TOTAL PAGEVIEWS

25 May 2017

66 | Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan

Assalamualaikum. 

Masa baca buku #PelukisJalanan dulu banyak sangat dapat kesedaran tentang kesilapan masa zaman belajar. Tapi sayang sebab buku #PelukisJalanan wujud pun masa tu rasanya dah nak habis belajar pun. 



First kenal Teme dari Instagram dia ( Teme Abdullah ) tapi masa tu buku dia belum naik lagi dan memang terpukau tengok setiap lukisan dia. Lepas tu, gone. Lupa. Tak lama lepas tu kecoh Teme nak kasi poskad raya dari hasil tangan dia sendiri kepada orang yang bertuah. Ok then kenal balik nama Teme sebab kawan Nadia, Shahzira antara yang bertuah terpilih untuk dapat poskad raya tu. Hahaha. Dia punya happy, Ya Allah ! Teme hantar poskad tu dari London kot ! 

So, lepas kes si Shahzira dapat poskad raya tu lah baru teringin nak beli dan baca buku dia. Sejujurnya masa mula-2 beli tu rasa macam "Berbaloi ke ea? Ni macam buku cerita je. Tapi feedback positive berlambak kat twitter"

Disebabkan #PelukisJalanan tak setebal #ArkitekJalanan , so sekali baca buku tu terus tak boleh stop sebab Teme buat macam kami ni pembaca nak tahu apa lagi selepas selepas tu ! Tanggapan masa tu terus berubah dan "Ya ! Buku ni memang 'something'".

#PelukisJalanan

#ArkitekJalanan 



Lepas dah baca, buku ni buatkan Nadia rasa banyak benda zaman diploma dulu yang Nadia tak all out. Walaupun kesedaran tu datang selepas dah jatuh teruk masa semester 3 tapi Alhamdulillah sebab masih belum terlambat untuk tarik diri untuk terus bangkit masa semester 4 dan semester 5. Sekarang tengah tunggu keputusan semester 6 (praktikal) dan harap pointer akan maintain atau menaik 😊 .

Cita-cita nak sambung degree tu memang ada tapi sebab rezeki kerja datang dulu sebelum belajar, so Nadia kena fokus pada kerjaya dulu. 

In sha Allah, I will do 'something' for my degree (InShaAllah) . Buku tu memang banyak suntik semangat pada setiap orang yang baca.

Terharu dengan cara Teme & Ahmad berkawan.. 




No comments: