TOTAL PAGEVIEWS

30 March 2017

59 | Prove Them Wrong

Ketinggian 156 cm dengan berat badan yang mampu capai 43 - 45 kg pada umur 21 tahun dan agak kurus pada mata mata manusia. Tapi ada satu sifat ego yang lebih gemuk dari badannya dan lebih tinggi dari ketinggiannya, lebih lantang suaranya dan luar biasa keras kepalanya.


Mungkin resam alam ni, apa keperibadian diri yang kita ada, kita akan jumpa dengan orang yang bertentangan dengan sifat kita. Mungkin sebab tu wujudnya istilah "lengkapkan setiap kekurangan sendiri dengan kelebihan orang lain". Sebab tu juga tak ada manusia sempurna. Tanpa sempurna serba serbi pun manusia angkuh, bayangkan kalau dunia penuh dengan manusia sempurna? Allah. 

Kenapa Nadia mula tadi dengan ketinggian dan berat badan? Ada sebab. 

Sebab 'seronok' bila ada segelintir manusia yang sangat ambil berat dengan fizikal Nadia. 

Kurusnya. 

Keringnya. 

Tulangnya. 

Cengkungnya.

Tak lawanya. 

Kenapa ea melayu tu sifatnya suka mencela fizikal melayu lain? Berani nya sesama melayu. Kenapa tak di cela rakan bangsa lain? Cela. Tapi bukan di depan muka. Takut katanya. Makna kata Nadia ni melayu pengecut lah sebab melayu sendiri mencela melayu. Kan ? 

Tak cukup dengan cela, PHD. Antara makanan paling lazat orang melayu ialah dengki. 

Kahwin awal. Dengki. 

Bijak. Dengki. 

Dapat anak. Dengki. 

Kaya. Dengki.

Cantik. Dengki. 

Kemahiran untuk menjatuhkan sesama sendiri cukup hebat. 

Tak semua. Segelintir. 🙏



Tak berjaya lepas usaha, usaha lagi. Terpukul dengan kata negatif orang, jauhkan diri. Make your circle be smaller and your dream bigger. Letak setiap kata buruk orang sebagai satu semangat yang lagi dia cemuh, lagi kita semangat. Do not impress others, but only you ! 

Orang nampak Nadia macam kuat. Macam pekak dan bodoh bila orang cakap macam macam tapi buat tak paham bahasa. Terima kasih. Sebab kata kata tu la semua jdi pembakar semangat dalam mereka tak sedar. Apa yang bergolak dekat dalam, Allah saja yang tahu. Sedih? Eh taklah. Gembira je. Yela kan awak je ada mulut untuk mengata orang 💕😊


Dan maaf. Nadia tak ada masa nak fikir pasal hidup orang lain. Sebab tu Nadia kata, siapa kita, dan kita akan berjumpa dengan orang orang yang sifatnya bertentangan dengan kita. Goodluck. 

"Saya suka hiking. Saya suka buat aktiviti lasak macam dekat Escape Theme Park Peneng or hiking."

Dia pandang sinis je. 

"Kenapa? Tak percaya? Sebab badan saya macam ni?"

Ya Allah. Apa perempuan yang zahirnya nampak lembut dan kecik tu tak layak ada minat macam tu ke?  😩

Berapa banyak berhenti masa mendaki, bukan satu masalah pun sebab sifat kita memang berbeza kudratnya. Asalkan cukup bersemangat dan tak putus asa untuk sampai puncak 👍





No comments: