TOTAL PAGEVIEWS

11 January 2017

47 | Tanda Ingatan Semester Akhir

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Januari 2017 Nadia berada dalam keadaan yang sangat baik, baik dari semua sudut. Penghargaan yang diterima terasa besar sangat dari beberapa orang. 

Setiap perkenalan bukan dinilai dari apa yang kita dapat tapi dari apa yang kita beri sebab tangan yang memberi tu jauh lebih baik dari tangan yang menerima. Semalam masa keluar makan dengan Amirul, sorang kawan Nadia datang bagi something. Hari ni bila dah sampai Johor, nak kemas barang-2 dari dalam beg, nampak ada satu bungkusan. 

Niat yang dari awal nak kemas barang cepat-2 lepas tu mandi terus terbantut lepas nampak 'mainan'. Hahahah. 😝

Ok. Inilah mainannya. 

Lama juga la belek benda ni sebelum decide untuk buka sebab tertanya tanya sejak bila mende alah ni wujud dalam bag.


Tadaaaa. Lepas dapat terus buka muka surat pertama. Ada tarikh dan nama si pemberi. Bila selak halaman, ada gambar kami berempat dan nota belakang gambar tu. Siapa lagi 2 orang tu selain Nadia dan si pemberi, rahsia 😇 . 

Bahagian belakang sekali pula ada sticky note yang ada nota juga 😊 Terima kasih sangat. 


Tudung dan gelang tu Nadia dapat dari kawan yang Nadia kenal dia dari semester 1 dan dia juga mungkin salah satu antara satu satunya kawan dari semester 1 yang masih baik, rapat, keluar lepak  dan bertahan sampai lah sekarang. 

Asalnya plastik tudung dan gelang tu Nadia letak dalam bag baju. Tapi masa keluarkan semua barang, terkejut tengok ada lagi bungkusan lain selain plastik bungkusan tudung gelang tu. Serius terharu dengan dua manusia ni. Siapa pun kauorang berdua, In Sha Allah, Nad sangat hargai persahabatan kita. 

Kalau tengok pada nota kecil yang terselit dalam buku tu, si pemberi tu kata dia beli sebab teringat topik dalam blog ni. Rabbana. Mesti topik yang ni ; 41 | Hasad dan Penutup Doa . 

Nadia tak ada apa nak dibagi. Bagi ingatan dan kasih sayang jela buat setakat ni 😂😂😂 Terima kasih sangat. Jujur, Nadia suka dengan setiap apa yang Nadia dapat ni. 

Ketiga tiga ni nilainya kecil tapi maknanya besar. 💞💋💘 Cukup la korang tahu siapa korang. Nadia sedar satu benda, walaupun mungkin Nad tak disebut dibibir, tapi Nad ada dalam ingatan dan hati korang. Kalau tak, masakan korang terlintas nak bagi ni. Kan? 😣




No comments: