TOTAL PAGEVIEWS

15 February 2017

52 | Maaf Terbuka

Assalamualaikum. 

Maaf terbuka ? Ya maaf terbuka bagi setiap pasang mata yang membaca dan setiap hati yang terasa dengan setiap coretan dalam ni. Bila kita menulis dengan emosi, orang yang membaca pun akan membaca dengan emosi siap kerut kerut dahi. Tu tanda penulisan kita ada jiwa. Tapi yang tak seronoknya bila ada hati yang terasa.

Terasa?
Kalau nak cerita pasal terasa dengan setiap ungkapan dalam blog ni, Amirul Asyraf sendiri kadang-2 terasa dengan tulisan girlf dia ni. Dia jarang meluah bila tak puas hati atau terasa. Tapi kalau dia dah bersuara, makna kata memang sungguh la dia terasa. 

Satu satunya kawan dalam sepanjang hidup ni, yang rajin berperang dalam emosi sendiri dan bermasam muka tapi jujur, sorang je. Syazwani Sahira. Nampak kami macam normal? Betul lah statemnt, nak kenal seseorang, tinggal dulu serumah dengan dia. YES ! and totally yes ! Paling menyampah kalau Wani mula tanya "Nad, nak tanya ni. Tapi jujur deh" HAHAHAHAHAA. Actually masing-2 tengah berperang tapi tak ada yang nak bersemuka. Honestly selalunya memang Wani yang mengalah, sebab aku prefer jadi kayu je. Malas nak mula. Ego. 

Selalunya memang bila kami berdua je dan tak ada orang lain. Kadang-2 juga Wani rasa macam dia tahu kenapa aku diamkan diri dan taknak bercakap LANGSUNG dengan dia. Tapi tanggapan dia salah. Apa yang aku rasa ok je sebenanrnya, tapi dia rasa macam itu punca. Padahal hal lain yang jadi punca. Bagi aku, kalau kau tak tahu apa yang aku fikir dan rasa, baik jangan main teka teka. Sebab nanti kau rasa macam aku marah kau, tapi sebenarnya tidak. Tapi aku tabik la dengan Wani. Tak ada lagi rasanya aku jumpa manusia yang berani tegur aku. Tah lah. Diorang rasa aku garang kot. Takut kena bidas balik dengan ayat pedas. 



Tegur pun biarlah ada adab. Terbukti masih ada manusia beradab sebab Wani tak buat depan orang. Wani buat belakang orang. Banyak konflik kami tapi orang je taknampak. For me, kalau Wani nak kutuk belakang. Itu masalah dia. Sebab apa jaminan setiap satu dari kita (termasuk diri sendiri) yang dia tak pernah kutuk kawan sendiri walaupun yang konon BEST FRIEND FOREVER sangat tu? Tak ada. Dok sah ler menipu. Appreciate apa yang ada depan mata je. Jangan kesah apa yang dicerita di belakang. Tu antara dia dengan tuhan. 

Motif kat sini bukan Syazwani. Tapi nak bagitahu, tak semua apa yang tercoret dalam ni tentang ANDA. Anda yang dah jadi sejarah sejak azali. Mungkin situasi yang saya sedang alami ni sebijik masa saya dengan awak. Jadi, awak tak tahu situasi saya, macam mana awak boleh fikir yang saya sedang membuka aib dan mencanang keburukan awak? Awak terasa sebab awak pernah berada dalam situasi itu. Simple. Awak jangan fitnah seolah olah awak ada dengan saya 24 jam. 

Ya Nadia pembenci. Pembenci dalam diam. Bukan pembenci yang balas balas tu. Nope. Ego kalau dah sampai tahap habis sabar, masa tu ego lah jadi raja. Cakap lah apa. Aku dengar. Tapi belum tentu aku percaya dan hadam. Ex yang dulu aku benci tahap gaban, sekarang ni, kalau jumpa, ok saja. Masa perbaiki rasa benci tu sendiri. Walaupun makan tahun. Sebab tu Amirul risau. Sebab? "Awak tak fikir ke apa dia dah buat? Awak masih friend dengan dia?" Bila aku rasa semua benda dah bersih, aku akan lupa macam tu je kesilapan kau atau kita. Ya. Macam tu je. 

Hatta, adik perempuan aku sendiri kata "Long, status mu tu walaupun tak tuju kat aku, tapi aku terasa" . 

Aku tahu pembaca dalam kalangan blog ni ialah ex housemate, ex boyfriend, housemate, boyfriend dan kawan kolej. Mungkin cuma beberapa kerat je silent reader yang aku tak tahu siapa. Tapi tolonglah. Tak semestinya apa yang aku coret dalam blog pada masa sekarang berkisar tentang masa dulu. Tak tahu, tanya. Jangan buat spekulasi. Kau rasa kau tahu. Tapi sebenarnya, kau salah. Persetanlah apa pun tanggapan orang pada aku sebab orang rasa dia faham aku tapi dia salah. Jangan cuba faham orang yang susah difahami. Unpredictable.

Aku minta maaf walau siapa pun kau. Jangan cuba faham aku sebab kau takkan faham. Jangan. 

10 February 2017

51 | Positif atau Makan Diri

Assalamualaikum 

Kadang kadang aku tak faham apa tu 'positif'. Macam mana positif tu? Kenapa bila aku negatif, akan makan diri sendiri atas sebab pemikiran atau tindakan yang bodoh, tapi bila positif aku rasa macam masuk dalam jerat yang dicipta diri sendiri atas kepercayaan yang diberi. 

Im not totally a hypocrite person. Aku okay, aku jadi baik. Aku tak ok, aku tak kan pernah cuba untuk okay. Once not, it will be a BIG NO. Sebab tu aku dipanggil ego, sebab suka tegakkan pendirian sendiri tapi ada sebab kalau aku tegakkan, sebabnya, ego. Hahahaha. Mudah kan? 

Kadang juga aku marah dengan diri, kenapa dianugerahkan muka yang polos *nangis* . Tahu tak senang orang nak take advantage dengan aku baik orang yang tak kenal, baru kenal atau dah lama kenal. Bagi aku siapa pun orang yang aku jumpa, dia tetap manusia biasa yang normal dan baik walaupun kau berantai besar macam gangster, muka macam muka pecah or what ever je la. Aku tak suka jadi judgemental tapi kenapa orang selalu jadi bertentangan dengan apa yang aku rasa dan anggap. 

Sebab tu tertanya tanya, aku ni sedang positif atau pertaruhkan diri ? 

Someone pernah bagitahu, masa tu aku luahkan sesuatu dekat dia. Dan kau, kalau kau baca blog ni sekarang, aku masih ingat pesan kau sampai ke hari ni tapi sebenarnya it doesnt work ok. Tak. 

"Nad, kadang-2 kau kena tunjuk bila kau tak suka biar orang hormat kau. Biar orang tahu. Tak lah orang amek kesempatan" Hahahaha. Aku pernah buat. Pernah gaduh. Pernah perang mulut. Tapi semua benda jatuh atas muka aku balik. Sebab tu aku pilih untuk mula diam kalau orang buat apa apa. Redha dalam pasrah. Aku belajar dari pengalaman. Apa yang salah, aku perbetulkan balik. Tapi pembetulan tu tetap makan diri. Mungkin sebab muka polos dan orang macam anggap remeh je bila aku marah.

Masalah terlalu mudah percayakan orang lain buat aku selalu jadi dan nampak bodoh. Orang yang selalu protect aku supaya tak diperkotakkatikkan, seorang je (selain family). Amirul. Tapi sayangnya, apa Amirul cakap, jarang sekali aku nak dengar apatah lagi ikut. Kadang kesian bila dia cakap "Awak tak pernah percaya apa saya cakap kan?" . Dia bukan judge orang. Tapi dia nak ajar aku berwaspada. Sebab pada mata aku, dunia ni baik. Tapi sebaliknya yang jadi. Walaupun aku selalu abai apa Amirul pesan, tapi dia tak pernah mengalah untuk selalu ada kat belakang. Bila terlajak, dia tarik. Bila salah dia betulkan. Tak ada apa yang nak dirahsiakan dengan dia. My best partner ever 👫

Menyokong di depan belum tentu sokong dibelakang. Dan baik didepan belum tentu dibelakang. Kalau aku banyak bercakap, tu sebab minda aku bebas. Tapi bila aku banyak diam, aku lebih banyak fikir pasal mana kurang diri dan apa semua kejadian yang jadi berbanding fikir soal orang. 

Serius sedih. Aku kena patut terus positif atau berhenti jadi positif  ? Tolonglah hormat privasi orang. Tak dapat sebagai seorang manusia, dapat sebagai seorang wanita Islam cukup. Wanita. Islam.


02 February 2017

50 | Duit dan Masa Depan

Assalamualaikum. 

Nak kasi satu je kisah pendek ringkas. In sha Allah. 

Masa kerja Pizza Hut sementara tunggu result SPM keluar, ada satu akak ni dia student KFCH Johor bahagian Kulinari tak silap. Lepas tu dia tanya Nadia dengan Alisha (kot) , "Nanti nak sambung belajar bahagian apa". Nadia cakap Nadia nak bahagian management sebab nak kerja dalam office. Alisha ni pula nak bahagian account pun sama nak kerja dalam office. Lepastu tah apa yang tetiba mental akak ni dia kata "Korang takpayah la berangan. Dah kerja Pizza ni, belajar je bahagian kitchen. Tak payah berangan nak pakai cantik-2. Nanti duduk dapur pegang ayam jugak"

..

Harini Nadia belajar sesuatu. Rezeki, masa, jodoh, ajal. Semua kat tangan Allah. Kalau manusia memperendahkan kita dengan impian kita, maka jangan dicerita pada manusia. Kalau kita nak sesuatu, doa hari-2 dan sebut setiap masa. Ajar sebut benda yang baik-2. Nadia suka ulang benda ni. 'Kita ialah apa yang kita fikir. Baik kita fikir, baik lah yang datang. Kalau buruk kita fikir, buruk lah datang. Sebenarnya ada satu tarikan yang kita tak pernah sedar bila kita fikirkan sesuatu. Nak aura positif, fikir perkara yang positif'

Kalau ada orang macam gini, jauhkan diri dari dia. Sebab kita takkan maju dengan cara dia yang cuba untuk buat kita tak yakin pada kemampuan diri lebih lebih lagi aturan Allah. Tolonglah ingat, apa yang kita ada semua atas kehendak Allah, bukan kehendak manusia. 

..

Dekat tempat praktikal ni, Nadia dipanggil 'babyboomers' (2 orang je yang panggil) sebab pemikiran macam orang tua atau bahasa sopannya matang. Tapi tak kesah pun sebab mula-2 panggilan tu jadi satu bahan lawak. Tapi bila Nadia ada bercakap pasal perancangan kewangan atau kehidupan, diorang yang jadi macam speechless 😃

Tadi ada borak pasal #*%^#! dengan En X. Lepas tu dia kata "Awak dah fikir soal ni? Awalnya" dengan riak muka tak percaya tapi senyum sebab macam tak percaya. hahahaha. Sebab umur macam Nadia ni (21/2017) sebenarnya zaman untuk hidup fikir nak enjoy. Tak payah fikir saving, future. Ada duit, jalan. Boros-3 lepastu hujung bulan duduk diam. 

Beberapa minggu lepas ada juga borak pasal kewangan dengan En Y, dia tanya "Ok Nadia awk dapat duit, awk buat apa dulu? Mesti awk dah beli beli shopping semua baru awak fikir sepatutnya duit tu nak buat apa kan?" Nadia jadi macam erk?! "Em tak jugak. Elaun MARA saya masuk je saya terus ketepikan RM300 untuk settle hutang apa semua. Dah siap baru saya fikir pasal makan jalan atau apa. Saya tak suka shopping. Jadi duit tu banyakknya buat makan je" . Again En Y pun sama, tengok je Nadia dengan muka tak percaya 😃

Sejak mula-2 masuk KPTM sampai lah saat ni dan sampai bila-2. Nadia pegang kuat beberapa benda ni. 
  • Biar bangun pagi berlapar daripada bangun pagi dikelilingi hutang. 
  • Biar ORANG hutang kita, JANGAN kita HUTANG orang. 
Kita tak pernah miskin. Tapi cara perbelanjaan kita yang menjurus kita kepada kepapaan.