TOTAL PAGEVIEWS

31 December 2017

79 | End of 2017. Kumpul hutang atau buat simpanan?

Assalamualaikum.

Kalau tahun sebelum ni banyak krisis tentang hubungan, Alhamdulillah untuk tahun ni, atasi manusia ni dah jadi satu rutin yang mungkin kadang kadang bukan jadi satu masalah yang besar. Hikmah Allah tu selalu ada cuma cepat atau lambat. Nadia ingat pesan office mate, "Handle masalah dengan akal, bukan emosi"

Jadi tahun 2017, Nadia belajar banyak tentang takdir, rezeki dan cara pengurusan duit. 

Takdir dan rezeki Allah bagi setiap satu dari kita berbeza beza sebab kita semua ada kain rentang yang berbeza. Kalau dulu kita lahir, ibu bapa dan persekitaran yang mencorakkan kain rentang tersebut. Tapi bila kita dah cukup berakal, kita yang pilih mana yang perlu kita bawa sepanjang masa dan mana yang perlu kita tinggalkan. 

Bila satu satu kesalahan dijatuhkan atas Nadia yang disebabkan kesalahan orang lain, selalu terngiang ngiang ayat seseorang, 'Kenapa awak suka gantung diri sendiri ea'. Sentap dan sedih.

Mula mula Nadia tak faham. Tapi lama lama bila Nadia kerja dan pengalaman tu makin menapak dalam diri, baru sedar sesuatu. Betul. Aku memang suka gantung diri sendiri. Bukan sekarang. Tapi sejak dulu. Nadia orang yang selalu "tak apa" dan "tak apa" tu sebenarnya tengah makan diri Nadia sendiri. Orang lain memboloskan diri untuk tutup kesalahan mereka, Nadia pula yang berdiri belakang mereka ni untuk menanggung kesalahan yang mereka buat. Perjudikan diri sendiri atas belas ihsan yang mengarut. 

Suka untuk Nadia nak kongsi sesuatu.


Siapa taknak kumpul harta selagi muda atas titik peluh sendiri? Kat sini Nadia suka untuk kongsi sesuatu sebab Nadia anggap setiap pembaca dalam blog ni sebagai kawan walaupun ramai 'silent reader'.

6 bulan Nadia kerja, terus bawa payslip pergi salah satu bank dan semak status untuk beli rumah. Rumah second hand. Kalau ikutkan, Nadia mampu untuk beli rumah bila tunjuk slip gaji, tapi banyak Nadia baca dalam twitter tentang pembelian rumah. Dalam banyak banyak tips dekat situ, ada sesuatu yang berguna untuk digunapakai oleh kita semua. 

  • Kalau tak mampu menyimpan duit gaji sama banyak dengan nilai kereta atau rumah yang awak bakal bayar, maksudnya awak masih belum mampu untuk miliki aset sendiri. Kalau simpanan pun tak mampu ada, macam mana awak nak bayar hutang bulanan yang memerlukan komitmen yang tinggi? Nak tunggu bankrup dulu ke? Logik kan?

  • Sediakan tabung kecemasan sekurangnya 3 bulan gaji sebagai persediaan sekiranya diberhentikan kerja atau berlaku apa apa yang tidak diingini. Kenapa 3 bulan gaji? Logiknya untuk kita tampung diri sendiri sementara mencari kerja lain. Kalau rasa tak ada jaminan, simpan lah 6 bulan gaji atau 12 bulan gaji. Tapi jangan tamak. Kalau 3 bulan pun tak mampu jangan sembang sembarang sebab gajah pun boleh terbang kalau setakat cakap kosong.

Sejujurnya Nadia dah ada rumah yang nak dibeli tapi lepas balik dari bank baru lah terkenangkan sesuatu. Macam mana kalau satu masa Nadia berhenti kerja atau diberhentikan, siapa nak bayar rumah tersebut? Jadi Nadia terpaksa berhenti fikir soal rumah dan sekarang Nadia buat simpanan dulu.

Nadia buat potongan wajib sebanyak RM*** sebulan melalui potongan gaji ke dalam Tabung Haji. Simpanan ni benda yang korang kena paksa. Nadia bagi contoh ea. 

Dulu target nak simpan memang banyak. Kononnya lah. Tapi bila gaji masuk, semua tu cuma habuk dan haprak haha. 

Gaji bulan pertama, mampu simpan RM100.

Gaji bulan kedua, mampu simpan RM150.

Gaji bulan ketiga, mampu simpan RM100.

Tak konsisten. 

Gaji bulan keempat, baru Nadia tahu pasal potongan TH dan Nadia buat potongan paksa setiap bulan. Berjaya simpan RM***.

Gaji bulan kelima, GAGAL ! Sebab masa ni tahu tentang boleh keluarkan duit TH melalui Maybank2u dan memang GAGAL TERUK. Licin akaun. haha


Gaji bulan keenam terpaksa nekad dan Alhamdulillah berjaya. Yeayyy

Gaji bulan ketujuh, bulan ni, harap mampu kawal nafsu nak membeli yang selalu menggila.

See, berapa bulan dah Nadia membazir?

Apa yang buat Nadia nekad? Kahwin. Ya, kahwin. Nadia tak tahu bila Nadia akan kahwin atau bila keadaan memaksa untuk Nadia gunakan duit, hitungan yang Nadia buat andai kata Nadia berjaya simpan duit dalam TH tu, dalam tempoh X tahun, Nadia dah ada RM** ribu dan sekarang tengah struggle untuk nampak miskin demi masa depan yang cerah. 

Betul Nadia simpan untuk kahwin. Tapi kalau Nadia nak beli rumah atau kereta atau sambung belajar, sekurangnya dah ada simpanan dalam bank dan tak perlu menyusahkan ma abah. 

Kejap, mana calon bakal suami? Saya boleh tolong uruskan kewangan awak dan kita nanti. Jangan risau. Hahahahaha

Jangan ajak Nadia berjalan dan melancong sebab Nadia langsung tak ada peruntukan untuk berjimba. Peduli apa orang nak kata andai mereka rasa Nadia tak nikmati zaman bujang atau mungkin kedekut? Awak tak datang pun hulur duit kalau saya susah masa depan. Jadi sediakan payung sebelum hujan. 

Soal duit baik adik beradik atau kawan apatah lagi orang luar, memang Nadia sangat berkira. Duit ialah medium paling mudah untuk berlaku pecah belah dalam hubungan. Yang baik boleh jadi musuh cuma sebab duit. Kawal kewangan mulai hari ni dan berhenti susahkan orang lain. Percayalah, awak mampu asalkan tanam azam kuat dalam diri. 

Kadang Nadia fikir, 'Masa aku bujang ni, banyak aku simpan. Kalau dah kahwin nanti mampu ke aku simpan banyak ni? Entah entah RM50 sebulan pun tak mampu'. Nadia pernah suarakan pada ma dan ma kata, "Tak boleh. Masa tu banyak benda along nak bayar. Kalau nak simpan, simpan selagi belum kahwin".

Buat bakal jodoh, awak buat bahagian awak dan saya buat bahagian saya. Kalau awak rasa awak boleh manfaatkan saya dengan cara simpanan saya, tunggu nanti kahwin, saya manfaatkan awak pula dengan duit awak. Dont play with me aaa. Haha em.

Terima kasih untuk setiap pengalaman 2017.




04 November 2017

78 | Konvokesyen KPTM 2017

Assalamualaikum.

Alhamdulillah harini dah hari ke-5 selepas majlis konvokesyen haritu. 



Ingat lagi dulu terpaksa je masuk KPTM sebab masa tu teringin nak masuk UNITI College under Diploma in Halal Industry Management tapi tak dibenarkan. Lama juga la merajuk sampai surat tawaran KPTM sampai rumah tapi masa tu tak usik langsung. Pastu ma kata "Tu along ada surat KPTM atas meja. Yang tu MARA. Tak nak ke?". Tapi merajuk lagi kan? So tak usik pun 😂

Lepas tu tengok course, 'Diploma in Human Resources Management' dan first impression waktu tu, "Course apa ni. Macam tak best je". Tapi disebabkan 'management' dan dah terpujuk, so masuk la daftar on time. Hahaha. Kalau tak silap daftar 29 Jun 2014 masa tu. 

Tulang belakang paling setia.

Apa pun yang jadi awalnya, Alhamdulillah berjaya tamatkan tepat pada masa. Selain dari tu, dapat kerja tetap dalam bidang HR pun sebulan selepas habis praktikal. Hikmah Allah tu selalu datang pada kemudian hari. Apa yang kita tak nak, itu yang selalunya kita dapat. Dari jadi Ketua Pengawas Pustakawan masa Darjah 6, selalu dapat jawatan Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas masa sekolah menengah tapi waktu di IPT agak slow dan akhirnya kerja pun dapat bahagian Human Resources yang memang berkait rapat dengan manusia. Nadia dan manusia dan masalah memang berpisah tiada 😂

Terima Kasih Allah kerana permudahkan segala urusan Nurul Nadia Binti Ismail dari belajar sehingga ke kerja. 

Dewan Plenari PICC Putrajaya




Dulu masa mula mula masuk belajar kawan sangat ramai tapi lama lama makin kurang kurang kurang dan tak ada. Lepas tu ada balik tapi kuantiti sangat sikit. Sikap anak sulong dan kepimpinan ni kuat dalam diri sampai dengan kawan pun terbawa bawa. Amirul pernah pesan dulu, "Awak jangan serius sangat dengan kawan kawan". Serius satu hal, keras kepala pun iye. 

Tapi Nadia rasa ni bukan soal siapa dan macam mana orang tersebut tapi macam mana penerimaan orang pada tingkah laku kita sendiri. Mungkin Nadia serius dan garang tapi tak ada buat perangai jaja aib dan rasa sakit hati pada orang. Banyaknya Nadia diam. Tapi orang lain bila tak tahan, terus cari geng dan mengutuk berjemaah. 

Nadia tak nampak benda ni masa belajar je sebenarnya, tapi benda ni memang berlaku dalam kehidupan peribadi Nadia sendiri. Silap orang lain, Nadia buat tak nampak dan pejam mata je tapi orang lain (tak kisah siapa pun), akan bercerita beramai ramai dan tuding jari. 

Yang 'menggiurkan' dan selalu tercabut wayar
Tadi niat nak buat ringkas je update kali ni tapi sabar jap, sangat panjang lagi sebenarnya. 

Ok sambung..

Ain Aisyah

Ini sejak semester 1 sampai akhir kecuali hari konvo sebab kitaorang tak ada rezeki jumpa, tetap ada dengan Nadia. Taklah tahap boleh kata paling rapat, tapi paling terbaik antara yang terbaik sebab apa yang jadi dan apa saje buah mulut orang, dia antara orang yang tak pernah buang Nadia kot. Dia dan Amirul paling kuat ada belakang Nadia sepanjang Nadia belajar. Dia bukan kawan kongsi masalah. Bukan juga kawan lepak. Tapi dia kawan yang tak membezakan setiap kawan yang dia ada. Cha, Nad sebak masa taip benda ni. Terima Kasih Cha. 

Naqera Aqila

Mesti pelik siapa yang baca nama ni. Kenapa dia ni ada? Sebab dia antara orang yang concern walaupun lepas pernah marah dia teruk kes ... Dia tak tanya khabar Nadia atau berborak baik depan orang, dia selalu buat belakang kawan lain dan itu antara kami. Terima kasih sebab selalu muncul melalui DM dan tunjukkan yang Qeyla memang buat ikhlas dari cara Qeyla tu sendiri. 

Nabihah dan Asmah

Kalau boleh putar masa, dua ni paling Nadia nak jaga. Tapi banyak kot silap Nadia yang rasa macam tak boleh diterima dek akal. Pernah jadi kawan yang sangat baik masa dulu dan kongsi apa saje. Kawan gelak yang tak ingat dunia. Tak salahkan sesiapa tapi anggap je jodoh kita berkawan tak panjang. Asmah, kawan yang akan hadap air mata Nadia yang keluar macam air terjun setiap kali Nadia kata Nadia risau Amirul ada orang lain. Asmah yang saksikan sendiri macam mana Nadia menangis tersedu sedu sebab mimpi Amirul excident sampai .... okay taknak sebut ! Asmah yang Nadia langsung tak rasa walau sebesar zarah persaingan dalam hubungan kita. Bagi Nadia, Asmah sangat ikhlas. Kena pada cara, Asmah kawan yang sangat baik. Nak cari kawan yang kerja nak ketawa, Nabihah lah orangnya. 

Syazwani Sahira

Kalau sebegitu banyak kawan Nadia tinggalkan Nadia, ini antara kawan yang selalu je terasa hati dengan Nadia tapi mungkin cara kami fikir sama. Pandang sebelah mata dan tak memperbesarkan satu satu masalah tu pada kawan lain. Sedar tak dalam hubungan tu sebenarnya banyak punca datangnya dari 'batu api', sebab tu hubungan mudah goyah. Yang serumah dengan kami je tahu bila masa kami ada konflik. Walaupun hakikatnya betul memang benda tu melarat dan berpanjangan tapi tak tahu kenapa hubungan kami tak pernah putus. Terima kasih. 

Ya Allah, banyak sangat sangat Nadia belajar jenis manusia masa belajar. Banyak sangat. Terima kasih untuk segala pengalaman. Terdidik secara automatik bila masalah tu buat Nadia cari salah dan silap sendiri. 

Amirul Asyraf.

Dia antara orang yang patutnya kena banyak tempias tapi tak pernah sekali dia tinggal. Selalu ada tak kira jam berapa. Yang paling sabar dalam keras kepala Nadia. Terlalu sabar sampai tahap bersuara lembut dan sayu (masih terbayang muka dan suara Amirul masa tu) "Kalau awak marah, saya selalu sabar dan pujuk awak. Tak boleh ke sekali je Nadia awak turunkan ego dan pujuk saya balik" Damn! Tak lah sama macam tu, tapi ayat lebih kurang macam tu. Banyak sangat yang Amirul korbankan. Itu yang mimpi dia excident sampai .. menangis macam apa. Rasa dah sebati dengan dia dan harap tolonglah ini yang terakhir 😢

Sedih sebab Nadia keluar sidang 3, dia dah nak masuk untuk sidang 4. Ralat sangat rasa ! 

Untuk ANNEF, 

Korang antara geng terbaik yang selalu ada masa susah senang. Daripada tujuan untuk buat assignment sampai la ke tahap kehidupan peribadi. Selalu ada antara satu sama lain. 

Semua ada tersimpan kemas dalam kepala dan hati. Semua orang buat silap. Perbaiki setiap manusia yang ada dalam kehidupan korang dan jangan sesekali menolak. Setiap hari ialah hari baru untuk berubah. 

Sekali sekala gambar buruk. Hahahahaha

Dari raptai ke majlis sebenar, berempat. Tahniah Wani, Fish, Nadhrah.
Tahniah diri sendiri sebab dah berjaya habiskan walaupun banyak dugaan sepanjang belajar :)





18 October 2017

77 | Tak Miskin Belum Tentu Miskin

Assalamualaikum, 

Apa yang orang nampak kita pada zahirnya semuanya yang baik dan elok. Sakit susah kita orang tak tahu pun. 



Masa belajar boleh Nadia kata, Nadia antara yang zahirnya senang pada mata kawan kawan. Bagi abah sendiri sebagai seorang ayah, kalau nak apa apa, minta dengan dia dan jangan minta dengan orang. Jangan suka meminta minta kalau kita masih mampu. Jadi, Nadia terdidik untuk tak meminta minta walaupun sesak sebab tahu abah akan tunaikan.

Kereta? Maaf. Nadia tak pernah minta tapi abah sendiri yang kasi sebab abah beranggapan, "Biar orang susahkan kita jangan kita susahkan orang". Tapi ma pula sedih, ma pernah kata, "Apa yang ma abah bagi bukan suruh along senangkan kawan kawan tapi ma taknak along fikir pasal duit atau apa apa sampai tak boleh nak belajar". 

Jadi kerap sangat satu ayat ni berlegar legar dalam kepala sebab dulu ada orang pernah cakap, 

"Kau ni mesti tak boleh hidup susah kan?"

Letaklah dalam hati yang perjalanan hidup kita semuanya berbeza dari segala aspek. 

Kita tak perlu bahas dugaan siapa lebih berat dan masalah siapa lebih banyak sebab Allah datangkan sesuatu musibah tu sesuai dengan kesanggupan makhluknya. Jadi, kenapa perlu dibanding banding?

Habis peperiksaan Tingkatan 4 lagi Nadia dah mula cari kerja dan masa tu sekali je cuba nasib terus dapat kerja, Pizza Hut. Hari pertama kerja tu, waktu maghrib, tiba tiba Nadia menggeletar satu badan dan memang tak boleh stop langsung. Nadia ingat lagi masa tu Nadia baca ayat kursi walaupun macam tak jalan. So, masa tu baru tahu yang badan Nadia tak boleh terima aircond yang terlalu sejuk.

Pizza Hut juga. Kerap sangat bila balik kerja, betis cramp. Sampai ada satu tahap masa tu masuk kerja 4 petang. Pada pukul 6.30 petang lebih kurang macam tu, Nadia tengah berdiri dan tiba tiba lutut lembik dan kaki Nadia sangat sakit sampai Nadia berlari pergi cashier counter dan menangis. Hahahaha. Tak tahu apa motif pergi sana sebenarnya. Lepastu kena buka kasut sebab ada kawan ni nak sapu minyak panas dan terus dia hantar Nadia balik rumah. Sampai rumah, ma pula menangis hahaha sebab dia sedih tengok Nadia menangis teruk sangat sebab sakit. Masa ni la kemuncak sakit kaki sampai pergi hospital kerajaan habis semua doktor check. Darah, jantung dan apatah lagi sebab doktor takut Nadia ada apatah. 10 malam ma abah bawa pergi Hospital Kulai bahagian kecemasan, 2 pagi baru siap. Erm. Jadi waktu tu Nadia tahu, Nadia tak boleh kerja yang perlu berdiri lama lama dan banyak bergerak. 

Aeon sebagai Cashier. Masa ni Nadia rasa teruk dan penat kerja Pizza, penat dan teruk lagi kerja cashier sebab nak shi shi pun kena terjengah jengah cari supervisor untuk cover kaunter. Boleh imagine tak hujung minggu dan hari perayaan tu, serupa apa Q counter cashier tu? pppfffft ! Masa tu Nadia juga tahu Nadia tak suka kerja kira duit sebab rajin short. Hahahahahahahahaha. 

Aeon sebagai Cashier juga. Ingat lagi masa tu Nadia minta cuti seminggu lebih awal dari supervisor untuk cuti sebab masa tu adik lelaki tamat rekrut TLDM dekat Pengerang. SUPERVISOR TAK APPROVE ! Masa tu baru sebulan kerja dan supervisor tak boleh nak bertolak ansur langsung padahal dah pujuk dan masa tu ayat dia "Tu bukan masalah saya, saya dah buat jadual" sedangkan Nadia dah cuba cara dengan tukar cuti. Disebabkan dia buat keras kepala dia, Nadia tengok kalendar, ngam ngam seminggu sebelum nak pergi tempat adik, esoknya terus Nadia hantar notis berhenti seminggu. Terima kasih, puan. 

Jaga Kiosk.

Promoter Oven.

Semua kerja tu kerja shift dan perlu kerja pada Public Holiday (PH) dan ahad pun perlu kerja. Ahad kena kerja tu yang paling benci. Hahahaha. Masa ni Nadia tahu yang sebenarnya Nadia nak sangat kerja waktu pejabat. Alhamdulillah walaupun keputusan SPM tak cantik sangat tapi dapat juga sambung KPTM dan syukur sekarang pun dapat kerja dalam pejabat dan kerja pada waktu pejabat. 

....



Marah sebenarnya bila orang nampak kesenangan kita dan terus adili yang kita ni tak boleh susah sedangkan kita pernah susah. Ya mungkin Nadia tak sampai tahap kais pagi makan pagi kais petang makan petang, but WE ALL HAVE OUR OWN STRUGGLE ! 

Please and please read this ( Dugaan Berkereta )

Tolonglah berhenti dengki dan soal kenapa kita tak dapat sama macam orang lain dapat sebab perjalanan hidup kita berbeza beza. Allah tahu apa yang kita dah lalui, apa yang Nadia ada sekarang ni pun belum tentu lagi hikmah atas semua sabar selama ni, mungkin saja ni semua musibah yang saja Allah uji. Kita jangan mudah sangat rasa senang dengan apa yang kita ada. 

Sekali lagi.

Berhenti cari apa yang orang lain ada dan tolong hargai apa yang awak ada. 

Terima kasih.

06 October 2017

76 | Cinta atau Maruah ?

Assalamualaikum.

**Semoga post kalini ciput dan pendek je. Amin~ 

Sejak habis belajar ni, nampak dah sorang sorang mula putus dengan pasangan. LDR ke puncanya? WTEVR~

Tengok orang lain putus, pun rasa nak putus. Nampak macam mangkuk ayun kan? Tapi ya, ada juga perasaan tu. Sebab mencari cari salah dia tapi tak jumpa salah. Kalau ada pun cinonet sangat dan tak ada apa boleh dibesar-besarkan. #dasartakbersyukur

Ada je yang seolah doakan biar Nadia dengan Amirul tak lama. Tapi siapa je kesah. Antara kami berdua masing masing tahu jodoh tu dipegang Allah. 

Masa bercinta, buang kawan. Putus.

Masa bercinta, manis. Putus. 

Masa bercinta dengan orang lain. Tunang/kahwin dengan orang lain.

Masa bercinta, pertahankan itu ini. Putus.

Sekejap sangat hati tu boleh berubah. 

Percaya. Jujur. Hormat. 

Tak boleh percaya sangat. Tak boleh langsung tak percaya. Tapi kena tanam percaya tu. 

Jujur tentang apa apa sekalipun kalau taknak ada masalah akan datang. 

Hormat? Dulu ada satu kes dekat Cafe Kolej, bergaduh depan orang boyf girlf ni. So Nadia dah warning Amirul siap-siap. 

"Awak nak marah atau berkasar dengan saya, jangan buat depan orang. Sekali awak buat, saya takkan hormat awak lagi dan takkan teragak agak nak tinggalkan awak" - Nadia

Lelaki ke, perempuan ke. Semua orang ada maruah. Kalau pasangan dah berani pijak maruah awak, jangan jadi bodoh. Tolong. 

Maruah tak boleh dibeli dengan cinta. 


...

Kalau rasa dah tak nak pasangan, cousin cakap, 

"Cuba kalau dah tak hingin tu, kasi la signal, baru la orang tahu !" - Cousin

Hahahahaha.

Jangan gantung orang tak bertali please. 

OK bye. 

20 September 2017

75 | Diploma dan Kerja atau Sambung Degree??


Assalamualaikum.

Kalau ada lah pembaca setia yang ikut perkembangan blog Nadia ni sejak zaman kolej (memandangkan dah padam segala kisah zaman sekolah menengah) perasan, dulu asyik berkisar tentang "Kawan". Sekarang berkisar tentang "Hidup" dan "Matlamat". Sebab perjalanan hidup kita terus berjalan dan akan berubah. Kan?

Kerja atau belajar? Sampai Diploma atau sambung Degree?

Honestly, Nadia tak tahu sangat flow pendidikan ni. Kalau setakat Matrik dan Form 6 tu Nadia tahu lah. Nadia taknak sentuh apa yang Nadia kurang arif untuk elakkan kecelaruan pada diri sendiri dan pembaca. Tapi bagi Nadia sebelum nak ambil Form 6, tanya diri, "Lepas aku habis Form 6 ni, aku minat atau tidak nak belajar lagi?" . Kalau dah tahu dan pasti tak minat, kenapa teruskan. Betul?Buang masa. Tegas dalam tentukan matlamat hidup !

Kenapa kena tahu minat atau tidak? Kita dah maklum yang Form 6 antara darjah pembelajaran yang susah dan kau bijak pun belum tentu kau mampu bawa. Ini apa yang kawan kawan Nadia bagitahu. Bagi Nadia, orang yang ambil Form 6 ni beruntung sebab macam satu batu loncatan yang dia terus boleh dapat langkah ke 'Degree'.

Tolong maklum yang kita sedang ada dalam era yang mementingkan 'STATUS' !

Macam mana dengan orang Diploma? Diploma tu sendiri dah ada nama walaupun ada orang suka sebut "Diploma je pun". Bila kata ada Degree, dia jadi macam gah sikit. Ini perkara biasa.

Soalannya
Belajar sampai Diploma atau sambung lagi belajar ke Degree?

Jawapannya, tanya diri.

Apa matlamat awak. Kenapa awk nak belajar. Apa yang awak nak dalam hidup. Apa yang penting bagi awak. Apa yang awak nak kejar.

SOAL DIRI !

Tapi kalau nak sambung degree untuk dapat gaji yang tinggi, rasanya kena betulkan semula niat tu (bukan niat untuk patahkan semangat). Selalu kan kita baca cerita orang tapi kita jadi was was dan terlebih percaya diri. Tapi banyak hakikat hidup yang kita tak sedar memang apa yang dah diceritakan oleh orang orang berpengalaman tu HAMPIR semua betul. 

Degree demand gaji.

Kelulusan Degree awak terlalu bagus. 

Degree with zero experince.

Jawatan ni untuk SPM.

Banyak faktor yang kena pertimbangkan dan last sekali diploma and degree holder ni akan kata "Tak ada kerja". Bukan kerja tak ada, tapi dalam tak sedar, kalian dah berada dalam kelompok tadi.

Memilih.

Gaji kecik.

Rasa tak setaraf kelayakan dengan jawatan.

Kerja yang tak mencabar.

Rasa diri bagus dan tak nak bertatih.

Belajar is belajar. Kerja is kerja. Pernah jumpa baby yang lepas keluar berdarah tu terus duduk? Apa baby tu buat? Menangis. Betul? So then, we also likes a baby. 

Sebelum kita diiktiraf, kita bertatih untuk timba segala ilmu dari pusat pengajian. Lepas kita dah diiktiraf, kita pilih untuk bertatih lagi tapi dalam keadaan yang lebih baik (degree). Jadi macam mana kita boleh fikir dengan dah bertatih ke keadaan yang lebih baik (degree) tu boleh menjadikan kita terus bagus? Mestilah kena banyak sakit dan seksa sebab bila bekerja kita ada dalam satu lagi situasi baru. 

Kalau kita selam, kita memang tak berhenti dari terus belajar.

Jadi, kalau tanya Nadia, nak sambung atau nak kerja dulu? Nadia akan jawab, tanya diri. Apa awak nak?

Nama?

Kuasa?

Pengaruh?

Pengetahuan?

Kepuasan?

Turutkan niat seseorang?

Ya. Turutkan niat seseorang. Siapa? Ibu bapa. Tak dinafikan bila kita dilahirkan dalam keluarga yang berpendidikan, suka atau tak suka, kita memang kena turut kemahuan ibu ayah untuk terus belajar ke menara gading. Tapi satu suka Nadia soal (soal diri sendiri), sampai bila nak belajar ke menara gading tapi satu masa bila kerja terus merungut gaji kecil dan rasa tak berbaloi dan setaraf. Satu lagi Nadia nak tanya, siapa yang nak ambil awak bekerja dengan kosong pengalaman tapi high demand?? Letakkan diri awak dekat tempat majikan tersebut. Awak rasa berbaloi ke?


Nadia pernah pergi sekali je JOBFAIR. Serius tak dinafikan kebanyakan nak ada 'degree' dan pengalaman min 3 tahun. Bila sampai job fair, Nadia boleh nampak ramai orang hebat yang 'jual' pengalaman diorang dan sumpah rasa sangat kerdil. Tapi tak dinafikan, ada juga majikan yang pentingkan status pendidikan. Tapi Nadia percaya "Experience comes first". Tak semua orang bernasib baik jadi jangan dibeza bezakan nasib sesama sendiri. 

Percayalah juga, apa yang belajar dalam kelas, cuma ciput je berbanding apa yang kita buat di tempat kerja. Beza. Banyak beza. 

Give up? Hahahaha. Honestly Nadia sendiri ada rasa dan perasaan nak berhenti. Tapi Nadia soal diri Nadia "Apa jaminan yang aku ada bila aku berhenti kat sini dan masalah juga akan berhenti dekat tempat baru?" NO ! Problem in workplace is unavoidable ! Selalu positif dan kuatkan jati diri. Mental tu memang kena asah sangat sangat.

Orang tanya, "Kenapa lepas praktikal, masuk sini lagi (GBWHJB)?" So jawapan Nadia, "Kalau management sini tak bagus, tak mungkin saya kan terima untuk kerja kat sini." Persekitaran membentuk emosi. 

Silakan berpindah randah tapi the next next next and next employers you akan tanya, kenapa gap setiap company tu sikit sikit. Then ask yourself. Pekerjaan tu yang bermasalah atau diri aku yang bermasalah? Then you will know the answer. 

Last !

Percaya rezeki. 

SPM. Diploma. Degree. Master.

Selagi mana terus memilih dan nakkan yang terbaik selagi tu kita tak dapat pun apa yang kita nak pun sebenarnya. Tolong percaya rezeki. Kalau sekarang ni awak tengah sambung degree. Go on. Ni cuma secubit rasa yang Nadia rasa nak kongsi untuk awak soal diri, "Kenapa sebenarnya aku sambung belajar".

Hasil ditentukan oleh niat. Ikhlas, maka Allah akan tolong. Niat untuk jadi dan nampak hebat, In sha Allah, teruskan berdoa. Semoga tercapai hendaknya.

Choose wisely your path. 




....
Punca macam mana boleh tercetus idea nak update topik ni :

PLEASE READ THIS  !


02 September 2017

73 | Jaga Jodoh Orang Lain?

Assalamualaikum.

Bercinta bertahun tahun tapi putus?

Sia sia jaga jodoh orang lain?

Dah jaga dia baik baik tiba tiba kena tinggal?


Jangan beria masa bercinta kalau taknak menyesal masa putus..

Tipulah kalau cakap tak takut kalau kalau terputus tengah jalan. Tapi tak ada apa nak dibazirkan kalau masa bercinta tak berlagak (berkelakuan @ lagak) macam dah kahwin. 


Duit dan hadiah.

Sebelum awak nak kasi hadiah pada pasangan, cuba tanya diri, semahal itu atau sama macam nilai tu tak awak pernah kasi pada ibu ayah awak? Kalau Nadia jadi ibu, anak Nadia belikan hadiah mahal pada pasangan, Nadia akan jadi ibu yang paling kecil hati. Lebih lebih lagi kalau tak pernah dapat pun hadiah dari anak tersebut. Tak kesah la anak Nadia tu lelaki ke perempuan. 

Awak belum officially bernikah, tapi hadiah dah gah. Kita tak cakap tentang Syafiqah Aina atau mana mana artis. Ini tentang persekitaran kecil kita. 

Untuk hadiah birthday Amirul sendiri Nadia pertimbangkan dan tapis. Siap tanya ma dulu sebab Nadia nak ma tahu anak dia ni kasi hadiah pada lelaki yang bukan suami. Bila ma kasi idea dan budget (nilai yang sesuai dan tak melampau), baru Nadia proceed. 

Soal makan? Makan sama sama, tapi masa bayar, hulur agak agak berapa yang masing masing dh makan. setakat tak cukup seringgit dua, salah satu dari kami akan topap sikit. Tak ada istilah kalini awak bayar, lain kali saya bayar. NO !

Kecuali kalau rasa nak makan mahal masa tu, so tengok la siapa yang akan belanja tapi benda ni jarang berlaku. Selalunya kalau salah satu dari kami yang mengidam sangat atau antara kami yang merajuk, so dia akn volunteer sendri nak belanja. 

Bila buat macam ni, rasa rasa Nadia akan menyesal ke kalau satu masa nanti hubungan tak panjang? In sha Allah, tak. 


Bercuti dan luang masa.

Memandangkan sekarang tengah LDR, orang akan dan mesti akan tanya, "Tak jumpa Amirul ke?", "Amirul tak turun Johor ke?" "Kenapa tak jumpa dia?". Satu, kekangan masa sebab waktu kerja Nadia dan dia berbeza. Dia cuti Jumaat Sabtu, Nadia cuti Sabtu Ahad. Dua, kekangan duit. Mesti orang akan kata "Kalau nk jumpa, kumpul lah duit"

Bab tu, Nadia tak setuju. Kumpul duit untuk jumpa Nadia atau untuk Nadia pergi jumpa dia? Kumpul bukan main lama sampai kena ikat perut, lepas tu habis dalam masa 2 3 4 hari? Lebihlah baik kumpul duit tu, untuk kahwin. HAHAHAHAH. Sumpah ini serius. Jangan membazir duit datang jauh semata nak jumpa. 

Kali terakhir kami jumpa bulan 5 kat Kuantan untuk present report practical. Kali seterusnya bulan 8 kat Terengganu tu pun sebab kawan Nadia kahwin. 

Nadia suka cakap "Kalau awak nak datang sini, jangan datang dengan rasa susah atau terpaksa. Terpaksa datang sebab rindu. Taknak satu hari nanti kita dah tak ada apa apa, awak akan rasa sia sia buat itu ini" . Tapi honestly, Nadia tak galakkan dia datang. Terengganu - Johor, bukan dekat ! 

Lagipun sayang lah. Gaji kami baru berapa, dah kalut kalut nak kumpul semata nak jumpa. Baik simpan duit tu. Kita tak tahu masa bila kita terdesak, jadi lebih baik beringat daripada tahu ada lebih sikit terus nak berjalan. 

Orang kata pengorbanan. Hangguk dia pengorbanan. Lepas tu putus main ungkit ungkit. Cegah lebih baik. 

Biarlah boyf orang lain sweet. Selalu datang jumpa. Selalu dapat hadiah. Hadiah mahal mahal. Boyf of the year. Biarlah.

Kalau Amirul boleh buktikan diri kumpul duit (walaupun bukan untuk kahwin) dan berjaya, itu dah memadai. Bagi Nadia, kita ni bercinta untuk memperbaiki satu sama lain dan majukan pasangan kita. Jadi sekurangnya bila putus, baik kita, baik pasangan, dua dua dah improve dari buruk kepada lebih baik. 

Jumpa setahun 2x pun dah memadai. Setahun sekali pun Nadia OK. Kita ada video call, voice call. Jadi kenapa nak susahkan diri untuk benda yang belum tentu jadi hak milik kekal kita. 

Kalau dekat, itu lain cerita. Kami sendiri rajin jumpa kalau dekat. Kalau jauh, itu pun HAK individu. Nadia cuma ketengahkan isu ni sebab kalau Nadia jadi lelaki, Nadia akan jadi lelaki yang paling kedekut. Kau nak jumpa aku, kau keluar duit sendiri dan berkorban sendiri. Itu juga Nadia buat sekarang. Hahahaha. Yela, degil kan? Nadia tak masuk campur lah. Walaupun tengah bercinta, kalau apa Nadia kata, taknak dengar, mudah je "susah, jangan cari". Lantok nak kata garang ke tak sweet. Ai tak ada masa nak jadi manis. Jadi diri sendiri. 

Dah 3 tahun ni kadang tunggu juga, agaknya siapa tergelincir dulu? Atau apa lah dugaan paling teruk antara kami lepas ni. Apa apa pun, jalankan jela hidup macam biasa tapi jangan beria. 

Assalamualaikum. 



***Corak fikir kita tak sama. Kalau ada yang kalian terasa dan rasa macam "sukati oranglah", macam nadia kata, corak pemikiran kita berbeza. Terima kasih.

***Sejujurnya masa menaip, langsung tak terlintas sesiapa untuk Nadia sindir atau perli. Apa apa yang ada dalam ni sepenuhnya tentang Nadia sendiri. Berbalik pada pepatah melayu, siapa makan cili di terasa pedasnya. Terima kasih. 




25 August 2017

72 | Housemate Kelantan Pengotor?

Assalamualaikum

Tengah scroll Twitter, tiba-tiba ada nampak satu tweet ni. Macam biasa kalau yang buruk buruk semua Kelantanese. 

Isu Pengotor. 

Jari ni memang gatal sangat dah nak balas tapi okok sabar. 

Nadia pernah menyewa dengan orang Johor, Perak, Terengganu, Selangor, Pahang dan Kelantan. 

Siapa pernah serumah dengan Nadia boleh Nadia kata 'nightmare' sebab Nadia memang cerewet bab kebersihan rumah dan ya Nadia ic 03 (Kelantan), cuma membesar je di Johor sejak baby. Orang dok kutuk lah kelantan pengotor tapi dari amatan dan pengalaman Nadia sendiri, housemate Kelantan Nadia lebih bersih dari yang lain. Nadia taknak sebut negeri mana yang pengotor sangat tu tapi kalau katakan blog ni dibaca oleh mereka, mereka patut sedar diri. 

Situasi pertama. 

Nadia pernah bising soal bontot kuali baru. Ya kuali tu Nadia punya dan baru dibeli tapi jenis pakai taknak basuh. Benda kalau rajin, tak payah ada alasan. Nadia pula dihentam bab basuh pan dia tapi tak bersih. Sebenarnya Nadia tahu je siapa yang basuh bersih dan siapa yang asal 'basuh'. Tapi biasa lah, cerita kalau bawa dari mulut ke mulut, orang takkan percaya cakap kita. Pan yang dia kata basuh tapi masih berminyak tu kerja rakan sebilik dia merangkap kawan dia sendiri. Sebab kebanyakan peralatan yang kawan dia baru lepas pakai, mesti kena basuh balik sebab masih melekat kesan. (dua dua negeri dirahsiakan). Nadia malas nak melagakan orang tapi dia tembak langsung tak selidik dulu. Adil ke?

Situasi kedua. 

Nadia nak tegur depan depan, nanti tarik muka. Nak sabar, dah puas sabar. Jadual buang sampah dah ada tapi kalau dah malas memang malas juga. So, Nadia tweet marah marah. Tiba tiba dia bangun pagi dia pula nak bidas balik. Kalau setakat harapkan seorang je buat kerja rumah, baiklah tak payah menyewa sama sama. Ulat sampah sampai berkeliaran dekat dapur. Perempuan ke macam tu?! Ya masih juga nampak buruk Nadia. Bangun pagi dah mengadap ulat sampah, siapa tak bengang?.

Situasi ketiga.

Pintu tandas dan tandas. Nadia ingat lagi kawan Nadia pernah kata, masa Nadia masih di rumah sewa tu, kalau nak mandi mesti dia akan basuh tandas sebab dia tahu Nadia antara orang yang rajin bising. Tapi sejak Nadia keluar, dia dah tak peduli soal rumah dan tandas. Sebab dah tak ada orang yang nak peduli. Kalau kalian selesa tinggal sama sama, then go on. Seronok kan pijak lantai berlendir, mangkuk jamban kuning. Tak pelah. Hehe.

Nadia pernah masuk tandas salah satu kawan masa belajar, ya Allah serius kata, jijik. Licin ya rabbi. Tinggal bertiga tapi ok malas nak komen. Peerempuan kan. 

Situasi keempat.

Air tumpah. Air manis. First, tak lap dengan air biasa, cuma lap dengan kain je. Lantai tu masih melekit dengan air manis. Kalau panggil buat lagi sekali pun, lap ala kadar je. Lepas tu, siap ! Amboi mudahnya hidup.

Situasi kelima.

Nadia tak berkira bab buat kerja rumah asalkan waktu yang sepatutnya bertugas memang bertugas. Tapi bila satu masa Nadia tak berkira tiba tiba nak letak salah atas bahu Nadia sorang hanya sebab Nadia minta tolong dia sebab ada nama dia dalam jadual, dia kata "aku dah penat buat itu ini semalam kenapa harini aku kena lagi?".

Fyi, hujung minggu aku buat sorang. Aku kemas semua. Apa yang bukan ada dalam jadual pun aku buat. Sikit pun aku tak merugut. Tiba tiba bila sikit je aku minta tolong, dia merungut sumpah sentap tu rasa macam useless nya kau Nadia. Sumpah. 

Nadia ada balik lama Johor masa tu. Salah satu kawan Nadia ada kata "Bila kau tak ada, rumah tak terjaga Nad. Puas kemas. Sepah lagi"

Yes. Itu aku rasa. Tapi aku ok. Sebab aku suka kemas. Tapi apa aku buat, orang tak appreciate. Orang siap mengata hanya sebab aku buat semua tu untuk kebajikan dan kebaikan bersama. Tak ada satu pun yang datangkan manfaat untuk aku seorang. Tapi aku sedar satu benda, ada manusia memang suka untuk duduk dalam keadaan kurang bersih dan tak boleh ditegur.

Sama juga Nadia dapat ayat yang lebih kurang sama dari lagi satu kawan, "Sejak kau tak ada, rumah dah tak teratur".

Ada juga kawan kawan kepada kawan lain bila datang rumah, "rumah kau bersih weh. Rumah aku, Ya Allah......."

So wahai lelaki, awak rasa girlfriend awak dah cukup elok mengemas rumah macam dia berhias untuk awak? Selidik sebelum menyesal.
..

Bila aku buatkan jadual, korang gelakkan. Apani macam zaman sekolah. hahaha. Bila aku tegur itu ini, buat kat depan tapi mengata kat belakang. Bila aku tak ada, baru ada orang yang nak concern dan rasa susahnya nak jaga rumah yang duduk beramai.

Susah kan? Aku ni banyak je makan hati tapi aku suka ignore apa yang aku rasa. Tapi lagi aku diam, lagi diumpat umpat. 

..

Aku tak kata aku bagus. Pembersih yang 100% nak sempurna. Tapi cubalah sebagai perempuan benda basic macam buang sampah, lap lepas masak, sapu sampah, KUTIP RAMBUT SENDIRI LEPAS SIKAT RAMBUT, mop dan semua benda asas pun tak mampu nak buat, kalau aku tegur, masih salah aku ke? 😃

COMMON SENSE.

Nak sepahkan katil sendiri, bilik sendiri, zon sendiri itu hak masing masing. Tapi kalau untuk kegunaan bersama tak reti nak jaga macam dapur, tandas, kipas dan lantai, masih nak mengaku perempuan ke?

Perempuan cantik belum tentu pembersih. 


Nadia pernah kata kat Amirul. "Awak, saya ni cerewet. Saya tak suka sepah sepah. Kalau nak gaduh, cuba la sepahkan. Sanggup?". 
..

Nadia dah puas kot bila Nadia ada, orang claim "Semua ni jadi puncanya dari kau". Tapi bila Nadia tak ada "Kau tak ada, susahnya (mengeluh)".

Nadia pernah menyewa 2 buah rumah jadi permasalahan ni Nadia dah gabungkan cuma Nadia tak mention rumah mana satu. Kalau kalian terbaca, tapis lah sendiri ea yang mana yang berkaitan kalian. 

Esok lusa kalau Nadia meninggal, orang yang pernah claim Nadia sebagai menyusahkan, tolong jangan mengaku Nadia kawan sebab masa hidup, kalian juga yang pernah buang Nadia. 

Tapi terima kasih lah. Sebab tu semua banyak ajar Nadia jangan mudah percaya orang. Kadang kadang yang paling rapat itulah yang paling banyak tikam kita.

Terima kasih. 

20 August 2017

71 | Berkat Dalam Pekerjaan

Assalamualaikum.

Macam biasa, setiap kali nak mula mengarang, mesti otak tiba tiba tak boleh proses. Haha. K k. 

Kita selalu sebut berkat berkat berkat. Tapi apa tu berkat? 

Kita suka ambil berat hal hal yang besar dan abaikan hal hal yang kecil. Betul tak? Kita nampak sedekah. Tapi kita tak nampak jujur. 

Abah pernah kata dulu, kalau abah sampai site lambat, abah akan balik lambat untuk ganti balik minit yang dah lambat. Kalau abah tak kerja, abah takkan sign kerja. Kalau bos suruh kerja, abah pergi je.

Sayang atau buli?

Abah kerja kadang sebulan cuti langsung tak ada. Kerja bukan dekat. Nun seberang Malaysia sana. Ulang alik. Eh bohong lah ma tak bising sebagai istri dan kami tak merungut sebagai anak. Abah pula kata dah bos suruh, abah kerja je lah. Abah pun ada kata, "Kalau orang suruh abang buat itu ini, abang ikot je. Nanti dia rasa dia penat, dia bosan dia berhenti lah". Abah tak suka nak melawan atau bergaduh. 

Dulu masa Nadia kerja part-time, Nadia dah mula rasa tempias sikit-2 bila bos Nadia kasi Nadia OT banyak dalam masa beberapa minggu. Memang lah best dapat duit. Tapi penat woi. Lepastu Nadia fikir, ini mesti dia sayang Nadia ni. Ya, sebab bos Nadia sayang, dia kasi OT banyak. Huhu.

Abah pula, hikmah dari dia kerja OT jam setiap hari. OT lagi hari minggu. Rupanya sebab bos dia kata "Aku kasi kau OT sebab kau nak pakai banyak duit kan. Anak kau tengah belajar". Ya Allah. Nak gugur jantung. Terharu dan kesian. Bos abah tu cina. Terharu sebab bos faham abah dan bagi peluang pada abah. Kesian sebab abah kadang tak sempat mandi, dah tersadai terlelap atas kerusi sebab penat. Ini ma cerita.

Bila Nadia dah habis belajar, abah terus jarang OT jam. OT hari minggu cuma kadang kadang je. Abah dah banyak rehat. Tu ma yang kata. So Nadia agak bersyukur lah kat situ. 

...

Ada satu insan ni, dari apa yang Nadia tahu, bila kerja, suka tenggelam timbul. Waktu OT hujung minggu, untuk OT dia sign tapi pada hari tersebut dia tak ada pun. Hidupnya mewah dengan duit. Tapi satu satu Allah tarik keberkatan dalam keluarganya. Maaf kalau macam terhukum. Tapi anaknya mula bermasalah. Kesihatan beliau dan ahli keluarganya mula Allah tarik. 

Jujur dalam mencari rezeki tu tak ada. 

Silap kita, ini lah. Kita sibuk nak jaga pahala yang besar besar sampai lupakan dosa yang kecil kecil. Umpama menjaga solat sunat tapi abaikan solat wajib. Faham kan konsep dia?


Tak faham? Ya bahasa ni macam agak pening dan pelik, tapi cari la hikmah dan tilik diri. Rahmat Allah tu dekat atau tidak dengan kita. Jujur tak kita dalam setiap jam bekerja? CCTV manusia ni apalah sangat nak dibanding dengan CCTV Allah. Majikan cuma perngantara je tapi Allah lah yang kawal semuanya.


Benda ni wujud. Kita nampak aliran wang melimpah ruah dalam akaun tapi kita tak perasan permasalahan yang Allah hulur dalam hidup tanda memperingati kita untuk terus beringat.

Cuba soal diri kita, cukup ke apa yang kita dapat selama ni? Kalau tak cukup, kenapa tak cukup? Apa apa yang kita nak cari atas dunia ni, jangan tengok cuma dengan mata kasar tapi hayati betul betul punca sebenar. 

Cuba lah untuk tak merungut dan selalu bersyukur. In sha Allah akan selalu rasa cukup walaupun sikit. Apa pun yang Nadia dapat baik banyak atau sikit, Nadia bersyukur je. Dari dulu Nadia pegang konsep 'Syukur' ni sebab sangat percaya dengan apa yang Allah kasi.

Sikit rasa ngam ngam. Bila lebih terasa lah boleh berbahagi bahagi. Lama lama Nadia rasa macam Allah tu selalu tunaikan apa yang Nadia nak dan adakan apa yang Nadia tak pernah minta atau harap. Cuba dan CUBA ! 

Berhenti lihat apa yang orang lain ada. Cukup pastikan diri sendiri selalu bersyukur dengan apa yang sedang ada.

Susah sangat ke? 







24 July 2017

70 | Kerja Pertama dan Cara Urus Kewangan (Fresh graduate)

Assalamualaikum..

Sejujurnya post kali ni agak panjang dan kalau ada perkara baik yang boleh diikut, silalah ikut dan mana yang dirasakan tak sesuai bolehlah tinggalkan jejak komen dekat ruangan komen. Hahaha

Bila kita belum kerja dan tak ada pendapatan, semua benda berlegar legar dalam kepala. Nak buat itu, nak buat ini. Nak simpan banyak tu, nak kasi kat mak ayah banyak ni. Semua nilai tu dah ada dalam kepala. Tapi, tahu tak, bila duit tu dah selamat masuk dalam akaun bank, semua benda tu terus terbang lari. Masa tu kita akan rasa perancangan kita yang awal tu macam tak sesuai dengan sumber pendapatan yang kita dapat. 

Nadia taknak bincang dan bercerita berapa banyak gaji Nadia, tapi Nadia rasa nak kongsi macam mana cara Nadia handle duit tu sampai cukup hujung bulan dan tak minta walau seringgit pun dengan ma abah. Serius. Nak mulakan benda besar, kena jaga yang kecil dan asas dulu. 

Prinsip Nadia kalau dah kerja nanti (sekarang ni lah), banyak atau sikit mana pun gaji, atur elok-2 dan jangan minta dah duit dengan ma abah. Mesti ada cara untuk rasa cukup. Kadang bukan tak cukup, tapi kita yang boros tak sedar diri. 

Pertama. 

Berapa pun gaji korang, kalau nak buat apa apa, jangan campurkan gaji pokok dengan elaun atau apa apa. Sebab semua benda tu akan berubah. Nilai yang tak akan berubah cuma gaji pokok sahaja. Jadi, besar mana pun gaji, jangan tengok bila dah jumlahkan, tapi tengok gaji pokok tu SAHAJA, jadi, itu lah pendapatan tetap untuk komitment wajib bulanan. 


Kedua. 

JANGAN BERHUTANG. Bila dapat gaji nanti, tolong lansamkan segala mak nenek hutang yang korang ada. Tak apa sakit untuk bulan pertama, nanti bulan kedua, kepala dh lapang. Korang suka ke duduk dalam BERHUTANG?

Disebabkan Nadia ada perniagaan online kecil kecilan, dah tentu ada duit modal dari perniagaan tu kan? Nadia ada sampul khusus untuk duit modal + untung, jadi apa yang Nadia buat, duit modal tu kalau Nadia dah usik, Nadia akan WAJIB bayar bila dah gaji sebab Nadia anggap yang tu bukan hak Nadia, jadi Nadia kena pulangkan semula (walaupun perniagaan tu Nadia uruskan seorang). Duit untung pulak, Nadia akan masukkan dalam tabung Nadia dan cukup bulan, Nadia akan masukkan dalam Tabung Haji campur sekali dengan simpanan bulanan Nadia. 

Percayalah, walau sikit mana pun untung perniagaan korang, itu sangat membantu bila korang terdesak atau nak tambah sikit simpanan dalam bank. 

Ketiga. 

Komited terhadap komitmen korang. Maksudnya, korang mesti tahu apa antara perbelanjaan wajib korang kan? Jadi, asingkan segala benda tu siap siap. Benda ni bagi mengelakkan korang lupa daratan bila berbelanja. Lebih elok bila selesaikan semua komitmen dulu, barulah fikir soal nak berbelanja sakan. 

Nadia ada cara Nadia sendiri untuk bahagian ni. Komitmen wajib bulanan Nadia RM660.00. Apa yang ada dalam RM660.00 tu (termasuk duit untuk ma abah) ?

RM320 - Minyak kereta (RM80x4minggu)
RM50   - Tol (Sebulan)

Selebihnya, rahsia~ hahaha. So tambah tambah akan jadi RM660. Setiap bulan Nadia akan asingkan siap siap benda ni. Untuk duit minyak kereta, itu cuma anggaran. Anggarkan berapa max yang korang rasa mungkin kenderaan korang tu takkan cecah. Jadi, korang takkan pening kepala nak korek duit untuk sampai ke hujung bulan. Mana nak simpan duit ni? Nadia sediakan satu sampul raya dan duit minyak Nadia akan letak dalam sampul tu dan letak je dlm beg duit. Korang takkan usik sebab duit tu bersampul. Tapi kalau jenis boros, buatlah apa pun, tetap akan buka juga sampul tu kan 😂

Keempat.

Simpanan. Berapa pun gaji korang, jangan culas bab menyimpan. Korang tak nampak benda ni penting sekarang. Tapi esok lusa kalau korang nak beli rumah, beli kereta, nak kahwin, korang akan rasa menyesalnya tak menyimpan dari awal. Nadia mula menyimpan masa akhir akhir tempoh sebelum MARA nak berhenti kasi elaun. hahaha. Masa tu simpan RM100.00 dulu. Tempat simpan, Nadia pilih Tabung Haji. Sekarang ni dah kerja, simpanan masih kekal dekat TAbung Haji, cuma amaun je yang berbeza. Walaupun RM50 sebulan, silalah menyimpan di bank. 

Kelima. 

Akaun kecemasan. 

Dulu Nadia tak nampak bagusnya benda ni. Tapi abah sendiri dah buktikan yang bagus bila ada akaun kecemasan. Sebab Nadia dah terbiasa dengan keluar masuk duit dekat CIMB termasuk hal gaji ni, jadi untuk urusan akaun kecemasan, Nadia buka Bank Islam. Macam mana nak simpan?

Bila gaji dah masuk, tolak komitmen wajib, tolak simpanan wajib @ sunat tu, masa ni la korang check berapa baki dalam tangan yang bersih? Kalau rasa mampu, letak lah banyak. Kalau rasa nyawa nyawa ikan, RM50 pun okay. Abah Nadia ajar, jangan letakkan had berapa kita nak kena letak setiap bulan, letak je berapa berapa yang mampu. 

Apa guna akaun kecemasan ni? In case korang tetiba nak melancong, tetiba ada sales, tetiba sakit, tetiba kereta rosak, ni lah gunanya akaun tadi tu. Akaun kecemasan ni biarlah ada 3 - 6 bulan gaji korang dalam tu. 

Akaun kecemasan ni biarlah ada dalam kad. Simpanan tu yang korang masukkan dalam buku. Tolong disiplinkan diri, sekali dah masukkan duit dalam buku, jangan ada niat nak korek. Kalau rasa nak korek sangat, korek duit dalam akaun kecemasan. Kalau duit dalam akaun kecemasan habis, dalam akaun yang gaji masuk pun habis, hah duduk diam diam ! 😆

Terakhir. 

Berapa nak kasi dekat mak ayah ea? Walaupun RM50, jangan peduli mulut orang. Sebab kita yang tahu apa komitmen kita. Ya tahu awak nak mak ayah awak rasa duit awak, tapi tak semestinya dengan bagi duit pada diorang semata mata. Mungkin awak kasi RM50 pada mak ayah setiap bulan. Tapi awak boleh juga bawa keluar family, belanja diorang makan sebulan dalam 2 ke 3 kali. Itu pun dah memadai. Kalau yang jenis mak ayah taknak ambil duit bila kita hulur ni, belanja je diorang makan. Takpun selit je dalam beg duit diorang. Kadang diorang segan nak ambil duit anak. 


..


Bila dah kerja, korang kena ada matlamat yang jelas. Simpanan tu kena ada berapa dalam masa berapa tahun? Apa tujuan korang buat simpanan? 

Bila korang dah ada 'figure', secara tak langsung korang akan rasa semangat nak menyimpan. Nadia bersyukur sebab Nadia ada semangat tu masa orientasi haritu ada main satu game ni. 

"Apa akan jadi 5 tahun dari sekarang"

Antara impian Nadia ialah kena ada RM***** dalam akaun. Disebabkan game tu lah Nadia terus buat kira kira, berapa minimum Nadia kena simpan untuk kejar target tu. Biar sakit sekarang. Jangan mewah masa sekarang tapi seksa untuk masa akan datang. Masa bujang la masa yang sesuai untuk ikat perut. 

Tak tahu nak urus kewangan? Ya Allah, dalam Twitter, google, bersepah orang berjaya yang pandai urus kewangan. Dari situ lah Nadia jadi celik kewangan dan nak jadi berjaya macam diorang.

Kita tak pernah tua untuk terus belajar sesuatu yang baru

Apa yang Nadia kongsi ni semua benda asas yang Nadia rasa semua orang boleh buat asalkan komited dan disiplin. Buktikan walaupun zaman sekarang orang berlumba nak jadi yang paling up to date, kita pun tak lupa nak update hidup dari masa ke semasa. Tak salah nak 'reward' diri. Tapi tak perlu lah setiap bulan nak berbelanja besar. 

Jangan berbelanja macam esok akan mati 😇

21 July 2017

69 | Ada Apa Dengan Carut?

Assalamualaikum.

Lama tinggalkan kawan sekolah dan tanam benih dengan kenalan baru ditempat baru masa belajar. Bila balik, dan kumpul, macam macam la tanggapan mula keluar. Dalam banyak banyak tanggapan tu, cuma satu je nak 'dijelaskan'.

"Dulu macam lelaki dhoe. Suka pukul orang Nadia ni. Sekarang je dah lembut sikit. Macam perempuan"

Nightmare siapa yang kenal Nadia masa sekolah sebab ya kasar dan macam macam lagi yang tak sedap didengar. Walaupun sampailah permulaan masuk belajar IPT.

Ni la namanya 'learn from mistakes'. Hari hari buat silap tak apa. Tapi tak belajar dari kesilapan, itulah silap yang terbesar sebenarnya. Dulu kuat marah. Mulut kalau dah marah, dah gaduh, memang dahsyat. 

Makin tua, makin menginjak dewasa ni, makin kurang. Hatta masa tengah menaip dalam blog ni pun bahasa masih lantang dan laser. Nak marah orang? Makin malas. Kalau orang cakap apa apa, senyap je. Tapi jangan salah tafsir senyap ni. Sekali dia buka, berhari hari jatuh benci nanti. Ok ? Siapa pernah kena, memang sesal mendua lah. 

Point kat sini, semarah mana pun kita, apa yang korang dapat dari mencarut ea selain daripada menjatuhkan maruah sendiri? Nadia bab carut ni memang pantang. Sikit sikit okay lagi. Tapi kalau dah macam jadi 'zikir', rasa jgk la nak clorox mulut tu. 

Carutan tu dapat hilangkan rasa marah ke macam mana hilangnya martabat diri pada mata orang lain? Benda ni sangat general baik lelaki atau perempuan. SAMA.

Banyak lagi cara untuk lontarkan rasa marah kita dengan bahasa. Tak perlu caci maki pun orang tahu kita marah. Tak boleh tahan lidah, diam. Tak boleh diam, uzlah. Mudah.

Kritis dan praktis. 

15 July 2017

68 | Realiti dewasa

Assalamualaikum. 

21 tahun (2017) bernafas atas muka bumi ni dan macam macam perubahan yang kawan kawan dah buat sekarang. Ada yang dah kahwin. Ada yang baru nak masuk belajar, yang dah habis belajar, yang dah dapat kerja tetap, yang masih cari tujuan hidup dan tak kurang yang masih tanam anggur tak berbuah. 

Ibu bapa kita pun dah berbeza, ini kan lagi takdir hidup kita. Cukuplah setiap dari kita bersyukur dengan apa saja yang ada dalam hidup sendiri. Dalam kita tak sedar, sebenarnya ada manusia lain yang nak ada dalam kehidupan kita. Awak rasa hidup awak tak seronok, sebenarnya, ada orang yang nak jadi macam awak. 

Musim raya ni, kita akan jumpa dengan orang-2 yang dah lama kita tak jumpa. Jadi antara soalan yang kerap ditanya pada Nadia "Buat apa sekarang?".

Benda ni Nadia rasa nak kongsi sikit. 

Soalan yang ditanya ialah 'Buat apa dan kerja mana'. Jadi jawapan simple yang Nadia kasi cuma 'Kerja kat hotel'. Dah. Reaksi muka tu sama bila kita jawab 'Kerja kat kilang'. Orang bandar ni bila cakap 'kilang' terus cop position operator. Apa diorang tak tahu dalam kilang tu ada manager dan yang seangkatan dengannya? Miskin dan hina ke orang kerja kilang? Papa kedana juga ke orang yang kerja bahagian operator kilang ni? #SoalanSerius

Kalau tanya Nadia, kecil hati ke bila orang memperendahkan industri perhotelan? Jawapannya, TIDAK. Satu benda yang mereka tak tahu, kerja dalam bidang F&B, akan ada makan percuma untuk staf. Sama macam Nadia kerja Pizza Hut dulu, bab makan mesti boleh jimat sangat sebab makan free. Benda yang paling besar boleh dipotong ialah, kos makan masa kerja. Hari Isnin dalam purse ada RM5, duit tu akan kekal RM5 sampai hari Jumaat dan cuma akan bertambah kalau keluar hari Sabtu dan Ahad. Faham? 

Kunci nak jadi orang yang selalu rasa cukup ni, mudah je. BERSYUKUR. Syukur dengan apa yang kau ada, apa yang kau dah capai dan apa yang kau dah ada. Jangan pernah merungut. Kunci dia positif dan syukur. Cubalah. Sikit mana pun akan rasa cukup. CUBA ! 

Sama juga dengan hubungan sesama manusia. Orang single akan nampak orang bercinta tu seronok dan indah je. Tapi pernah mereka nilai betapa cantik Allah atur hidup mereka bila ada keluarga dan kawan kawan yang menyokong mereka dari belakang? Kita suka cari apa yang kita tak ada dan bandingkan dengan orang lain apa yang mereka ada. Sebab tu boleh terjadinya dengki. 

Kita nak apa yang orang ada sampai tak nampak apa yang kita dah ada. 

Dulu masa belajar, persaingan tu memang kuat. Kalau tak berlaku dekat Nadia, mesti dalam kawan-2 tu ada. Nak jadi yang terhebat dalam kalangan yang hebat. Aku nak jadi paling pandai. Paling lawa. Paling up-to-date. Paling kaya. Paling mewah. Paling sempurna lah !

Habis zaman belajar, benda tu dah tak ada 😎 Rezeki kita semua datang dalam keadaan berbeza. Tak ada istilah siapa dah berjaya siapa yang belum sebab apa yang kita nak tu mungkin lambat sikit je Allah kasi. Sabar ! 

Tak ada benda atas dunia ni yang mustahil bagi orang yang rajin usaha. Duit pun tak datang terbang pada kita, jadi macam mana kita mengharapkan benda yang indah indah kalau kita tak pernah susah? 

Dalam ujian yang Allah kasi ada satu hikamh yang Allah simpan pada masa akan datang. Jangan berhenti jadi rajin dan jangan berhenti berusaha. Hari hari buat silap, tak apa. Tapi tolong belajar dari setiap kesilapan tu. Cari hikmah dan kebaikan.

Selamat maju jaya dalam menempuh alam dewasa 96's.

19 June 2017

67 | Naif dan Positif

Assalamualaikum. 

Naif. Positif. Bodoh. 

Naif ? 

Nadia rasa nak kongsi satu cerita masa mula mula masuk KPTM dulu memandangkan result sem 6 (sem akhir) dah keluar. Sejak hari pertama jejak kaki dekat KPTM sampai dah habis belajar cuma dua lelaki je Nadia pernah keluar. Satu cukup la Nadia gelarkan dia Encik A dan seorang lagi Amirul (boyf).

Masa sem 1 dulu, bulan puasa kebetulan intake Nadia kena. Intake Julai 2014. Niat masuk KPTM memang langsung tak berniat nak bercinta, cari lelaki, cari scandle. NO ! So, ada satu kawan Nadia ni cukup gelarkan dia Cik Q, ajak Nadia keluar dengan kawan lelaki yang satu kolej dengan kami, si Encik A tu lah. 

Nak dijadikan cerita, sejak dari naik rapid sampai wayang, shopping, makan semua Encik A belanja. Kami cuma ikut je buntut dia.

First, Cik Q ni dah macam bibik dia yang pegang barang dia mentang mentang semua dia bayar. 
Second, bulan puasa kan? Wayang mula 5.30 petang tapi makanan yang Cik Z beli banyak oii. Rupanya tak puasa dan makan dalam wayang. Cik Q ni biarlah, sebab perempuan. Encik A ni siap offer Nadia nak tak sosej sedangkan masa tu sejam lagi nak berbuka. Terang lagi bersuluh memang tolak lah cerita dia kan. 

Masa tu memang rasa agak atau mungkin sangat menyesal sebab ikut. 'Berbuka' dalam wayang. Langgar maghrib. Masa tu fikir kalau lah cinema ECM Kuantan runtuh, tu kira mati katak ke mati syahid? 😂



Positif ?

Alhamdullilah terkabul permintaan nak dapat 4 rata GPA untuk sem 6. Alhamdulillah juga terkabul doa nak dapat 3.0 ke atas sekurangnya CGPA. 

Bila dah dapat apa yang dihajatkan, rasa macam tak berbaloi belajar 2 tahun 6 bulan dekat Kuantan dengan pencapaian CGPA banyak tu sebab Nadia percaya kalau Nadia fokus dan serius, mesti boleh dapat lebih lagi dari tu. Tapi kalau tengok semua keputusan dari sem 1 sampai sem 6 akan jadi lebih bersyukur sebab sekurangnya Nadia tahu mana jatuh bangun duduk terlentang kuak rentang bagai untuk nak habiskan zaman 2 tahun 6 bulan tu. Setiap semester ada jatuh bangun tersendiri.

Mungkin Nadia tak cemerlang dari segi akademik tapi selain dari tu banyak pengalaman hidup yang Nadia dapat dalam menghabiskan zaman diploma.



"Tapi bagus, sebab awak positif"

Positif ni ada baik ada buruk. Dia akan jadi triple buruk bila kita kena ada dalam kelompok yang super negatif. 

Dia macam ni je. Kita akan jadi macam apa yang kita fikir. Tak semua tohmahan dan pandangan orang kita kena balas berdas-das. Kekuatan tu tak datang dari diri orang lain kecuali diri sendiri. Jangan letak sumber kekuatan pada perkara lain. Tapi pupuk lah dalam diri kita sendiri. Nadia bukan orang bijak pandai cerdik otak geliga namampus tu. NO. hahahaha. Tapi Nadia suka letak dalam diri, "kalau aku nak jadi macam ni, aku kena fikir baik baik supaya yang datang nanti pun hal yang baik baik".

Rasa susah nak pujuk orang? Susah lagi nak pujuk hati dan diri sendiri sebenarnya. Serius. Sebab kita boleh tipu orang lain tapi kita tak boleh tipu diri sendiri. 

Nak dapat dekan sekurangnya, sekali? Ya. Dah dapat masa sem 4
Nak dapat 4.0 sem 6? Ya. Dah dapat juga
Nak capai 3.0 sekurangnya CGPA? Ya, Allah kasi 3.06 CGPA untuk diploma ni. 

Target Nadia tak pernah tinggi sebab Nadia orang yang tak suka berharap dan gayat dengan harapan yang mengunung. Itu kita minta, itu jua lah Allah kasi. 

Kunci? 
Sabar. Doa. Usaha. Tawakal. Positif. 

Tak apa tak cemerlang. Pencapaian setara ini pun dah berjaya buat ma abah bangga 😢 . Taknak 'impress' sesiapa. Cukup untuk ma abah. 

Naif dan terlalu positif boleh menjurus pada bodoh kadang. Sebab, naif sangat. Bersyukur Encik A tu antara lelaki yang terawal atau terakhir yang muncul sepanjang diploma dan hubungan setakat, kawan kepada kawan.

Lepas dah berhubungan dengan Amirul, tak ada istilah lelaki keluar masuk dalam hidup. First, sebab dia garang gila masa mula mula bercinta dulu. Second, dia dah jaga Nadia dengan cukup baik. Satu pun cukup. Dia juga orang yang akan 'guide' Nadia apa yang betul apa yang salah, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Sebab Nadia ni kadang berperwatakan lepas. Dah buat baru nak fikir. So dia yang selalunya akan pesan itu ini. Tegur apa betul, apa salah. 

Terima kasih untuk setiap insan yang tak pernah ambil kesempatan atas kenaifan Nadia. Saya kenal dan nilai awak awak. Terima kasih. 


Selamat maju jaya 💘