TOTAL PAGEVIEWS

25 December 2018

86 | Cabaran Orang Baik - Ustaz Ad Dien

Assalamualaikum,

Hari ni kita warga Twitter dikejutkan dengan berita yang Ad Dien dah deactive twitter disebabkan dia dapat kecaman dari netizen jakun yang kerja nak condemn orang macam dia PA Tuhan untuk tentukan apa yang ustaz patut dan tak patut untuk buat. 

Tak semua benda dalam media sosial ni kita boleh percaya, tapi bab rujukan agama Ustaz Ad Dien ni lah antara (satu satunya) rujukan yang paling Nadia percaya sebab soalan yang kita tanya, akan dia ambil masa beberapa hari untuk buat rujukan sebelum nak menjawab kepada orang-orang macam kami yang kurang ilmu ni. 

Boleh tak berhenti ubah orang baik jadi tak baik disebabkan tindakan hengkorang yang selalu kalau nak bercakap tu mulut dan jari pergi dulu sebelum akal. Boleh tak? 


Orang baik bukan mereka taknak marah, tapi mereka lebih pilih untuk bersabar. Sabar pula tak pernah ada had sebenarnya, tapi kita yang tentukan sampai mana tahap kesabaran kita. Siapa kita untuk menafikan had kesabaran orang lain sebab awak dan mereka sama sama manusia yang ada perasaan. Apa awak ingat awak mental torture orang tu, dia tak simpan dalam hati ke? Orang yang nampak tenang dekat luar ni lah kena berhati hati kalau esok lusa dia bertukar jadi hijau. 

Setiap orang ada satu sisi dalam diri mereka yang taknak dizahirkan sepanjang mereka hidup. Jangan dijolok sarang tebuan kalau tak bersedia untuk disengat. Simpan banyak-2 dalam hati, satu masa kalau meletup jangan dicanang satu dunia yang mereka ni sebenarnya hipokrit, awak dulu pergi cermin, cermin diri kenapa hidup bertopengkan kejahatan yang suka mencari cari busuk dalam diri orang lain. 

Berhenti juga pemikiran kolot "Kuat agama pun depression ke?". Tolong pergi tuntut ilmu dulu sebelum berani-2 keluarkan statement macam ni. Argh ! 

Ohhhh tiba tiba terasa menaip dengan emosi.

Sebab Nadia dah pernah alami benda ni dulu masa belajar. Bila orang mula menjauh waktu Nadia pilih untuk tak lagi bersabar dan bagi muka pada manusia. Tolong dan sangat tolong jangan mencabar kesabaran orang yang nampak lembut. Baik mereka dan awak, dua dua tak nak menyesal kemudian hari sebenarnya. 

Marilah tutup salam dengan lepas ni tolong ingat dua benda. 

Kalau tak ada benda baik untuk bercakap, lebih baik diam & biar menyesal tak bercakap daripada menyesal bercakap. 

Pastikan akal pergi dulu sebelum mulut dan jari. 


Kami semua mengharapkan Ustaz Ad Dien akan kembali. 

30 July 2018

85| Cabaran dan Manis Satu Kehidupan

Assalamualaikum. 
Ma selalu cakap, "Siapa sangka along sekarang boleh kerja macam tu". Dari kali pertama dengar ayat tu, tak pernah sekali pun Nadia tanya apa yang ma cuba maksudkan. Selalunya Nadia diam dan senyum je. Jadi tadi Nadia gatal mulut tanya, "Maksud ma?"

"Ingat lagi masa along sekolah dulu, nak buat soalan matematik, tak boleh buat sampai menangis. Tutup buku naik atas, terus nangis. Sedih ma tengok." - Ma

Jujur, Nadia dah lupa pasal ni. Betul agaknya kalau kita dah berjaya, apa yang pernah pahit akan jadi kenangan manis je nanti. Siapa yang kenal rapat, mesti tahu macam mana susah nak ajar Nadia matematik. Apa yang menjadi kelemahan, itu lah sumber kekuatan kita sebenarnya, okay positif tak? Hahahahaha. Ya, itu yang selalu Nadia fikir. Allah kurangkan aku bahagian ni, mesti ada sebab. Boleh jadi kalau Allah jadikan aku pandai, aku akan riak. Mudah.~



Nadia bukan kategori budak cerdik pandai, apatah lagi kalau melibatkan pengiraan. Tapi Nadia percaya, kalau ada usaha mesti ada hasil. Dalam usaha tu mesti penuh dengan air mata tapi sebanyak mana semangat yang datang dari luaran, takkan sama dengan semangat yang datang dari dalam diri. Hatta sampai ke SPM pun, Nadia tak minta untuk dapat credit pun dalam Matematik, lulus, cukup Ya Allah. Apa kita doa, itu kita akan dapat. Ya, Allah tak kasi Nadia credit, Allah kasi setakat lulus. Tapi betapa gembiranya masa tu, tuhan saja tahu. 

Bila masuk diploma, Nadia tak ada masalah untuk subjek baca tapi agak risau bila subjek mengira. Kalau dipilih antara gagal atau tiru, Nadia pilih untuk gagal. Naif atau dodol? Hahahahahahaha. Terpulanglah kalian. Masa mula mula masuk diploma, circle tu semua sama, itulah kawan lepak, itu juga la kawan belajar. Masuk Sem 4, Nadia betulkan semula tujuan, circle untuk lepak TAK BOLEH SAMA dengan circle untuk belajar. 




Hidup kita dah diatur dengan liku hidup yang paling cantik. Masa kita rasa kita ada pada titik paling bawah, itu lah permulaan untuk bahagia sebenarnya. Sabar untuk tempuh setiap ujian yang dikirim. Nadia tak pernah minta apa apa pun yang Nadia ada sekarang. Tapi sebab rasa syukur dan selalu rasa cukup dengan apa yang Nadia ada, terasa perjalanan hidup sangat mudah. 

Lebih kurang 8 bulan pertama Nadia kerja dekat jawatan Nadia sekarang, berapa puluh kali Nadia rasa nak berhenti sebab "Kenapa Allah letak aku pada tempat yang aku tak mampu nak bawa. Payroll weh! Calculation! Benda paling aku tak suka". Nampak tenang, belum tentu senang. Banyak berperang dengan perasaan sendiri selama ni. Tapi sampai ke harini, masih kekal dekat tempat sama. 

Rahsia?

Pupuk minat. Minat dengan apa yang kita tak pernah terfikir untuk minat. Berapa ramai orang yang tak bernasib baik macam kita. Kenapa bila baru sikit Allah kasi, kita dah nak melenting? Apa juga jaminan kalau kita keluar tempat sekarang, kita akan lebih tenang kononnya? Tak ada ! Semua datang dari dalam diri. Kalau awak nak hal hal yang baik datang dalam hidup, perkara pertama, fikir dulu tentang kebaikan. Mungkin boleh google tentang "Law of Attraction"

Buat mereka yang masih samar samar dalam mencari haluan hidup, jangan mengalah dan jangan membanding banding. Awak jangan tengok mereka yang ada atas awak sebab mereka pernah susah , cuma awak je yang tak ada dalam kesusahan tu. Tapi, tengoklah mereka yang lagi banyak dugaan dalam hidup, masa tu awak akan lebih bersyukur dengan apa yang awak ada. Jangan dengki. Lagi banyak awak dengki, lagi banyak yang awak tak puas dengan apa yang awak ada. Hidup lah dalam kitaran hidup sendiri. 


Nadia nasihat sebab Nadia tak nak orang rasa apa yang Nadia pernah rasa. Ada orang bahagianya diri dia terletak pada bahagianya orang orang yang dia sayang. 

Garang tapi manis;Nadia 💕

14 July 2018

84 | Rasa Sayang dan Masalah Hubungan

Assalamualaikum.

Walau hubungan dengan sesiapa pun, setiap awal perkenalan semuanya manis. Ada orang mudah rasa teruja bila datang seseorang yang manis lagi lemak bila bercakap. Ada orang, keras sangat hati sampai tak boleh nilai mana yang ikhlas dan mana yang tidak. Siapa yang datang, semua di tolaknya.

Hubungan ni ada 3 Fasa.

Permulaan. Setiap permulaan semuanya manis. Lebih manis bila apa yang belum lagi jadi milik kita. Semua nampak indah lah senang cerita. Nadia ada kiasan sendiri. Manusia dan sayang tu ibarat lagu. Selagi lagu tu cuma didengar dekat radio, Joox atau Youtube, lagu tu memang sedap. Ulang lah banyak mana, tak jemu. Tapi kalau dah download dan simpan dalam handphone, terus jadi tak sedap dan jemu. Dengar lagu lain dan benda sama akan berulang. Last last kita pun tak sedar yang lagu tu pernah ada dalam simpanan kita. 

Sama dengan manusia. Selagi belum jadi hak milik, memang kita nampak cantik dan indah. Selagi belum dapat, gigih usaha sampai dapat. Tak kira, nak juga ! Haaa gitu. Tapi kenapa bila dah jadi hak milik, rasa sayang tu jadi pudar? Cuba lah sebelum mencuba untuk cuba, betul ke keputusan yang dibuat tu? Fikir dari banyak sudut dan sisi. 

Rumput di halaman orang lebih cantik berbanding halaman sendiri. 


Masalah. Bila dah selesa dengan sesuatu, masalah tu mesti akan datang. Dah jadi macam satu kewajipan. Haha. Masa ni la kita akan diuji. Nadia tak nak bercerita hubungan dari siapa kepada siapa. Sebab Nadia pun banyak teruji dengan hubungan. Baik keluarga, kawan kawan dan yang istimewa. Nadia nampak benda ni memang sangat normal. Jadi macam mana kita nak kawal masalah tu tak jadi satu beban berat dalam hubungan? Terima kekurangan. Kita kena sedar yang kita tak sempurna. Sebelum cuba cuba untuk ubah orang lain, ubah dulu diri sendiri. Percayalah, kalau awak lebih fokus pada pembentukan peribadi sendiri, Allah akan hantar orang orang baik untuk ada sama sama dengan awak. 

Peratus masalah tu kadang kadang bukan datang dari luar. Tapi dalaman kita sendiri. Orang jauhkan diri bukan sebab mereka hebat, tapi kita yang banyak kekurangan. Bila ada orang datang dan tegur mana kurang dan silap kita, TOLONG DENGAR. Tak nak ikut, itu pilihan. Tapi, TOLONG DENGAR. Sombong, bodoh dan ego tu tolong campak dalam parit. Campak dan jangan kutip. Awak, bukan senang orang nak tegur kita. Mereka yang tegur tu pun sebenarnya dah lama cari kekuatan untuk tegur. Sampai masa yang mereka rasa sesuai, tiba tiba awak pula jadi bodoh sombong. Em, okay. 


Pilihan. Ya. Fasa terakhir dalam hubungan adalah pilihan. Masa ni kita tahu, kita nak bertahan atau lepaskan. Kita nak perbaiki atau tinggalkan. Kalau ada seseorang yang tak pernah mengalah dalam hubungan, tolong jangan abaikan mereka. Sebab awak tak tahu banyak mana hati dia sakit masa cuba betulkan diri awak. Jangan wujudkan perasaan putus asa dalam diri orang lain sebab orang terakhir yang akan menyesal ialah diri awak sendiri. Masa tu jangan cuba untuk hargai sebab awak mungkin dah cukup terlambat. 

Ingat. Bila ada hal buruk berlaku dalam hidup, jangan cari punca kesalahan dalam diri orang lain. Tapi carilah dalam diri sendiri. Sebab mata kita memang lebih tertarik pada koyak di baju orang berbanding carik pada kain sendiri. 

Selamat memuhasabah diri. 

Jaga diri. 


22 May 2018

83 | Sifar Harapan

Assalamualaikum.

Tiba tiba teringat sesuatu bila terjumpa sesuatu dekat Twitter.



Bila kita terlalu letakkan rasa sayang pada sesuatu atau seseorang melebihi sayang dan cintanya kita pada Allah, kita sendiri akan berasa kecewa dengan harapan yang kita sendiri cipta. 

Nadia pernah rasa. Satu masa dulu. Masa perasaan sayang pada manusia tu letak pada tingkat paling tinggi, sekelip mata Allah tarik dan berada pada tingkat paling bawah. 

Maka, sayanglah pada seseorang dan sesuatu sekadarnya saja. 

Lagi tambah rasa sakitnya, rupanya selama ni pengkhianatan tu berlaku depan mata. Tapi terselindung dengan perasaan 'positif' yang selalu tanam dalam diri sendiri. Perasaan untuk taknak bersangka buruk. Perasaan untuk nak 'nampak dengan biji mata kepala sendiri'. 

Pengalaman tak pernah silap untuk ajar kita sesuatu. Kesilapan tak pernah rugi untuk terus muncul. Pembelajaran datang dari sesuatu yang dipanggil pengalaman dan kesilapan. 




08 April 2018

82 | Urus Perbelanjaan dengan Aplikasi MONEFY

Assalamualaikum..

Gaji kasar RM1500.00.

Ni bukan gaji Nadia. Tapi kenapa Nadia letak nilai ni? Sebab Nadia percaya ni antara gaji minimum untuk lepasan Diploma (mungkin).

Nadia percaya kalau gaji sebesar ini, manakan mampu untuk simpan RM1000 sebulan. Jadi apa yang kita boleh fikirkan ialah, berapa nilai yang boleh disimpan secara konsisten dalam masa sebulan? Buat la kiraan sendiri dan Nadia cuba la fikir logik, dengan gaji bersih RM1500 tu, mampu simpan RM150 sebulan minimum. Kalau mampu simpan lebih, lagi bagus !

Mula mula buat kira kira untuk setiap komitmen dulu. Duit minyak dan tol, bil internet, ibu ayah, sewa rumah dan api air, duit makan untuk sehari (mungkin RM20 sehari darabkan dengan sebulan),  bayaran pinjaman pelajaran dan lain lain komitmen. Ini kiranya bayaran wajib setiap bulan dan selepas tu baru kita tahu berapa bersih. Lepas dah nampak 'kebersihan' duit gaji tu, baru la fikir berapa mampu untuk simpan secara tetap setiap bulan. Dapat RM10 sebulan pun dah kira bagus okay !

Ibu ayah? Dulu masa mula mula Nadia kerja, Nadia nak kasi banyak. Nadia bincang la dengan Amirul masa tu dan minta pendapat dia. Lepas tu dia berpendapat lebih kurang macam ni, "Awak nak kasi banyak masa bujang tapi nanti kahwin, awak nak kurangkan sebab awak kahwin jadi ma abah mungkin faham yang awak lebih banyak nak pakai duit, kan? Tapi apa kata awak bagi sikit dulu sekarang, dan nanti gaji dah bertambah, awak tambah la sikit sorang. Jangan potong duit untuk mereka, tapi nak tambah boleh. Tak ada la terasa sangat diorang". Jadi bila fikir logik, betul juga. Jadi sekarang, Nadia guna pakai idea tu lah. Nadia akan tambah dalam duit diorang cuma bila pada bulan tersebut ada bonus sahaja. Mula mula taknak kasi, tapi tiba tiba rasa tak sampai hati tak kongsi sama sama rezeki bulan tu, jadi memang setiap kali bonus mesti akan lebihkan sikit untuk diorang.

Pendapatan kita tak perlu banyak, asalkan berkat. 

Ramai orang yang besar pendapatannya tapi banyak juga masalahnya. Jadi dalam rezeki tu, berkat sangat penting. Dulu masa belajar, Nadia memang berminat untuk tahu pointer orang, dia akan jadi termotivasi. Tapi bila dah bekerja, adalah lebih baik kita tak perlu tahu pendapatan mereka, untuk elakkan ada penyakit hasad. Uruskan saja cara kita sebab periuk yang besar tak menjanjikan hasil yang baik. Mungkin saja besar periuk, besar lah keraknya. 

Okay meh Nadia kongsi macam mana cara Nadia handle duit selepas 10 bulan kerja. Cehhhh baru nak dapat kesedaran. Haha

Aplikasi ni ada dekat ios dan Android. Tapi kalau ios tak ada, boleh je search 'money tracker' 'money managing'. 


Monefy ni ada 2 jenis. MONEFY dan MONEFY PRO. Nadia pakai Moneyfy Pro sebab fungsi dia lagi banyak yang boleh pakai.





  1. Nampak tak emoji tu? Belakang tu, kalau warna hijau tu untuk Income dan merah untuk Expenses. 
  2. Untuk lambang Petrol tu, maksudnya Nadia dah asingkan terus duit minyak untuk sebulan (RM320) dan memang duit tu dah di ketepikan siap siap dalam satu beg kecik dan tak akan bawa ke mana mana. Lebih selamat kalau tak ada dalam purse. Kiranya bila nak isi, baru Nadia bawa. 
  3. Yang lambang topi grad tu sebab Nadia bayar untuk 2 jenis pinjaman, MARA dan PTPTN. Sebab tu banyak.
  4. Yang lambang pasangan tu maksudnya duit untuk ma abah.
  5. Yang lambang tag kuning, maksudnya segala bil. Contohnya bil internet.



  1. Categories, untuk korang pilih lambang apa je yang korang nak letak dekat gambar yang sebelum tadi tu. Kalau masa mula mula download, memang penuh. Tapi Nadia padam mana yang tak perlu dan Nadia pilih mana yang Nadia nak jela.
  2. Accounts, kalau nak asingkan akaun dalam bank dan dekat tangan. Tapi Nadia combine je satu akaun supaya tak jadi rumit. Hihi
  3. Currencies, biasalah kita MYR tapi ni pakai USD pun tak ada masalah kot. Kalau MONEFY tak boleh tukar rasanya, korang kena pakai USD. Sebab ni MONEFY PRO, so boleh ubah ubah.
  4. Settings, godeh sendiri ! Haha




Okay ni Categories. Tadaaaaaaa best kan? Hehe. So boleh la pilih nak pakai yang mana yang kena dekat mata tu.

Salary tu salary la kan. Kalau macam orang bayar hutang, Nadia tarik duit minyak, Nadia tarik duit tabung, Nadia akan letak dekat Deposits, so dia takkan bercampur dengan Salary. Tapi terpulang pada korang nak pakai cara apa pun.

Saving, Nadia memang tak pakai section ni. Nadia dah buat potongan wajib TH melalui gaji, jadi memang nilai Salary yang Nadia letak dalam Monefy ni ialah nilai gaji dalam Payslip. Tak bercampur pun dengan saving. 

Sebab tu Nadia cadangkan korang fikir siap siap berapa korang mampu, so korang dah tahu berapa jumlah korang akan dapat dalam masa setahun kalau konsisten simpan. Bukan dah belanja baru sibuk fikir nak menyimpan.



Kalau Pro, korang boleh pilih nak pakai lambang mana dan boleh re-name. Tu pasal Nadia sanggup je bayar RM10 untuk apps ni.



Korang tengok betul betul ea, ni untuk bulan MARCH. Tengok atas tu. Maksudnya ni gaji bulan March dan apps ni kalau dah masuk hari bulan baru, contohnya 1 April, dia akan jadi 0 akaun. Tak apa nanti Nadia tunjuk kejap lagi. 

Cara nak tengok jadi macam ni? Boleh click yang tiga baris kiri atau kanan tu, nanti dia akan keluar part ni.


Bila click dekat lambang, dia akn keluar la huraian ni semua. So haa tu Nadia dah belanja mata korang dengan komitmen Nadia. Main undi pun Nadia letak dalam bills sebab tu kira komitmen wajib. Lagipun lepas dapat duit ni nanti, akan masuk dalam simpanan.

Petrol? Walaupun bukan isi RM320 terus, tapi duit tu memang ada Nadia asingkan siap siap, so terus je masukkan dalam ni.


______________________________________

Sekarang ni kita tengok bulan APRIL punya okay.


Rembat minyak, hahahaha tu maksudnya Nadia ambil duit minyak RM50. Nadia masukkan dalam Deposits sebab dikira acam Income kan sebab duit bertambah, so Nadia boleh ganti balik lain kali dan tak lah pelik duit minyak kenapa tak cukup RM50 pulak. 

BF March, maksudnya baki March tu, Nadia akan bawa ke bulan April sebab yela gaji kan hujung bulan, Jadi bila dah masuk bulan baru, apps ni akan jadi kosong lah. Haa

Pulangkan duit minyak, maksudnya Nadia 'bayar' balik duit minyak kereta yang Nadia dah ambil tu dekat tempat asal. Dikira expenses lah sebab duit kita dah berkurang sebab 'ganti' duit tersebut.

________________________

Walaupun pergi belanja dekat pasar malam pun, Nadia akan rekod. Kalau nilai barang yang Nadia beli RM1.90 pun Nadia akan rekod ! Kalau Nadia terlupa, dan ingat lepas dah seminggu, Nadia tetap rekod !

Jadi bila Nadia nak tengok duit ada lagi berapa untuk makan mewah atau berjalan, Nadia tak akan tengok purse atau akaun bank, tapi tengok apps ni. Biar duit lebih, apps ni kurang. Jangan nilai dalam apps lebih tapi duit dekat tangan dan akaun bank kurang. 

Nadia pernah guna masa semester 4 dan 5 dulu. Ada housemate kata Nadia ni macam mak mak pun iye, hahahaha sebab rekod kemana duit ni pergi. Teliti.

Kalau korang rajin memang apps ni sangat berguna. Tapi kalau jenis semberono, boleh je nak buat cara apa pun. Hee


Ya. Nadia letak dekat depan tanpa folder supaya selalu teringat untuk rekod. Ni antara salah satu usaha Nadia untuk tak culas rekod perbelanjaan dan tak boros. 

Untuk pasangan sekarang dan bakal suami (in sha Allah orang yang sama), kita uruskan sama sama perbelanjaan kita. Selalu kongsi tips dan pendapat masing masing. Ajar diri masing masing untuk uruskan kewangan. Esok lusa kalau tak ada jodoh, in sha Allah berguna untuk kehidupan selepas dah tak ada apa apa.

Sesungguhnya setiap perkenalan biarlah mendatangkan manfaat untuk kedua duanya. 

Semoga apa yang Nadia kongsi, dapat manfaat untuk orang lain juga. Amin. 

Selamat malam..

11 March 2018

81 | Lelaki & Perempuan berkawan rapat. Boleh ke?

Assalamualaikum.

Selalu kita dengar, "Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik nanti salah seorang akan jatuh suka". Kalau ikut pengalaman sendiri, tak salah berkawan rapat dengan lelaki asalkan niat asal masa berkawan, jantina lawan bukanlah seseorang yang kita minati atau kagumi. Kenapa? Sebab ini la sebenarnya punca adanya istilah "Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan rapat sebab salah satu akan jatuh suka". Niat asal tu dah salah. 

Macam mana dengan Ex? Tak salah berkawan semula selepas putus. Tapi bukan dengan Ex yang kita pernah sayang macam nak putus nyawa la kononnya. Pusing macam mana pun perasaan tu akan terselit. Jadi untuk kebaikan sejagat (ceh), elakkan la berkawan dengan Ex. Silakan berkawan, tapi jangan rapat. 

Bila bercinta, Nadia akan jadi sangat marah kalau pasangan Nadia cuba untuk kawal kenalan Nadia. Tak kesah kalau yang nak dikawal tu batas pergaulan dan peringatan untuk kebaikan hubungan kami, tapi bukan dengan siapa Nadia berhak berkawan dan dengan siapa Naadia tak berhak berkawan. Sepanjang 21 tahun hidup ni, kawan lelaki yang Nadia boleh jamin betul betul Nadia percaya, ada dua orang je. Seorang masa Nadia belajar dekat Kuantan. Seorang lagi masa sekolah menengah.

Update blog kali ni atas permintaan salah seorang dari kawan lelaki Nadia yang disebut dua orang tadi tu. 

Diaorang berdua ada persamaan. 

Kepoh tapi boleh dipercayai.
Kalau nak cari teman berborak yang dipercayai, pergi cari kawan lelaki. Nak cari yang tak melaga laga pun pergi cari kawan lelaki. Nadia masih ada beberapa kawan perempuan yang bukan kaki melaga laga tapi kat sini nak letak titik yang sebenarnya lelaki pun boleh jadi kawan baik. Mereka ni mungkin tak dilahirkan sebagai seorang penasihat yang baik, tapi mereka ialah pendengar yang baik. Orang lelaki susah nak jumpa yang boleh kasi nasihat berjela panjang. Orang perempuan ni pula lumrahnya kadang bukan nak respond sangat, cukup lah boleh jadi seorang pendengar yang baik. 


Pencinta wanita. 
Meh nak buat confession. Lelaki macam ni memerlukan satu pasangan yang betul betul boleh faham karakter dia. Sebab lelaki macam ni memang mudah masuk dengan perempuan. Dia bukan cinta wanita, tapi dia buat kita sebagai wanita tertanya tanya "Eh dia suka aku ke?". Sikit Nadia tak bohong memang ada lelaki yang ada karakter ni. Tak pandang jauh, adik lelaki Nadia sendiri macam ni. Berduyun kawan perempuan. Tapi jangan risau, in sha Allah lelaki macam ni setia. Kalau dia kata dia sayang pasangan dia tu, dah tak perlu risau bab kawan kawan perempuan dia yang lain tapi penting untuk pasangan dia kenal setiap kawan perempuan untuk elakkan salah faham kemudian hari. 


Penghibur semula jadi. 
Jarang atau mungkin tak pernah rasanya kalau Nadia tak gelak setiap kali duduk dengan diorang berdua. Ada je sesuatu yang akan jadi bahan gelak bila lepak. Ya dan ni yang buat jadi rapat sebenarnya.  

Tutup tentang persamaan diaorang berdua. 



Setiap hubungan tu biar terjalin secara semula jadi. Kita memang akan dikelilingi orang yang baik tapi dalam kalangan yang baik tu ada beberapa yang terbaik kira macam satu anugerah dalam hidup. 

Bila Nadia serabut dan perlukan teman untuk plan last minit, dia ni selalu ada. Jarang dia cakap "tak" sebab selalunya akan setuju. Mudah untuk diminta tolong dan selalu ada. Kiranya dia ni macam pengganti Mirul secara zahir tapi bukan secara batin (perasaan & hati). 


Amirul tak kesah ke?

Amirul pantau batas pergaulan Nadia dan selalu ingatkan tentang batas antara lelaki dan perempuan. Jangan bertepuk tampar. Jangan gatal. Jaga diri. Jaga maruah. Cukup. Rasanya kalau dia tak cakap pun sebagai perempuan dah boleh nilai sendiri tentang ni. Dia mungkin tak setuju 100% tapi dengan mengongkong pun belum tentu itu cara yang terbaik. Beri kelonggaran tapi kena selalu beringat. 

Nadia tak percaya diorang termasuk Amirul 100% sebab bila berdua yang ketiga akan ada kawan bertanduk, jadi nak buat apa apa, kena selalu beringat sebab lelaki tetap lelaki. Nadia tak menggalakkan dan tak melarang tapi pandai pandai tapis siapa yang kita nak rapat atau percaya. 

TQ

...

Kalau nak cari kawan yang lupa birthday kawan dia, boleh cari kawan macam Nadia. 

Happy Birthday Nazerah Binti Ahmadakamazaman
Erm lupa tarikh, tapi aku nampak Fatin upload gambar kau 😂 Semoga kau terus terusan jadi insan dan kawan terbaik untuk semua yang sedang dan pernah jadi kenalan kau. Semoga perjalanan hidup Nazerah Binti Ahmadakamazaman dipermudahkan selalu. Amin


**Abaikan kedudukan yang sangat sopan tu. 


12 February 2018

80 | Random Talk with Random Issue

Assalamualaikum. 



Masa zaman tak berapa nak cerdik, Nadia selalu rasa kalau makin ramai kawan maksudnya makin bagus la seseorang tu. Maksudnya besar sungguh pengaruh dia dalam satu satu kumpulan. Bila masuk diploma, rupanya yang berkualiti tu lebih penting dari kuantiti. 

Ada juga orang yang beranggapan, kalau kau ada kawan dengan kaki club, maka hinalah kau. Kalau kawan kau semua dari para alim yang bertutup litup dan cerdik pandai, maka mulia lah diri kau.

Average. Ordinary. 

Terpulang dengan siapa kita nak berteman tapi biarlah bijak dalam menilai dan memilih. Akhirnya, yang tinggal satu satunya tempat untuk Nadia bergantung harap sepanjang jauh dengan family, cuma seorang. Dulu ada dalam 2 3 orang, selepas tu cuma sorang sahaja. 

Sebelum ni masa dekat belajar, Nadia dididik dan terdidik untuk bergantung harap pada dia. Jadi SEMUA benda yang berlaku, SEMUA dia akan tahu. Tak ada yang terkecuali sikit pun. Satu masa ditakdirkan kena jauh, hubungan pun dah mula goyah sikit. Masih dalam satu negara yang sama tapi berbeza negeri, tapi zon masa peribadi kami tak sama. Bila Nadia perlukan dia, dia tak ada?..

Jadi makan hati dan mula la kongsi masalah pada orang lain. 
Bila kita ada masalah dengan orang tersebut, lebih baik kalau kita berterus terang dan bercakap sendiri dengan orang tersebut berbanding mencari orang tengah dan meminta solusi. Peratus mereka untuk tolong, sikit sangat sebenarnya. Masalah yang kecil boleh jadi besar cuma sebab campur tangan individu tertentu. Mereka yang dengar, tak nampak sendiri realiti yang jadi depan mata, jadi watak mereka dalam hubungan tu tak lebih sebagai BATU API semata mata.

Sebab tu dalam hubungan kami, kalau awak ada masalah dengan saya, bagitahu. sama. Kalau saya ada masalah dengan awak, saya bagitahu. Kita betulkan sama sama silap kita. Belajar terima kesilapan dan kelemahan masing masing. Rasanya itu yang buatkan hubungan masih mampu bertahan sampai ke hari ni. Sikap keterbukaan dan bertolak ansur. Berdiam diri langsung bukan cara untuk selesaikan masalah. Kita bukan tuhan untuk baca hati orang. 

Bila Nadia bercerita tentang sesuatu, Nadia ambil contoh dari semua aspek. Tolong jangan pernah kecil hati kalau awak selalu ikhlas dan dah jadi yang terbaik sepanjang perkenalan kita.




Ada orang pilih untuk diam dengan gunakan alasan untuk elakkan keadaan jadi makin rumit. Tapi mematungkan diri dan menolak kesilapan sendiri langsung bukan satu tindakan yang bijak. Menzahirkan keburukan orang lain semata menutup keaiban sendiri pun langsung bukan satu tindakan selamat.

Tak salah pertahankan ego. Tapi jangan menegakkan benang yang basah. Andai dia lelaki yang selalu menangkan ego sendiri tak kena cara dan tempat, lebih tinggi lagi ego Nadia akan naik. Senang supaya satu masa kalau dua dua dah capai tahap maksimum, hubungan boleh diputuskan dengan bangganya.

Tapi, terima kasih. Sebab selalu bertindak dengan akal yang waras dan bukan jadi bodoh sombong tak bertempat. 

Kadang kadang kita jadi hamba dalam kerajaan kita sendiri. Bukan sebab rakyat kita bermasalah, tapi kita sebagai raja terlalu lembut dan takut untuk menjatuhkan hukum. Akibatnya, kita ialah raja yang diperhambakan.

Dunia tak pernah berhenti. Jadi putaran tu akan datang semula pada pemberi. Pernah terdengar dulu orang kata, "Zaman sekarang ni jangan risau. Kalau nak dapat balasan atas dunia ni pun dah boleh dapat cash. Orang tu tak perlu balas semula kat kita, tapi orang lain yang akan datang dan buat pada kita".

Untuk Encik A dan ma sendiri, terima kasih sebab selalu jadi pendamping yang sangat jarang back up Nadia. Sekurangnya, Nadia belajar untuk jadi manusia yang mencari kesilapan sendiri sebelum mencari silap orang lain. Sekurangnya lepas ni jadi orang yang lebih sabar?