TOTAL PAGEVIEWS

28 April 2017

62 | Hari Terakhir Praktikal

Assalamualaikum. 

Perasaan nak habis praktikal tu mesti lah seronok sebab habis praktikal bermakna habis lah komitmen sebagai seorang pelajar dan sesi pembelajaran (praktikal). Tapi siapa sangka rupanya Nadia sedih untuk nak habis praktikal. 



2 minggu terakhir nak habis praktikal, rasa lah teruja dan tak sabar nak habis. Tapi minggu terakhir mula rasa kosong. Hari ni hari terakhir terus tak ada rasa apa apa. Gembira, tidak. Sedih, tidak. 

Nadia bukan jenis orang yang murah dengan air mata dan mudah sedih sebab atas kepala penuh batu konkrit dan ada ego sebesar gajah dalam diri. Tapi siapa sangka rupanya hati lembab macam tisu basah. hahahahahahaha 

Walaupun dah balik rumah bercerita dengan ma pun masih menangis 😂 nangis k nangis. ! Ma kata mungkin sebab Nadia lama dekat situ, 4 bulan. Jadi perasaan sayang pada tempat tu dah wujud dalam diri sebab tu sedih bila dah habis. Nadia cerita dengan Amirul pun nangis juga. See. Kalau dah start nangis, memang susah nak berhenti. Tisu betul. 

Masa turun basement untuk ambil 'sticker kereta' untuk pulangkan pada HR, masih belum rasa apa apa. Tapi bila dah tanggalkan name tag, keluarkan anak kunci office HR dan pas pintu, susun letak atas meja elok-2 tiba-2 jadi emosi. Bila HR manager tegur untuk kata-2 terakhir (cehhh), dalam hati ni cuma harap jangan gugur je air mata. huhuhuuuu . Allah, tambah pula HR officer plk kasi kata kata terakhir juga (cehhh) . Nadia cuma ingat 2 benda je yang datang dari mulut diorang, "Jangan sombong-2 lepas ni" dan "Jaga diri" dan lepas tu taknak dah dengar apa apa sebab air mata dah hujung tanduk. 

Mr. HR's 


Sorry sebab Nadia keluar office dalam keadaan yang agak tak proper sebab masa tu sangat cba untuk kawal mata dari basah. No thanks No sorry but I just left the office just like that. Arghhhhh !. Tapi dekat pintu office tu dah kalah dengan air mata lepas kena tegur dengan Kak Linda. Em.

Disebabkan dalam office tu tak ada bunga, semua kumbang, jadi Nadia agak rapat dengan Kak Linda sebab setiap Selasa dan Jumaat dia akan datang office HR lepas lunch. Sebab tu bila dia tegur kat pintu tu nangis. Nasib baik jumpa dekat check point kat bawah, so sempat salam dia, sorang je.

HR Manager. 
Training Assistant Manager.
HR Officer.

Setiap dari mereka bertiga ada aura yang berbeza. Banyak benda yang Nadia belajar sejak dekat HR Department ni baik dari segi kerja atau hidup. Setiap dari diorang bertiga akan beri Nadia input yang berbeza dan mungkin sebab tu Nadia sedih sangat bila nak tinggalkan HR BlueWave Hotel. Ni baru permulaan dan In Sha Allah setiap apa yang Nadia belajar dan dapat dari diorang, Nadia akan manfaatkan masa dah kerja nanti.

Hai Nurul Nadia, Selamat Menempuh Alam Pekerjaan berbekalkan pengalaman yang ciput ni. Hehe.

Sepintas lalu masa malam Annual Dinner



22 April 2017

61 | Internship & Resume

Assalamualaikum. 

Disebabkan sekarang manager HR tengah busy scan resume sebab nak isi kekosongan jawatan dalam hotel, so Nadia ambil peluang ni untuk menyelit minta manager 'check' resume. Tak boleh nak spesifikkan sebenarnya apa yang majikan nak dalam resume sebab setiap majikan ada citarasa yang berbeza. Nadia bekerja dengan 3 orang HR, jadi setiap dari mereka pun ada berbeza pendapat tentang resume. 

So far, Nadia tunjuk resume yang Nadia update sebelum lunch semalam (hahaha) tak ada banyak pembetulan. Cuma ada minor mistake tentang cara penyampaian dalam resume tu je. 

Sudut kanan atas resume Nadia ialah "Education" dan dalam "Education" tu mesti la ada pointer. Disebabkan CGPA Nadia tak capai 3.0 jadi Nadia letak GPA. Kenapa Nadia buat macam tu, untuk mengaburkan mata majikan (cehhhhh) walaupun CGPA Nadia rendah tapi Nadia perform untuk latest semester. 

Current GPA : 3.53 
CGPA : 2.98

Manager Nadia panggil and soalan dia "Nadia awak dapat 2.9 je? Awak belajar apa?" 😂😂😂😂 . Agaknya kalau soalan ni dapat dekat engkorang, korang sentap tak? Hahahaha. Cara manager bercakap tu lucu jadi Nadia langsung tak ambil serius. Kita nak belajar dan ambil ilmu, so itu more kepada manager nak tahu kenapa sebenarnya. 😎

"Tak sebab masa semester 3 saya drop. Drop means pointer saya jatuh teruk. Jadi saya catch up balik masa semester 4 dan semester 5. Masa tu saya ada masalah dengan housemate so saya decide pindah dan saya lepas tu baru saya cuba baiki balik pointer"

"Kenapa? Apa jadi?" 

I'm stuck ! Jujur stuck. Sebab Nadia pun tak tahu apa reason paling besar dan kukuh yang Nadia boleh kasi sebab semua reason atau mungkin tak ada reason kukuh yang Nadia boleh bagitahu. On the way balik kerja tu Nadia dok fikir lah, 'apa punca aku pindah sebenarnya ea?' . Jawapan yang Nadia kasi pada bos ialah "Saya kena pulau" . Itu je. Bila kasi jawapan tu rasa macam Ya Allah childish and too nonsense !

"Lagipun masa tu saya masih tak pandai kawal emosi dan diri" - Nadia

Dalam hidup ni, kalau kita keep asking WHY WHY WHY WHY WHY, kita boleh gila. Sebab tak semua persoalan akan ada jawapan. Nadia cuba untuk tinggalkan kat belakang tapi yang belakang tu tetap terbawa bawa sampai ke depan sebab disebabkan tu Nadia ada simptom 'depression' . Bukan Nadia yang rumuskan diri sendiri. Tapi lepas kes kepala kena hard attack masa tengah dalam kelas secara tiba tiba dan pergi klinik, doktor kata Nadia stress dan minta untuk kawal stress. Balik rumah, makan ubat terus tidur.

Direct link cerita Nadia kena attack migrain dalam kelas (click)

Kadang kadang bukan kita nak ungkit tapi orang tak ada dekat tempat kita dan lepas tu cakap bukan bukan yang more kepada fitnah dan tarik ramai orang untuk jadi musuh terdekat kita. 

Tutup cerita. So pasal resume, minta la HR dekat tempat LI tu tengok-2 kan resume. Dapat tak dapat kerja, belakang cerita, asalkan usaha. Yela mana ada kerja datang tanpa hantar resume melainkan kabel seluas laut. 😈

Kalau orang kata HR ialah orang yang paling dibenci dalam company, so far HR Nadia lah yang banyak bantu Nadia dalam banyak bidang. Setiap satu dari mereka bertiga ada aura berbeza. So far sangat membantu masa nak siapkan report LI dan resume. Baik tentang nasihat dalam hidup dan organisasi. Yang baik, kita ambil, yang tak baik kita tolak tepi. 😉💓


07 April 2017

60 | Bibliophile vs Blogging

Assalamualaikum 



Blogger : Dulu ada cikgu pernah cakap. Orang yang ada blog ni (blogger) ialah orang yang suka menunjuk nunjuk. Semua benda dia nak cerita. Tahu tak, itu lah fungsi blog. Medan untuk bercerita. Datangnya tak diundang, perginya tidak diusir. Nadia masih pegang kuat apa yang cikgu pernah cakap tentang blogger yang blogging ni suka menunjuk-nunjuk. Tapi selagi Nadia tak ganggu sesiapa, kenapa Nadia kena hentikan minat hanya sebab mulut orang ea ?

Datangnya tidak diundang, perginya tidak diusir. 


Bibliophile : Minat yang mendalam pada buku. Buku tu dah jadi satu obsesi. 


Membaca : I love books more than I love people. Buku buat Nadia berfikir. Buat diri muhasabah. Buku teman terbaik yang setia. Buku yang tidak mengiyakan atau menidakkan suatu pendapat kita. Salah dan betul kita cuma antara buku. Buku pun tidak bermulut yang akan bercerita di belakang kita. Ya semua cuma antara kita dan buku. 

Apa jenis buku?

Apa apa kecuali NOVEL. Motivasi. Agama. Pengurusan. Akta. Sejarah. Kesihatan. Apa saja. Tapi setiap jenis buku haruslah ada peratus minatnya. HR ialah satu bidang yang dekat dengan motivasi dan pengurusan. Ada hikmah kenapa Nadia tercampak dalam bidang HR masa memula apply diploma dulu. 

Bila Nadia terasa hati dengan orang, selalu teringat 

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

Kenapa? Sebab orang orang yang datang untuk sakitkan hati kita ialah ujian yang Allah turunkan melalui orang tu. Kalau kita berkecil hati dengan orang tu, makna kata kita berkecil hati dengan Allah sebenarnya, seolah olah kita tak redha atas ujian yang Allah kirim. 

Sejauh mana betul kenyataan tu, Nadia tak pasti. Tapi ada betulnya apa yang di nyatakan.

1.30 pm dan Nadia masih belum keluar lunch. Bye bye. Doakan Nadia kuat semangat selalu. 

Penulis ialah orang yang bersedih. Maka untuk mengelakkan orang lain bersedih, mereka akan menulis dan selalu ada untuk orang yang bersedih walaupun semasa mereka bersedih belum tentu ada orang bersama sama dengan mereka. 

💋