TOTAL PAGEVIEWS

03 March 2017

53 | Berkereta semasa belajar

Assalamualaikum 

Apa yang bakal aku kongsi sekarang ni mungkin akan memperjudikan hubungan antara aku dengan dia. Tapi apa yang aku nak kongsi ni bagi aku cukup umum. Perkara yang mungkin orang tertanya tanya tapi tak berani nak tanya atau malas nak cara. 

Alhamdulillah tapi aku pakai Toyota je 🙎 (kereta hutang bank je pun. Kereta bapak je pun) . Kalau sebelum ni aku pakai mpv dari Kia (kereta hutang bank je pun. Kereta bapak je pun). 

So masa aku pakai Toyota ni, ada orang pernah tanya, "Kenapa kau berkira bila tak boleh muatkan 5 orang (tak termasuk aku) dalam kereta sedangkan Nadrah boleh je sumbat besar-2 lagi dalam kereta dan ramai padahal myvi je. Kalau nak kata kereta ni (toyota) lowered pun, tak sangat. Yela contoh tinggal sorang je lagi. Tapi tetap kau taknak" .

Aku rasa mesti orang-orang yang tengah membaca ni berfikir pasal isu ni dalam kepala sekarang 😃

. . . . 

Ada sebabnya.. 

. . . . . . . . . . 

Jujur, aku memang lebih suka bergerak sendiri. Aku lebih suka pakai apa aku ada walaupun ulang pakai, walaupun murah walaupun buruk pada mata orang walaupun apa apa jelah. Aku lebih suka guna harta aku.  

Soal kereta ? 

Aku pernah bawa mpv kia. Aku pernah berseronok. Yela seronok kan bila ada member yang ada kereta, *even if bukan aku yang ada kereta tu* . Sampai, aku pejam sebelah mata je apa apa yang jadi. Hasilnya, sabar tu jadi perasaan marah yang melampau-2 hasil dari pendam sebab pejam sebelah mata. 

Satu masa aku balik Johor, ma istighfar panjang tengok kereta. Itu tak kena. Ini tak kena. Itu belum campur masa aku jahanamkan pedal minyak abah sebab ikotkan sangat perasaan marah sampai loose tempat pijak pedal tu. Pedal minyak tu ma tak boleh rasa, cuma orang yang bawa kereta je boleh rasa. Sampai makcik drive kereta tu, dia kata "tak best dah bawa kereta ni, dah macam kereta secondhand"  😭😭😭😭.

Pedal minyak tu ABSOLUTELY YES my fault, aku ikut sangat marah sampai habis aku lenjan mpv Kia tu atas jalan batu. Aku balik Johor, abah pakai. Muka abah berubah. Serba salahnya aku masa tu Allah je yang tahu. Tu pun nasib baik tak patah 'signal' aku kerjakan. 

So, once aku dapat Toyota baru, satu hal yang aku pegang dalam diri, "Nad, jangan buat hal yang sama masa guna mpv Kia dekat Toyota ni. Ingat. Ni kereta baru" . Sebab tu aku suka bergerak solo. Sebab aku taknak terasa hati dengan orang jauh sekali marah orang. 

Aku tak kesah bila orang cop aku kedekut atau berkira atau mungkin cerewet. Orang tak pernah dan tak pernah hingin nak tahu berapa susah aku nak dapat apa yang aku ada sekarang. Sesuatu yang aku tak pernah minta tapi parents yang kasi. Sesuatu yang aku patut hargai benda yang bukan beli dengan daun kayu tepi jalan. 

. . . 

Aku tak pernah explain benda ni kan? 😊 Sebab pengalaman ajar aku, 'menjelaskan sesuatu cuma akan mengeruhkan keadaan'. Jadi aku biar je apa tanggapan kau dan mungkin beberapa orang sekeliling pada aku sebab Allah tahu apa sebab bagi setiap tindakan aku selama ni. 

Satu lagi hal aku belajar dari pengalaman. Kita tak akan faham apa yang dirasa orang yang kita fikir salah selagi kita tak ada kat tempat dia. Aku cuma mampu doakan, "Allah, berikan mereka harta dan kekayaan, maka dengan itu, beri lah mereka rasa apa yang sedang dan pernah aku rasa selama ini dengan harapan mereka akan faham" 

Bila orang tak faham setiap tindakan aku, jujur, itu je aku mampu doa. Satu masa nanti, kau akan rasa apa aku rasa dan suka aku ulang, andai kata hal tu betul berlaku, manusia pertama yang akan muncul dalam kepala kau ialah, AKU. 

Pengalaman memang guru paling berharga. Tapi tidak menilai kesilapan dari pengalaman, sia sia. 


** Maaf bagi orang yang pernah tanya soalan ni. 
*** Maaf bagi orang yang tak faham flow dalam ni. 
**** Cukup aku cerita luaran je. Setelitinya cerita ni, pelaku dan Allah je tahu. 


No comments: