TOTAL PAGEVIEWS

19 June 2015

08 - Result kolej

Assalamualaikum. 
Studen KPTM semua dah puas hati ke dengan result memasing ? Yang DEKAN tu TAHNIAH lah. Yang tak dekan, yang pointer jatuh, Yang betul-2 nyawa ikan pun tahniah juga. Kalau dapat result ni kena ingat satu benda je KEPUTUSAN YANG DAPAT TU SETANDING DENGAN USAHA SENDIRI. Kalau belajar pun ala kadar, tapi mengharapkan pointer y tip top, susah lah. Pucuk pangkal kena bersyukur. Kau kena ingat rezeki tu Allah yang kasi. Kalau kau study bagai nak gila, tapi result maintain xnaik-2, cek balik hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Mungkin berkat tu hilang. MUNGKIN. Tepuk dada tanya iman. 

Kau kena ingat lagi. Kepandaian tak diukur 100% pun dari POINTER tapi pointer tu lah yang sebenarnya menunjukkan gigih mana kau belajar. Kalau kau usaha lebih dari orang, maka kau pun akan dapat lebih dari orang. Tapi kalau banyak sangat main, jangan nak berangan lah pointer tu akan cantik. Tapi hamba pernah je jumpa manusia y dia xstudy, perangai gila-2, orangnya jenis sempoi mulut lepas apa semua tapi bila result, dia paling gempak. Perempuan. Ni semua rezeki lah. Kalau Allah kata takkan maksudnya tak lah. Kalau Dia izinkan, maka engkorang akan dapat lah apa yang engkorang usaha dan doa. Kalau masih usaha siang malam tak tidur semua tapi masih pointer tak macam apa y diharapkan, CEK BALIK HUBUNGAN DENGAN TUHAN DAN dengan MANUSIA. Lagipun rezeki Allah tu datang dalam macam-2 bentuk

Hamba biasa ah. Pointer jatuh ke, naik ke. Lek je. Buat apa nak sedih, maintan senyum. Cukup hati je tahu. Tak payah zahirkan kalau sedih. Untuk apa? Dia macam kau g melawat orang meninggal. Menangis bagai nak rak patah sekalipun, takkan ubah keputusan tu pun. So why not kau bersyukur je. Ni tak, rendah satu pointer dengan orang lain pun nak bising-2. Dah itu je mampu. Tu belum yang jenis beria nak tahu result orang tapi diri sendiri diam. Spesis ni TOBAT aku benci. Kalau kau taknak orang tau result kau, takyah lah tanya orang settan.! Pebenda lah. Bukan bogel togel pun kalau orang tahu pointer tu. Let say orang dok perendah-2 result kau sbb result dia hebat, diam and blah je lah. Orang pandai bila jumpa orang tak pandai memang lah berlagak. Yang gatal g bagitahu tu kenapa. Sebenarnya kalau taknak sakit hati, kau kena tengok orang juga la nak gtau pun. Kalau yang hidung tinggi ni, takpayah. Buat kau lagi down je nanti. 

Hamba ? HAHAHA. Selagi pointer tak bawah dari 2.50 , hamba takkan nangis dan dah bersyukur sangat, sebabnya tak berbaloi duit ma abah habis tapi kalau segitu je result. Baik berhenti je. Ye dok? . Tapi akan sedih. Kecewa tak. Terkilan ye. Kita ni hidup kena BERSYUKUR dan POSITIF. Tak pada orang lain sekurangnya pada DIRI SENDIRI. Tapi jangan lah jadi bangang kan. Usaha lah lagi. Ish. Dari sekolah rendah cikgu-2 selalu kata "Nadia ni bukan tak pandai, tapi malas. Sikit je lagi ni. Boleh lagi ni" Sampai masuk senarai budak dapat straight A kot, tapi hampa. HAHAHAHA. Yes malas. And sampai zaman kolej pun. Boleh buat lebih baik tapi hamba ni terlebih positif, gini lah. Asalkan tak menjunam jatuh pun dah happy. Spesis pelik an. Lagi pun tahu usaha parat mana. Buat apa nak sedih. Tak guna~. Biasanya y buat spoil, math je lah. Haihhh. Geram ni geram. 

Lagi satu tak ada saingan lah nak pandai ni. Tapi member kat  sini kalau tanya result, memasing dekan kat ipt memasing ;"""D Sedih. Nampak gaya kena ingat member kat Saleng ni lah baru boleh cuba untuk dekan. Kat kolej tu yang rapat-2, biasa-2 je. Memang dari zaman sekolah menengah, kalau nak bersaing, akan bersaing dengan mem class Teknikal walaupun subjek lain-2. HAHA. Peduli apa an. 

kbye. 

INGAT, HIDUP NI KENA POSITIF DAN BERSYUKUR !

16 June 2015

07 - Abah








Assalamualaikum..
Tadi tengah bincang-2 dengan ma abah pasal sesuatu yang 80% ada dalam gambar-2 kat atas tu. Pahtu bila ma abah dah masuk bilik tidur, terus nangis. Gambar kat atas ni dapat dari Syra dalam whatspp group lepas dah agak bertenang. Kemain gigih nak tahan air mata dari turun. Hamba susah nak nangis. Susah sangat kecuali sakit atau ada orang buat. Tapi kalau dah nangis, mau payah plk nak berhenti :"D  

Seminggu lebih lagi nak naik sem. Rasa tak nak naik je. Huwaaaaaaaaa. Mujur belajar Pahang je. Bukan utara atau Sabah Sarawak. Hamba ni takleh tengok abah. Jenis muka kesian. Tutur kata dia alahai lembut je. Tapi kuasa mata dia hebat. Mata redup tu boleh jadi setajam singa bila dia marah. Tapi abah susah nak marah. Susah sangat-2. Sangat dan sangat lah. Kalau abah bercakap I need to 

"Hahh apa bah? Ulang. Tak dengar aa."
"Aduuu abah ni, ce kuatkan sikit suara tu, Apa?" 

Terlalu umum nak kongsi. Okey last. Cuma nak kata hujan dah.. Pukul 2:25 pagi. Harap pagi nanti tak hujan sbb esok pagi-2 lagi abah dah kena bangun g kerja. 5 pagi. Sejuk-2. Bawak motor dari Kulai ke Singapore. Kat kastam kena tunda motor. 2 jam pergi 2 jam balik. Duhhhh. Along cuba semaksima mungkin belajar sampai boleh buat abah bangga. (Cara belajar yang jujur ikhlas, yang tak menipu, tak meniru, tak tikam sesiapa, tak sabotaj sesiapa sebab hasil yang nak bagi dekat ma abah nanti biarlah murni suci bukan sebaliknya, belajar pandai-2 dapat dekan tapi tak jujur, berkat ilmu pun tak ada. Berkat rezeki yang akan datang pun tak ada, semuanya sebab masa zaman belajar dulu tak jujur. Tak apa bodoh, tapi jangan menipu dengan meniru) .

Dapat sambung belajar pun sebab ma. Sebab ma pujuk. Sebab abah tak yakin along belajar kat KPTM, tapi ma yakinkan. KPTM under MARA. Along akan buktikan yang pujukan ma tu bukan sia-2. Penat lelah tunggang motor, OT hari ahad sampai tak ada cuti, balik lewat, penat lelah balik rumah muka letih and bla bla bla tu semua berbaloi. Bye-2



Selamat berpuasa. 




12 June 2015

06

Assalamualaikum.
Bahawasanya kali ni punya pasal birthday hamba. Nurul Nadia Binti Ismail yang dilahirkan waktu maghrib pada 9 Jun 1996 yang lepas. 19 tahun yang lepas. Satu tarikh yang cantik yang tak ramai yang boleh dapat. Bersyukur sangat.

"Nad birthday kau bila?" 
"Kau ingat tahun kau lahir dan kau akan ingat birthday aku"
"Bila tu?"
"9696. Sembilan hari bulan enam tahun sembilan puluh enam"
"Pehhh. Senangnya"

Senang kan? Haah memang senang. Dan hamba jenis manusia susah nak mengingat birthday member, haa itu yang payah. Maka nya jangan lah sedih kalau hamba tak jadi yang pertama wish birthday uol sebab hamba memang liat nak hafal birthday orang ni kecuali keluarga dan buahati. Kawan sepermainan masa kecik si Ecah Kimin hari tu pun boleh g WeChat dia tanya "Cha, birthday kau bila?" "Hari ni lah, 30 May" HAHAHAHA actly dah agak tapi tak yakin. Maaf.

Birthday tahun ni agak hambar tapi its okey. Ada la segelintir yang wish, yang dah lama tak muncul pun tetiba muncul and yang biasa muncul pun tetiba tak muncul-2. Biasa~ Rasanya kali ni punya pendek je. Tak ada apa sangat nak disampaikan. Cuma nak ucapkan terima kasih pada yang dah wish personal, groupchat, moment wechat, Instagram, Twitter and msg. Lastly, Facebook , ye Facebook. Boleh hamba lupa yang hamba ni ada facebook. Hari ni 12hb Jun baru la reply semua. Cuma balas komen yang kenal, yang tak kenal wish, just 'like' je.

Lastly thankyou sangat. Hamba hargai *winkwink*

Blog ni pun dah ada lagu (bila buka blog pakai pc sahaja, bukan di phone) so lepas ni tak payah pelik lagi kalau tetiba viewer blog naik tapi tuannya tak tahu siapa. Nama pun lagi stalker, takkan nak tunjuk muka. Terima kasih untuk semuanya. Salah silap harap ditegur. Bukan didiamkan. Hamba jenis orang yang terima teguran dengan hati terbuka asalkan bukan dengan cara kurang ajar. Hamba tak terima pujian sebab pujian cuma menambahkan kebongkakkan dan riak dalam diri. Puji belakang tak apa. Kutuk biar depan dan tulus ikhlas. HAHA

Bye-2. Jaga diri semua..

07 June 2015

05

Assalamualaikum..
Mukadimah pertama, tengah-2 baring dengan mood tak berapa nak ada, ma masuk bilik duduk birai katil. "Kenapa makin kurus ni? Tak makan lagi ke? Bila nak g makan long. Makan la nasi. Mana la selalu tak sakit " Makan.. Memang dari kecik muka hamba muka yang paling susah nak makan. Sampai ke tahap dah masuk kolej pun. K stop.

Belajar psikologi manusia ni seronok tau. Jiwa hamba ni jiwa yang suka dengar masalah orang. Yang suka bila orang datang and berkongsi cerita dia. Sebab apa tau? Sebab hamba tak suka tengok orang sedih-2 ni. Bagi hamba, kalau hamba pun tengah free masa tu, why not u just datang and cerita masalah u. Segala pengalaman and ilmu yang ada, hamba akan nasihat and kongsi. Tapi hamba paling PANTANG jenis manusia yang kau datang cerita masalah minta pendapat pahtu kau doh pangkah aku je kerja. Haa ni aku pantang. Aku dah bagi pinjam telinga, amboii sedap plk nak pangkah aku. Tak atau kurang setuju cukup simpan sorang. Nasihat aku tak suruh kau terima 1001% pun. Whhattaaaaaaaaaa ~

Pahtu hamba dok puas pk masa dok baring-2 main phone tadi melayan Twitter, wujudnya ahli kaunselor untuk kaunseling orang lain. Dah tu kalau dia in problem, pada siapa dia nak mengadu? Pada siapa dia nak minta pendapat. Sedangkan seorang doktor yang doktor tu pun sakit, sedangkan cikgu yang pandai tu pun silap. I tak kata U jadi doktor cikgu etc U kena tahu 1001% about your profession but nampak kan manusia, hebat mana pun dia tetap xleh nak dukung diri sendiri. Allah. Ye mengadu dengan Allah. Tapi pendapat peribadi, pengalaman peribadi, Walaupun hamba bercerita pada Allah, menangis, hamba tetap perlukan manusia. Sebab kita nak bila kita cakap, orang akan respond. Ye. Tapi MAAF kalau tak sama macam uol. MAAF sangat. Jiwa dan mental orang yang dengar masalah orang lain ni kena kuat Kalau dia pun sama lemah, macam mana dia nak tolong orang.

Hamba pernah cakap dengan Nyna masa dia merungut pasal apa hamba tak ingat tapi masa tu kitaorang baru habis class. Semester 2 hari tu. "Kita kalau buat baik, jangan harap orang buat baik jgk. Bila kita harap dibalas baik juga, tu yang rasa sakit hati bila orang buat tahi." Masa tu hamba naif lagi, "baik" lagi, nerd lagi.  Pahtu sampai satu masa hamba kena hentam teruk, baru hamba faham apa yang Nyna rasa. And istilah tu xleh digunapakai pun. Mungkin sikit tapi bukan sepenuhnya. Sekali dua, kau buat baik, orang kasi tahi, boleh la sabar lagi. Kalau dah kau bagi muka banyak kali, banyak kali juga kena pijak, orang sabar pun boleh meletup. Ni bukan soal ego tapi banyak mana kau renung balik dalam hidup engkorang, engkorang balas macam apa yang orang lain bagi. Majoriti cuma amek kesempatan. "Oh dia baik, xp dia tak marah" "Oh dia ni boleh bagi pinjam motor, pakai belakang dia, bukan dia tahu kalau aku langgar lubang" See, kau amek kesempatan atas kebaikan orang lain. Orang macam ni kalau dapat kat hamba, mmg hamba bagi peuang sekali je. Lepas tu jangan harap nak pijak hamba lagi. Mungkin hamba lambat menilai, tapi bila dah menilai, hamba tak bagi muka dah.

Actly tadi memang banyak lagi nak bebel mengarut merepek kerepek tapi sebab ada orang ganggu masa menaip tadi, terus terbang segala ayat. Ah spoil.! Benci.!! Cukup dah kot. Dulu hamba ni boleh la baik jgk (HAHAHA) nerd, mudah kesiankan orang. Tapi sejak Allah temukan hamba dengan beberapa orang yang menguji tahap keimanan, kesabaran keperempuanan dalam SETIAP semester, baru hamba tahu apa tu KEHIDUPAN. Orang naif lagi banyak kena uji sebagai persediaan akan datang. Apa yang hamba nak, hamba mudah dapat. Tapi perjalanan hidup hamba memang susah :)) Allah bagi adil. Ada senang ada susah. Syukur dan Redha

TERIMA KASIH SEBAB DAH BUANG MASA DATANG BACA. BOSAN KAN? TAHU DAH 

Actly tadi mood rosak habis dari siang tadi tapi sejak merepek kat sini, statistik mood mula baik. K bye

05 June 2015

04

Assalamualaikum..
Sebelum pape, haa baik mengaku sekarang siapa y rajin benor berjalan dalam blog ni. Nampak macam tak ada mana yang baca blog ni. Tapi viewer blog naik sokmo. Siapa yang jadi silent reader ni? Ce tunjuk mata sikit.. Ai, nak jadi penambah stalker Nadia ke apa *senyum sinis* .

Okey. Meh sambung ke topik yang tetiba je muncul dalam kepalotak ni. Mukadimah pepanjang pun bosan.

Hamba baru berkesempatan nak jumpa kawan-2 kat Saleng ni sebab ada yang dah nak naik sem, so apa salahnya luangkan masa. So kat sini tetiba terfikir banyak benda. Paling banyak bercerita, Anis. Beza tau life kat sini dengan kawan kolej. Sebab, okey firstly Sorry if i dah kecikkan hati mana-mana pihak. This is toooooooooo random.! Kalau u tak macam tu, no need to terasa kot. Orite? Kalau jiwa tak sado tak usah la baca.

Okey tadi I dah taip tapi I delete. Okey I taknak cakap mende negatif dalam blog ni. Apa yang hamba perasan, kekawan dekat Saleng ni (yang terdekat) , makin lama nak jauh dari laman sosial. Anis contohnya, ada Facebook, Blog, Twittter, Instagram, Myspace & Wechat. Last-2 yang tinggal cuma Whatsaap SAHAJA.! Tu pun kalau orang bkk whatsapp dia, kau boleh imagine dengan gambar tak ada, bluetick tak ada, last seen tak ada. Pehhh memula aku dok ingat minah ni tak main whatsapp dh lah. Insta dia ni daripada ada gambar, jadi tak ada. Pahtu penuh quote, pahtu dia tukar nama dari "AniezAniza" jadi nama apa tah, Pahtu tak pakai terus. Gilaaaa cane kau hidup siak.?!!!

Mende alah ni logik. Kalau habis semua gamba diupload, habis semua orang tengok, so apa yang tinggal untuk bakal suami atau diri sendiri? **Pesan untuk diri sendiri


Anis cakap cane aku tak ingat aa tapi abang angkat dia post kat moment and dia terbaca yang "Perempuan yang baik takkan zahirkan diri dia dalam laman sosial (upload gambar)" Dia sentap pahtu dia berubah slow-2. Anis ni dulu free hair. Tak seksi tapi just free hair ONLY. Now dia yang lagi banyak berubah dari yang lain. See. Manusia kalau nak berubah, berubah lebih elok dari yang dah elok. Tak lah bertudung labuh tapi sedap la mata memandang **Anis mohon baca. Aku mengata kau ni**

Pahtu kan, jenis bebudak kat Saleng ni (yang rapat) , kalau couple, tak BERIA nak upload gamba pasangan dalam laman sosial baik kawan lelaki hamba atau perempuan. Membohong tak ada. Ada tapi tak beria. Paham tak?? Sekarang ni hamba dah terikut dengan diorang. Lain pulak life kat kolej, kerja nak upload gamba dengan pasangan je (tak terkecuali diri sendiri) . Tapi sekarag dah kurang. Lagipun Amirul pun bukan rajin nak upload gamba (See, nampak tak kontra perangai?)

Nazerah bertahun couple, tak beria nak zahirkan Lukman dia pun. Minah ni memang hidup dia dengan Whatsapp & Twitter. Blog dia private, Wechat tak pakai dah rasanya, Insta Facebook dia xpernah ada. Fatin pun lebih kurang dia jgk perangai tapi lagi pendiam. Kau bercerita dekat Fatin, angguk tak, geleng pun tak. HAHAHAHAHAHA. Agak-2 elok ke tak?? Si Aai(Shahzira) biasa je. Budak pandai ni lain sikit.  Tak ada nak kepoh-2 macam bdk bawah. Tapi masih becok, jangan risau ~

Bosan sebenarnya. Tak ada motif. So cuma nak kata nak berubah slow-2 memandangkan lagi berapa hari nak 19 tahun ni, sebab tu kalau nak jadi baik, kalangkan diri dalam kalangan orang-2 yang lebih baik dari kita. Nadia ni ada pakwe ke tak ada ke tetap melekat dengan phone. Orang pun tak pelik dah bila melpak ramai-2 tapi still I main phone. Dah terbiasa. Maap.! Hamba ni agak keyboard warrior in sosial media jgk laa. Tapi, tak curang. Amirul, Jangan risau.! AHAHA aippp. K bye..

01 June 2015

03




Assalamualaikum..
Yeayy baru je update blog. Now muncul lagi. Ada je idea nak membebel. Berterima kasihlah kat Twitter. Twitter yang tolong ketuk otak ni bagi keluarkan sikit pendapat peribadi and so what ever ever lah. Okey, last update about nak mulakan relationship or myb how to ikhlaskan diri untuk bercintun. Now macam mana u or maybe me to handle diri kalau putus tengah hutan bertemankan dedaunan hijau dan kicauan burung y berterbangan tapi tak kelihatan. Ecewahhhh. **bapok mengarut aku ni**

Ada orang, relationship tak sampai 6bulan, dah sangkut terbrek langgar monkey. Ada yang dah bertahun, tapi still eksiden putus tengah jalan raya besar. See. Ni sama ada sebelah pihak atau dua-dua yang taknak go on. First, kau dah tahu kau kecewa, jangan lah terperap. Jangan lah berlagak sado nak simpan sorang. Wei, kau manusia, manusia biasa, macam hamba jgk. So cari la tempat untuk kongsi. Tapi jangan salah orang. Kalau kau rasa tak percaya orang luar, tu haaaa, family ada. 

Orang yang ada masalah ni, kadang dia bukan nak dengar pendapat pun tapi dia cuma nak bahu dan telinga. Dah cukup sangat dah. Kalau kau asingkan diri dari orang, peratus untuk kau buat benda yang macam orang tak beriman sangat tinggi. Jangan la murung terlalu lama. K take ur time, but jangan melampau. Tak ada untungnya tunggu orang yang taknak. Jangan jadi orang DESPERATE. Terutama PEREMPUAN. Jangan buat diri tu macam tak laku sangat dah. Kemon, kau hilang orang yang kau sayang, akan datang nanti orang yang sayang kau pulak. 

Doksah lah sekat hati dari sayang orang lain, bekukan yang lama dalam hati, siapa yang hulur, cuba berkawan. Berkawan k. Hamba tak kata pun bercinta. Nak bercinta tu urusan engkorang lah. Tapi takyah nak bajet setia pada org yang dah buang. Okey maaf terkasar. Tapi ni hakikat hidup. Bila kau tunggu yang lama, dia akan rasa macam "wahhhhhhhhhh dia tunggu aku, aku taknak pun dia padahal, biarlah." See. U malukan diri u sendiri dalam tak sedar. 

Sibukkanlah diri. Dengar bacaan Al-Quran atau zikir bila tengah sendiri, bukannya dok pasang lagu jiwang meruntun jiwa pakai headphone pahtu dok melalak sensorang, yang lagi merosakkan gegendang bila p bukak volume sampai 100%. Ni bukan drama yang kena ada lagu latar bila kau sedih lah :"D Soal barang-2 plk? Kalau yakin nak lupakan dia, banyakkan doa pada Allah, dan buang barang tanpa rasa belas ehsan. Kalau hamba, bakar aje. Kata nak lupakan, so biar tuan sekali dengan kenangan terbakar jadi abu. Nampak kejam? Dahtu ex g tinggal kau xkejam?? Haa pk la semula. 

Proses nak terima kenyataan mmg makan masa. Makan hari, minggu, bulan ada y sampai tahun. Tapi sabar. nak nangis, nangis. Tapi dalam masa sama, usaha nak move on kena ada. Teruskan hidup macam biasa sebelum muncul dia. Jangan paksa hati untuk lupa, biar lupa sendiri. Lagi paksa buang, lagi tu dia melekat. Tu pesan Amirul masa hamba memula dengan dia dulu. Ingat Amirul tu hamba terima dulu dah sayang bagai nak patah rak ke? Tak ada nya. Hati hamba masa tu masih kat ex y dah putus nak dekat setahun sebelum tu lagi, tapi sayang punya pasal, time terasa teringat ex, mengadu kat dia, and dia bagi nasihat. Bagi nasihat k, bukan marah :"D ai respect Amirul bab tu. Sabar betul dia layan hamba punya perangai macam hape ni.

Okey cukup setakat ni syarahan yang tak berapa berguna ni. Bye!