TOTAL PAGEVIEWS

11 March 2018

81 | Lelaki & Perempuan berkawan rapat. Boleh ke?

Assalamualaikum.

Selalu kita dengar, "Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik nanti salah seorang akan jatuh suka". Kalau ikut pengalaman sendiri, tak salah berkawan rapat dengan lelaki asalkan niat asal masa berkawan, jantina lawan bukanlah seseorang yang kita minati atau kagumi. Kenapa? Sebab ini la sebenarnya punca adanya istilah "Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan rapat sebab salah satu akan jatuh suka". Niat asal tu dah salah. 

Macam mana dengan Ex? Tak salah berkawan semula selepas putus. Tapi bukan dengan Ex yang kita pernah sayang macam nak putus nyawa la kononnya. Pusing macam mana pun perasaan tu akan terselit. Jadi untuk kebaikan sejagat (ceh), elakkan la berkawan dengan Ex. Silakan berkawan, tapi jangan rapat. 

Bila bercinta, Nadia akan jadi sangat marah kalau pasangan Nadia cuba untuk kawal kenalan Nadia. Tak kesah kalau yang nak dikawal tu batas pergaulan dan peringatan untuk kebaikan hubungan kami, tapi bukan dengan siapa Nadia berhak berkawan dan dengan siapa Naadia tak berhak berkawan. Sepanjang 21 tahun hidup ni, kawan lelaki yang Nadia boleh jamin betul betul Nadia percaya, ada dua orang je. Seorang masa Nadia belajar dekat Kuantan. Seorang lagi masa sekolah menengah.

Update blog kali ni atas permintaan salah seorang dari kawan lelaki Nadia yang disebut dua orang tadi tu. 

Diaorang berdua ada persamaan. 

Kepoh tapi boleh dipercayai.
Kalau nak cari teman berborak yang dipercayai, pergi cari kawan lelaki. Nak cari yang tak melaga laga pun pergi cari kawan lelaki. Nadia masih ada beberapa kawan perempuan yang bukan kaki melaga laga tapi kat sini nak letak titik yang sebenarnya lelaki pun boleh jadi kawan baik. Mereka ni mungkin tak dilahirkan sebagai seorang penasihat yang baik, tapi mereka ialah pendengar yang baik. Orang lelaki susah nak jumpa yang boleh kasi nasihat berjela panjang. Orang perempuan ni pula lumrahnya kadang bukan nak respond sangat, cukup lah boleh jadi seorang pendengar yang baik. 


Pencinta wanita. 
Meh nak buat confession. Lelaki macam ni memerlukan satu pasangan yang betul betul boleh faham karakter dia. Sebab lelaki macam ni memang mudah masuk dengan perempuan. Dia bukan cinta wanita, tapi dia buat kita sebagai wanita tertanya tanya "Eh dia suka aku ke?". Sikit Nadia tak bohong memang ada lelaki yang ada karakter ni. Tak pandang jauh, adik lelaki Nadia sendiri macam ni. Berduyun kawan perempuan. Tapi jangan risau, in sha Allah lelaki macam ni setia. Kalau dia kata dia sayang pasangan dia tu, dah tak perlu risau bab kawan kawan perempuan dia yang lain tapi penting untuk pasangan dia kenal setiap kawan perempuan untuk elakkan salah faham kemudian hari. 


Penghibur semula jadi. 
Jarang atau mungkin tak pernah rasanya kalau Nadia tak gelak setiap kali duduk dengan diorang berdua. Ada je sesuatu yang akan jadi bahan gelak bila lepak. Ya dan ni yang buat jadi rapat sebenarnya.  

Tutup tentang persamaan diaorang berdua. 



Setiap hubungan tu biar terjalin secara semula jadi. Kita memang akan dikelilingi orang yang baik tapi dalam kalangan yang baik tu ada beberapa yang terbaik kira macam satu anugerah dalam hidup. 

Bila Nadia serabut dan perlukan teman untuk plan last minit, dia ni selalu ada. Jarang dia cakap "tak" sebab selalunya akan setuju. Mudah untuk diminta tolong dan selalu ada. Kiranya dia ni macam pengganti Mirul secara zahir tapi bukan secara batin (perasaan & hati). 


Amirul tak kesah ke?

Amirul pantau batas pergaulan Nadia dan selalu ingatkan tentang batas antara lelaki dan perempuan. Jangan bertepuk tampar. Jangan gatal. Jaga diri. Jaga maruah. Cukup. Rasanya kalau dia tak cakap pun sebagai perempuan dah boleh nilai sendiri tentang ni. Dia mungkin tak setuju 100% tapi dengan mengongkong pun belum tentu itu cara yang terbaik. Beri kelonggaran tapi kena selalu beringat. 

Nadia tak percaya diorang termasuk Amirul 100% sebab bila berdua yang ketiga akan ada kawan bertanduk, jadi nak buat apa apa, kena selalu beringat sebab lelaki tetap lelaki. Nadia tak menggalakkan dan tak melarang tapi pandai pandai tapis siapa yang kita nak rapat atau percaya. 

TQ

...

Kalau nak cari kawan yang lupa birthday kawan dia, boleh cari kawan macam Nadia. 

Happy Birthday Nazerah Binti Ahmadakamazaman
Erm lupa tarikh, tapi aku nampak Fatin upload gambar kau 😂 Semoga kau terus terusan jadi insan dan kawan terbaik untuk semua yang sedang dan pernah jadi kenalan kau. Semoga perjalanan hidup Nazerah Binti Ahmadakamazaman dipermudahkan selalu. Amin


**Abaikan kedudukan yang sangat sopan tu. 


12 February 2018

80 | Random Talk with Random Issue

Assalamualaikum. 



Masa zaman tak berapa nak cerdik, Nadia selalu rasa kalau makin ramai kawan maksudnya makin bagus la seseorang tu. Maksudnya besar sungguh pengaruh dia dalam satu satu kumpulan. Bila masuk diploma, rupanya yang berkualiti tu lebih penting dari kuantiti. 

Ada juga orang yang beranggapan, kalau kau ada kawan dengan kaki club, maka hinalah kau. Kalau kawan kau semua dari para alim yang bertutup litup dan cerdik pandai, maka mulia lah diri kau.

Average. Ordinary. 

Terpulang dengan siapa kita nak berteman tapi biarlah bijak dalam menilai dan memilih. Akhirnya, yang tinggal satu satunya tempat untuk Nadia bergantung harap sepanjang jauh dengan family, cuma seorang. Dulu ada dalam 2 3 orang, selepas tu cuma sorang sahaja. 

Sebelum ni masa dekat belajar, Nadia dididik dan terdidik untuk bergantung harap pada dia. Jadi SEMUA benda yang berlaku, SEMUA dia akan tahu. Tak ada yang terkecuali sikit pun. Satu masa ditakdirkan kena jauh, hubungan pun dah mula goyah sikit. Masih dalam satu negara yang sama tapi berbeza negeri, tapi zon masa peribadi kami tak sama. Bila Nadia perlukan dia, dia tak ada?..

Jadi makan hati dan mula la kongsi masalah pada orang lain. 
Bila kita ada masalah dengan orang tersebut, lebih baik kalau kita berterus terang dan bercakap sendiri dengan orang tersebut berbanding mencari orang tengah dan meminta solusi. Peratus mereka untuk tolong, sikit sangat sebenarnya. Masalah yang kecil boleh jadi besar cuma sebab campur tangan individu tertentu. Mereka yang dengar, tak nampak sendiri realiti yang jadi depan mata, jadi watak mereka dalam hubungan tu tak lebih sebagai BATU API semata mata.

Sebab tu dalam hubungan kami, kalau awak ada masalah dengan saya, bagitahu. sama. Kalau saya ada masalah dengan awak, saya bagitahu. Kita betulkan sama sama silap kita. Belajar terima kesilapan dan kelemahan masing masing. Rasanya itu yang buatkan hubungan masih mampu bertahan sampai ke hari ni. Sikap keterbukaan dan bertolak ansur. Berdiam diri langsung bukan cara untuk selesaikan masalah. Kita bukan tuhan untuk baca hati orang. 

Bila Nadia bercerita tentang sesuatu, Nadia ambil contoh dari semua aspek. Tolong jangan pernah kecil hati kalau awak selalu ikhlas dan dah jadi yang terbaik sepanjang perkenalan kita.




Ada orang pilih untuk diam dengan gunakan alasan untuk elakkan keadaan jadi makin rumit. Tapi mematungkan diri dan menolak kesilapan sendiri langsung bukan satu tindakan yang bijak. Menzahirkan keburukan orang lain semata menutup keaiban sendiri pun langsung bukan satu tindakan selamat.

Tak salah pertahankan ego. Tapi jangan menegakkan benang yang basah. Andai dia lelaki yang selalu menangkan ego sendiri tak kena cara dan tempat, lebih tinggi lagi ego Nadia akan naik. Senang supaya satu masa kalau dua dua dah capai tahap maksimum, hubungan boleh diputuskan dengan bangganya.

Tapi, terima kasih. Sebab selalu bertindak dengan akal yang waras dan bukan jadi bodoh sombong tak bertempat. 

Kadang kadang kita jadi hamba dalam kerajaan kita sendiri. Bukan sebab rakyat kita bermasalah, tapi kita sebagai raja terlalu lembut dan takut untuk menjatuhkan hukum. Akibatnya, kita ialah raja yang diperhambakan.

Dunia tak pernah berhenti. Jadi putaran tu akan datang semula pada pemberi. Pernah terdengar dulu orang kata, "Zaman sekarang ni jangan risau. Kalau nak dapat balasan atas dunia ni pun dah boleh dapat cash. Orang tu tak perlu balas semula kat kita, tapi orang lain yang akan datang dan buat pada kita".

Untuk Encik A dan ma sendiri, terima kasih sebab selalu jadi pendamping yang sangat jarang back up Nadia. Sekurangnya, Nadia belajar untuk jadi manusia yang mencari kesilapan sendiri sebelum mencari silap orang lain. Sekurangnya lepas ni jadi orang yang lebih sabar?