TOTAL PAGEVIEWS

28 April 2017

62 | Hari Terakhir Praktikal

Assalamualaikum. 

Perasaan nak habis praktikal tu mesti lah seronok sebab habis praktikal bermakna habis lah komitmen sebagai seorang pelajar dan sesi pembelajaran (praktikal). Tapi siapa sangka rupanya Nadia sedih untuk nak habis praktikal. 



2 minggu terakhir nak habis praktikal, rasa lah teruja dan tak sabar nak habis. Tapi minggu terakhir mula rasa kosong. Hari ni hari terakhir terus tak ada rasa apa apa. Gembira, tidak. Sedih, tidak. 

Nadia bukan jenis orang yang murah dengan air mata dan mudah sedih sebab atas kepala penuh batu konkrit dan ada ego sebesar gajah dalam diri. Tapi siapa sangka rupanya hati lembab macam tisu basah. hahahahahahaha 

Walaupun dah balik rumah bercerita dengan ma pun masih menangis 😂 nangis k nangis. ! Ma kata mungkin sebab Nadia lama dekat situ, 4 bulan. Jadi perasaan sayang pada tempat tu dah wujud dalam diri sebab tu sedih bila dah habis. Nadia cerita dengan Amirul pun nangis juga. See. Kalau dah start nangis, memang susah nak berhenti. Tisu betul. 

Masa turun basement untuk ambil 'sticker kereta' untuk pulangkan pada HR, masih belum rasa apa apa. Tapi bila dah tanggalkan name tag, keluarkan anak kunci office HR dan pas pintu, susun letak atas meja elok-2 tiba-2 jadi emosi. Bila HR manager tegur untuk kata-2 terakhir (cehhh), dalam hati ni cuma harap jangan gugur je air mata. huhuhuuuu . Allah, tambah pula HR officer plk kasi kata kata terakhir juga (cehhh) . Nadia cuma ingat 2 benda je yang datang dari mulut diorang, "Jangan sombong-2 lepas ni" dan "Jaga diri" dan lepas tu taknak dah dengar apa apa sebab air mata dah hujung tanduk. 

Mr. HR's 


Sorry sebab Nadia keluar office dalam keadaan yang agak tak proper sebab masa tu sangat cba untuk kawal mata dari basah. No thanks No sorry but I just left the office just like that. Arghhhhh !. Tapi dekat pintu office tu dah kalah dengan air mata lepas kena tegur dengan Kak Linda. Em.

Disebabkan dalam office tu tak ada bunga, semua kumbang, jadi Nadia agak rapat dengan Kak Linda sebab setiap Selasa dan Jumaat dia akan datang office HR lepas lunch. Sebab tu bila dia tegur kat pintu tu nangis. Nasib baik jumpa dekat check point kat bawah, so sempat salam dia, sorang je.

HR Manager. 
Training Assistant Manager.
HR Officer.

Setiap dari mereka bertiga ada aura yang berbeza. Banyak benda yang Nadia belajar sejak dekat HR Department ni baik dari segi kerja atau hidup. Setiap dari diorang bertiga akan beri Nadia input yang berbeza dan mungkin sebab tu Nadia sedih sangat bila nak tinggalkan HR BlueWave Hotel. Ni baru permulaan dan In Sha Allah setiap apa yang Nadia belajar dan dapat dari diorang, Nadia akan manfaatkan masa dah kerja nanti.

Hai Nurul Nadia, Selamat Menempuh Alam Pekerjaan berbekalkan pengalaman yang ciput ni. Hehe.

Sepintas lalu masa malam Annual Dinner



No comments: