TOTAL PAGEVIEWS

31 January 2017

49 | Cerewet Yang Menjengkilkan

Assalamualaikum. 

Tetiba rasa nak sedarkan diri tentang sesuatu. Cerewet itu perlu tapi bila melampau lampau dia akan jadi satu benda yang menjengkelkan. 

Aku nak kata pembersih sangat tidak. Nak kata pengotor, In Sha Allah lagi lah tak. Tapi seberapa teliti dan cerewet aku kadang-2 dahsyat jugak. 

Masa zaman sekolah dulu especially sekolah rendah, kalau bab jadual bertugas kelas, aku suka dapat bahagian sapu sampah sebab bagi aku orang lain sapu tak bersih. Lepastu kalau menyapu memang akan tarik kerusi lepas tu celah-2 meja tu aku sapu kasi bersih dan taknak nampak walau satu pun benda kecik. Kalau boleh betul-2 nak clean lantai. Kat rumah pulak memang kami adik beradik celik mata je semua benda siap. Makan siap, baju dah berbasuh bersidai berlipat, rumah kemas. EVERYTHING ! 

So, aku tertanya tanya, aku yang malas atau aku dianugerahkan mak yang terlampau rajin? Terbukti sebenarnya aku yang dianugerahkan mak yang terlampau rajin sebab masa aku belajar dekat Kuantan, aku mampu manage diri dan masa lebih baik dari apa yang aku pernah fikir. 

Aku ni bukan penyabar mana pun. Sebab benda kecik pun boleh jadi satu isu besar. Masa aku dekat tempat lama, disebabkan pintu bilik aku berdepan dengan toilet, aku pantang betul orang keluar toilet tak tutup pintu. Common sense kot ! Benda yang tak payah diajar. Lepas tu pattern nak tidur malam, taknak bukak lampu luar atas alasan JIMAT. Oh nyawa dan harta lagi murah dari bil api yang share satu kepala tak sampai RM10 tu. Ok. Next, basuh pinggan mangkuk periuk belanga tapi bila sentuh masih berminyak, masih berbau. Bab ni aku tak bising langsung. Tapi aku tahu la siapa punya kerja. Jenis buat kerja asal siap 😏 Jenis dah masak, kuali nak tunggu hitam legam bontot baru nak basuh. 

Masuk tempat baru, tak banyak masalah aku nampak sebab ada certain people yang dah concern pasal tempat tu. Tapi sejak aku jadi banyak bersuara, dia plk banyak diam. Hal yang aku ingat bila barang habis dan aku dah bising suruh beli. Bila ada yang tak bertugas, aku y over rajin suruh orang bertugas. 

Sampailah bila one of them bagitahu "Sebenarnya punca dari kau". Ayat yang hampir lebih kurang sama aku dengar 2 kali sebelumnya lagi. Aku muhasabah diri. Mana silap aku? Sebab aku terlebih concern sampai orang rasa rimas? Orang lebih selesa duduk dalam keadaan sederhana berbanding keadaan yang terlalu bersih atau teratur?

Satu hal aku selalu bagitahu boyf. "Sila bersedia untuk hadap saya yang cerewet" . Orang yang baca ni mungkin akan rasa "Waaa bagusnya Nadia" . Try serumah dengan aku, nak tengok mampu tak hadap cerewet aku 😃 Sebab dari apa yang aku nampak tak semua atau memang langsung tak ada yang boleh hadap. Honestly aku memang suka tegur orang. Tapi hampir semua yang aku kenal, tak suka ditegur. 👐 Sebenarnya aku je concern lebih pasal orang. Tapi orang tak hingin pun. 

Sebab tu orang kata "Kita tak akan kenal seseorang kalau tak serumah atau sebumbung dengan dia." Future husband. Habislah anda 💤

No comments: