TOTAL PAGEVIEWS

13 January 2020

89 | Self Worth 2020

Assalamualaikum.

Diri sendiri dah perasan kenapa macam dah berubah jadi 'ignorance'. Dia macam IDGAF. Sampailah kena tegur dengan seseorang kenapa sekarang aku dah tak mesra dengan orang. Wow, sedang diperhatikan... You know, life change people.




Sejujurnya tak tahu pada siapa aku nak letak semua kesalahan sebab end up aku akan letak kesalahan pada diri sendiri.

Januari 2020.

Permulaan tahun yang sangat baik bagi aku sebenarnya dan in sha Allah tahun ni, blog ni akan sangat hidup dengan beberapa posting penting.

Apa yang Nadia nak nasihat, cuma ada satu. KNOW YOUR SELF WORTH. 

Ada masa kita akan perlu berhenti mempertimbangkan tentang manfaat orang pada kita. Nadia dah besar, tak ada apa nak diulas, cuma berhenti buat sesuatu yang Nadia rasa tak dihargai pun. Bukan soal kejar penghargaan. Tak. Tapi kita ni manusia. Ada rasa penat. Kecewa.

Okay. Sekian.



09 December 2019

88 | Paranoid Pada Anggapan yang Salah

Assalamualaikum,

Dah hampir 6 bulan selepas Nadia buat operation buang Cyst dan sekarang baru rasa nak update blog lagi. Nadia nak berkongsi tentang paranoid dan toksik.

Jawab Nadia, kalau bukan kita yang cemburu dan prihatin dengan pasangan kita, siapa lagi yang kita LAYAK untuk cemburu dan prihatin? Adakah pasangan orang lain? SUAMI orang lain? Tak bukan? Mestilah kita punya..

Menjelaskan sesuatu takkan membetulkan sesuatu keadaan pun selalunya. Nadia adalah pasangan yang takkan 'Spill the tea' semata mata nak nampak betul pada mata orang lain. Bagi Nadia baik buruk kami, biar kami je yang tahu.

Masalah akan timbul bila pandangan orang kita bawa masuk dalam hubungan yang dah aslinya sihat. Jujur Nadia cakap, betapa sentapnya bila dilabel 'Queen Control' sedangkan Nadia lah pasangan paling tak kawal pasangan. Bagi Nadia, 'Awak buat lah apa awak nak buat. Saya kat sini percayakan awak je'. Nak kawal dia, Allah, jauh sekali. Sebab Nadia percaya dengan doa yang selalu Nadia minta, 'Ya Allah, tunjukilah aku apa apa yang aku perlu ketahui. Tenangkanlah hatiku'. Kebanyakan masa, Nadia akan jumpa tanpa perlu cari pun (Jangan ambil enteng doa orang yang teraniaya)

Nadia sampai jadi paranoid nak ambil berat tentang boyfriend sendiri disebabkan bahasa yang keluar dari mulut orang yang mungkin tak bahagia dengan kehidupan sendiri. Nadia bukan jenis bercerita masalah dengan boyfriend pada orang sebab apa apa yang Nadia rasa, Nadia akan terus terang je. Bagi Nadia, orang yang paling layak menjawab setiap persoalan kita adalah orang yang berhutang penjelasan dengan kita. JANGAN SESEKALI minta dari pihak ketiga. Percayalah apa apa pun yang kalian tahu dari mulut Nadia, tu hanya kiasan. Belum sampai ke dasar pun.

Sebab Nadia jenis suka mendengar je selalunya.. 

Sampai Nadia perlu tanya Aznier, "Salah ke kalau saya cemburu? Kenapa orang cakap saya kawal awak?" Dan respond dia, "Yangggg tak. Kenapa kena dengar cakap orang. Awak boleh cemburu. Pernah ke saya marah awak? Ya Allah". I nangis 😭 Sumpah nangis terus dia cakap macam tu sebab rasa macam eeeeeeeeee kenapa aku pula biar orang decide hubungan aku ni??

Dalam hidup ni mudah je. Kita nak apa apa, kuncinya adalah doa. Untuk ma abah, Nadia akan doa untuk minta 'panjangkan umur dalam iman dan ambillah nyawa mereka dalam keadaan yang paling Kau redha'. Supaya satu hari nanti aku tahu yang nyawa ma dan abah sudah berada dalam Redha-Mu Allah.

Dalam hubungan, doa Nadia sentiasa sama, 'Kalau dia adalah jodohku, kuatkan dan panjangkanlah jodoh kami. Gerakkan hati kedua ibu bapa kami. Permudahkan urusan kami. Andai dia bukan yang terbaik untukku dan aku bukan yang terbaik untuknya, jauhkanlah kami dalam keadaan yang baik'.

Nadia beri komitmen dan hormat sepenuhnya dalam hubungan. Andai tak jadi, Nadia tahu Nadia dah cuba yang terbaik. Jodoh tu, bila kita rasa mudah je semuanya urusan kita dengan dia. Nadia jaga batas pergaulan sesama jantina dan hormat HAK orang lain, Nadia mengharapkan perkara yang sama.

Andai ada orang ketiga, orang yang paling layak diserang adalah pasangan Nadia sahaja. Perempuan tu Nadia akan lepaskan. Percayalah, awak (perempuan) akan malu sendiri kalau cuba sakitkan hati saya dengan menggatal sebab saya takkan pertahankan sesuatu yang tak layak untuk dipertahankan ❤

Lelaki dan wanita, hargai diri sendiri dulu sebelum mengharapkan untuk dihargai ❤