TOTAL PAGEVIEWS

24 May 2017

65 | Long Distance Relationship

Sebut pasal LDR dah tentu ni antara benda yang tak gemar jadi oleh kebanyakan orang (tapi nadia suka) sebab masa ni emosi, mental dan fizikal memang teruji. 

Masa zaman sekolah, orang kata ..
"Kau tunggu la nanti dia dah masuk IPT, dia mesti jumpa yang lagi elok dari kau."

Selepas habis belajar di IPT, orang kata .. 
"Buat apa bercinta sekarang, nanti dah kerja mesti jumpa yang lagi ada masa depan dan bekerjaya dari pasangan zaman belajar ni."

Masuk alam kerja .. 
"Ishh, tak takut ke jauh dari somi/steri? Berani lepaskan dia ek?"

..

Pucuk pangkal permasalahan ialah DIRI SENDIRI. Suka untuk nak petik ayat Teme dari buku Arkitek Jalanan,  

"Ia bukan persoalan kahwin muda. Penzina akan kekal penzina walaupun dia sudah berkahwin kerana dia tidak cukup ilmu. Aku tak akan galakkan pemuda kahwin muda, tapi aku galakkan mereka berkahwin awal. Awal tidak bermaksud muda kerana kematangan dan kesediaan kita berbeza"

Kita tolak isu kahwin tapi highlight isu matang. Ya. MATANG

Matang dalam menilai. 

Matang dalam atur hidup sendiri. 

Matang untuk buat keputusan tanpa dipengaruhi orang sekeliling. 

Matang dalam berfikir dan bertindak. 

Jadi matang tak perlu tunggu tua. Matang bila kita boleh berfikir lebih sikit dari rakan sebaya kita. Apa yang orang lain belum fikir, kita dah fikir. Apa yang orang lain belum buat, kita melangkah dulu. Tolak apa yang negatif dan pupuk positif dalam diri. 

...

..

Kita usaha tapi kita tak berhak nak tentukan panjang pendek perhubungan tu. Hal yang mudah orang paranoid ialah "kepercayaan". Hal yang susah orang kekalkan ialah "komunikasi". Hal yang mudah orang ambil enteng ialah "kelemahan"

Macam mana nak berjauhan kalau kelemahan pasangan pun kita tak boleh terima. Jangankan cuba untuk ubah, terima pun kita taknak. Mengharapkan setia tapi untuk berkomunikasi pun sanggup berkira masa hatta untuk satu "Selamat Pagi". Macam tu ke nak mengharapkan kepercayaan dari pihak satu lagi sedangkan seremeh hal pun kita tak mampu nak buat ? *asah kapak*

..

Bagi Nadia sendiri dengan Amirul, satu benda yang acap kali jadi masalah kami ialah kepercayaan. Terlalu paranoid kalau kalau Nadia terlebih mesra sampai buat pihak satu lagi "jatuh suka". Jujur sejak 2 tahun 9 bulan yang lepas sehingga ke hari ni memang isu ni je yang akan jadi masalah wajib kami. Tapi apa guna mulut dan jari untuk berkomunikasi dan cari solusi daripada jauh hati lepastu larikan diri? 

Orang yang paling kuat antara kami ialah Amirul. Tak susah nak jaga dia tapi agak susah nak jaga Nadia 😃 Nadia sampai dah naik bosan (sehingga ke hari ni) dengan isu "pergaulan & kepercayaan" sebab perang kami cuma ini ! Amirul orang yang suka berbincang dan berlembut bila berbahas sebab dia tahu Nadia akan selalu jadi 'api' dan sekeras keras kerak nasi akan lembut kalau kena gaya. Amirul dah buktikan. Punca ni jadi sebab Nadia ni terlebih peramah, itu je. 

Last. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan dan LDR tu tak lah seteruk yang kita anggap. 

*suka LDR sebab em tak suka dating sebenarnya. Shhhh jangan bagitahu Amirul. Padan muka dia tak boleh jumpa dah lepas ni.

No comments: