TOTAL PAGEVIEWS

17 October 2015

14. Steps To Self-Care


Assalamualaikum dan Selamat Malam dan Selamat Menyambut Final Exam untuk student KPTM Kuantan :) 
Siapa yang tak study lagi tu bawak-2 la insaf and pergi lah study, termasuk diri sendiri k. !




Hajat awal sebenarnya nak update blog pasal zaman sekolah terutama kawan-2 sekelas masa form4 and form5. Tapi scroll Wechat, eh tetiba pulak baca mendealah ni. 


10 STEPS TO SELF-CARE

1)    Kalau taknak buat, jangan buat. Kalau dah tahu benda tu salah jangan teruskan. Lebih baik takpayah dimulakan langsung. Biar orang lain nak buat, tapi jangan mudah sangat terikut gaya hidup orang lain. 

2)     Buat apa yang kau dah maksudkan and jangan diubah disebabkan mulut orang. Tetapkan pendirian, yang cakap lah apa sekalipun, pendirian tu takkan goyah. Belajar ajar diri hidup lebih berpendirian dan tegas. 

3)     Jangan mudah sangat termakan pujuk rayu orang. Boleh jadi satu kelebihan bila kau makan pujuk rayu, tapi kau jangan lupa itu akan jadi satu kelemahan yang orang akan mudah gunakan bilamana kau tak reti untuk menolak. Didik diri untuk hormat keputusan sendiri sebelum hormat keputusan orang lain. 

4)     Islam kan? Apa guna solat yang wajib kalau untuk ditinggal. Apa gunanya juga doa kalau taknak berdoa. Banyakkan doa, konsisten dalam solat dan cuba untuk solat awal waktu, Allah akan kurniakan gerak hati yang tepat. In sha Allah. Samada kita nak terima atau tepis. Tu je.. 

5)     Ni part paling penting. Jangan sesekali cakap benda buruk pasal diri. Tu semua satu doa. Bila dalam masalah, jauhkan diri dari komuniti, cari Allah, buat hobi, baca banyak bahan bacaan yang boleh bagi motivasi. Psiko diri benda yang baik-2 je. 

"Kau bukan lembik, kau cuma diuji" 
"Sebab kau istimewa, Allah datangkan ujian untuk kau hadap" 
"Sekarang kau kalah dengan emosi, balik nanti solat dan minta Allah tambah point sabar dan tabah dalam diri k" DLL

6)     Kejar impian. Betulkan niat. Jangan mudah sangat mengalah cuma sebab tak ada yang menyokong. Doa pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan. 

7)     Kalau hati rasa salah. Jangan buat. Jangan buat untuk senangkan hati orang lain. Tanya diri sendiri, "Berbaloi ke buat kalau orang tak hargai? Orang sanjung sekejap then main sepak-2 je." . Beb, benda yang ikhlas pada asalnya pun boleh jadi satu ungkitan bila kau buat semata-mata untuk PUASKAN hati orang lain sedangkan diri sendiri bukan nak buat pun. Nak jaga hati punya pasal. So if you say NO, then never let it be YES, no matter what.!!

8)     Selalu buat baik dengan diri sendiri. Macam mana nak buat baik? Cakap lah yang baik-2. Dengar hal yang baik-2. Hormat keputusan sendiri. Apa yang kau suka pandang, itu yang kau kena amalkan dalam diri tu dulu baru tegur orang lain.

9)     APA-APA perkara yang kau rasa dah bawa kau tersasar jauh dari landasan, lepaskan. Yang buat kau rasa jatuh, biarkan. Malu lah kat Allah kalau taknak malu dengan orang. Baru Allah jentik dugaan dah melatah. Bukan semua orang boleh rasa apa kau rasa. Ingat tu. Tak kira siapa pun kau anak raja atau petani. 

10)     ANTI-SOSIAL. Nampak tak relevan? K sekarang aku tanya, berapa banyak dosa kau dah buat sebab mengumpat dan dengar umpatan bila kau berkumpul. Berapa banyak dosa kau dah buat bila gurauan kau tak boleh diterima orang? Dalam sehari berapa banyak kau dapat? Kalau kau dikelilingi orang yang okey, then go on. But if you know where you stand, then get ur own life. Belum ada orang mati lagi sebab tak bergaul.. 

Kita ada mulut dan orang ada mulut. Bila kau tak suka orang mengata, kau yang dulu jangan mula mengata dan ambil tahu. Ingat benda tu. Kalau kau suka mengata, jangan marah bila kau dikata. 

Lecturer aku pernah cerita, orang yang tak hormatkan diri sendiri ialah orang yang zalimi diri sendiri. Contohnya : Nurse dalam hospital abaikan seorang mat rempit yang accident yang merungut "sakit sakit" and pergi ke katil sebelah yang cuma sakit demam sahaja. Sebabnya, kalau dia hormatkan diri dia, dia takkan jadi seorang pelumba haram atas jalan raya. Paham dah?

So, hargai diri sendiri sebelum nak hargai orang lain.. 


11 July 2015

09

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa

Memulau dan dipulau satu lumrah dalam hidup. Cuma kita tak tahu sama ada kita akan memulau dulu atau kita akan dipulau dulu. Kalau kita memulau jangan lah melampau macam kita ni ahli syurga dan bila kita dipulau jangan pula kita menagih simpati orang untuk dapatkan ihsan orang lain. Teruskan berlagak macam tak ada apa-apa dan terus bangkit. Zahirkan rasa derita cuma bagi satu kepuasan pada si pemulau.

Si batu api perosak hubungan manusia jangan galok sangat. Hidup ni ada pasang surut. Jangan pandang manusia berdosa macam awak suci dari dosa. Canang cerita berita orang lain semata tengok dia dipulau, semata tengok dia merana. Selama mana awk mampu bertahan? Seronok tengok insan lain jatuh? Bahagia tengok derita orang lain atas mulut bangkai sendiri? Bumi ni bulat, bila-bila masa awak boleh jatuh ke dasar paling bawah bilamana awak dah seronok menjulang langit mendabik dada tengok orang tersungkur. ALLAH tu tak zalim dan tak pernah sekali pun zalim. Dugaan yang datang tu sebagai ujian. Dan manusia yang bertopeng cuma perantaraan untuk uji kesabaran.

Hamba bukan apa. Dok perati sem ni banyak pula manusia yang pernah jatuhkan hamba sem lepas, susah hari demi hari. Dan perjalanan hamba jadi senang hari demi hari. Ni balasan ALLAH ke? Dan ada lain-2 yang baru nak merasa macam apa yang hamba rasa dulu. Rasa dipulau, dibodoh, ditendang. Dulu, hamba menangis bagai nak gila, lari balik Johor tengah malam buta tanpa orang tahu sbb sedih kenang nasib sendiri, dan sekarang hidup jadi lebih baik. ALLAH nak ajar sesuatu, supaya jangan dipercaya manusia bermuka manis tapi penuh duri dalam hati. Tikam belakang sikit demi sikit sambil cari geng untuk komplot sama.

KITA NI MANUSIA.
TAK ADA HAK NAK HUKUM ORANG ATAS MULUT ORANG LAIN.
KALAU KITA PERCAYA TANPA SELIDIK, KITA DAN SI MULUT BANGKAI TAK ADA BEZA.

KALAU CERDIK, SELIDIK.
BUKAN DENGAR DAN TERUS MENGHUKUM.

KAU DAH KENAL NANTI, BARU PILIH.
UNTUK KEKAL ATAU PERGI.

HATI KALAU HITAM, CERITA BURUK ORANG SEMUA PUN NAK PERCAYA.
OH LUPA, KAU KAN AHLI SYURGA, KAMI NI AHLI NERAKA.

MANUSIA ~

TAK TAHU SIBUK NAK CAMPUR. HEHH.!

eh ter BESAR pulak. Dan sekarang kalau kau judge aku tanpa bertanya tak tahu mende, sah hati ada masalah . Maka nya sebelum sibuk urus hal orang lain, urus diri sendiri.