TOTAL PAGEVIEWS

29 February 2016

22. Syukur

Assalamualaikum. Salam 29 Februari 2016 .. ;)

"Jangan selalu jealous dan belajar bersyukur selalu" 

Kenapa kita suka pandang satu sisi kehidupan orang lain 
yang indah dan nampak sempurna pada mata kita? 

Sedar tak , lagi banyak kita membanding lagi kuat rasa cemburu tu datang.
Lagi tebal rasa nak jadi macam dia, lagi kuat hasad beraja dalam hati.
Rasa syukur dengan hidup sendiri pun lama lama hilang. 

Bilamana kita rasa dia "Untunglah" *istilah orang melayu* , 
sedarlah yang itu bahagian dia, rezeki dia. 
Rasa cemburu tu sebenarnya boleh terbitkan rasa hasad dengki dan benci dalam tak sedar.

Cuba tengok artis, pernah ke dia usik hidup kita? 
Tapi kenapa kita gigih usaha masuk laman sosial dia semata nak sakitkan hati dia. 
Teguran negatif TAK AKAN mempositifkan orang yang negatif pun. 

Tips bersyukur paling besar ialah : 

Jangan STALK orang yang kita rasa insekiyo untuk elakkan hati merungut nikmat sendiri. 
Lelagi orang perempuan. 
Benda tu cuma boleh rosakkan hubungan. 
Lebih lebih lagi kalau itu kawan sendiri. 
Baik @ rapat. 
Jangan. 

Nak #relationshipgoals? #Familygoals? #Friendshipgoals? #Studentgoals? 

Cipta moment sendiri dengan cara sendiri. 
Bukan tengok orang lain dan cuba untuk buat. 
Semua orang ada keistimewaan masing-2.
Paling penting, jangan bebankan pasangan sendiri untuk nampak hebat pada mata orag luar.
Biar miskin masa belajar sekarang, dah kaya karang, paw kaw kaw.
#hasutan

Setiap kenangan manis dalam hidup, itu lah goals korang. 
Belajar ingat moment sendiri dan dalam tak sedar rasa syukur tu akan datang. 
Masa tu baru la sedar yang bahagia sendiri lagi penting dari tengok cara bahagia orang lain. 


Goodnight . . 



01 January 2016

21. End of 2015

Assalamualaikum untuk kenalan yang baru dan yang lama. 
31 Disember 2015 @ 1 Januari 2016 

Setiap satu dari kita akan ada satu pengajaran yang dibelajar dari tahun 2015. 

2 0 1 5  
Satu nombor yang cantik bagi aku sebenarnya tapi banyak dugaan di dalam rupanya.

Tinggalkan memori semalam dengan satu harapan kita belajar dari setiap dugaan. 
Mulakan tahun baru dengan azam yang lebih baik dan logik. 
Tak guna cerita azam pum pang pum pang tapi tak ada hasil. 
Hidup la dalam satu realiti yang nyata bukan satu fantasi yang konon indah belaka. 

Tahun terakhir 2016 nanti kat kolej, aku harap boleh perbetulkan apa yang salah.
Paling penting pointer. Yang lain tak nak ambil pusing pun. 
Ketepikan semua masalah. Pandang apa yang indah je. 

Tak berteman tak apa sebab jatuh bangun aku dari sem 1 sampai akhir sem 3,
cuma Amirul yang kekal setia. 
Siapa sangka yang disangka baik rupanya terpendam rasa sakit yang tak diluah. 

HAHAHAHAHAH 
Dulu selalu abai 'someone' sebab 'kawan'
Rupanya bila dalam masalah, 'someone' selalu lebih lapang dari 'kawan' .
Terlalu salah menilai sampai terkecilkan hati orang yang lebih penting.

Maaf dan Tkasih Amirul Asyraf kaki bebel. 
Pengganti ma abah bila kat Kuantan..

Untuk yang selalu stay dari jatuh sampai rebah tersungkur, terima kasih. 
Untuk yang menjatuhkan umpama hilangnya maruah, terima kasih.

Happy New Year