TOTAL PAGEVIEWS

31 January 2017

49 | Cerewet Yang Menjengkilkan

Assalamualaikum. 

Tetiba rasa nak sedarkan diri tentang sesuatu. Cerewet itu perlu tapi bila melampau lampau dia akan jadi satu benda yang menjengkelkan. 

Aku nak kata pembersih sangat tidak. Nak kata pengotor, In Sha Allah lagi lah tak. Tapi seberapa teliti dan cerewet aku kadang-2 dahsyat jugak. 

Masa zaman sekolah dulu especially sekolah rendah, kalau bab jadual bertugas kelas, aku suka dapat bahagian sapu sampah sebab bagi aku orang lain sapu tak bersih. Lepastu kalau menyapu memang akan tarik kerusi lepas tu celah-2 meja tu aku sapu kasi bersih dan taknak nampak walau satu pun benda kecik. Kalau boleh betul-2 nak clean lantai. Kat rumah pulak memang kami adik beradik celik mata je semua benda siap. Makan siap, baju dah berbasuh bersidai berlipat, rumah kemas. EVERYTHING ! 

So, aku tertanya tanya, aku yang malas atau aku dianugerahkan mak yang terlampau rajin? Terbukti sebenarnya aku yang dianugerahkan mak yang terlampau rajin sebab masa aku belajar dekat Kuantan, aku mampu manage diri dan masa lebih baik dari apa yang aku pernah fikir. 

Aku ni bukan penyabar mana pun. Sebab benda kecik pun boleh jadi satu isu besar. Masa aku dekat tempat lama, disebabkan pintu bilik aku berdepan dengan toilet, aku pantang betul orang keluar toilet tak tutup pintu. Common sense kot ! Benda yang tak payah diajar. Lepas tu pattern nak tidur malam, taknak bukak lampu luar atas alasan JIMAT. Oh nyawa dan harta lagi murah dari bil api yang share satu kepala tak sampai RM10 tu. Ok. Next, basuh pinggan mangkuk periuk belanga tapi bila sentuh masih berminyak, masih berbau. Bab ni aku tak bising langsung. Tapi aku tahu la siapa punya kerja. Jenis buat kerja asal siap 😏 Jenis dah masak, kuali nak tunggu hitam legam bontot baru nak basuh. 

Masuk tempat baru, tak banyak masalah aku nampak sebab ada certain people yang dah concern pasal tempat tu. Tapi sejak aku jadi banyak bersuara, dia plk banyak diam. Hal yang aku ingat bila barang habis dan aku dah bising suruh beli. Bila ada yang tak bertugas, aku y over rajin suruh orang bertugas. 

Sampailah bila one of them bagitahu "Sebenarnya punca dari kau". Ayat yang hampir lebih kurang sama aku dengar 2 kali sebelumnya lagi. Aku muhasabah diri. Mana silap aku? Sebab aku terlebih concern sampai orang rasa rimas? Orang lebih selesa duduk dalam keadaan sederhana berbanding keadaan yang terlalu bersih atau teratur?

Satu hal aku selalu bagitahu boyf. "Sila bersedia untuk hadap saya yang cerewet" . Orang yang baca ni mungkin akan rasa "Waaa bagusnya Nadia" . Try serumah dengan aku, nak tengok mampu tak hadap cerewet aku 😃 Sebab dari apa yang aku nampak tak semua atau memang langsung tak ada yang boleh hadap. Honestly aku memang suka tegur orang. Tapi hampir semua yang aku kenal, tak suka ditegur. 👐 Sebenarnya aku je concern lebih pasal orang. Tapi orang tak hingin pun. 

Sebab tu orang kata "Kita tak akan kenal seseorang kalau tak serumah atau sebumbung dengan dia." Future husband. Habislah anda 💤

24 January 2017

48 | KERJA LIPAT RISALAH DARI RUMAH (scam)

Assalamualaikum. 

Dah 2017 pun masih wujud aktiviti aniaya orang untuk kaut keuntungan sendiri dalam erti kata lain SCAM. Perniagaan MELIPAT RISALAH DARI RUMAH SAHAJA. Damn ! Benda ni rupanya dah zaman tok kaduk bila tapi aku baru tahu sebab tak pernah tahu hahahaha, dan hampir terpedaya. 



Mula mula nampak iklan ni dekat Twitter semalam dan aku terus whatsapp dia, tapi harini baru dia reply. 

Kalau aku mampu screencapture berapa panjang dia punya penerangan pasal perniagaan bodoh dia ni memang aku buat dah tapi serius panjang sangat. Betapa cerdiknya aku pun baca la sampai serak suara dekat adik aku.



Benda bodoh ni kena bayar RM50 sebagai yuran ahli sebelum dia buat proses untuk kemasukan bagai tah pape tu. Aku tak kesah mana soal bayar tapi jadi curiga bila masa baca dia kata 'duduk sahaja di rumah dan tidak perlu kemana mana. Anda hanya perlu lipat risalah, masukkan ke dalam sampul dan pos pada setiap hari. Bayaran akan dilakukan pada setiap minggu bergantung kepada berapa surat yang anda pos' . 

Tapi tiba tiba, dia kata .. ↓↓↓


Kena cari orang bawahan?! Aku pun terus google 'kerja sambilan melipat risalah' . Pappppp keluar scam 💩 . Ramai dah jadi mangsa. Masalahnya ada yang zaman 2015 lagi dan ni dah 2017 wehh, tapi benda ni masih berlaku. Cuba kalau aku tak buat research, tak ke aku dah tertipu? 

Aku malas nak censored nombor dengan twitter orang yang berkaitan ni, biar orang tahu. Benda macam ni bukan nak tutup rezeki tapi memang benda yang patut dicegah ! Lagipun pernah belajar isu scam bagai ni masa semester 5. Tu aku cakap terima kasih sebab perli lah tu. Aku siap bagi blog orang yang share kena tipu tu. dia tak reply. Means, betul lah 💣💢




Antara gambar yang konon tugasan yang kau kena buat bila dia dah pos barang ;





Nasihat terakhir aku. Kalau nak buat apa apa, nak pakai apa apa, nak beli apa apa. Search dulu feedback sebanyak mungkin tentang setiap perkhidmatan dan produk yang kauorang berminat. Orang perempuan terutama bab skincare. Jangan tahu nak cantik in short term je tapi makan diri. Google bersepah info. Cari. Ni lah salah satu nya. Kantoi aktiviti scam CERDIK ni. 

11 January 2017

47 | Tanda Ingatan Semester Akhir

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Januari 2017 Nadia berada dalam keadaan yang sangat baik, baik dari semua sudut. Penghargaan yang diterima terasa besar sangat dari beberapa orang. 

Setiap perkenalan bukan dinilai dari apa yang kita dapat tapi dari apa yang kita beri sebab tangan yang memberi tu jauh lebih baik dari tangan yang menerima. Semalam masa keluar makan dengan Amirul, sorang kawan Nadia datang bagi something. Hari ni bila dah sampai Johor, nak kemas barang-2 dari dalam beg, nampak ada satu bungkusan. 

Niat yang dari awal nak kemas barang cepat-2 lepas tu mandi terus terbantut lepas nampak 'mainan'. Hahahah. 😝

Ok. Inilah mainannya. 

Lama juga la belek benda ni sebelum decide untuk buka sebab tertanya tanya sejak bila mende alah ni wujud dalam bag.


Tadaaaa. Lepas dapat terus buka muka surat pertama. Ada tarikh dan nama si pemberi. Bila selak halaman, ada gambar kami berempat dan nota belakang gambar tu. Siapa lagi 2 orang tu selain Nadia dan si pemberi, rahsia 😇 . 

Bahagian belakang sekali pula ada sticky note yang ada nota juga 😊 Terima kasih sangat. 


Tudung dan gelang tu Nadia dapat dari kawan yang Nadia kenal dia dari semester 1 dan dia juga mungkin salah satu antara satu satunya kawan dari semester 1 yang masih baik, rapat, keluar lepak  dan bertahan sampai lah sekarang. 

Asalnya plastik tudung dan gelang tu Nadia letak dalam bag baju. Tapi masa keluarkan semua barang, terkejut tengok ada lagi bungkusan lain selain plastik bungkusan tudung gelang tu. Serius terharu dengan dua manusia ni. Siapa pun kauorang berdua, In Sha Allah, Nad sangat hargai persahabatan kita. 

Kalau tengok pada nota kecil yang terselit dalam buku tu, si pemberi tu kata dia beli sebab teringat topik dalam blog ni. Rabbana. Mesti topik yang ni ; 41 | Hasad dan Penutup Doa . 

Nadia tak ada apa nak dibagi. Bagi ingatan dan kasih sayang jela buat setakat ni 😂😂😂 Terima kasih sangat. Jujur, Nadia suka dengan setiap apa yang Nadia dapat ni. 

Ketiga tiga ni nilainya kecil tapi maknanya besar. 💞💋💘 Cukup la korang tahu siapa korang. Nadia sedar satu benda, walaupun mungkin Nad tak disebut dibibir, tapi Nad ada dalam ingatan dan hati korang. Kalau tak, masakan korang terlintas nak bagi ni. Kan? 😣




01 January 2017

46 | Permulaan 2017

Assalamualaikum.

Nadia mula rasa Nadia mula 'dewasa' sejak 2015. Dugaan masa tu dah serupa bagai jatuh ditimpa tangga. Lepas satu, satu. Nadia memang mudah rasa nak marah tapi untuk terasa hati dengan orang, memang susah, sebab selalunya Nadia persetankan aje apa yang rasa dalam hati ni dalam erti kata lain, positif. Tapi terlebih positif boleh makan diri sendiri sebab pegang konsep "Eh takpe, takde apa". 

Kekurangan, kelemahan dan kesilapan sepanjang 2015 memang Nadia betul betul ambil pengajaran. Jadi, tahun 2016 haritu Nadia cuba bangkit dan gagahkan diri untuk berdepan dengan cabaran dunia. Kecil je dunia Nadia tapi sesetengah orang sekeliling buat Nadia rasa "Susahnya hidup ni Ya Allah". 

Tahun 2016 ialah tahun yang perjalanan hidup Nadia berjalan dengan sederhana. Kesilapan kecil dari diri sendiri, pemerhatian Nadia pada orang sekeliling dan perangai cerewet yang melampau lampau. Tapi Nadia okay saje sebab setiap apa yang jadi ada hikmah yang tersembunyi. Nadia suka dikritik tapi biarlah ada adab sebab setiap kritikan tu sebenarnya pembetulan yang kita tak nampak dalam cermin diri kita tapi dari sudut cermin orang lain.

Tapi Nadia belajar sesuatu dari kehidupan 2015 dan 2016. Manusia abad sekarang tak suka pada 'kenyataan'. Mereka lebih suka pada sesuatu benda yang tak perlu diperbetulkan. Apa apa yang betul akan dianggap salah dan apa yang salah akan disanjung tinggi. Susah kan nak paham? Hahahaha. 

Tahun 2016 berakhir dengan sangat baik. Alhamdulillah dan mengharapkan ada cahaya sepanjang tahun 2017. Cahaya apa? Biarlah kekal jadi rahsia Allah. Cuba semakin matang, lebih fahami orang sekeliling dan selalu cari hikmah dari setiap kejadian. Apa yang Allah tarik, ada sesuatu yang lebih baik Allah akan beri. In sha Allah.

Suka untuk lihat orang positif tak sama dengan perasaan orang positif tu sendiri untuk hadap setiap permasalahan dan persoalan yang dia hadapi. Silap langkah dan tindak, habis dicemuh dihina. Teruskan jadi pemerhati sebab lebih banyak diam, lebih banyak input yang akan kita dapat. 

p/s Tak dapat jadi positif pada orang lain, cukup la positif pada diri sendiri. 💙💙