TOTAL PAGEVIEWS

19 March 2017

56 | LallaNour Argan Oil

Assalamualaikum. 

Tahun 2017 ialah tahun yang Argan Oil tu dah sinonim dalam kalangan orang Malaysia ni. Lama dah ada sebenarnya argan oil ni cuma kita je tak pernah tahu dan peduli. 



Nadia mula pakai Argan Oil sejak 2015 masa belajar dekat KPTM cuma tak pasti semester 2 atau 3. Kalau bab skincare ni susah nak tertarik sebab orang yang akan membangkang sekerasnya untuk tepek macam macam dekat muka ni ialah ma. Hahaha. Sebab ma kata kulit dah okay kenapa nak dirosakkan dengan macam macam produk ? Em. 

Nadia selalunya memang akan usha lama dulu sebelum nak try sesuatu. Jadi apa yang buat Nadia tertarik dengan argan oil ialah sebab 100% Pure Argan Oil From Morocco.

Lalla Nour Argan Oil ialah argan oil pertama yang Nadia pakai sejak mula mula Nadia kenal tentang argan oil sampai la le ni. Walaupun macam macam brand argan oil dah keluar tapi tetap bertahan dengan yang ni (nampak tak setia 😝) . 

Nadia bagi sikit la testimoni percuma yang bukan diupah oleh sesiapa pun k. 

Masa memula jakun pakai dulu, Nadia akan pakai 3 kali sehari tapi rasa macam tak best sebab kenapa kulit macam berminyak. Ada 2 kesalahan Nadia dekat situ sebenarnya. 

First is Nadia pakai dalam kuantiti titis yang banyak. Sebenarnya 2 titis di jari dah memadai untuk calit di dahi, hidung, pipi kiri kanan dan dagu. 
Secondly, Nadia tak bagi kulit 'free' walaupun sebenarnya kalau pakai banyak kali pun tak effect apa pada kulit. Almaklum, jakun kan. Haha

So lama lama, Nadia cuma akan pakai sebelum apply moisturizer yang selalunya Nadia akan pakai sebelum keluar. Selain tu, Nadia akan pakai argan oil sebelum masuk tidur. Sebagai tambahan, disebabkan lepas skrub muka, kita akan rasa kulit muka kering, so Nadia akan pakai argan oil untuk lembabkan semula kulit.

Disebabkan Nadia dianugerahkan kulit muka yang masih 'baby face' (belum di fasa kulit bermasalah), jadi Nadia tak tahu mcm mana nak yakinkan orang tentang penggunaan argan oil yang sebenarnya berkesan ni. hahaha. Tapi masa dekat hostel dulu, ada dua orang kawan Nadia yang kulit muka diorang agak bermasalah pernah minta nak pakai, dan diorang kata best pakai. Nadia kasi je bila diorang minta sebab botol pertama yang 60ml pun makan masa hampir SETAHUN baru habis. See. Jimat gilos. Tapi sekarang Nadia keep repeating yang 30ml je sebab botol omeyyy. 



Satu botol untuk banyak fungsi. Argan Oil LallaNour bukan semata pakai di muka tapi rambut bibir kuku tumit kaki semua boleh. 

1) Bibir 
Sambil sambil Nadia calit dekat muka, Nadia akan calit sikit dekat bibir dan urut-urut muka bibir dengan argan oil tu. Kenapa? Entah. hahahahaha. 

2) Rambut
Okay ni best. Yang rambut kusut, rambut gugur tu. Letak lah argan oil ni dekat rambut hengkorang. Dan masa tu baru korang akan sedar betapa cantiknya rambut hengkorang sebenarnya. Hahaha. Rambut dah tak gugur. Rambut dah tak menggerbang. Confirm ! Sebenarnya bila kita nak minyakkan rambut, cukup minyakkan pada rambut. Bukan sekali dengan kulit kepala bedal letak minyak tu. 
*argan oil cepat surut sekarang sebab rajin letak dekat rambutlah. hihi*

3) Tumit Kaki
Nama pun lagi oil. Jadi Nadia suka la nak urut urut lepas letak oil tu. Sebab pelik bila tumit kaki Nadia jadi kasar macam masa berzapin dulu. So Nadia try letak pada tumit kaki dan nahhhhh lelama terus okay ! Macam biasa, letak sebelum tidur. 

4) Muka
Hampir 2 tahun Nadia pakai LallaNour Argan Oil, satu kali tu ma tegur kenapa bila Nadia bersiap untuk keluar, muka jadi bercahaya (glowing) . Nadia macam em entah. Manada pakai apa apa dah. So sebenarnya Argan Oil ni la yang dalam diam dah buat muka glowing tanpa nak make up berlebihan. 

Jerawat memang cepat je kecut bila pakai secara konsisten. Konsisten means bila dh tahu ada jerawat, pakai setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Tempat jerawat tu hengkorang letak la satu titis kecil tambahan. Haa ni yang selalu Nadia buat. Nadia akan letak satu titis argan oil tambahan dan urut lelebih sikit area jerawat tu secara lembut. Jangan terkejut bangun esok, jerawat kecut. ! 

Bila pakai sebelum masuk tidur dan bangun esok pagi try la p tilik cermin, nak mandi pun rasa malas sebab muka tak payah mandi pun tak apa. hahahaha. Naise. Tak tipu. Tapi sejak akhir-2 ni Nadia malas nak pakai sebelum masuk tidur. So bila bangun tidur kena cecepat mandi sebab dah macam lansuir. Kahkah. Joke ! 

Setiap testimoni dalam Instagram LallaNour ni tolonglah percaya sebab memang betul. Tak ada apa nak diragukan. Brand apa kita pakai itu terpulang tapi jangan promote brand fav sendiri sampai memperendahkan brand orang lain. Tak elok pada kita, mungkin elok pada orang lain. 

....

LallaNour Argan Oil ni 100% pure. Jadi jangan la mengharapkan keputusan yang cepat sebab konsep dia mudah je yang asli tu memang lambat kesannya asalkan selamat. Lagi satu, kita semua dianugerahkan jenis kulit yang berbeza beza. Jadi jangan la mengharapkan kulit yang cantik dalam masa singkat. 

.....

Selain dari LallaNour Argan Oil, ada satu lagi yang baru je Nadia pakai yang kesan dia pun memang 💓 dan adik Nadia ada tegur sejak pakai tu, kulit jadi makin glowing. Apa tu ? Nanti nanti lah Nadia share 😜 Satu satu nya produk yang whitehead tu, boleh cabut dengan hujung kuku atau penyepit uban je 😉  


Rasanya ni antara gambar tanpa filter atau pencahayaan matahari melampau dan ni la kulit yang cuma ada argan oil je. Kalau malam memang tak ada nak berbedak compact atau moisturizer. Argan oil dengan Johnson's baby powder cukup. 

....

Panjang sangat dah kalini. Nanti lain kali Nadia share pasal LallaNour Clay Mask dan apa perkara yang sepatutnya dipertimbangkan sebelum nak 'try and error' sesuatu produk tu. 

Nadia bukan totally pakar bab kecantikan ni lebih lebih lagi melibatkan produk yang beratus ringgit. Tapi kalau benda basic yang tak payah nak merumitkan diri sebagai seorang wanita plus bagi orang orang yang tak suka make up macam Nadia ni, boleh la Nadia share sikit-2. 

Yang baik tu datang dari Allah, kurangnya datang dari diri Nadia sendiri. NN

1 comment:

farish said...

Hai awak,
serious cantik ciptaan allah ni.
Niat nak usha argan oil je.
Nak kenal boleh.