TOTAL PAGEVIEWS

31 December 2017

79 | End of 2017. Kumpul hutang atau buat simpanan?

Assalamualaikum.

Kalau tahun sebelum ni banyak krisis tentang hubungan, Alhamdulillah untuk tahun ni, atasi manusia ni dah jadi satu rutin yang mungkin kadang kadang bukan jadi satu masalah yang besar. Hikmah Allah tu selalu ada cuma cepat atau lambat. Nadia ingat pesan office mate, "Handle masalah dengan akal, bukan emosi"

Jadi tahun 2017, Nadia belajar banyak tentang takdir, rezeki dan cara pengurusan duit. 

Takdir dan rezeki Allah bagi setiap satu dari kita berbeza beza sebab kita semua ada kain rentang yang berbeza. Kalau dulu kita lahir, ibu bapa dan persekitaran yang mencorakkan kain rentang tersebut. Tapi bila kita dah cukup berakal, kita yang pilih mana yang perlu kita bawa sepanjang masa dan mana yang perlu kita tinggalkan. 

Bila satu satu kesalahan dijatuhkan atas Nadia yang disebabkan kesalahan orang lain, selalu terngiang ngiang ayat seseorang, 'Kenapa awak suka gantung diri sendiri ea'. Sentap dan sedih.

Mula mula Nadia tak faham. Tapi lama lama bila Nadia kerja dan pengalaman tu makin menapak dalam diri, baru sedar sesuatu. Betul. Aku memang suka gantung diri sendiri. Bukan sekarang. Tapi sejak dulu. Nadia orang yang selalu "tak apa" dan "tak apa" tu sebenarnya tengah makan diri Nadia sendiri. Orang lain memboloskan diri untuk tutup kesalahan mereka, Nadia pula yang berdiri belakang mereka ni untuk menanggung kesalahan yang mereka buat. Perjudikan diri sendiri atas belas ihsan yang mengarut. 

Suka untuk Nadia nak kongsi sesuatu.


Siapa taknak kumpul harta selagi muda atas titik peluh sendiri? Kat sini Nadia suka untuk kongsi sesuatu sebab Nadia anggap setiap pembaca dalam blog ni sebagai kawan walaupun ramai 'silent reader'.

6 bulan Nadia kerja, terus bawa payslip pergi salah satu bank dan semak status untuk beli rumah. Rumah second hand. Kalau ikutkan, Nadia mampu untuk beli rumah bila tunjuk slip gaji, tapi banyak Nadia baca dalam twitter tentang pembelian rumah. Dalam banyak banyak tips dekat situ, ada sesuatu yang berguna untuk digunapakai oleh kita semua. 

  • Kalau tak mampu menyimpan duit gaji sama banyak dengan nilai kereta atau rumah yang awak bakal bayar, maksudnya awak masih belum mampu untuk miliki aset sendiri. Kalau simpanan pun tak mampu ada, macam mana awak nak bayar hutang bulanan yang memerlukan komitmen yang tinggi? Nak tunggu bankrup dulu ke? Logik kan?

  • Sediakan tabung kecemasan sekurangnya 3 bulan gaji sebagai persediaan sekiranya diberhentikan kerja atau berlaku apa apa yang tidak diingini. Kenapa 3 bulan gaji? Logiknya untuk kita tampung diri sendiri sementara mencari kerja lain. Kalau rasa tak ada jaminan, simpan lah 6 bulan gaji atau 12 bulan gaji. Tapi jangan tamak. Kalau 3 bulan pun tak mampu jangan sembang sembarang sebab gajah pun boleh terbang kalau setakat cakap kosong.

Sejujurnya Nadia dah ada rumah yang nak dibeli tapi lepas balik dari bank baru lah terkenangkan sesuatu. Macam mana kalau satu masa Nadia berhenti kerja atau diberhentikan, siapa nak bayar rumah tersebut? Jadi Nadia terpaksa berhenti fikir soal rumah dan sekarang Nadia buat simpanan dulu.

Nadia buat potongan wajib sebanyak RM*** sebulan melalui potongan gaji ke dalam Tabung Haji. Simpanan ni benda yang korang kena paksa. Nadia bagi contoh ea. 

Dulu target nak simpan memang banyak. Kononnya lah. Tapi bila gaji masuk, semua tu cuma habuk dan haprak haha. 

Gaji bulan pertama, mampu simpan RM100.

Gaji bulan kedua, mampu simpan RM150.

Gaji bulan ketiga, mampu simpan RM100.

Tak konsisten. 

Gaji bulan keempat, baru Nadia tahu pasal potongan TH dan Nadia buat potongan paksa setiap bulan. Berjaya simpan RM***.

Gaji bulan kelima, GAGAL ! Sebab masa ni tahu tentang boleh keluarkan duit TH melalui Maybank2u dan memang GAGAL TERUK. Licin akaun. haha


Gaji bulan keenam terpaksa nekad dan Alhamdulillah berjaya. Yeayyy

Gaji bulan ketujuh, bulan ni, harap mampu kawal nafsu nak membeli yang selalu menggila.

See, berapa bulan dah Nadia membazir?

Apa yang buat Nadia nekad? Kahwin. Ya, kahwin. Nadia tak tahu bila Nadia akan kahwin atau bila keadaan memaksa untuk Nadia gunakan duit, hitungan yang Nadia buat andai kata Nadia berjaya simpan duit dalam TH tu, dalam tempoh X tahun, Nadia dah ada RM** ribu dan sekarang tengah struggle untuk nampak miskin demi masa depan yang cerah. 

Betul Nadia simpan untuk kahwin. Tapi kalau Nadia nak beli rumah atau kereta atau sambung belajar, sekurangnya dah ada simpanan dalam bank dan tak perlu menyusahkan ma abah. 

Kejap, mana calon bakal suami? Saya boleh tolong uruskan kewangan awak dan kita nanti. Jangan risau. Hahahahaha

Jangan ajak Nadia berjalan dan melancong sebab Nadia langsung tak ada peruntukan untuk berjimba. Peduli apa orang nak kata andai mereka rasa Nadia tak nikmati zaman bujang atau mungkin kedekut? Awak tak datang pun hulur duit kalau saya susah masa depan. Jadi sediakan payung sebelum hujan. 

Soal duit baik adik beradik atau kawan apatah lagi orang luar, memang Nadia sangat berkira. Duit ialah medium paling mudah untuk berlaku pecah belah dalam hubungan. Yang baik boleh jadi musuh cuma sebab duit. Kawal kewangan mulai hari ni dan berhenti susahkan orang lain. Percayalah, awak mampu asalkan tanam azam kuat dalam diri. 

Kadang Nadia fikir, 'Masa aku bujang ni, banyak aku simpan. Kalau dah kahwin nanti mampu ke aku simpan banyak ni? Entah entah RM50 sebulan pun tak mampu'. Nadia pernah suarakan pada ma dan ma kata, "Tak boleh. Masa tu banyak benda along nak bayar. Kalau nak simpan, simpan selagi belum kahwin".

Buat bakal jodoh, awak buat bahagian awak dan saya buat bahagian saya. Kalau awak rasa awak boleh manfaatkan saya dengan cara simpanan saya, tunggu nanti kahwin, saya manfaatkan awak pula dengan duit awak. Dont play with me aaa. Haha em.

Terima kasih untuk setiap pengalaman 2017.




04 November 2017

78 | Konvokesyen KPTM 2017

Assalamualaikum.

Alhamdulillah harini dah hari ke-5 selepas majlis konvokesyen haritu. 



Ingat lagi dulu terpaksa je masuk KPTM sebab masa tu teringin nak masuk UNITI College under Diploma in Halal Industry Management tapi tak dibenarkan. Lama juga la merajuk sampai surat tawaran KPTM sampai rumah tapi masa tu tak usik langsung. Pastu ma kata "Tu along ada surat KPTM atas meja. Yang tu MARA. Tak nak ke?". Tapi merajuk lagi kan? So tak usik pun 😂

Lepas tu tengok course, 'Diploma in Human Resources Management' dan first impression waktu tu, "Course apa ni. Macam tak best je". Tapi disebabkan 'management' dan dah terpujuk, so masuk la daftar on time. Hahaha. Kalau tak silap daftar 29 Jun 2014 masa tu. 

Tulang belakang paling setia.

Apa pun yang jadi awalnya, Alhamdulillah berjaya tamatkan tepat pada masa. Selain dari tu, dapat kerja tetap dalam bidang HR pun sebulan selepas habis praktikal. Hikmah Allah tu selalu datang pada kemudian hari. Apa yang kita tak nak, itu yang selalunya kita dapat. Dari jadi Ketua Pengawas Pustakawan masa Darjah 6, selalu dapat jawatan Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas masa sekolah menengah tapi waktu di IPT agak slow dan akhirnya kerja pun dapat bahagian Human Resources yang memang berkait rapat dengan manusia. Nadia dan manusia dan masalah memang berpisah tiada 😂

Terima Kasih Allah kerana permudahkan segala urusan Nurul Nadia Binti Ismail dari belajar sehingga ke kerja. 

Dewan Plenari PICC Putrajaya




Dulu masa mula mula masuk belajar kawan sangat ramai tapi lama lama makin kurang kurang kurang dan tak ada. Lepas tu ada balik tapi kuantiti sangat sikit. Sikap anak sulong dan kepimpinan ni kuat dalam diri sampai dengan kawan pun terbawa bawa. Amirul pernah pesan dulu, "Awak jangan serius sangat dengan kawan kawan". Serius satu hal, keras kepala pun iye. 

Tapi Nadia rasa ni bukan soal siapa dan macam mana orang tersebut tapi macam mana penerimaan orang pada tingkah laku kita sendiri. Mungkin Nadia serius dan garang tapi tak ada buat perangai jaja aib dan rasa sakit hati pada orang. Banyaknya Nadia diam. Tapi orang lain bila tak tahan, terus cari geng dan mengutuk berjemaah. 

Nadia tak nampak benda ni masa belajar je sebenarnya, tapi benda ni memang berlaku dalam kehidupan peribadi Nadia sendiri. Silap orang lain, Nadia buat tak nampak dan pejam mata je tapi orang lain (tak kisah siapa pun), akan bercerita beramai ramai dan tuding jari. 

Yang 'menggiurkan' dan selalu tercabut wayar
Tadi niat nak buat ringkas je update kali ni tapi sabar jap, sangat panjang lagi sebenarnya. 

Ok sambung..

Ain Aisyah

Ini sejak semester 1 sampai akhir kecuali hari konvo sebab kitaorang tak ada rezeki jumpa, tetap ada dengan Nadia. Taklah tahap boleh kata paling rapat, tapi paling terbaik antara yang terbaik sebab apa yang jadi dan apa saje buah mulut orang, dia antara orang yang tak pernah buang Nadia kot. Dia dan Amirul paling kuat ada belakang Nadia sepanjang Nadia belajar. Dia bukan kawan kongsi masalah. Bukan juga kawan lepak. Tapi dia kawan yang tak membezakan setiap kawan yang dia ada. Cha, Nad sebak masa taip benda ni. Terima Kasih Cha. 

Naqera Aqila

Mesti pelik siapa yang baca nama ni. Kenapa dia ni ada? Sebab dia antara orang yang concern walaupun lepas pernah marah dia teruk kes ... Dia tak tanya khabar Nadia atau berborak baik depan orang, dia selalu buat belakang kawan lain dan itu antara kami. Terima kasih sebab selalu muncul melalui DM dan tunjukkan yang Qeyla memang buat ikhlas dari cara Qeyla tu sendiri. 

Nabihah dan Asmah

Kalau boleh putar masa, dua ni paling Nadia nak jaga. Tapi banyak kot silap Nadia yang rasa macam tak boleh diterima dek akal. Pernah jadi kawan yang sangat baik masa dulu dan kongsi apa saje. Kawan gelak yang tak ingat dunia. Tak salahkan sesiapa tapi anggap je jodoh kita berkawan tak panjang. Asmah, kawan yang akan hadap air mata Nadia yang keluar macam air terjun setiap kali Nadia kata Nadia risau Amirul ada orang lain. Asmah yang saksikan sendiri macam mana Nadia menangis tersedu sedu sebab mimpi Amirul excident sampai .... okay taknak sebut ! Asmah yang Nadia langsung tak rasa walau sebesar zarah persaingan dalam hubungan kita. Bagi Nadia, Asmah sangat ikhlas. Kena pada cara, Asmah kawan yang sangat baik. Nak cari kawan yang kerja nak ketawa, Nabihah lah orangnya. 

Syazwani Sahira

Kalau sebegitu banyak kawan Nadia tinggalkan Nadia, ini antara kawan yang selalu je terasa hati dengan Nadia tapi mungkin cara kami fikir sama. Pandang sebelah mata dan tak memperbesarkan satu satu masalah tu pada kawan lain. Sedar tak dalam hubungan tu sebenarnya banyak punca datangnya dari 'batu api', sebab tu hubungan mudah goyah. Yang serumah dengan kami je tahu bila masa kami ada konflik. Walaupun hakikatnya betul memang benda tu melarat dan berpanjangan tapi tak tahu kenapa hubungan kami tak pernah putus. Terima kasih. 

Ya Allah, banyak sangat sangat Nadia belajar jenis manusia masa belajar. Banyak sangat. Terima kasih untuk segala pengalaman. Terdidik secara automatik bila masalah tu buat Nadia cari salah dan silap sendiri. 

Amirul Asyraf.

Dia antara orang yang patutnya kena banyak tempias tapi tak pernah sekali dia tinggal. Selalu ada tak kira jam berapa. Yang paling sabar dalam keras kepala Nadia. Terlalu sabar sampai tahap bersuara lembut dan sayu (masih terbayang muka dan suara Amirul masa tu) "Kalau awak marah, saya selalu sabar dan pujuk awak. Tak boleh ke sekali je Nadia awak turunkan ego dan pujuk saya balik" Damn! Tak lah sama macam tu, tapi ayat lebih kurang macam tu. Banyak sangat yang Amirul korbankan. Itu yang mimpi dia excident sampai .. menangis macam apa. Rasa dah sebati dengan dia dan harap tolonglah ini yang terakhir 😢

Sedih sebab Nadia keluar sidang 3, dia dah nak masuk untuk sidang 4. Ralat sangat rasa ! 

Untuk ANNEF, 

Korang antara geng terbaik yang selalu ada masa susah senang. Daripada tujuan untuk buat assignment sampai la ke tahap kehidupan peribadi. Selalu ada antara satu sama lain. 

Semua ada tersimpan kemas dalam kepala dan hati. Semua orang buat silap. Perbaiki setiap manusia yang ada dalam kehidupan korang dan jangan sesekali menolak. Setiap hari ialah hari baru untuk berubah. 

Sekali sekala gambar buruk. Hahahahaha

Dari raptai ke majlis sebenar, berempat. Tahniah Wani, Fish, Nadhrah.
Tahniah diri sendiri sebab dah berjaya habiskan walaupun banyak dugaan sepanjang belajar :)