TOTAL PAGEVIEWS

14 July 2018

84 | Rasa Sayang dan Masalah Hubungan

Assalamualaikum.

Walau hubungan dengan sesiapa pun, setiap awal perkenalan semuanya manis. Ada orang mudah rasa teruja bila datang seseorang yang manis lagi lemak bila bercakap. Ada orang, keras sangat hati sampai tak boleh nilai mana yang ikhlas dan mana yang tidak. Siapa yang datang, semua di tolaknya.

Hubungan ni ada 3 Fasa.

Permulaan. Setiap permulaan semuanya manis. Lebih manis bila apa yang belum lagi jadi milik kita. Semua nampak indah lah senang cerita. Nadia ada kiasan sendiri. Manusia dan sayang tu ibarat lagu. Selagi lagu tu cuma didengar dekat radio, Joox atau Youtube, lagu tu memang sedap. Ulang lah banyak mana, tak jemu. Tapi kalau dah download dan simpan dalam handphone, terus jadi tak sedap dan jemu. Dengar lagu lain dan benda sama akan berulang. Last last kita pun tak sedar yang lagu tu pernah ada dalam simpanan kita. 

Sama dengan manusia. Selagi belum jadi hak milik, memang kita nampak cantik dan indah. Selagi belum dapat, gigih usaha sampai dapat. Tak kira, nak juga ! Haaa gitu. Tapi kenapa bila dah jadi hak milik, rasa sayang tu jadi pudar? Cuba lah sebelum mencuba untuk cuba, betul ke keputusan yang dibuat tu? Fikir dari banyak sudut dan sisi. 

Rumput di halaman orang lebih cantik berbanding halaman sendiri. 


Masalah. Bila dah selesa dengan sesuatu, masalah tu mesti akan datang. Dah jadi macam satu kewajipan. Haha. Masa ni la kita akan diuji. Nadia tak nak bercerita hubungan dari siapa kepada siapa. Sebab Nadia pun banyak teruji dengan hubungan. Baik keluarga, kawan kawan dan yang istimewa. Nadia nampak benda ni memang sangat normal. Jadi macam mana kita nak kawal masalah tu tak jadi satu beban berat dalam hubungan? Terima kekurangan. Kita kena sedar yang kita tak sempurna. Sebelum cuba cuba untuk ubah orang lain, ubah dulu diri sendiri. Percayalah, kalau awak lebih fokus pada pembentukan peribadi sendiri, Allah akan hantar orang orang baik untuk ada sama sama dengan awak. 

Peratus masalah tu kadang kadang bukan datang dari luar. Tapi dalaman kita sendiri. Orang jauhkan diri bukan sebab mereka hebat, tapi kita yang banyak kekurangan. Bila ada orang datang dan tegur mana kurang dan silap kita, TOLONG DENGAR. Tak nak ikut, itu pilihan. Tapi, TOLONG DENGAR. Sombong, bodoh dan ego tu tolong campak dalam parit. Campak dan jangan kutip. Awak, bukan senang orang nak tegur kita. Mereka yang tegur tu pun sebenarnya dah lama cari kekuatan untuk tegur. Sampai masa yang mereka rasa sesuai, tiba tiba awak pula jadi bodoh sombong. Em, okay. 


Pilihan. Ya. Fasa terakhir dalam hubungan adalah pilihan. Masa ni kita tahu, kita nak bertahan atau lepaskan. Kita nak perbaiki atau tinggalkan. Kalau ada seseorang yang tak pernah mengalah dalam hubungan, tolong jangan abaikan mereka. Sebab awak tak tahu banyak mana hati dia sakit masa cuba betulkan diri awak. Jangan wujudkan perasaan putus asa dalam diri orang lain sebab orang terakhir yang akan menyesal ialah diri awak sendiri. Masa tu jangan cuba untuk hargai sebab awak mungkin dah cukup terlambat. 

Ingat. Bila ada hal buruk berlaku dalam hidup, jangan cari punca kesalahan dalam diri orang lain. Tapi carilah dalam diri sendiri. Sebab mata kita memang lebih tertarik pada koyak di baju orang berbanding carik pada kain sendiri. 

Selamat memuhasabah diri. 

Jaga diri. 


No comments: