yang awak ada. Hidup lah dalam kitaran hidup sendiri. 


Nadia nasihat sebab Nadia tak nak orang rasa apa yang Nadia pernah rasa. Ada orang bahagianya diri dia terletak pada bahagianya orang orang yang dia sayang. 

Garang tapi manis;Nadia 💕

No comments: