TOTAL PAGEVIEWS

07 April 2017

60 | Bibliophile vs Blogging

Assalamualaikum 



Blogger : Dulu ada cikgu pernah cakap. Orang yang ada blog ni (blogger) ialah orang yang suka menunjuk nunjuk. Semua benda dia nak cerita. Tahu tak, itu lah fungsi blog. Medan untuk bercerita. Datangnya tak diundang, perginya tidak diusir. Nadia masih pegang kuat apa yang cikgu pernah cakap tentang blogger yang blogging ni suka menunjuk-nunjuk. Tapi selagi Nadia tak ganggu sesiapa, kenapa Nadia kena hentikan minat hanya sebab mulut orang ea ?

Datangnya tidak diundang, perginya tidak diusir. 


Bibliophile : Minat yang mendalam pada buku. Buku tu dah jadi satu obsesi. 


Membaca : I love books more than I love people. Buku buat Nadia berfikir. Buat diri muhasabah. Buku teman terbaik yang setia. Buku yang tidak mengiyakan atau menidakkan suatu pendapat kita. Salah dan betul kita cuma antara buku. Buku pun tidak bermulut yang akan bercerita di belakang kita. Ya semua cuma antara kita dan buku. 

Apa jenis buku?

Apa apa kecuali NOVEL. Motivasi. Agama. Pengurusan. Akta. Sejarah. Kesihatan. Apa saja. Tapi setiap jenis buku haruslah ada peratus minatnya. HR ialah satu bidang yang dekat dengan motivasi dan pengurusan. Ada hikmah kenapa Nadia tercampak dalam bidang HR masa memula apply diploma dulu. 

Bila Nadia terasa hati dengan orang, selalu teringat 

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

Kenapa? Sebab orang orang yang datang untuk sakitkan hati kita ialah ujian yang Allah turunkan melalui orang tu. Kalau kita berkecil hati dengan orang tu, makna kata kita berkecil hati dengan Allah sebenarnya, seolah olah kita tak redha atas ujian yang Allah kirim. 

Sejauh mana betul kenyataan tu, Nadia tak pasti. Tapi ada betulnya apa yang di nyatakan.

1.30 pm dan Nadia masih belum keluar lunch. Bye bye. Doakan Nadia kuat semangat selalu. 

Penulis ialah orang yang bersedih. Maka untuk mengelakkan orang lain bersedih, mereka akan menulis dan selalu ada untuk orang yang bersedih walaupun semasa mereka bersedih belum tentu ada orang bersama sama dengan mereka. 

💋


No comments: