TOTAL PAGEVIEWS

05 May 2017

63 | Impian atau harapan ?

Kadang, berdiam diri lebih baik daripada menjelaskan apa apa. 

Sekarang, aku tertanya-tanya. Apa impian aku dan harapan seterusnya ea? Apa 'target' aku lepas ni? Kenapa aku rasa macam aku tak ada impian dan cita-cita? Terasa hidup ni betul diatur. Aturan yang diatur Allah tu, biarlah. Tapi ada juga aturan daripada manusia. 

Kadang apa yang terbaik bagi kita belum tentu terbaik untuk kita. Tapi tetap kita nak yang terbaik tu walaupun belum tentu itu yang terbaik. 

Dari cara aku bercakap, melontarkan setiap apa yang ada dalam kepala, setiap pandangan, orang rasa aku 'bijak bercakap' . Tak. Aku cuma aplikasikan apa yang aku baca melalui mata dan lontarkan semula melalui suara selepas dah diserap oleh otak dan hati. 

Apa yang baik, aku kongsi. 

Orang kata aku positif. Setiap tindak tanduk, dirasanya aku 'baik'. Tak. Ada buruk aku. Tapi cuma selepas kau kenal aku. Kita pula cuma akan betul-betul kenal seseorang dalam 2 keadaan je ;

1) Bila kau tinggal serumah dengan dia. (kawan)
2) Bila kau berkahwin dengan dia. (pasangan) 

Aku percaya dan sangat percaya, minda kita ni raja bilamana andai kita tak bentuk dan tukar corak pemikiran memang kita akan rosak dengan tanggapan kita sendiri. Tapi aku juga percaya sebanyak mana aku cuba untuk yakinkan mereka "Kita ialah apa yang kita fikir & kita yang buat dia (diri, minda, dan hati)' , tetap ada orang yang tak percaya. 

Tak banyak yang aku minta dari manusia. Pemahaman dan persefahaman. Itu pun susah macam minta cek 1juta. Kadang, paranoid untuk lontarkan pandangan dan harapan sebab aku tahu lebih banyak penolakan dan tentangan. Jadi akhirnya, aku biar je Allah atur apa yang terbaik untuk aku. Selagi takdir tu yang terbaik dan ada pilihan untuk aku memilih, aku cuba untuk ubah takdir tu melalui doa.

Siapa kata jiwa macam aku tak banyak tercalar? Hahahaha. Tahu tak orang yang cuba untuk memperbaiki masalah orang lain ialah orang yang banyak masalahnya. Kecik pada mata orang belum tentu kecik pada mata si penanggung. Diam dan senyum belum tentu redha. Kalau ada pun, pasrah.

Kita terlalu mudah remehkan orang lain asalkan kita rasa kita menang. 


Thank you Ms Google .

No comments: